n i n e
→Taehyung's POV←
Haeun... kau boleh tolong aku, kan?
"Haih." Aku mengeluh lalu berbaring.
Walaupun malam ini agak terang kerana cahaya bulan menyuluh bumi Daegu, tapi aku masih berada di dalam kegelapan dan berusaha mencari cahaya walau sedikit pun.
Malang....aku masih tidak boleh lihat cahaya itu.
→Haeun's POV←
Aku membuka mata setelah Taehyung berhenti mengintai diriku yang sebenarnya masih belum tidur. Selimutku diselak. Aku berjengket berjalan ke arah tingkap.
Aku membuka tingkap sedikit. Mungkin aku akan tahu sesuatu yang aku tak pernah tahu.
Kemudian, aku mendengar satu perbualan yang samar-samar.
"Lama tunggu?"
Suara ni.. macam aku kenal.
"Jhope... kau buat apa dekat sini?" Soal Taehyung.
Jhope? Nugu?
"Tak ada apa. Dari jauh lagi aku nampak kau dekat sini. Kenapa tak tidur? Takut aku bunuh yeoja tu?"
M-mwo...
"Aku tak nak bergaduh dengan kau Jhope. Aku tak nak Hoseok rasa sakit."
Jakkaman... apa kaitan Jhope dengan Hoseok?
"Wow. Sayang chingu kan kau ni?" Dia tertawa sinis.
"Tak lama lagi, aku akan kawal badan Hoseok. Kau suka tak?" Sambungnya lagi.
What the hell... Jadi maknanya..
Jhope ialah diri Hoseok yang lagi satu... sama macam Taehyung. Aku menekup mulutku.
"Just go away from here. Aku tak ada mood nak bergaduh."
"Aku pun tak ada mood. Lebih baik aku pergi melepak dengan Suga. Btw, aku akan sokong V dari belakang supaya dia dapat kawal badan kau 100%. Annyeong."
Setelah Jhope berkata begitu, dia terjun dari atas bumbung ke bawah. Disebabkan terkejut, aku jatuh terduduk di atas lantai. Jantungku berdegup laju. Syukurlah aku tidak menjerit.
Jhope terus saja berlari pergi. Aku terdiam. B-bunuh aku? Kenapa?
"Aku kena lari..." Ucapku perlahan.
'Krekkkk!'
"Argh! Jangan bunuh saya!" Jeritku sekuat hati.
"Pfft. Kau tak tidur lagi?" Soal Taehyung sambil menyilangkan tangannya.
Aku mengetepikan tanganku dari wajahku. Aku terdiam. M-macam mana kalau dia tahu aku dengar perbualan dia bersama Jhope?
"S-saya terbangun." Jawabku tanpa memandang wajah Taehyung.
"Kau... dengar perbualan aku tadi, kan?" Taehyung mengangkat sedikit keningnya.
Wtf...
"Perbualan apa?" Soalku berpura-pura tidak mengetahuinya.
"Kau jangan nak pura-pura bodoh dan tak tahu. Kalau kau jadi bodoh betul-betul, kau nak?" Taehyung tersenyum sinis.
"Saya taknak mati. Tolong cari orang lain selain saya." Aku mula mengemas beg sekolahku.
Saat itu, tanganku direntap kasar. Aku dan Taehyung bertentangan mata. Wajahnya bengis seperti tidak puas hati. Aku menelan air liurku kasar. Takut.
"Aku tak akan lepaskan kau sehinggalah sumpahan aku dan kawan aku yang lain tamat. Arra?" Ucap Taehyung dengan perasaan marah.
"Tapi semua ni dah melibatkan nyawa saya! Awak tak tahu perasaan yang saya rasa sekarang ni! Saya seolah-olah jadi barang yang awak guna-"
"Kau takut kan?" Soal Taehyung.
Aku terdiam.
"Kau bukannya marah sebab aku gunakan kau. Kau takut." Taehyung tertawa sinis.
"Apa yang kau rasa sekarang ni hanyalah ketakutan kecil. Ketakutan yang aku rasakan lagi besar dari ketakutan kau. Apa perasaan kau kalau hidup kau sekarang hanya bergantung pada seseorang?"
