4
Selepas proses aku mendaftar sebagai pemandu Uber, dan menunggu proses-proses tersebut untuk diproseskan sebelum aku mendapat pengesahan sebagai pemandu Uber, aku mengambil keputusan untuk pergi mabuk. Dengan duit yang abang aku bagi petang tadi, aku mengambil keputusan untuk pergi clubbing dan melepaskan stress yang ada dalam fikiran aku.
Nak mabuk dekat tengah bandar KL, memang aku tak mampu. Jadi aku mengambil keputusan untuk mabuk dekat sikit dengan KL - iaitu di Klang Lama. Lebih tepat lagi, di Scott's Garden. Aku tau port tempat mabuk ni sebab dulu bos lama aku suka bawak aku dengan anak buah dia mabuk kat sini. Lepas mabuk pergi la cari perempuan dekat club tu. Biasa golongan FL yang kau boleh jumpa dalam Craigslist.
Dulu, masa aku couple dengan Sheera - aku memang setia. Tahap kesetiaan aku punyalah setia sampai aku tak sanggup nak melancap dengan membayangkan orang lain. Lama juga aku tahan nafsu aku sebab terus terang aku katakan, aku memang nak jadikan Sheera ni isteri aku.
Aku masih ingat lagi perbualan aku dengan kakak aku masa aku bercakap soal nak kahwin. Kakak aku tergelak terbahak besar macam dia nak hanggukkan kepala dia kat dinding rumah. Aku rasa macam aku ni loser gila lah.
"Dik, kau kerja pun takde, kau gila ke apa nak kahwin?" kata Along di suatu petang ketika dia belanja aku makan kat Foodsbury. Ala, kedai makan hipster tu. Dia suka la makan situ. Sebenarnya niat dia makan kat situ sebab dia suka swafoto kat tempat tu sebab nampak cam tempat yang trend la. Lepas tu suka ambik gambar makanan.
Bodoh gila aku rasa trend ni. Tapi dah trend, nak buat macam mana kan.
Sambil makan-makan tu terjumpa pulak dengan pelakon Siti Saleha yang berlakon drama TV petang-petang tu. Apa lagi, ligat la kakak aku nak swafoto sama-sama. Aku perati angin je.
Tapi masa tu aku punyalah sayang dengan Sheera ni, sampai kakak aku ajak aku swafoto dengan Siti Saleha pun aku tak nak. Sebab aku tak nak curang dengan Sheera.
Bila dah jadi gini, kau tau apa aku rasa? Aku rasa bodoh gila.
So, malam ni aku nak mabuk puas-puas walaupun duit aku tak seberapa. Nak main perempuan kau pergi je Brickfields. Barai pun barai la. Dah miskin, nak dapat awek top model tunggu la kau kaya gila.
Tapi entah, sampai pertengahan jalan, aku rasa benda ni bodoh gila. Padahal aku dah sampai area Jalan Templer dah pun. Lama aku memikirkan benda ni. Last-last aku mengambil keputusan untuk masuk Pantai Dalam kejap. Cari kedai makan.
Di sebuah kedai tomyam di Pantai Dalam, aku nampak pasangan laki bini sedang bertekak di meja makan. Anak dua orang. Anak paling besar aku rasa mungkin umur lima tahun kot. Pakai baju Angry Birds pasar malam dengan seluar pendek selipar jepun. Adik dia yang kecik umur tiga tahun agaknya. Makan nasi bersepah.
Entah apa yang mereka bertekakkan, aku tak nak dengar sangat. Lagipun apa yang aku dapat tangkap ni ialah si bini tuduh laki curang, yang laki marah-marah sebab si bini cemburu tak tentu pasal. Anak-anak duduk tepi perhati. Dah besar pun mesti kitaran ganas ini akan berulang.
Masa aku kecik dulu, abah aku panas baran. Kau tengok la aku, makan penampar dia tu macam aku makan nasi. Hari-hari aku kena makan penampar, kena libas dengan hos getah, tali pinggang. Kena maki tu standard lah.
Jadi, aku malas nak fikir banyak sangat, aku mengambil keputusan lepas makan, aku nak pergi cari tokan biji aku balik. Mampos la aku dapat berapa, aku hari ni aku clubbing dalam bilik aku sorang-sorang.
Lepas aku beli biji-biji E dengan harga serat (seratus), aku balik dan bukak lagu-lagu rave yang ada dalam Spotify aku. Dah macam orang gila aku clubbing dalam bilik sorang-sorang. Lagu Born Slippy dari Underworld berkumandang. Oh, aku beli beberapa tin air kencing setan jenama harimau untuk aku melompat sorang-sorang sebelum aku trash lagi bilik aku.
Pantat, ini baru rave sial!
Dengan E, kau boleh clubbing sampai pagi tanpa penat. Kau nak melompat macam mana pun kaki kau takkan sakit. Kau macam dewa, kau tau? Sebab itu biji ni menjadi pilihan anak muda yang rata-rata suka mendengar muzik rave ni.
