12

Esok pagi ketika loceng biara dibunyikan, semua lelaki-lelaki botak beramai-ramai berjalan dan melafazkan tafakur dengan berbuih-buih mulutnya menyebut nama Baba Ji.

Semua duduk bersila di dataran yang dibina dengan batu gunung, jadi rasa macam bontot kau duduk atas ais disebabkan suhu yang beku.

Baba Ji datang dan bersila di atas altar. Dan semua orang mengucapkan "om Baba Ji om..." sambil Baba Ji kembang kuncup mulut terkumat kamit membaca tafakur.

Bau kemenyan dan colok diiringi bunyi orang bertafakur, dalam aku menahan kesejukan bersila di atas batu gunung ni. Tapi aku pelik, kenapa dalam ramai bertafakur ni, dalam kepala aku boleh dengar lagu Let's Dance dari David Bowie?

Aku nampak dua orang lelaki berdiri dan mengawal Baba Ji sedang memerhatikan semua orang. Aku cuba amati betul-betul dua lelaki tersebut.

Cikgu Kamaruddin? Cikgu Maarif? Macam mana diorang boleh ada kat sini? Sudah la tu, jadi macai Chan pulak.

"Ommmmm...Baba Ji ommmmm..."

Ye lah, Baba Ji.

Aku sudah merasakan kepelikan ini semakin ketara. Segala yang aku rasakan ini tidak nyata.

Aku tampar pipi aku berkali-kali namun aku terasa sakitnya. Ini real ni.

Selepas dua jam bertafakur, mereka semua pun sarapan. Entah macam mana, Encik Kamaruddin tepuk bahu aku.

"Kamu, ikut saya."

Fuck, apa pulak ni.

"Dilarang mencarut di kawasan suci."

Apa benda sial?

"Lagi sekali kamu mencarut, kamu akan didenda rotan di punggung sebanyak 200 kali kerana menghina Baba Ji."

Bila masa aku hina dia, kimak? Dia member aku la. Wehh, kau yang selalu tangkap kitorang kan?

Cikgu Kamaruddin pandang Cikgu Maarif, dan Cikgu Maarif pegang lengan aku, dan tarik aku ke depan tapak perhimpunan.

Aku diminta berdiri sehingga semua selesai makan sarapan.

Di khalayak ramai aku disuruh tonggeng, macam aku kat sekolah dulu. Kemudian bontot aku dilibas dengan rotan besar.

"Paaaap!"

Sakit la, bodoh punya Cikgu Maarif!

"Paaaappp!"

Aku nampak wajah Baba Ji tenang bersila sambil bertafakur.

Woi, tolong la member kau ni. Member kena libas bontot dengan rotan, kau boleh pulak bertafakur. Tolong la.

Setiap libasan rotan itu berbekas. Lalu aku membayangkan zaman aku sekolah dulu, apabila Jabatan PEMADAM datang sekolah dan tukang rotan demo merotan di tapak perhimpunan sekolah, itu apa yang aku rasa.

Baba Ji terus bertafakur, dengan ibu jarinya bertemu dengan jari hantunya. Dia benar-benar fokus. Macam Buddha. Ketenangan yang jitu.

Aku tau la dalam sepanjang aku kenal Chan, dia ni tenang orangnya. Tapi bila dia jadi Baba Ji, dia punya tenang macam Donnie Yen dalam cerita Ip Man.

Aku melihat ketenangan itu sehingga aku turut menjadi tenang dan tidak mempedulikan libasan rotan di punggung.

Ommmm Baba Ji ommmmm...

Aku tidak mempedulikan kesakitan itu kerana aku begitu ralit melihat ketenangan Baba Ji.

Selepas selesai 200 libasan, aku terbaring. Tapi aku tenang, walaupun punggung aku sudah berbirat dan berdarah.

Baba Ji datang ke arah aku.

"Apa kau rasa tadi?" tanya dia dengan nafasnya berbau bob marley.

"Sakit lah, bodoh!"

Baba Ji tenang, tersengih pulak.

"Mula-mula kau menjerit, tapi lepas tu kau tak lagi menjerit?"

"Sebab aku tengok ketenangan kau, jadi aku nak jadi tenang macam kau."

"Apabila manusia meniru keamanan, maka semua orang mahu menjadi aman," kata Baba Ji yang kemudiannya berlalu dari aku macam tu.

Aku tak tahu sama ada itu kata-kata acah deep, atau deep, atau aku tak faham apa maksudnya.

"Jiwa memberontak, hati berperang dengan fikiran, dan kau cuma tahanan dalam penjara kau bernama ego. Kau hanya memandang rupa, hanya sebab aku ini kawan kau yang hisap bob marley, ponteng sekolah, curi kaset dengan kau, kau tak nak dengar nasihat aku. Cuba kalau aku berubah..."

Dia menoleh ke arah aku dan bertukar wajah menjadi Bunga Ramona. Aku tak tahu kenapa Chan boleh bertukar jadi makwe ni? Makwe cun pulak.

By the way Bunga Ramona ni macam gaya-gaya Shaza Bae kat Instagram tu. Aku selalu comment Insta dia, tak pernah dia balas. Ish.

"Apabila manusia meniru keamanan, maka semua orang mahu menjadi aman," kata Bunga Ramona.

"Baba Ji!"

Eh?

Aku mula berfikir apa yang dia kata.

Dan Bunga Ramona bertukar menjadi Chan semula. Mentang-mentang rambut Chan panjang, maka mudahlah transformasinya.

"Kalau makwe, kau dengar je. Kalau aku, member kau ni, kau tak nak pulak dengar?"

