6
Ah ah ah ah hmmm yeaahhh ah ah hmmm mmmaaahhh hmmmm nggghhh!
Ah, lega.
Aku terus ke bilik air, letak spender dalam mesin basuh, mandi.
Lepas mandi-mandi, aku terus bersiap-siap untuk memandu kereta Uber buat kali pertama.
Oh ya, tadi tu first time aku melancap selepas aku break up. Selalu la orang kata tabiat melancap ni tak elok, boleh gila la, rosak la, berdosa la, apa la.
Bukanlah aku berbangga dengan tabiat ni, tapi bagi aku melancap adalah perbuatan melepaskan apa yang terpendam. Apa yang tersimpan di pundi dua biji asam boi yang kau bawak ke hulu kehilir tu.
Aku malas nak bersembang panjang tentang hal melancap dengan lebih detail kerana aku sedang tergesa-gesa untuk siapkan diri aku memandu kereta.
Satu benda yang aku nampak perubahan zaman sekarang ialah segalanya di hujung jari. Pada satu ketika dulu semasa arwah ayah aku tak ada kereta, aku masih ingat lagi arwah mak aku kena call syarikat teksi untuk menjemputnya untuk ke satu tempat.
Masa tu siapa duduk Shah Alam memang pishang. Sekarang pun pishang tapi at least ada AEON Mall. Dulu ada Kompleks (PKNS) je.
Customer aku yang pertama ialah seorang makcik yang dari depan Hakim Baru Seksyen 7 nak menuju ke Kompleks. Ha, ya, aku baru sembang pasal Kompleks.
Makcik ni boraklah pasal bakal anak menantu dia yang sekarang kerja pilot tu.
"Haih anak makcik ni, nak kahwin tudung macam Neelofa!" katanya sambil menekan-nekan telefon membaca mesej Facebook. Baca apa benda yang viral.
"Apasal tak pergi kat Gulatis ke, area 7 sana?"
"Ramai orang. Macam semut. Tak larat makcik. Lagipun kat Kompleks ni makcik ramai kawan. Takdelah bosan."
Kompleks. Di sinilah, pada satu ketika di tahun 1998, aku dan Chan menjalankan satu operasi bersepadu.
Operasi mencuri kaset.
Setelah aktiviti mengusha dilakukan dua hari sekali oleh kami, kadang-kadang bergilir-gilir datang seorang diri, kami berdia memerhatikan tabiat tauke kedai atau pekerjanya yang menjaga kedai.
Chan dia target kaset Offspring - Americana, sementara aku pulak target album Republica sebab aku peminat gila penyanyi utama dia Saffron. Awek ni hot tapi fucked up dadah macam aku jugak.
Jadi pada jam 1:30 tengah hari, tauke dia keluar, sementara pekerja dia sedang fokus pada nasi bungkus yang sedang dimakan. Aku masukkan kaset Republica dalam kocek, sementara Chan acah-acah belek-belek kaset.
Chan capai kaset Americananya, dan aku memberikan pandangan bero-bero pada Chan sebelum kami perlahan-lahan angkat kaki.
Sebelum tu dah pesan, apa-apahal kalau kantoi, lari pecah. Jumpa kat tepi tasik.
Ternyata pekerja tu buat selamba fokus makan nasik bungkus sampai dia tak perasan pun keberangkatan kami.
"OK, kita tak boleh kerap sangat curi ni Chan. Kita kena bagi tempoh bertenang dulu."
"OK bro cantik!" kata Chan sambil bagi high five pada aku.
Selepas tu aku masukkan kaset Republica yang aku curi tadi dalam walkman aku yang aku simpan dalam beg. Chan dia ada walkman dia sendiri so dia pun dengar walkman dia jugak. Lepas tu ada dua orang budak yang turut memakai baju sekolah sambil mengeluarkan kaset ACAB dari poket.
"Kedai sama gak ke?" tanya aku.
Budak skinhead tu angguk je kepala. Lagi sorang sengih-sengih. Tengok keluar dari poket je dah tau, sama pattern macam aku.
Kalau kau beli mesti ada plastik.
Bodoh la makan gaji buta je la pekerja kedai kaset tu.
Budak skinhead tu ajak mabuk tapi lain kali la aku cerita, sebab aku dapat satu lagi trip, dari Kompleks menuju ke Seksyen 17.
Kali ni student UiTM. Nampak gaya macam budak architecture. Bawak barang-barang architecture, sesiku L la, pembaris T.
