BERMULA SEBUAH JANJI



NOTA PENULIS :

SILA BUKAK VIDEO DI ATAS DAN AMBIL HANDFREE UNTUK DAPATKAN FEELING YANG LEBIH BAIK KETIKA MEMBACA CERITA INI


Aku Bunuh Tiada Bertanya ,

Aku Panchong Tiada Pereksa,

Aku-lah Hulubalang Dalam Dunia,

Sakalian Yang Menjadi Saksi Aku Dapat Binasakan,

Mu Asal Mani, Aku Asal Manikam,

Ah..Patah..!

Ah..Bilah..!

Aku Chakap Binasa Samalah Sakalian..

Hai Si Japang Japai, Hai Si Dada Bidang,

Si Renek Gigi , Si Changgal Panjang,

Si Gerebang Rambut , Si Liok Limbai,

Jika Engkau Duduk Di Jeram,

SANG RANGGA Namamu,

Jangan Engkau Mendengki Khianat Kepada Anak Adam,Manusia,

KU-SUMPAH DURHAKALAH KAU KEPADA ALLAH...!!!


**************************************

PAHANG : 1614

Ada pun hidup,
jauh dan sayup,
manakala maut,
tangkas tak berkelibat.  

Laksamana Seri Pandika Maharaja melompat memburu buruannya, dalam sayup kelam malam ditemani cahaya jamung obor, merentas hutan belantara , memburu amanat , darah suci wanita yang tidak berdosa.Tangkas si pendekar bersama para hulubalangnya yang setia.

Kerana Setia Pada sultan ,

Nyawa Jadi Taruhan,

Kasih Tidak Bersempadan,

Memburu Kehormatan.

Di sebelah lain nya seorang wanita yang sedang berlari , hampir luka-luka seluruh kakinya , berkaki ayam meredah denai dan rimba dalam gelapnya malam. Takutnya tak terbilang lagi, bila diisytiharkan Sultan Megat Seri Alam , Seri Rangga penari Istana harus mati.

Bermain Cinta Tidak Terbilang,

Bersama Sang Putera  Tunangan Orang,

Murka Sang Sultan Meledak  Hilang Pedoman,

Si Rangga Durhaka Di Ambang Kematian.

"Burunya habis-habisan , jangan pulang ke Negara Indera Pura  jika tak dapat tamatkan riwayatnya" arahan Laksamana Seri Pandika Maharaja penuh amaran kepada para hulubalangnya, nyawa mereka atau nyawa Seri Rangga.

Seri Rangga penari istana yang dapat mendengar suara arahan Laksamana Seri Pandika Maharaja itu makin gelisah hatinya.Musuh makin menghampiri, sedangkan dia tiada lah berdaya lagi, hendak berlari dengan dirinya yang kini bunting berisi, namun dia perlu tetap menyelamatkan diri.

Bukan nyawanya yang harus diselamatkan tapi nyawa si kecil 9 bulan di dalam kandungan, waris takhta Indera Pura harus dijaga, si kecil yang menconteng arang di muka Sultan Indera Pura , malunya jauh nun ke Empayar Melaka, manakan tidak, Sang Putera pewaris takthta, bermukah dengan Gundik Diraja, hina sehinanya , Gundik Diraja si penari istana.

Seri Rangga terus berlari hingga jatuh tersembam kakinya tersadung akar pokok bumi yang melata di lantai hutan rimba ini. Senyap seluruh unggas rimba , tanda berdiam diri, mengasihani gadis ini yang tidak berdosa lagi dianiayai.

Darahkah....

Darahkah yang mengalir di celah kelangkangku ini, anakku, anakku, adakah kau akan mati.

"Tuanku, Jangan memperkosa aku...Tidak setaraf kedudukan kita ini!'

"Aku mencintaimu Rangga.."