Eh?

"Aku kan boleh baca fikiran kau, Din."

Eh? Macam mana dia boleh tukar rupa?

"Yang penting bukan siapa yang cakap, tapi apa yang dicakap. Tak kisahlah kalau aku ke, Cikgu Maarif ke, Sheera ke, Bunga Ramona ke yang cakap," Baba Ji terus berjalan ke taman yang dipenuhi pokok sakura.

"Kau siapa, doh?"

"Sebab tu aku kata dengan kau, aku Baba Ji," Baba Ji flip baju sami kuningnya dan berjalan menuju ke kerusi bangku yang rupanya macam taman permainan yang aku selalu lepak dengan mamat Chan ni dulu masa zaman sekolah.

Dengan kesakitan bontot aku mengesot berjalan untuk menuju ke arah Baba Ji yang berehat menikmati udara di taman sakura.

Dia hanya pandang aku mengesot kesakitan, merangkak kerana bontot aku dilibas Cikgu Maarif dan Cikgu Kamaruddin tadi.

Baba Ji hanya memandang aku, tidak sepatah kata. Dia pandang aku macam tanpa perasaan. Perasaan kesian ke tengok aku mengesot nak pergi ke arah dia ni, perasaan meluat ke, perasaan nak gelakkan member ni, satu perasaan pun takde. Setenang-tenang alam.

Dan apabila aku esotan aku tiba di betisnya, dan aku memegang lututnya, Baba Ji pandang je aku tanpa perasaan.

"Apasal kau tak nak dekat dengan aku masa aku tengah sakit mengesot ni?"

"Hanya bila kau sakit, kau akan berusaha."

Berusaha? Berusaha apa?

"Jarak dari tapak perhimpunan ke taman ini, adalah lebih kurang 54 depa orang dewasa. Dalam kesakitan punggung kau dilibas tu, kau masih mengesot sejauh tu untuk kau bertanya soalan pada aku, apa maksud aku, berusaha apa?"

Aku blank. Aku tak tau nak cakap apa lagi.

"Kau selalu complaint dalam hidup kau, bapak kau salah, Sheera salah, cikgu-cikgu kau salah, orang yang dalam telinga kau tu salah, tapi kau pernah mengaku salah?" tanya Baba Ji. OK, mulai hari ini aku akan panggil dia ni Baba Ji sebab ternyata Chan tak mungkin ada kesaktian ini.

Kalau Chan begitu sakti macam ni, apahal tiap kali ponteng dengan dia je mesti kantoi tak terselamat? Ke sebenarnya dia ni playing dumb?

Mainfaaaaakkkk mainfaaaaaaakkkk!

"Kau mengesot sejauh itu untuk mencari jawapan. Kau nak tau, siapa aku? Dan sejauh itu, dengan penderitaan bontot kau berdarah itu, kau merangkak dan mengesot ke lutut aku ni, mencari jawapan."

Aku memandangnya untuk Baba Ji memuntahkan kata-kata. Aku seperti seorang yang menanti peluru untuk tiba di dada. Aku tunggu apa tikaman kata Baba Ji pada aku. Mata aku tidak kesabaran, menunggu getar di bibirnya, dan hati aku berdebar.

"Hanya bila kau hilang segala-galanya, barulah kau akan bebas dari penjara ego diri kau."

Kau pernah main Counter-Strike? Dia macam head shot  la, beb. Sniper tembak tepat di kepala.

Kau tau, aku rasa aku dah sampai nirvana lah. Mungkin semua orang yang aku lepak masa makan kulat kering, si Puspa, Bunga Ramona, Sarah, Samsul Corey tu semua bunuh aku lah.

Lagu Moonlight Shadow berkumandang dan mengasyikkan. Aku tak tahulah, tapi apa yang aku rasa ialah, kalau aku mati, kenapa aku mempersoalkan diri aku sekarang ni?

Kenapa semuanya seperti di era 80an? Abang rambut mullet, ha yang masa mula-mula aku naik kereta Datsun petak tu?

Aku mula berteori. Aku lahir masa era ni. Adakah apabila aku mati, roh aku akan terperangkap di era masa aku lahir?

Mainfaaaaakkkk! Mainfaaaaakkkk!

Aku dah mula menyesal sebab main gaul je dengan orang. Si Puspa ni mana aku kenal. Tiba-tiba bagi kulat kering kat aku, entah apa racun, mati aku. Entah-entah dorang sedang simpan aku dalam kere...

Weh, apasal masa mula-mula aku kat sini aku naik kereta? Siapa brader rambut mullet dengan abang singlet tu?

Dorang ni bunuh aku dan dua orang abang kereta Datsun tu siapa doh? Apa konflik dorang ni nak bunuh aku?

Siapa komplot nak bunuh aku ni, doh?

Ah, dan bila aku sampai sini, aku jumpa dengan Baba Ji, berlari jauh lepas tu balik ke tempat asal, lepas tu macam ni la pulak.

Sah, Puspa tu bunuh aku. Kau tengok la, Bunga Ramona tu belum apa-apa dah sembang feminis dengan aku. Sarah tu pulak macam mak-mak konon-konon rugged la, pastu Puspa tu macam archetype feminazi. Ekstremis feminis ke ni? Dorang nak pupuskan kaum lelaki ke?

Samsul Corey apa pulak? Macai feminis yang mengkhianati jantina sendiri?

Ish, aku confused ni. Aku dah tak tahu mana Baba Ji menghilang, tapi aku sedang tanya diri aku, aku ni hidup ke dah mati ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top