1

"Aduh, si Jannah ni dah ada boyfriend pulak!"
"Awek Liverpool yang Donna ni, kau tak nak try ke?"
"Aku rasa dia ni jenis susah."
"Amende la kau ni, Ayie. Dorang ni umur berapa tahun, doh? Kau umur dah nak dipenghujung senja."
"Celaka, Zainon! Ayat kau tu berbisa."
"Weh, Ayie. Gerak dulu. Aku dapat order makanan ni. Sat lagi lepak balik," kata Zainon sambil capai helmet di tepi.

"Awek ke, Non?"
"Haah, nama Nur Batrisya..."
"Cipet. Apasal kau asyik dapat order awek je?"
"Apa yang bestnya dapat order awek? Kau hantar makanan, dah la. Kalau bayar cash, kita collect duit. Tu pun biasa orang bayar online. Kita tinggal hantar je."

Ayie terdiam. Dia mengenangkan umurnya yang menjelang hampir 40 tahun dalam bulan Julai nanti.

"Nak awek lawa je kau ni. Weh, chow dulu, karang kita lepak balik," Zainon terus start motor.

Ayie termenung. Kalaulah dia dapat girlfriend yang cantik. Tapi ye lah, kerja sebagai pelukis, graphic designer dengan part time kerja Food Panda ni mana kan bisa untuk mendapat gadis-gadis hot seperti tu.

"Mana ada makwe yang sanggup nak kongsi maggi dengan pakwe macam zaman 90an dulu," kata Ayie sambil mengutuk trend materialisme dan konsumerisme zaman sekarang. Padahal diri sendiri yang loser.

"Ada order! Aduh, Muhammad Nomy rupanya. Lelaki. Hmm, pishang!"

--

"Panglima Halilintar, baginda Tuanku Tenno Gelap panggil menghadap," kata Cakra Perkasa, sambil memeluk tubuh.

Panglima Halilintar memandang Cakra Perkasa dengan muka sedikit bengis. Ternyata perkhabaran itu sedikit mengganggunya kerana dia sedang menikmati sireh bersama gundik-gundiknya.

Akan tetapi titah Tuanku Tenno Gelap tidak boleh disanggah. Buruk padahnya.

"Sebentar, hamba bersiap," kata Panglima Halilintar, bangun dan mencapai goloknya. Dia terus capai tengkoloknya, dan terus melangkah keluar dari rumahnya.

Setibanya beliau di istana, kelihatan wajah para hulubalang seperti ketakutan. Seperti Tuanku Tenno Gelap sedang murka.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun," Panglima Halilintar melutut sambil menyusun sepuluh jari merafak sembah.

"Beta sudah tak boleh bersabar lagi! Mana tujuh bunga yang beta perintahkan Datuk Panglima carikan tu?"

Tenno Gelap duduk menepuk kerusinya.

"Ampun tuanku. Izinkan patik selidik dahulu. Tuanku harus bersabar, biar patik usahakan, untuk mendapatkannya. Sehubungan dengan itu, patik akan menghantar seekor mambang yang menyamar menjadi manusia di Alam Yang Lagi Satu."

"Jika beta tidak dapatkan tujuh bunga itu, beta tidak akan menemui Puteri Laila Asyiqin yang cantik bak bidadari itu, sebelum si Raja Serigala menyedari semula dirinya dan berjaya melepaskan sumpahannya, lebih baik Datuk Panglima menemuinya dulu."

"Menjunjung titah, Tuanku," kata Panglima Halilintar.

"Wahai si Mambang Tanah, muncullah dikau di Alam Yang Lagi Satu!"

--

Sedang Ayie melepak, tiba-tiba ada seorang gadis menepuk bahunya.

"Oh, Iera rupanya! Ingat siapa tadi."

"Termenung apa tu?" tanya Iera sambil meletakkan beg sandang berlogo Monsta X, kumpulan K-pop yang sedang terkenal.

"Termenung la. Bosan la hidup macam ni."

"Abang Ayie ni dah tua lagi, takkan takde rasa nak kahwin kot?" kata Iera.

"Bukan tak nak, tapi abang ni suwey. Tiap kali nak jumpa awek je, mesti ada perkara yang suwey."

"Contoh?"

"Contoh macam Iera la. Abang dulu nak ngorat Iera, tapi pastu ada benda menghalang. Iera ada boyfriend pulak."

"Ish abang ni, beza umur kita jauh sangat kot. Abang ni cari la calon isteri baya abang."

"Umur dah nak dekat 40 tahun ni semua dah jadi bini orang, Iera oi!"

"Ala, cuba try mengorat janda. Dekat Bigo, ramai apa janda yang lawa-lawa."

"Hish, ada ke suruh orang cari jodoh kat Bigo? Agak-agak la!" Ayie ketawa.

"OK, apa kriteria abang Ayie nak?" tanya Iera.

"Tak kisah pun, asalkan pandai masak, dah la."

"Kenapa abang ni masih nak berfikiran lapuk? Perempuan tak semestinya kena duduk dapur."

"Terpengaruh la tu dengan dakyah feminis. Eh, Iera, masak ni kemahiran hidup sejak zaman berzaman tau! Kalau tak reti masak, kebulur!"

"Dah tu, abang Ayie ni reti masak ke?"

"Come on la, mestilah power. Cakap je Iera nak makan apa? Masak asam pedas, masak lemak cili api, kari, rendang, tom yam..."