Ramai orang menganggap muzik rave tu macam budak-budak so called raver yang menari tarian sotong tu. Butoh apa dia. Budaya rave ni dah ada lama sejak tahun 80an lagi. Tapi apa yang mempengaruhi aku ialah album The Prodigy Fat of the Land lah.
INVADER MUST DIE!
Ah, pergi mampus semua tu! Aku nak menari sampai mati! Persetankan semua kesialan ni!
Kau pernah tak tengok iklan AADK ke apa pasal orang layan muzik clubbing sorang-sorang lepas layan biji, lepas tu member dia badan sado sound dia, sebelum dia ketuk kepala member dia dengan gitar lalu member dia mati tu? Aku rasa iklan tu kelakar bodoh. Pertama, member badan sado, tapi kena ketuk gitar macam tu dah mampos. Bukannya pecah pun gitar tu. Aku punya level cedera kepala ni entah berapa kali masuk hospital tapi tak mampos-mampos lagi pun.
Sebelum siapnya Hospital Shah Alam kat Seksyen 7 tu, aku dah berapa kali masuk Hospital Klang tu. Dah macam rumah aku dah kahkahkah!
Entah macam mana tiba-tiba aku blackout.
Aku sedar-sedar je, kepala aku atas almari baju aku yang aku terbalikkan itu hari. Telefon aku berbunyi tapi aku tak tahu mana aku letak. Tin beer bersepah-sepah. Ah, pergi mampus lah! Aku penat nak bangun. Aku nak terus tidur lagi. Aku nak mati, aku nak mati, aku nak mati!
Aku pejam mata balik dan sambung tidur.
Aku sedar-sedar je aku dengar suara Chan memanggil-manggil dari depan rumah aku. Eh, mamat tu datang ke? Tapi kepala aku berat gila. Jadi kesudahannya, aku merangkak sebelum akhirnya aku dapat bangun dan buka pintu depan.
"Kau ok ke, bro?" tanya Chan depan pintu.
Aku capai kunci aku dari penyangkut tepi dinding dan buka pintu grill.
"Kau rasa?"
"Macam tak je?"
"Macam tu lah."
Chan tengok bilik aku dia dah geleng-geleng kepala. Dengan tingkap bilik pecah, darah bersepah-sepah hasil torehan tangan aku itu hari, almari tonggang terbalik.
"Aku telefon kau pagi tadi, nak ajak breakfast. Kau dah makan ke belum?"
Aku geleng-geleng kepala.
"Kepala kau berdarah, bro!" jerit Chan sebaik sahaja dia ternampak kepala aku dari belakang. Panic dia lain macam. Ada sejarahnya kenapa dia panic macam tu. Nanti aku cerita.
"Terhantuk kat almari semalam. Weh, kau cari mana handphone aku. Entah mana aku letak."
Aku dah macam Mark Renton dah. Jadi tahi dadah, cuma dadah dia main dadah heroin. Aku main MDMA la.
Bob marley? Bob marley bukan dadah lah. Tu kalau kau nak rileks. Aku layan bob marley ni pun dari Chan juga. Orang selalu kata yang bob marley ni ialah 'gateway drugs' untuk menuju dadah-dadah yang lebih bahaya. Aku tak, gateway aku ialah hidu petrol, lepas tu aku hidu gam kejap.
Cerita aku hidu gam ni masa aku melepak dengan arwah Zaidi dulu. Satu hari dia bawak plastik dan gam kayu yang dia beli kat kedai hardware. Dia ajak aku lepak atas flat rumah dia. Sebab dia cakap taman permainan aku tu dah tak clear dah. Selalu je ada abang-abang kacau.
Aku tengok dia layan je hisap gam tu.
"Cuba kau hidu ni pulak, layan bodooooo..." kata Zaidi yang mata dah separuh tersengeh-sengeh.
Stim dia lain macam, kau tau. Lepas tu kau mula buat lawak bodoh yang hanya kalau kau hisap gam baru kau boleh get the jokes. Aku dengan Zaidi bergelak sakan dengan khayalan kami. Bagi kami realiti dunia ini terlalu sakit dan membosankan jadi kami perlu cipta alam kami sendiri.
Aku terus masuk bilik air dan terus berak. Lepas flush jamban, aku tengok cermin dalam bilik air aku. Muka aku fucked up gila sial. Macam baru lepas kena belasah dengan realiti dunia. Aku nampak gigi aku rongak ni, kemudian aku gelak-gelak.
Alang-alang dah fucked up.
Lepas gosok gigi dan mandi, aku terus keluar bilik air dan menuju ke bilik. Aku nampak Chan mula perlahan-lahan mengemas bilik aku. Almari yang dah pecah terbaring tu dia tegakkan balik. Barang yang bersepah dia susun sikit-sikit.
"Nah, ni phone kau. Bateri tinggal 2 percent," kata Chan, yang hulurkan telefon aku ketika aku sedang bertuala.
Nanti aku cerita macam mana aku kenal si Chan ni. Kau tunggu aku pakai tuala dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top