e i g h t
→Haeun's POV←
"I see you girl."
Hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaanku waktu ini. Andwae. Tolong jangan cakap hari ini ialah hari pengakhiranku di dunia ni.
'Tap!'
Tolong...
'Tap!'
Jangan..
'Tap!'
Dekat..
"Mana kau sembunyi ha?!"
Jantungku hampir gugur mendengar jeritan itu. Kemudian, aku hampir menjerit melihat V berlari melepasiku. Disebabkan lututku lemah akibat ketakutan, aku terduduk lemah. Air mataku mula mengalir. Syukur.
Aku menilik jam di tangan. 12.26 a.m. Sungguh lambat masa berlalu. Disebabkan bayangan V tidak lagi kelihatan, aku bingkas bangun dan mengambil beg sekolahku yang terjatuh.
Sekarang adalah masa untuk aku berlari. Aku perlu berlari sehingga aku tiba di pekan. Tapi.. jauhnya adalah 5km. Haih. Tak mengapa. Untuk selamatkan diri, aku boleh buat.
→Taehyung's POV←
Aku terperangkap dalam diriku sendiri buat kali ke-734. Haih. Tubuhku mula bergerak sendiri kerana aku dikawal V. V mahu membunuh Haeun. Aku takkan benarkannya.
'Kau takkan jumpa dia, V.' Ucapku dari dalam fikirannya.
"Aku akan cari dia sampai dapat." V mendengus kasar.
'Haeun cukup bijak untuk bersembunyi.' Kataku dengan nada sinis.
'Prakk!'
V segera berpaling. Apa yang dilihat V, aku juga dapat lihat. Haeun... V tersenyum sinis. Tubuh badanku mula bergerak ke arah Haeun. Haeun berundur.
"Dekat sini rupanya kau." Ucap V sinis.
"J-jangan dekat! Aku bagi amaran!" Haeun menghalakan sebatang kayu bersaiz sederhana ke arahku dan V.
'Lari Haeun! Lari!' Jeritku.
Malang. Haeun tidak dapat mendengarku. Haeun kembali berundur apabila V bergerak ke hadapan.
"Kesian Taehyung, kan? Dapat yeoja bodoh macam kau ni." V ketawa sinis.
"Jangan dekat!" Jerit Haeun memberi amaran.
"Wow. Brave girl. I like." V tersenyum sinis.
'Andwae. Lari Haeun! Lari cepat!' Jeritku lagi.
"Kau tau sesuatu?" Soal V seperti ingin bermain teka-teki.
"M-mwo?" Soal Haeun yang masih menghalakan kayu itu ke arahku dan V.
"Hirae pun bertindak macam kau sebelum dia mati. Keberanian dia hanya membawa padah. Macam kau juga." V tersenyum sinis.
Disebabkan Haeun semakin ketakutan, dia terus melemparkan kayu itu kearahku dan V. Kemudian, Haeun berlari selaju yang dia boleh. Aku tidak kisah jika Haeun melemparkan kayu itu sebab aku mahu dia selamat.
Semasa V mahu mengejar Haeun, dengan kekuatan yang ada. Disebabkan sudah hampir waktu 12.30, aku dapat mengawal sedikit tubuhku yang kini dikuasai V.
"Apa kau buat ni Taehyung?!" Soal V geram.
'Aku takkan biarkan kau sakiti Haeun.' Jawabku.
Akhirnya, kekuatanku hilang. V mengejar Haeun. Haeun... tolong lari selaju yang kau boleh. Tolong.
Tanpa aku sedar, Haeun berlari menuju ke arah rumahku. Pemikiran yang bijak, Haeun. Sewaktu V berlari, aku sengaja menahan kakiku agar V lambat mengejar Haeun.
"Sial kau Taehyung!" Jeritnya.
'Bamm!'
Aku tersenyum puas. Akhirnya Haeun selamat memasuki rumahku.
→Author's POV←
Haeun sedaya upaya mencari nafasnya yang hilang. Dia bersandar di pintu setelah mengunci pintu. Air mata yang masih mengalir itu diusap. Letih.