"Akan Aku permohonkan perkenan Ayahanda, biar kita bersama"

"Aku Berjanji...percayalah janjiku ini"

Bala dicari jauh sekali, namun Sang Putera memberanikan diri, memberitahu si Ayah cinta sejati, manakan datang cinta sejati, jika diikat janji sehidup semati dengan Puteri Melaka Empayar Ulung. Mengundang kemarahan Sultan Megat Seri Alam.Gundik Diraja bukan pilihannya.

Hukum Islam zina dibalas rejam... harus kini Sang Putera dan seri Rangga penari istana dihukum.

Tidak ada keadilan di Indera Pura.Aib harus ditutup sementelah lagi Empayar Melaka tidak mahu mendengar alasan, Si Penzina harus mati, namun Putera yang tidak lagi teruna tetap diperlukan untuk mengukuh hubungan Empayar Melaka dan Indera Pura.

Seri Rangga penari Istana harus mati dibunuh sendiri oleh Tengku Aman Shah, pewaris diraja,anak haram miliknya juga harus mati, tidak ada tempat di Indera Pura untuk gundik Diraja.

Belati Pusaka Kini Diberi,

Ditempa Jauh Ke Majapahit Nama Diberi,

Asal Jadi Dari Tujuh Besi,

Sakti Tedung nama diberi.....

"Hei...disini pelacur Istana , Tangkap ia...!!!" tersentak si Rangga , suara nya bergema , Laksamana Seri Pandika Maharaja , terkenal dengan kepahlawanannya, dipanah tidak tembus pula, ditikam dengan keris pun tidak lut juga, kini di hadapan matanya.

"ARGHHHHH...!" jerit  Seri Rangga bila dadanya dipijak oleh Laksamana durjana.

"Tidak ada Ampun bagi mereka yang mencemar nama ke bawah duli Sultan Megat Seri Alam, titah sudah diberi , nyawamu kini adalah hak kami"  Sambil melurut Misai Hitamnya dan menjeling pula pada seri Rangga.Penuh pula nafsu binatangnya.

"Maafkanlah Patik, Tuan Laksamana, kasihanilah partik, jika tidak pada patik, anak di dalam kandungan patik Tuan Laksamana" Rayu Seri Rangga pada Laksamana Durjana dan Hulubalangnya yang perkasa.

"Mengasihani gundik murahan seperti Tuan Hamba, rasanya tidak...!!!, namun ada sesuatu pada tuan Hamba yang sentiasa menjadi igauan Hamba" Kata Laksamana Seri Pandika Maharaja sambil mempamerkan senyuman jahatnya.Segera merentap baju Seri Rangga.

Sudahlah dianiayai Sang Putera,

Kini Diperkosa Pula,

Oleh Hulubalang dan laksamana Durjana,

Gugur kandungannya dicerca pula Maruahnya...

Gugur satu-satunya zuriat Tengku Aman Shah, zuriat haram miliknya, adakah Rangga yang berdosa, tidak sama sekali, ia taat, taat seorang Rakyat kepada sang raja , tidaklah ingin dia menuntut takhta agung di Indera Pura, cukuplah jika Tengku Aman Shah membalas cintanya. Kini nasibnya dirogol pula hingga keguguran oleh Laksamana Durjana.

Si Gundik Kini Bernasib Malang,

Sudahlah zuriatnya kini hilang,

Hilang sayang berganti kedendaman,

Dibawa mengadap pula Si lepas tangan.

"Kanda , Apakah semua ini, sudah cukup dinda membalas cinta Kanda, adakah ini balasan cinta suci dinda...!" Tempik si Rangga ketika dibawa menghadap Tengku Aman Shah kekasihnya.Yang duduk berteleku di julang singgahsananya.

"Beta bukan kekasihmu, berhenti memanggil Beta kanda...!... Titah Ayahanda kamu harus beta hapuskan, supaya tidak bercambah keturunan Penzina sepertimu..." bersahaja sahaja jawapan dari Tengku Aman Shah melepaskan diri dari dosa nya.menoda gadis suci sehingga mencambahkan zuriatnya.Seri Rangga penari Istana sesungguhnya telah dianiaya.

