CINTA SERI LIMBAI

Bonus Story

Siri Rangga Durjana Bawa Bencana masih belum bermula, untuk permulaan saya bawakan Kisah Faizal Dan Seri Limbai.


*********************

Sudah pukul 8 pagi , Faizal mula menggenyeh-genyeh matanya, sengal-sengal di seluruh badannya masih belum hilang, diperhatikan di sebelah kanannya untuk mencari kelibat isterinya.

Ternyata isterinya telah lama bangun dari tidur.Isteri nya memang selalu bangun awal pagi, kebiasaannya sebelum Faizal masuk kerja memang isterinya akan bangun dahulu lebih awal.Menyediakan keperluan suaminya dan bekal buat makanan ke tempat kerja.

Ternyata Isterinya memang seorang wanita yang bagus dan taat pada suaminya.Itu yang buat hati Faizal sentiasa menyayanginya.

Belum pun lamunan jauhnya bermula, hidungnya dapat membau aroma enak dari arah dapur.Faizal bingkas bangun dari tilam tempat beradunya dan terus mencapai sehelai kain tuala, dengan bertuala dari aras pinggang ke lutut Faizal segera menuju ke dapur.

Dilihatnya ketika berada di dapur isterinya sedang leka menggoreng sesuatu di dalam kuali.

"Urm, sayang masak apa tu?" Soal Faizal cuba memulakan perbualan.

Isterinya segera menoleh ke arahnya, sebuah senyuman dilemparkan buat suami tercinta.

"Masak daging" balas si isteri.

"Daging..?" Soal Faizal sambil mengerutkan keningnya, mungkin sedikit keliru.

Isterinya pula memandang sekilas kepadanya sambil tersenyum manja dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Bukan stok daging yang abang bawak balik hari tu dah habis ke...?" Soal Faizal.

"A'arh ... dah habis dah?" Balas Isterinya.

"Habis tu, yang tu..?" Soal Faizal sambil jari telunjuknya diarahkan ke arah daging goreng yang sedang dimasak di dalam kuali.

"Semalam, sayang pergi cari yang lain, cuba gi tengok dalam peti ais tu" balas isterinya.

Faizal tidak membalas, melainkan terus mengangguk dan segera membuka pintu peti ais 3 pintu miliknya,

Melihatkan stok daging kali ini cukup buat Faizal menggaru kepalanya berkali-kali.

"Sikit sangat ni ayang" kata Faizal.

"Itu je yang senang dapat" balas isterinya selamba.

"Nanti balik ni abang bawak balik yang lain" kata Faizal lalu terus menutup pintu peti aisnya dan terus ke bilik mandi.

***************

Plaza See Hoy Chan

"Misteri kehilangan Afiq" tagline di dalam blog Iluminasi itu dibaca oleh Faizal, sudah 3 tahun Afiq kawannya hilang tanpa khabar berita, operasi mencari dan menyelamat pun dah dibuat, namun tetap hampa, sehinggalah kehilangannya menjadi misteri sebegitu sahaja dan berbagai teori dibuat namun semuanya tidak betul, sesekali Faizal mengeluh.

Membaca Tagline nya sahaja membuatkan Faizal mula teringat peristiwa menakutkan yang pernah dihadapinya bersama Afiq, tentang Rangga, tentang Seri. Malahan dia sendiri pun hampir mati apabila terjun dari tingkat 4 rumahnya, mujurlah umurnya masih panjang.

"Baca apa tu bang?" Tegur suara dari arah belakang.

Faizal segera memandang ke arah punca suara itu.

Oh, isterinya yang menegurnya dari belakang.

"Pasal Afiq" balas Faizal.

Tidak dibalas oleh isterinya melainkan menarik muncung tanda seperti marah.

"Tak payah nak buat muka macam tu sangat, ni ayang buat apa kat sini?" Soal Faizal.

"Kenapa dah tak boleh dah ke, jumpa suami sendiri?" Balas Isterinya.

"Boleh tu memanglah boleh, tapi ayang make sure sesiapa tak nampak ayang, nanti banyak pulak cerita" jawab Faizal.