"Nak bulgogi, sundubu jjingae..."

"Amende jinggey pulak ni? Chinggey abang Ayie tau la," Ayie dah berkerut dahi.

"Makanan Korea la."

"Tak sudah-sudahlah Korea, ish dia ni."

Bunyi telefon berbunyi. Ada orang order Foodpanda.

"Abang Ayie seronok borak dengan Iera ni, tapi abang kena gerak dulu. Ada customer order makanan," Ayie mula bangun dari kerusi.

"Ye lah, Iera pun kena balik rumah ni. Tak boleh lama jugak ni."

--

Sedang Iera berjalan, ada seekor kucing mengikutinya. Pada mulanya Iera tidak perasan, sehinggalah dia di hujung simpang jalan rumahnya.

Tiba-tiba ada beberapa budak kecil menangkap kucing tersebut dan membulinya. Budak-budak itu mengikat kucing tersebut dengan benang yang diikat bersama dengan mercun papan.

"Hey, lepaskan kucing tu! Apasal kau buat macam tu!" Iera terus rampas kucing tu daripada budak-budak nakal tu.

"Kalau bosan, pergilah baca buku ke, dengar Monsta X ke? Apalah nak buli kucing macam ni!"

Iera pun mendukung kucing tu sampai depan pintu pagarnya.

"Nasib baik kau selamatkan aku."

"Eeehhhhhh!!!!"

Terkejut Iera sampai dia termenari gaya BTS dalam lagu Boy With Luv.

"Lek la, kau tak pernah tengok ke kucing bercakap?"

"Ye la, mana ada kucing pandai bercakap?"

"Pernah tengok Sailormoon? Luna tu bercakap?"

"Tu kartun!" Iera membentak.

"Nama aku, Hamid MD. Disebabkan kau menolong aku, aku ingin membalas jasa dengan memberi kerongsang sakti ni."

"Kerongsang? Maksud kau, pin tudung? I freehair ok?"

"Bila lagi kau nak insaf nak pakai tudung ni? Kiamat makin hampir."

"Eh, aku terajang jugak kucing ni karang. Dia nak dakwahkan kita pulak. Elok je biarkan kau kena letup dengan budak-budak tadi."

"Tengok budak-budak sekarang, terpengaruh dengan dakyah feminis. Bila suruh pakai tudung je macam-macam lah bunyi."

"Kereknya kucing ni, eiii!"

Kemudian Hamid MD pun melompat sebelum berpusing, dan kerongsang berbentuk bunga tulip jatuh ke jalanraya.

"Pakai kerongsang ni. Dan bila kau diancam bahaya, kau angkat tangan kanan kau, dan sebut 'Bunga Tulip Sakti, Bangkitlah!"

"Macam cerita Sailormoon je cerita ni?"

"Mana aku tau, penulis cerita ni kena paksa dengan kawan perempuan dia kena tengok Sailormoon. Terpengaruh la dia tu. Lemah betul, benda macam ni pun dia tak boleh kawal."

Iera hanya menggelengkan kepala, dan kemudian memakai kerongsang itu di dadanya.

"Selain kau, ada enam lagi orang yang perlu dicari untuk menyelamatkan Puteri Laila Asyiqin yang sedang terkurung dalam Lohong Hitam."

"Puteri Laila Asyiqin? Siapa tu?"

"Puteri Laila Asyiqin adalah puteri raja Dharmawangsa, yang bercinta dengan Raja Serigala. Malangnya, satu hari, akibat cemburu, Tenno Gelap telah menyerang kerajaan Dharmawangsa dan menghancurkan negara tersebut, bak padang jarak padang terkukur. Tenno Gelap berjaya menculik Puteri Laila Asyiqin, tetapi ditemui oleh Raja Serigala."

Iera fokus mendengar cerita Hamid MD.

"Raja Serigala dan Tenno Gelap bertarung dan berlawan kuasa hikmat dalaman. Akan tetapi kuasa itu terlalu kuat hingga menyebabkan Puteri Laila Asyiqin terkena kuasa tersebut dan koma. Dan ubatnya ialah air mata cinta Raja Serigala. Malangnya, Raja Serigala telah disumpah oleh Ahli Nujum Tenno Gelap supaya dia tidak menemui jodoh sehingga menemui tujuh bunga itu."

"Complicatednya dorang ni. Kenapalah tak cari jodoh kat Bigo ke, Tik Tok ke? Susah-susah je sampai kena cari tujuh bunga," kata Iera mengeluh.

"Kalau Tenno Gelap dan konconya menemui kau, kau akan dijadikan alat untuk dia menguasai bumi."

"Clichenya cerita ni. Nak kuasai bumi nak buat apa? Bumi ni ada masalah global warming, economy inequality..."

"Susahnya aku nak cakap dengan millennials ni la!" Hamid MD mengeluh.

"Kenapa aku yang kena jadi Bunga Tulip?"

"Sebab kau adalah salah seorang puteri raja yang mempunyai pertalian darah dengan Puteri Laila Asyiqin."

"Aku, puteri raja? Hmm, aku berangan je lah. Macam mana la rupa putera raja tu. Ada macam Jonho ke, Minhyuk?"

Hamid MD malas nak menjawab. Terus saja dia berjalan menuju ke pintu rumah Iera.

"Kenapa kau diam? Hamid MD?"

"Hilang mood aku nak cerita. Nanti aku cerita lagi."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top