"Tuanku , titah Sultan Megat Seri Alam, Seri Rangga harus ditikam dengan Sakti Tedung" Menunduk pula Si Laksamana Seri Pandika Maharaja, mempersembahkan Belati pusaka Milik Raja-raja.

"Haruskah Beta yang yang melakukannya Tuan Laksamana, tidak bolehkah kiranya Tuan Laksamana yang menghunus Belati itu " tanya  Tengku Aman Shah.

"Titah Sultan itu adalah pasti, sebab itulah patik ada di sini, untuk memastikan tuanku Tengku aman Shah patuh pada perintahnya" Balas Laksamana Durjana.

"Jangan Kanda..Ingatlah Kanda..Cinta Kita...!!!!" Jerit Seri Rangga bila melihat Sang putera mencabut keluar belati Pusaka dari sarungnya.

Tengku seri Aman berjalan perlahan sambil mencium Belati Pusaka menegakkannya diantara tengah-tengah wajahnya.menuju ke arah Seri Rangga.

"Isk..isk...Jangan, Aku teraniaya , TIDAK TAKUTKAH KAMU SEMUA KEPADA ALLAH...!" Pekik Seri Rangga.

"Seorang Penzina , tidak wajar berkata begitu, kamu akan sampai ke Neraka atas dosa zina kamu..!" balas Laksamana Durjana selamba tanpa memikirkan bukankah dia juga seorang perogol si gadis teraniaya.

Hujan kini turun selebatnya, seolah-olah menangisi nasib si gadis malang, Cengekerik-cengkerik dan unggas di hutan juga mula memekik-mekik seolah memarahi nasib si gadis malang.

Laksamana yang banyak pengalaman memandang sekeliling, Hulubalangnya mula takut.Bagaimana pula mahu keruan bukan unggas sahaja yang bergema , disusuli pula dengan ngauman pak belang seolah-olah memberi amaran, Seri Rangga akan dibela.

Laksamana Seri Pandika Maharaja mula bermain dengan misai lentiknya, ditarik perlahan keris Arjuna Mahkota disisip keris di Pinggangnya,Keris 12 Lok bukan keris Biasa , Sakti miliknya, dirampas dari Pendekar Ratnapuri dalam pertarungan 1 lawan 1 di puncak Gunung mempaga.

"HEYYYYY....!"

Tidak ada Amaran, tidak ada kata-kata dari Laksamana Durjana dipasak keris Arjuna Mahkota tepat di tanah hadapannya lalu dilantang pekiknya.Terdiam seluruh Rimba Raya, gerun dengan kekuatannya kala menyeru si Jin Penjaga.Sesungguhnya Laksamana Seri Pandika Maharaja bukan orang biasa, tidak akan dipegang jawatan laksamana jika tidak penuh ilmu di dada.

"TUANKU , SEGERA, PASAKKAN SAKTI TEDUNG DI TUBUHNYA, PATIK MENAHAN KEMARAAN JAGAT RIMBA"  tempik Laksamana Seri Pandika Maharaja yang masih menahan keris Arjuna Mahkota mengalirkan saktinya, namun begitu gigil seluruh tubuhnya, tangannya, malah mengalir keringatnya.

"apakah yang datang, luar biasa kehebatannya...!" bisik Laksamana durjana dalam hati.

"CEPAT TUANKU...!" pekik Laksamana Seri Pandika Maharaja.

"Jangan Kanda...!" tempik Seri Rangga.

"Untuk Maruah Indera Pura..!"  kata Tengku Aman Shah sebelum tembus Sakti Tedung menembusi perut Seri Rangga yang mengandung 9 bulan, Sakti tedung juga menembusi terus tepat pada si kecil yang telah lama mati, dua nyawa direnggut oleh Pemerintah durjana.