"Yerlah..! Urm , abang, daging dah habis"

"Aik, habis lagi, tak tinggal pun untuk abang" balas Faizal.

"Sedap sangat, ayang ratah macam tu aje,manis, muda.." balas Isterinya.

Faizal memandang isterinya atas dan bawah, memang diakui isterinya lebih suka daging yang mentah, namun bagi Faizal, dia menolak, jikalau teringin sangat pun dia lebih memilih untuk daging itu dimasak dahulu.

"Jangan lupa, pulangkan balik kat pemilik nya, abang rasa dorang tengah cari balik anak lembu dorang tu, at least biar dorang tahu anak lembu dorang dah mati" balas Faizal.

"Lagi satu, ini kali terakhir abang tengok ayang curi anak lembu jiran-jiran, bukannya apa kita nak duduk lama lagi kat situ, jadi jangan buat hal ok" tambah Faizal lagi.

"Ok, tapi abang kena janji malam ni carikkan yang lain, ayang nak mak lembu pulak kali ni" balas isterinya namun tidak diendahkan oleh Faizal kerana dia sedang leka membaca artikel lain di dalam blok iluminasi.

"Cik Faizal, Dato kamaruddin nak jumpa" panggil Yatt , setiausaha kepada bosnya mengejutkan Faizal , sekilas dia memandang ke arah isterinya, ternyata tidak ada.

"Tembus dinding agaknya" bisik hatinya dan terus bangun untuk bertemu Dato Kamaruddin.

Tiba-tiba tangannya dipeluk oleh Yatt.

"Ejal, malam ni jadi kan?" Soal Yatt.

Faizal tidak membalas melainkan hanya meletakkan jari telunjuknya ke pipi kirinya.

Dan seperti sudah mengetahui apa yang diinginkan oleh Faizal, Yatt terus mencium pipi kiri Faizal, lalu Yatt terus memeluk lengan kiri Faizal dan memimpin Faizal keluar, sebelum pintu bilik Faizal ditutup, dia sempat mengerling ke arah mejanya.

Dilihatnya isterinya duduk malas di kerusinya sambil mencebik marah,cemburu agaknya,sebuah senyuman sinis dilemparkan Faizal sengaja menyakitkan hati isterinya.

**************
"Im,kau lepas ni jangan keluar kemana-mana tau, kau tu dah lah berbadan dua" kata kak Saodah memulakan bicara di kedai runcit Rosli.

"Eh, kenapa pulak?" Balas Im yang sedang sarat mengandung 7 bulan.

"Kau tak tahu ke, tadi tengahari, anak akub si Kamal yang dah hilang 2 hari ni dah jumpa balik" jawab kak saodah.

"Eh, baguslah tu, tak sia-sia usaha orang tua dia mencari dia" balas Im.

"Masalahnya bukan hidup budak tu balik rumah, waktu polis dengan mak budak tu tengah berbincang pasal kes kehilangan si Kamal tu,tahu-tahu berdentum bumbung rumah, berlari lah keluar semua orang dalam rumah tu keluar , lepastu" kata kak saodah panjang lebar namun kata-katanya terhenti seketika.

"Lepastu kak?" Soal Im.

"Dorang keluar nak tengok apa benda kat atas bumbung tu, tahu-tahu je bergolek je jatuh kepala si Kamal dari atas bumbung" balas kak Saodah.

"Kesian, yer kak, Kamal tu dahlah baru 3 tahun" balas Im.

"Cerita ni tak habis lagi Im, lepas Kepala Arwah si Kamal jatuh,polis yang ada kat situ terus mendongak tengok atas bumbung, kau tahu apa dorang nampak?.. perempuan muka buruk sebelah berdiri atas bumbung tu, belum sempat polis-polis tu nak tembak , benda alah tu berdesup terbang pergi dari situ" tambah Kak Saodah.

"Eeeee, akak ni cerita benda-benda macam ni, Im nak balik camne ni, bila benda tu hantar kepala budak tu. Malam tadi ke?" Tanya Im.

