9

Rasa bersalah aku menghantui diri selepas pagi tu. Di telinga aku teriang-iang suara anjing yang mengerang kesakitan menghadap sakratul maut pagi tadi. Lalu rasa bersalah ini membuatkan aku rasa resah gelisah, dan suara dalam telinga aku terus berkata "kau manusia jahat, kau dah bunuh anjing" berulang-ulang kali.

Aku menjerit sambil menekup telinga aku. Tertekan dengan suara itu, ditambah pula dengan suara anjing yang meraung kesakitan itu terus berlagu dalam telinga, aku mengambil keputusan untuk buka lagu sekuat hati, dengan harapan suara itu akan hilang.

Tapi suara tu tak pergi, makin kuat ia pergi. Aku buka volume max, kuatkan bass sampai aku rasa gegendang telinga aku boleh pecah, tapi aku masih tak mampu melawan suara ini.

Aku toreh pada tangan aku dengan pisau, "I'm a jerk". Ya, bagi orang, ini benda bodoh, tapi macam aku, melihat darah ini mengalir keluar dari badan adalah satu kelegaan - sebab bila darah tu keluar, kau dapat rasakan kesakitan pada tangan itu dapat menutupi kesakitan pada hati tu.

Bila pertama kali aku toreh tangan aku, ya? Masa tu aku Tingkatan Lima. Rambut aku panjang sampai ke bahu, aku rasa cool gila. Tapi disebabkan rambut aku dipotong botak oleh cikgu disiplin depan Farhana, awek yang aku crush, tu yang aku rasa aku down dan aku mengamuk dalam toilet sekolah. Aku tumbuk pintu, dan cermin toilet sampai pecah sebab aku menyampah tengok muka aku dengan rambut yang botak.

Kaca itu kemudiannya aku gores pada tangan aku sebelum darah pekat mengalir di baju sekolah aku.

Terdapat satu perasaan keterujaan bila melihat darah tu mengalir. Teruja sebab aku nak tahu apakah aku bakal menemui kematian. Apa rasanya bila mati?

Ya, memang bodoh sebab rambut aku dah toreh tangan. Tapi sebab masyarakat sikit-sikit kata, "ah bodohnya, ah bodohnya," aku kadang-kadang fikir korang pun bodoh gak, sebab berhutang ribu-ribu atas benda yang sebenarnya kau tak perlu pun. Kau kata kau perlu sebab kau dah didoktrinkan benda tu kau perlu.

Setiap orang ada kebodohan tersendiri. Jangan nak pertikai.

Aku tahu aku salah melanggar anjing tu. Tapi bukannya aku sengaja nak langgar. Dalam hal ini, aku sedar, anjing tu ada anak-anak untuk beri makan. Sudahlah hidup merempat, kena korek sampah untuk hidup. Bila kena langgar, macam mana anak-anak anjing tu nak hidup?

Aku teringat pada anjing yang aku selalu beri makan masa aku Tingkatan Lima dulu. Nama dia Johnny.

Masa emosi aku tak stabil pasal setiap hari bapak aku membebel pasal SPM dan setiap hari aku disuruh masuk universiti macam kakak dan abang, aku tertekan beb. Jadi, selalu ketika aku di taman permainan dan ponteng sekolah sorang-sorang atau ada Chan, hisap rokok, atau hisap bob marley, atau layan pil kuda, Johnny ni datang dan duduk sebelah aku atau Chan.

Takde pulak dia nak menyalak kat kitorang. Mulai hari tu, kalau kitorang lepak situ, kitorang belikan ayam goreng yang dibeli dari kedai nasi campur atau mamak yang berhampiran.

Aku ingat Johnny ni berjasa pada aku. Satu hari, aku dah terlewat masuk sekolah jadi aku malas masuk sekolah. Jadi, aku lepak di port biasa. Aku SMS Chan, kot-kot dia nak melepak sama. Sekali dia dah kat Kompleks. Lagi advance dari aku.

Aku berjalan menuju ke arah bus stop, dan tiba-tiba Cikgu Kamaruddin, cikgu disiplin aku meronda dengan motor kejar aku. Kimak, aku pun lari la.

Cikgu Kamaruddin tu parking motor kat sebelah gerai nasi lemak tu dan kejar aku. Pukimak betul. Dia dengan macai dia Cikgu Maarif dah planning baik nak tangkap aku ni, sebab aku nampak Cikgu Maarif dah ada kat lorong kecik belakang rumah area rumah situ.