"Argghhhhhh......!" Jeritan akhir Rangga sebelum memuntahkan darah pekat penuh ketulan , bisa Sakti Tedung telah melalui setiap sendi tubuhnya.

"AKU BERSUMPAH KETURUNANMU TAKKAN TENANG...AKU TAKKAN BERHENTI MEMBURU SETIAP KETURUNANMU...EMPAYARMU AKAN BINASA.. AKU AKAN MEMBUNUH MEREKA SEMUA, INI SUMPAHKU, SUMPAH SERI RANGGA PENARI ISTANA......!"

Sumpah Diucap pemula bicara,

Membuat Ketar di hatinya,

Si pemegang Takhta,

Mendengar sumpah laknat yang Teraniaya.

Pisau yang ditikam melekat di perut si rangga cuba ditarik namun tangan si Tengku Zalim seolah-olah melekat di hulu pisau,hujan makin lebat membasahi bumi ,guruh berdentam dentum , kini Ngauman Rimba mula bergema semula, Ternyata Laksamana Seri Pandika Maharaja tak dapat menahan kemaraan dan kemarahan penghuni rimba.

"Datuk Laksamana...Tolong beta, tangan beta melekat di hulu pisau" Jerit Tengku Aman Shah memohon pertolongan dari Laksamana Durjana, hilang terus kuasa daulatnya kini.

"Datuk Bentara....!" laung Laksamana Seri Pandika Maharaja terus mencampakkan parang badik miliknya dan....

"ZASSSS......!" terputus tangan Tengku Mahkota dipotong pantas oleh Seri Bentara, apa pilihan yang mereka ada.

"Tapppp" Keris Arjuna Mahkota ditanggal dari pasaknya.

"LARI SEMUA...!!' arah Laksamana Seri Pandika Maharaja pada hulubalangnya , dia tahu bakal datng sesuatu yang bahaya. Segera dipapah Tengku Mahkota yang telah cacat di tangannya.

Langkah pendekar bukan langkah biasa,

pantas meredah rimba raya,

segala denai diredah perkasa ,

lari dari mara bahaya.

Arahan untuk tidak melihat ke belakang diberi,Namun ada juga Hulubalang yang berdegil memandang ke belakang, menjadi penyesalan seumur hidup mereka disambar pantas oleh  SI GUNTUR RAJA ULAR di Rimba Gelanggi.

"Aku sangkakan ia hanya mitos..." bisik hati kecil Laksamana Seri Pandika Maharaja.Tidak percaya melihat Ular Hitam gergasi datang menghambat orang-orangnya.Namun dia selamat kini SI GUNTUR tidak berusaha memburunya.

"KRUPPP ...KRAPPP...KRAKKKK"

Bunyi patah tulang dari hulubalang yang tumpas di tangan SI GUNTUR , Dibelit kemas dan ditelan mudah oleh SI GUNTUR ular perkasa, kini sampai giliran SERI RANGGA yang nyawa-nyawa ikan.

"Tolong aku Sang Ular, jangan makan aku" rayu Seri Rangga yang mula ketakutan ,sudahlah dianiaya, kini bakal menjadi habuan binatang ganas ini.

"Aku datang menyahut SUMPAH LAKNATMU" Bergema suara ular Puaka di seluruh hutan.

"KAU MAHU HIDUP...!!!' tempik SI GUNTUR.

"AKU SI GUNTUR AKAN MENJADI GALANG GANTI NYAWAMU, KAU AKAN HIDUP BERIBU TAHUN LAGI, MEMBALAS DENDAM PADA KETURUNAN MEGAT SERI  ALAM...!!!"

"KELIPKAN MATAMU...KAU DAN AKU AKAN MENJADI SATU, SEPARUH MANUSIA SEPARUH ULAR"

"DAN SAKTI TEDUNG AKAN MENJADI AKAD...!!!!"

##******************************##

Dari Abu Sa'id radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah saw bersabda:


"Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim." (HR. Tirmidzi)

###End Of Prolog###









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top