"Kau ni pun Im, tengahari buta tadi, aku dah cakap kan tadi" balas Kak Saodah sambil menepuk kepalanya.

"Hantu apa keluar tengahari buta ni kak? " soal Im.

"Manalah aku tahu, orang menuntut ilmu salah kut" balas kak saodah.

Sambil perbualan mereka didengari dengan teliti oleh seseorang yang sedang memilih ikan di kedai yang sama.

"Sabarlah korang berdua, masa korang pun akan sampai nanti" bisiknya di dalam hati.

**************

Faizal memapah Yatt keluar dari kereta Toyota Vios miliknya, Yatt mula bercakap merapu-rapu , mungkin kerana pengaruh alkohol yang diambil secara berlebihan sebentar tadi.

Faizal memandang sekeliling, ternyata tidak ada kelibat orang-orang di sekitar perumahan itu melihatnya.

Bukan apa, majoriti orang di sekitar situ mengetahui status nya yang sudah berkahwin, jika dilihat orang, maka akan bercakaplah orang-orang di sekelilingnya.

Pintu rumah segera dibuka, ternyata suasana rumah masih bergelap, sudah pukul 3 pagi, pasti isterinya sudah tidur.

Faizal segera membawa yatt ke dapur rumahnya, dia segera membuka baju dan skirt Yatt yang seksi.

Yatt yang masih mamai-mamai mabuk melihat sekelilingnya.ternyata Faizal juga sudah siap menelanjangkan dirinya juga.

"nak buat kat dapur ke?" Soal Yatt

"Yes, i like the feeling here" balas Faizal.

"Its dirty" balas Yatt sambil memuncungkan bibirnya.

"Nak ke taknak, kalau nak, at here" balas Faizal yang sedang membuka baju dan seluar sendiri.

"Okeylah, urm" balas Yatt.

"Come to me" kata Yatt manja sambil jarinya diangkat memanggil-manggil Faizal untuk datang padanya.

"Wait, i have a surprise for you" balas Faizal sebelum keluar ke ruang tamu.

Yatt pula mula rasa bosan kerana menunggu terlalu lama.

"Ejal, where are you" jerit Yatt.

Namun tidak disahut oleh Faizal.

"Ejal je, bini dia taknak panggil ke?" Soal satu suara dari belakang Yatt.

Terkejut Yatt lalu terus bangun untuk mencapai baju dan seluarnya lalu terus memandang ke arah punca suara itu.

Dari balik almari dapur dapat dilihatnya dengan jelas kelibat seorang perempuan berambut panjang menutup sebelah kiri wajahnya dan memakai pakaian tidur nipis di badannya.

Itu pandangan di sebelah atas namun bila matanya terpandang di sebelah kaki perempuan itu dia tersentak, ternyata wanita itu tidak mempunyai kaki sebaliknya berekor panjang seperti ular.

"Arrgghhhhhh" jerit Yatt namun mulutnya terus dikatup dari belakang oleh seseorang.

Ternyata yang menutup mulutnya adalah Faizal.

"Ayang, jadi ayang nak makan hidup-hidup atau lepas abang sembelih dia" tanya Faizal.

Isterinya mula keluar secara berlingkar dari sebalik almari, bergulung sambil menampakkan wajahnya kepada Yatt.

Separuh wajahnya hancur sebelah umpama mayat, dan mulutnya bersiung halus sambil lidahnya yang bercabang terjelir-jelir keluar, itu wajah di sebelah kiri, namun di sebelah kanan mempunyai wajah manusia , manusia yang cukup dikenali oleh Yatt, pastilah dia mengenalinya kerana dia cuba merampas suami perempuan itu.

Itu Seri, Seri isteri kepada Faizal.

"Urfff...urfff" hanya itu suara yang dapat diberikan oleh Yatt memandangkan mulutnya dikatup kuat oleh Faizal.

Jelmaan Seri pula menjilat-jilat wajah Yatt.

"Makan Mentah" balas Seri.

