7

Hari Sabtu ada macam-macam jenis orang. Ada macam-macam jenis penumpang. Sejak aku jadi pemandu Uber ni, aku sedar bahawa ada macam-macam jenis orang dalam dunia ni. Kekosongan hidup aku tanpa Sheera yang meninggalkan aku kerana alasan ibu bapa dan Chan yang meninggalkan aku kerana mahu mengembara, membuatkan aku sedar satu perkara.

Hidup ini pada akhirnya kita seorang diri juga.

Tetapi sejak aku menjadi pemandu Uber, aku melacur diri aku untuk menjadi kawan walaupun hanya untuk seketika. Aku cuba berbual dalam masa perjalanan, atau ada yang memilih untuk diam. Tak apa.

Dalam pemanduan aku mengelilingi sekitar bandar Petaling Jaya, tiba-tiba ada orang mahu khidmat pemanduan aku dari PJ Old Town menuju ke Publika.
Aweks ni. Jadi aku pandang cermin belakang sikit untuk memastikan rambut aku kacak macam Alex Turner. Bau mulut yang macam tungkik ni aku cover dengan mengunyah chewing gum.

Nama dia Sarah. Dia pakai baju flannel petak-petak merah hitam, topi terbalik dan seluar jeans koyak-koyak.

Tak sangka trend 90an dah datang balik.

"Hello.." kata Sarah dengan manis. Agak tua tapi agak bergaya. Tua baya aku agaknya. Aku mula memandu menuju ke destinasi yang dipinta.

Aku pandang dressing dia, dan aku cuba agak apa lagu kegemaran dia. Aku memilih untuk buka lagu dari kumpulan The Melvins.

"Did you.."

"Sorry, apa dia?" tanya aku.

Lagu Honey Bucket berkumandang.

"First time I naik Uber pasang lagu The Melvins?"

Ok, bila riff dia masuk aku automatik banging.

"Woo! You memang driver Uber yang memahami taste muzik customer ke?" tanya Sarah.

"Tak lah, kadang-kadang tak bukak apa pun. Kalau rasa nak layan, layan je."

"You minat alternative rock? Grunge?"

"Saya rave pun layan."

Sarah mengangguk.

"Ni nak pergi Publika ada apa?"

"Oh, tonight ada konsert tribute to Nirvana. Kyoto Protocol, Hadi Laila's Lounge, Bittersweet, semua ada."

Aku memandang Sarah dengan penuh minat. Macam berminat, lama betul aku tak pergi gig ni. Tapi aku mana ada duit nak pergi.

"Macam menarik je," kata aku.

"Hey, jom lah. Kita pergi sekali."

Aku masih memikirkan polisi antara aku dengan penumpang kekal profesional, tapi aku minat Laila's Lounge.

"Jom la! You tak minat Nirvana ke?"

Gila kau. Aku dulu hampir maut masuk hospital tu sebab gila nak jadi Kurt Cobain la.

"Minat, tapi.."

Aku memikirkan alasan.

"Jom la, gig free ni."

"Eh, gig free?"

Sarah mengangguk kepala.

Tiba-tiba aku teringat zaman aku pergi gig dengan seorang member aku yang bernama Samsul Corey. Samsul Corey ni dia budak straight-edge. Walaupun dia ni straight-edge, tapi orang sering tuduh dia penagih dadah sebab badannya yang kurus keding.

Aku kenal si Samsul Corey ni masa gig dekat Warp Discotheque masa aku sedang gila melayan band-band ala-ala At The Drive In macam Projekt AK. Aku suka lagu-lagu hardcore macam tu pun datang dari Samsul Corey ni. Masa gig tu, Chan tak ada sebab mak dia tak kasi keluar rumah.

Aku berkenalan dengan dia sebab dia memakai topeng Slipknot yang macam Corey Taylor tu. Aku mula-mula panggil mamat Samsul ni Corey. Tapi dah tau nama dia Samsul, nama Samsul Corey melekat.

Rupanya topeng tu dia buat sendiri. Dia kata dengan aku, dia rembat leather jacket abah dia, dia kerat, lepas tu bab rambut tu, dia beli rambut kat kedai gunting rambut dan membentuk seperti topeng penyanyi Slipknot.

Aku mintak dia buat satu, dia cakap, "sorry beb, aku punya one and only je."