Ah kimak, aku patah balik ke taman, dan masa kejadian kejar mengejar itulah, Johnny datang dan mengejar dua ekor cikgu disiplin celaka tu.

Cantiklah, Johnny. Tak sia-sia aku bagi makan kat kau.

Sebab tu aku sentimental sikit dengan anjing ni. Anjing ni, sekali kau bagi makan, seribu kali kau jumpa dia pun dia ingat kau. Manusia, kau banyak kali tolong kau, sekali dia senang, kemungkinan besar dia nak tolong kau balik tu tipis lah.

Anjing ni makhluk yang setia. Kadang-kadang aku rasa lebih baik bercinta dengan anjing berbanding dengan manusia.

Dan sebab itulah aku rasa down pagi tadi. Sebab aku memang suka anjing. Kalau la nama aku ni Christopher atau Ravichandren dan bukan Izzuddin, dah lama aku bela anjing.

Bukan apa Melayu ni. Malas nak samak tahi, terus diharamnya anjing. Walhal orang Islam takde pulak dikatakan haram membela anjing.

Lain la makan anjing, tu haramlah, bodoh.

Kang kalau aku cakap gini, dikata aku buat fatwa sendiri.

Aku rasa aku dah bunuh makhluk yang jauh lebih baik dari manusia dan sebab itu aku rasa fucked up gila.

Mesej dari nombor yang tak dikenali.

"Weh, free tak? Jom minum."

Aku tengok nombor dan aku tak ingat.

"Siapa ni?"

"Sarah la, ngok! Malam tadi lepak sekali, takkan tak ingat dah kot?"

Tak sangka dari menjadi pemandu Uber dia terus dia ajak jadi member.

"Eh, takpelah kot. Aku tengah ubering ni," aku reply. Aku segan la nak lepak kerap ni. Aku cipta alasan.

"Ubering? Is that even a word? Jom la. Bunga Ramona dengan Samsul ada ni."

Aku mengambil keputusan untuk keluar. Sarah ni bersungguh nak ajak aku jadi member dia. Ke sebab apa ni?

"Ha, mana?"

"Old Town PJ. Nasi ayam. Aku share GPS."

Kita dah hampir jarang jumpa dengan orang tiba-tiba tanya kita, "dik, tau tak tempat ni, alamat ni."

Sedar tak sedar, GPS menipiskan peluang kita untuk berbual dengan orang asing walaupun hanya sekadar untuk bertanya jalan.

Aku kenal dengan awek kedua dalam hidup aku, Nora, sebab aku nak tanya jalan lah. Nora juga adalah girlfriend pertama yang aku boleh ajak ringan-ringan di taman permainan.

Aku kenal Nora ni sebab aku tak tahu jalan. Masa tu aku baru habis SPM dan bekerja sebagai penghantar pizza bermotorsikal di Subang Jaya. Dan ketika aku tersesat di kawasan SS18, aku jumpa dia di bus stop. Rupanya dia budak USJ. Budak form 4.

Budak flat Goodyear. Ala siapa budak USJ tau la area-area Taipan sana.

Tapi aku dengan dia ni kejap je. Lepas aku masuk universiti, aku pun lost contact. Sebab letih la, asal nak contact dia je, kena call 3 saat letak.

Kau ingat tak zaman guna handphone 3 saat free tu. Zaman tu semua orang gunakan telefon macam walkie talkie. Contohnya ini perbualan aku dengan Chan.

"Bro, call balik."
"Ada apa?"
"Jom lepak."
"Mana?"
"Kompleks."
"Tak dengar ulang balik."
"Kompleks."
"Lepak Subang lah."
"Jauh."
"Aku balik kerja."
"Apa?"
"Aku balik kerja."
"Datang ah."
"Lepak mana?"
"Tomyam depan."
"Kay."

Setiap perbualan tu pastikan tidak melebihi 3 saat atau kredit anda akan jatuh. Ini satu art yang tidak dirasakan oleh generasi Whatsapp.

Call-letak-call-letak. Dan pastikan telefon Nokia 3310 kau diletakkan dalam vibrate mode.

Takde sape nak dengar ringtone polifonik Sean Paul kau.

Setiap kali ada teknologi baru, teknologi lama kita akan tinggalkan, sampai satu masa ia jadi nostalgik, dan kita nak gunakan teknologi lama tu, sebab kita dah mulai bosan dengan teknologi yang makin baru dan makin berlambak.

Ada la dua tiga hipster aku nampak dah start pakai Motorola yang Jalaluddin Hassan Who Wants To Be A Millionaire tu pakai.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top