Faizal terus membuka katupan mulut Yatt namun belum sempat Yatt menjerit rahangnya dicengkam kuat oleh faizal, mencari-cari lidahnya dan tanpa belas kasihan Faizal menarik dan memotong lidahnya, lalu terus mencampak Yatt menggelepar kesakitan ibaray ayam baru lepas disembelih.

"Memandangkan kau pun akan mati, biar aku beritahu kau sesuatu, ini Seri isteriku , separuh manusia dan separuh jin, waris dari keturunan Afiq, kalau kau masih ingat lagi, sahabat aku yang hilang 3 tahun lepas" kata Faizal.

"Seri boleh merubah dirinya kepada asal manusia atau wujud asalnya manusia separuh ular pada siang hari namun selepas pukul 12 malam dia tak boleh berubah, inilah wujud asalnya sampai pukul 6 pagi" tambah faizal lagi.

"Aku sebenarnya meluat dengan kau, perempuan jalang, tapi hari ni hidup aku akan aman dari kau, tiada siapa akan merampas Faizal lagi" kata Seri pula.

"Huuffff...huffff... tolfonggg lfasskan akfu" rintih yatt.

Seri memandang wajah Faizal.sambil tersenyum.lantas dagunya segera dipegang lembut oleh Faizal, sebelum bibirnya dipagut oleh bibir Faizal.

Bercium penuh ghairah langsung tak memperdulikan rintihan Yatt di hadapan matanya, tidak ada rasa jijik di hati faizal, dengan daging busuk dan sisik ular di sebelah kiri wajah sang isteri.

Apabila ciuman dilepaskan , seri memandang lembut ke wajah faizal.

"Ayang makan dulu yer?" Minta seri.

"Tinggalkan abang sikit" balas Faizal.

Terus sang ular jelmaan menggelongsor laju ke arah Yatt yang tidak terdaya.

Membelit dengan kuat. Wajahnya sengaja dirapatkan pada Yatt yang ternganga kesakitan hingga hilang mata hitamnya terbeliak di ambang maut.

"Kraaaakkkkkkk...." bunyi tulang rusuk Yatt yang telah dipatahkan bergema di ruang dapur rumah.

Seri mengangakan mulutnya seluasnya, mempamirkan giginya yang umpama gergaji dan dengan sekali baham.

Hilang separuh badan yatt dari kepala hingga ke dada.

"Krupppp...krupppp" bunyi kunyahan penuh nikmat dari seri sambil diperhatikan oleh faizal.

Sekurangnya hari ini nafsu makan yang besar milik isterinya dapat ditunaikan.untuk esuk-esuk Faizal perlu mencari mangsa baru pulak.

*************
Pagi itu Faizal bangun dari tidur, menggeliat sedikit badannya, hidungnya tercium aroma masakan enak dari dapur rumahnya.

Dan dia turun ke tamu rumah, dilihatnya isterinya , Seri sedang duduk menunggunya dengan mempamirkan wajah yang comel , muka yang sempurna.

Sambil kedua-dua tangannya di letak di atas meja di hadapan masakan istimewa , daging masak lemak cili api.

"Hari ni seri masak special untuk abang, lauk feveret abang" kata seri.

"Errr, abang,stok kita habis lagi" kata seri ketika Faizal hampir saja menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Hurrrrrmmm, " keluh Faizal.

"Kali ni Seri pulak yang bawak balik k" kata seri.

"Jangan amik anak-anak jiranlah" marah faizal.

"Si budak Kamal tu kurang ajar tahu tak bang, ada ke ayang tengah berjalan nak pergi ke kedai Rosli dibalingnya kayu ranting kat ayang, Mak dia pun gelak je anak dia kecik-kecik dah kurang ajar macam tu, memang kena lah dengan ayang" balas Seri.

"Tapi melampau sangat, tu dah meroyan dah si Combi dengan Akub tu" balas Faizal.

"Yerlah, tapi please kali ni je sayang kacau jiran-jiran, sayang dah mengidam sangat ni, kali ni special sangat-sangat" kata Seri.

"Siapa pulak kali ni,dan apa yang special sangat tu, ?" soal Faizal.