Aku masih diam.
"Kalau kau terkena sumpahan yang sama seperti aku, pasti kau berusaha untuk mencari seseorang yang boleh tamatkan sumpahan kau. Kau akan berusaha berlawan dengan diri kau yang lagi satu supaya kau dapat hidup." Tambah Taehyung.
"Apa maksud kau... dapat hidup?" Soalku hairan.
"Kalau V dapat kuasai badan aku sepenuhnya, diri aku yang sebenar akan mati." Jawab Taehyung.
Aku tersentak.
"Sebab tu aku taknak lepaskan kau. Aku nak bebas dari semua ni. Omma aku... aku hanya tunggu saat diri dia mati." Air matanya mula bertakung.
Oh tidak.. APA YANG KAU DAH BUAT NI HAEUN?!
"Aku takkan lepaskan kau sampailah semua ni berakhir." Ucapnya lalu keluar.
Aku terkaku. Aku buntu. Apa yang harus aku lakukan? Rasa serba salah mula menguasai diriku.
"Kau jangan macam-macam Haeun. Sekali kau dah melangkah, kau tak boleh berpatah balik. Sekali kau dah janji, kau tak boleh mungkiri." Ucapku pada diri sendiri.
→Author's POV←
"Hati-hati bila berjalan." Pesan Pn. Kim pada Taehyung dan Haeun.
"Nae ahjuma!" Haeun tersenyum lebar.
Taehyung berjalan ke arah Pn. Kim lalu memeluknya. Pn. Kim agak terkejut melihat tindakan Taehyung yang memeluk dirinya.
"W-wae Taehyung-ah?" Soal Pn. Kim.
"Mianhae." Ucap Taehyung.
"Kenapa ni?" Pn. Kim hairan.
"Kalau ada apa-apa yang berlaku bila Tae balik, tolong maafkan Tae." Jawab Taehyung dengan aliran air mata.
Haeun yang berada di belakang pula menahan air matanya. Sungguh dia kasihan pada dua beranak itu. Pn. Kim mengusap belakang Taehyung lembut.
"Gwaenchana. Omma faham. Maafkan omma juga kalau 'dia' cuba sakiti Tae." Ucap Pn. Kim sambil tersenyum hambar.
"Yah Taehyung!"
Taehyung menoleh. Kelihatan BTS sedang menunggunya.
"Annyeong omma. Saranghae." Satu kucupan ikhlas di pipi diberikan.
Pn. Kim tersenyum nipis.
Haeun dan Taehyung mula berjalan ke arah BTS. Haeun mula tidak keruan.
"T-taehyung." Panggil Haeun dengan nada berbisik.
"Erm." Taehyung hanya memandang ke hadapan.
"Kalau dorang tanya kenapa saya ada dekat sini.. macam mana?" Soal Haeun.
"Pandailah aku jawab nanti." Jawab Taehyung selamba.
"Yah Taehyung. Kenap-"
"Ehh Haeun!" Jungkook tersenyum.
"H-hai." Haeun menjadi kekok.
"Yah Taehyung. Kenapa dia ada dekat sini?" Soal Namjoon sambil berkerut.
Haeun memandang wajah Taehyung takut.
"Ouh... ermm." Taehyung mula berfikir.
"Tak perlu nak soroklah. Korang couple kan?" Hoseok tersenyum sinis.
"MWO?!" Mereka semua serentak memandang Hoseok.
→TBC←
Mianhae sebab lambat update. And kalau pendek en, sorry tau -..- author masih mencari idea. Next year maybe author lambat update semua ff sebab well, dah busy punya pasal (●´・ω・)ノ Hope y'all enjoy! 사랑해! ♡
Q: Korang nak author delete ff ni or tak?
A: ?
Q2: Korang sayang author bengong ni tak? (●´・ω・)ノ
A: ?
Q3: Korang rasa Taehyung kena sumpahan tu sebab apa? [bukan KBAT]
A: ?
Vote: [✔]
Comment: [✔]
[ vxxlxt_ ]
[ Hana_AlienV ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top