Pn. Kim agak terkejut dengan perbuatan Haeun yang menghempas pintu dengan kuat itu.
"Waeyo Haeun-shi? Mana Taehyung?" Soal Pn. Kim hairan.
"V-v.."
'Bukk!'
Haeun jatuh di atas lantai. Dia pengsan. Disebabkan dia ketakutan dari segi mental, terkejut dan penat, ianya secara automatik telah memberi kesan pada Haeun.
"Omona! Haeun!"
→skip←
Haeun membuka matanya perlahan. Dia memandang keadaan sekeliling.
"Kau dah bangun?" Soal Taehyung yang sedang duduk di jendela bilik itu.
Haeun terus saja bangun. Akibat dia takut setelah apa yang jadi, dia menjadi fobia untuk mendekati namja itu.
"Jangan risaulah. Ni aku, bukan V." Ucap Taehyung lalu bangun.
Haeun mengeluh lega.
"Nampaknya kau kena bermalam di sini." Kata Taehyung yang meneliti jam di dinding.
"Tapi-"
"Kau jangan degil boleh tak? Disebabkan kedegilan kau ni lah yang buatkan kau hampir tertangkap dengan V." Taehyung menoleh memandang ke arah lain.
"Arraseo. Saya perlukan selimut dan bantal. Saya akan tidur di ruang tamu." Kata Haeun sambil memandang kiri dan kanan.
"Tak payah. Kau tidur je dalam bilik aku." Ujar Taehyung.
"Tapi, awak nak tidur mana?" Soal Haeun hairan.
"Aku tak boleh tidur untuk malam ni. Aku kena berjaga." Jawab Taehyung lalu keluar.
"Berjaga untuk apa?" Haeun hairan.
→Taehyung's POV←
Aku mengintai Haeun melalui tingkap bilikku. Nampaknya dia sudah tidur. Aku kembali memanjat sehingga aku berada di bumbung rumah. Aku melabuhkan punggungku dan meneliti keadaan sekeliling.
Aku bimbang jika Suga memanggil rakan-rakannya yang lain. Suga ialah diri Yoongi yang lagi satu. Aku risau kalau mereka cuba bunuh Haeun. Haeun ialah orang terakhir yang dapat membantu aku.
Aku risau... aku risau kalau orang yang aku sayang mati dibunuh buat kali kedua. Aku harap, semuanya akan jadi seperti sedia kala. Aku tak mahu V terus hidup dalam diriku.
"Lama tunggu?" Soal seseorang.
Aku menoleh. T-tak mungkin.
"Jhope... kau buat apa dekat sini?" Soalku berlagak tenang.
"Tak ada apa. Dari jauh lagi aku nampak kau dekat sini. Kenapa tak tidur? Takut aku bunuh yeoja tu?" Soal Jhope sinis.
"Aku tak nak bergaduh dengan kau Jhope. Aku tak nak Hoseok rasa sakit." Kataku lalu kembali memandang ke hadapan.
"Wow. Sayang chingu kan kau ni?" Jhope ketawa sinis.
"Tak lama lagi, aku akan kawal badan Hoseok. Kau suka tak?" Soal Jhope sinis.
"Just go away from here. Aku tak ada mood nak bergaduh." Kataku mengelak soalaannya.
Air mataku sudah bertakung di tubir mata. Aku tak sanggup tengok chingu aku dikawal oleh 'orang' lain.
"Aku pun tak ada mood. Lebih baik aku pergi melepak dengan Suga. Btw, aku akan sokong V dari belakang supaya dia dapat kawal badan kau 100%. Annyeong." Jhope terus saja terjun dari bumbung ini.
Aku hanya membiarkannya saja. Dia tak akan apa-apa. Aku akan tamatkan sumpahan ni. Aku akan selamatkan omma dan chingu aku yang lain.
Haeun... kau boleh tolong aku, kan?
→TBC←
Mianhae sebab lambat update. Author busy dengan awards hari tu〒▽〒 mohon jangan jadi silent readers. Hope y'all enjoy! 사랑해! ♡
Vote: [✔]
Comment: [✔]
[ Hana_AlienV ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top