" kali ni lagi special, perempuan mengandung 7 bulan, 2+ 1 , culik satu dapat dua, seri ambik ibu je ,baby dalam perut abang amik, abang mesti teringin kan?" Pujuk seri.

"Sedap ke daging baby?" Soal Faizal.

"Sedap sangat, lembut dari biasa,abang pun cubalah,seri dah rasa dan cuba " balas seri.

"Ok sayang" balas faizal dan terus menyuap daging istimewa ke dalam mulutnya.

Ya , seri suka daging yang mentah manakala faizal lebih menyukai yang dimasak terlebih dahulu.

***********
3 tahun yang lalu
PANTAI MEDICAL CHERAS
faizal Flashback

"Beep...Beep"

Faizal tersedar setelah 4 hari koma.

Perlahan-lahan dia membuka matanya, dalam kelam gelap di wad 4 itu dia melihat di hujung kaki katilnya .

Seorang wanita cantik sebelah kiri wajahnya, berpakaian cantik persis dayang-dayang dahulukala dan menutup kain songket di wajah kanannya manakala tangan kirinya menghulurkan sebentuk pisau belati berukirkan ular dan dihiasi batu kecubung kepada Faizal.

"Bukankah telah aku katakan, aku akan datang semula kepadamu" kata Seri, kepada Faizal.

"Kau tak boleh lari lagi dariku, terimalah aku sebagai pengantin perempuanmu, dan terimalah cintaku, sesungguhnya aku ikhlas mencintaimu" kata seri lagi.

"kelipkan matamu tanda setuju, atau di sini juga kau dan seluruh keluargamu yang tertinggal akan aku binasakan dan kumamah daging mereka sehingga ke temulang mereka"

"BERJANJILAH DENGANKU..! "

"DAN PISAU PUSAKA ITU SEBAGAI AKAD...!"

Tangannya mencapai pisau pusaka , memandang seri, dia masih mahu hidup, belum saatnya lagi untuk dia mati, segera dibalas dengan kerlipan kedua-dua matanya.

"KAU BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAK WAHAI SUAMIKU"

balas seri sambil memberi senyuman mesra untuk Faizal, disertai guruh berdentum di luar dan hujan lebat turun mencurah-curah.

*************
"Menakjubkan, awak seharusnya patah rusuk kanan dan betis kiri, namun lihatlah kini , awak sembuh seperti sediakala dalam satu malam" kata doktor yang tidak dapat menyembunyikan rasa takjubnya dalam hal ini.

"Kami akan menahan awak di wad dalam satu hari lagi,jika takde apa-apa awak boleh discharge hari ini" tambah doktor itu lagi.

Takjub di hati doktor itu namun tidak kepada Faizal.

"Ini semua kerana Seri" bisik hatinya.

***************************

4 BULAN KEMUDIAN

Faizal duduk melepak di atas kerusi di taman di tasik Ulu Yam, selesai tugasannya di Gombak mengambil gambar perkahwinan.Sudah 4 bulan berlalu sejak peristiwa perjanjian di Wad Hospital dan juga misteri kehilangan Afiq.

Mengapa sesudah perjanjian dibuat Seri seolah-olah meninggalkannya, tiada khabar berita.Faizal duduk termangu sambil tangannya leka mengulit rokok di tangannya.Terlalu runsing hingga dia terlupa membakar rokoknya.

Entah mengapa hatinya diulit rasa rindu teramat sangat kepada Sang Puaka yang hodoh rupanya, inikah sumpahan keturunan Rangga?

Adakah jika janji telah dimeterai, hati nya akan terpaut selamanya pada Sang Puaka.

Baru dua minggu lepas dia menerima berita mengejutkan tentang kehilangan seluruh keluarga Ngah Dollah di Kampung Berembang.Hilang tanpa jejak, yang tinggal hanya percikan darah merata di dalam rumah, namun seorang mangsa pun tidak dijumpai, semuanya hilang hatta Ngah Dollah sendiri, malah yang tua dan kanak-kanak juga hilang semuanya.

Pantas rokoknya disua ke mulut , tika api dari lighternya mencecah hulu rokok tika itulah mentera aneh berkumandang ke seluruh pelusuk taman di pinggir tasik itu.