Cibai, kedeng si Samsul Corey ni.

Perkenalan aku dengan Samsul Corey ni cuma dalam gig tu je. Borak-borak gitu pastu itu je lah. Ada banyak-banyak gig, aku teringat dia ni sebab dia punya topeng.

Gig itu diakhiri dengan polis datang dan rush gig tersebut. Mencangkung budak-budak punk, budak-budak skin dengan aku sekali dalam lori black maria.

Kimak hari tu nasib Chan memang baik. Aku sangkut urine sebab aku layan nospan sebelum tu. Kesudahannya aku tido balai 3 hari sebelum bapak aku jemput aku kat balai disamping memberi penampar ke muka aku sebab aku kena masuk lokap sebab sangkut urine. Alasan nak tangkap budak black metal konon-konon ada pemujaan syaitan. Bodoh apa lancau mengarut ni.

Mengamuk jugak arwah bapak aku dalam kereta Proton Wira dia masa tu. Mencarut babi pukimak anak haram jadah semua memang jangan cakap la. Aku cuma tadah telinga.

Dan macam biasa la, aku dibandingkan dengan abang aku yang pukimak tu. Abang aku pandai, abang aku jadi pengawas sekolah, abang aku wakil debat peringkat negeri.

Aku je la sampah. Tapi aku peduli apa. Abang aku skema. Pergi sekolah pun baju tugged in. Kepala butoh dia nak aku jadi macam tu kan?

"You sure tak nak join kitorang?" tanya Sarah.

"Kitorang?" tanya aku.

"Jom la, drinks on me!"

Aku dah lama tak mabuk. Ah sial lah. Takkan la aku nak balik dalam keadaan mabuk? Mampus la takde trip ni. Mana boleh aku on Uber sambil mabuk?

Aku nampak di telinga kiri aku ada syaitan yang berwajah aku sedang tersengih-sengih.

"Pantat, Din. Pantat nak payung tanik ni!" kata syaitan bermuka aku tu.

Oh, aku tak pernah beritahu nama aku kat korang eh? Nama aku Izzudin. Tapi orang panggil aku Din je.

"Jangan, Din. Seteguk arak 40 hari solat kau tak diterima Din," kata malaikat berjubah putih yang bermuka macam aku jugak sambil memegang tasbih.

"Din, come on Din. Bila lagi kau nak mabuk? Dah la pantat nak payung kau ni. Kang dia mabuk, kau kekah la dia."

Fuck, syaitan aku ni boleh tahan bangang. Karang lesen Uber aku kena tarik, aku nak makan apa, babi?

Aku mengambil keputusan untuk pergi juga gig, tapi aku cuba menahan diri dari mabuk. Bukan apa, enjoy tu memang enjoy tapi...

...kimaknya aku tak boleh tahan diri aku dan aku rasa aku teruskan sahaja pemabukan ni.

Aku masuk gig selepas sekian lama aku tak pergi. Kali terakhir aku pergi gig ialah masa Rock The World tahun bila yang Loque nyanyi lagu geylang si paku geylang tu.

Sarah pesan satu tower Guinness. Aku agak pelik kenapa Sarah ni macam generous gila dengan aku.

"Where you guys at?" tanya Sarah mengangkat telefon.

"Tak dengar, mesej! Mesej!"

Aku mengambil pendirian untuk tidak busy body.

Dalam beberapa minit, minah ni angkat kaki. Ah, kimak. Kau jangan cakap kau nak blah. Aku bunuh kau juga kang.

Tapi kerisauan aku dalam masa lima minit kembali lega bila dia datang bersama dua orang.

Sorang tu awek lawa gila rambut merah macam awek Paramore, dan lagi sorang mamat yang macam aku kenal.

"Din, perkenalkan, this is my friend, Bunga Ramona. And another one ni kawan dia, Samsul Ashraff."

"Samsul Corey?" aku spontan.

"Wo, rare orang tau nama ni. Kau siapa eh?" tanya Samsul.

"Aku Din. Yang mintak kau buat topeng Slipknot dulu."

"Wooo lama tak jumpa!"

Pertemuan jejak kasih aku dan Samsul memberi satu petanda satu cerita baru akan tercoret dari sini.

Tapi mata aku dari tadi asyik memandang si bunga yang duduk di tepi Samsul ni. Awek dia ke? Ke kawan?



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top