1

Hari ini 28 Ramadan. Aku dapat dengar alunan lagu-lagu Raya dari rumah jiran sebelah. Aku tinggal di apartment. Memang senang sangatlah nak dengar muzik atau apa-apa bunyi dari jiran sebelah. Kalau jiran aku ni tengah sembang dengan suami dia pun aku boleh dengar. Aku ni memang. Kadang-kadang suka curi-curi dengar perbualan orang.

“Aiman, Afiq! Baju dah kemas belum?” Aku dengar suara jiran aku. Tapi anak dia tak menjawab.

“Abang, pergi tengok anak-anak tu kejap. Entah dah kemas baju ke belum tu. Karang abang jugak yang bising kata lambat.” Sekali lagi aku dengar suara jiran aku.

    

Aku hanya duduk menghadap laptop. Dari pagi sampai tengah hari aku layan Hindustan saja. Aku bukan macam jiran sebelah yang suka dengar lagu raya. Dalam laptop aku ni tak ada langsung lagu-lagu raya. Aku tak berapa suka. Aku baring, pandang siling. Hari ini aku cuti kerja. Aku kerja part time sambil belajar. Aku dah minta cuti seminggu, bermula hari ini. Malam ni aku dah nak balik ke kampung. Nak beraya dengan mak. Dan seboleh-bolehnya, 29 Ramadan tu aku nak lalui Ramadan dengan mak. Rindunya dekat mak.

    

Aku bangun dan berjalan dari ruang tamu ke bilik. Aku ambil beg baju dari bawah katil. Aku pilih baju-baju yang aku nak bawa balik dan sumbat semuanya dalam beg yang tak seberapa besar ni. Aku balik kampung pun bukannya lama. Tak perlu bawa baju banyak-banyak. Sedang aku menyumbat baju ke dalam beg, fikiran aku membayangkan wajah mak dalam pelbagai reaksi. Wajah mak sedang happy, wajah mak bila marah, wajah mak bila merajuk dan macam-macam lagi. Aku tersenyum sorang-sorang.

    

Balik kampung jumpa mak nanti aku nak mengadu dengan mak. Aku nak bagitahu yang kawan-kawan serumah buat aku macam tunggul, macam aku tak wujud. Kami berselisih faham. Aku tahu sebahagiannya salah aku. Tapi tak bolehkah kalau kita berbincang dengan baik, secara berhadapan? Bukan dengan cara hanya berbalas mesej-mesej berbaur kasar dalam group semasa aku tak ada di rumah. Bila aku dah balik rumah, semuanya senyap membisu. Tidak lantang seperti mesej-mesej yang disuarakan dalam group. Aku anggap mereka tidak matang. Bagi aku perempuan berumur lebih dari 20 tak sepatutnya berperangai begitu. Tak sepatutnya diam tidak bertegur sapa. Tapi aku juga rasa aku tidak matang, apabila aku hanya senyap tanpa cuba mengambil hati mereka semula.

    

Dan dari situ bermula lah saat-saat di mana aku betul-betul tak wujud dalam rumah ni. Mereka berbuka bersama-sama dan aku hanya berbuka seorang dalam bilik. Aku masak siap-siap dan bawa ke bilik. Masa itu aku kerap teringatkan mak.Kalau mak ada, mesti mak layan aku baik-baik.

    

Dan ada ketika di mana aku sedang sakit, aku tak larat nak masak, aku akan minum air kosong saja dan terus tidur. Tiada layanan sebagai kawan untuk aku. Lantak aku lah nak melingkup atau mati sekalipun. Macam aku ni bukan manusia. Sepatutnya aku tak mengharapkan apa-apa lagi lepas banyak kali aku dikhianati kawan-kawan sejak aku di bangku sekolah rendah dulu. Hal kau itu hal kau, hal aku itu hal aku. Kadang aku rasa menyesal buat baik. Mungkin aku menyesal sebab perbuatan aku yang baik itu, aku harapkan balasannya juga baik. Lain kali aku tak boleh begitu. Aku perlu ikhlas. Atau aku tidak perlu menolong apa-apa pun. Lebih baik jika aku buat hal aku sendiri.  Aku nak bagitahu mak yang anak mak ni sorang-sorang dekat sini. Kalau mak ada dekat sini kan best.

    

Mereka semua sudah balik ke rumah keluarga masing-masing, sejak beberapa hari yang lepas. Aku nak bagitahu mak, yang aku lagi suka bersendirian dekat rumah ni. Rasa lebih tenang. Tapi nanti mesti mak risau. Sebab aku kan selalu sakit. Hmm..nak bagitahu ke tidak? Tapi kalau bagitahu pun apa salahnya. Buat apa aku nak berahsia dengan mak?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top