Hei , Tembakau Sepening-pening,

Mari Aku Lontar Seberang Melayu,

Jatuh Menjadi Sonak panah,

panah Gunung,

Gunung Meletup,

Panah Langit,

Langit Belah,

Panah Hati Jantung Limpa engkau,

Kasih Sayang Gila Mabuk Pada Aku,

Sahsidi Pengajaran Guru.

Disertai Hilai Pekik persis Si Pontianak yang bergema cukup kuat hingga membuatkan beberapa pasangan muda yang sedang memadu asmara di situ kelam kabut berlari meninggalkan kawasan itu.Sehingga lengang seluruh kawasan taman.

Namun Faizal tidak lari, kenapa dia mesti lari sedangkan dia merindui suara dan kelibat itu.Rokoknya dicampak jauh sambil matanya liar mencari kelibat si empunya suara.

"Kau menunggu aku?" soal satu suara dari belah belakangnya.

Segera ditoleh oleh Faizal, memandang wanita cantik separuh wajah berlumur darah di seluruh badannya, manakala sebelah wajahnya ditutup dengan songket.

Faizal tanpa ada rasa terkejut seperti ketika berjumpa dengan seri suatu waktu dahulu terus mara menuju ke arah Seri, Rasa rindunya tak tertanggung lagi, sebelah tangannya disuakan ke arah songket yang menutupi wajah Seri puaka.

Menyelak wajah Hodoh yang disembunyikan Sang Puaka.

Ternyata...

Tidak ada rupanya wajah yang sangat mengerikan di sebelah kirinya, seolah-olah mayat reput sehingga tercarik-carik daging wajahnya, dan kelihatan bentuk tengkoraknya, tidak ada mata yang ada di soket matanya melainkan seekor ular tedung berwarna keemasan yang menjalar keluar dari soket matanya yang lohong, sesekali lidahnya keluar dari celahan gigi yang lopong menjilat ulat-ulat berengga yang jatuh dari cebisan daging busuk di wajahnya, dan ternyata semua itu tidak wujud.Seri dihadapan wajahnya adalah sangat cantik sangat sempurna, secantik-cantik wanita yang pernah dilihat Faizal seumur hidupnya.

"Seri, tak hodoh" kata Faizal seakan berbisik.

Dijawab dengan gelengan kepala oleh Seri.

"Jadi yang sebelum ini" soal faizal.

"Seri separuh manusia dan separuh Jin, disiang hari wujud Seri seperti manusia biasa, Seri hidup dalam kelompok manusia, di malam hari selepas pukul 12 malam dan hingga 6 pagi Seri akan berubah wujud ke wajah Jin milik Seri" jawab Seri.

Faizal segera melihat ke arah jam di tangannya, baru pukul 9 malam.

"Jadi kita masih ada masa sehingga 3 jam" kata Faizal.

"Untuk apa?" soal Seri.

"Bukankah Seri isteri Faizal sekarang?" soalan Seri dijawab oleh Faizal dengan soalan juga.

"err" merah muka Seri menahan malu.

"PISAU PUSAKA SEBAGAI AKAD BUKAN?" Soal Faizal sambil menghulurkan pisau belati milik leluhur Seri.

Seri memandang wajah Faizal, asalnya niatnya berjumpa dengan Faizal adalah untuk memangsa pula si Faizal , setelah habis keturunan Udin, Imam Omar dan Ngah dollah dibinasakannya, dia berfikir untuk menghapuskan satu-satunya orang terakhir yang tahu tentang kewujudannya, iaitu Faizal.Dia percaya sampai bila-bila pun Faizal tidak akan tertaut padanya, tapi kini di hadpan matanya, Faizal sudah berubah 360 darjah.

Seri lantas tersenyum.

Sambil mencapai pisau belati yang dihulur Faizal.

"Ya , pisau pusaka sebagai akad" balas Seri.


**TERMETERAINYA JANJI IBLIS**

Special Tag

TunIndah

Sebab kau kata rindu nak baca cerita seram aku.

*****************

*TAMAT*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top