Dia pergi sana sebab member dia duduk situ, nak buat assignment. Dia ni jenis tak banyak cakap jadi aku senyap je lah.
Selepas menghantar student tadi, aku mengambil keputusan untuk ke kedai mamak untuk membeli rokok batang. Ternyata rokok batang zaman sekarang sudah mencecah harga RM1.20.
Zaman aku ponteng sekolah dulu Dunhill 30 sen je. Surya 20 sen. Pastu naik seposen masa Form Five.
Kimak betul la.
Selepas menghisap rokok, aku meronda-ronda, mana tahu aku jumpa customer area ni.
Aku ternampak ada dua budak dekat taman permainan.
Dorang tengah hisap gam.
"Woi budak! Hisap gam ke!"
Terkontang kanting dua budak tu lari tak cukup tanah. Aku kejar sebelum aku grip leher dua ekor ni.
"Mak bapak kau tak ajar korang ke, hah!"
"Maaf bang, maaf! Kami tak buat lagi bang!"
"Kau hisap benda ni, rosak otak kau. Boleh mati, kau tau tak! Kau jangan buat benda-benda bukan-bukan ni. Kau balik rumah, kau tolong mak kau ke, baca buku ke, apa ke, faham!"
"Faham, bang!"
"Kau kalau aku nampak korang dua orang hisap gam kat sini lagi, aku bawak kau pergi balai polis. Tido la kau dalam lokap!"
Ketakutan dua budak tu. Lepas tu gaduh sesama sendiri tuduh siapa salah.
Aku pandang dua ekor ni aku teringat diri aku sendiri dengan arwah Zaidi.
Lain kali lah aku cerita. Aku nak kejar trip ni lagi.
Trip ketiga aku hari ini dari Seksyen 18 Ole-Ole nak pergi ke LRT Subang Jaya. Aku pelik, dah kenapa kau tak naik je KTM?
Tengok budak ni gemuk macam badak. Tengok gaya macam malas nak berjalan. Fuck, mata dah la sepet, gigi rongak. Barai budak ni, barai.
Tapi aku selaku pemandu Uber aku campak sikap prejudis aku jauh-jauh. Kang aku tak dapat bintang nanti naya aku. Jatuh rate aku karang.
"Wow, layan Republica ke bang?"
Eh, tau pulak si gemuk ni band ni?
Kedengaran lagu dalam playlist aku lagu one hit wonder dia, Ready To Go.
"Kau tau gak Republica ni ke?" respon aku.
"Eh, apa pulak saya tak layan. Saffron ni top masa saya sekolah rendah dulu kot."
Ok ok, budak gemuk ni boleh masuk kepala.
"Kau takpe ke aku kau aku dengan kau ni?"
"OK je," kata budak gemuk tu.
"Kerja apa?"
"Penulis novel."
"Oh, novel kau masuk TV tak?"
"Haha, takde rezeki, bang."
"Kalau ada tu, bagi la aku berlakon. Dapat la aku jumpa Fathia Yusof."
Budak gemuk tu hanya gelak sarkastik. Kimak kau, gemuk.
Lagu Suede - Beautiful Ones pulak berkumandang.
"Best betul lagu-lagu abang ni," budak gemuk tu memuji taste muzik aku.
"Kau suka Suede?" tanya aku.
"Suka tapi saya lagi suka Pulp."
"Oh, yang Disco 2000 tu."
"Saya pakai spek macam ni sebab minat penyanyi dia la, bang."
Butoh la. Badan gemuk ada hati nak acah-acah Jarvis Cocker. Tak sedar diri. Agaknyalah memang novelis ni jenis tak sedar diri ke apa? Ye lah, selalunya la, kau tengok cerita-cerita novel keluar TV, kau ingat penulis dia cun melecun ke?
Semua makcik-makcik yang bosan kat rumah.
Ha, sama la dengan mangkuk gemuk ni. Pastu tulis dalam novel perasan kacak. Butoh pak hang. Pakkal aku drive kau Uber je.
Sampai dah LRT Subang Jaya. Lepas dapat duit dari si gemuk tu, aku memandu menuju ke arah Subang Jaya.
Dan aku dapat beberapa lagi customer dan aku terus memandu kereta, hantar orang, ambik orang, turunkan orang. Sampai gelap malam.
Mata aku dah mengantuk dan pendapatan aku pada hari pertama memandu Uber ni not bad lah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top