Bab 8 Bertolak Ansur

Ryzal Re~born:
Di sebuah rumah flat, terjadi jenayah bunuh di dalam perumahan tersebut.

Rai : rumah ni kecik tapi ok lah untuk orang bujang.
D. Liza : ya. Tapi awak tak di perlukan disini.
Rai : kenapa pula? Mangsa di bunuh dengan kejam. Terdapat kesan dimana mangsa di dera sebelum di bunuh.
D. Liza : jangan risau. Kami dapat atasinya.

Rai pun keluar dari perumahan flat tersebut. Suki datang menegurnya.

Suki : macamana?
Rai : liza tu halau aku. Dia kata dia dapat atasinya.
Suki : mungkin ni kes biasa yang polis pun dapat selesaikan.
Rai : setiap pembunuhan ada kisah di sebaliknya. Kau tahu apa yang best nya jadi penyiasat?
Suki : errr dapat tangkap orang jahat?
Rai : selain itu kita dapat dengar pelbagai kisah yang boleh buat kita matang.
Suki : ohhh...

Rai balik ke pejabat dengan wajah hampa.

Sara : kenapa bang?
Rai : ohh tadi aku main dam. Kalah pula.
Suki : jangan nak tipu master. Ni sara, master dia tak dapat kes yang dia nak?
Rai : eh bagitahu pula.
Sara : apa yang best nya?
Rai : tak dapat la duit.
Suki : tadi .. errr tadi master kata lain..
Rai : kau diam!...
Suki : memang lah tadi lain. Tapi bila di fikirkan balik kita perlu duit untuk sara hidup.
Suki : tapi dalam...
Rai : suki!!!! Kau nak aku campak kau dari tingkap ke?
Suki : maafkan saya master.
Rai : itu untuk kegunaan lain. Terdesak. Ni kau tengok dompet aku. Ada sikit je ni.
Sara : saya mesti dah menyusahkan abang.
Rai : eh tak... Jangan risau. Aku tak kan pernah bagi kau kat orang lain.
Suki : jadi master sara hidup dengan hasil kes polis?
Rai : ye?
Suki : patut tak ada pelanggan sangat. Master kena ambil kes besar yang boleh buat master terkenal.
Rai : betul juga. Tapi aku dah ada.
Suki : mana?
Rai : tu dalam almari.
Suki : itu sarkas!! Bukan kes.

Beberapa hari kemudian, pembunuhan berlaku lagi. Kaedah yang sa yang sebelum nya.

Rai : surat khabar ni betul ke dia tulis?
Suki : master baca terbalik tu..
Rai : ohhh.. polis masih tak dapat selesaikan kes pembunuhan yang sebelum ni. Dah datang kes lain yang sama.
Suki : pembunuh yang sama?
Rai : kemungkinan besar. Tapi kita tak boleh datang ke sana selagi mereka tak panggil. Aku hari tu tak sengaja lalu kawasan tu.
Sara : dah la tu. Biarkan polis selesaikan...

Maka Rai membiarkan sahaja kes itu pada polis. Tapi kejadian yang sama berlaku lagi di gudang terbiar. Mangsa di seksa sebelum di bunuh.

Tok tok tok tok

Rai : masuk...
D. Liza : hei Rai. Sehat tak?
Suki : detektif liza? Ada apa ni?

Rai berbisik pada Suki..

Suki : ohh ok .
D. Liza : errr tentang kes pembunuhan itu...
Rai : tak nak lah. Tu kes polis.
D. Liza : kamu di bayar...
Suki : ingat master saya nak sangat ke duit tu.
Rai : kami terima !
Suki : apa ?!!! Pantang dengar duit.
Rai : hahaha.. ketawa jahat.

Mereka sekarang berada dalam kereta menuju ke gudang tersebut.

D. Liza : gudang tu dah di periksa sepenuhnya. Jadi tak ada orang kat situ. Kamu boleh siasat tanpa gangguan.
Suki : nak tanya? Setiap kali master selesaikan kes, kenapa nama dia tak di sebutkan?
D. Liza : errr itu ....
Rai : kau tak pernah sebut nama aku ke? Patut lah tak pernah ada pelanggan datang!!!
D. Liza : hehehe.
Suki : patut lah Rai tak terkenal.
Rai : tak pe Suki. Biar aku terkenal dengan cara aku tersendiri.

Akhirnya mereka sampai di gudang itu...

Rai : biasa kalau kes pembunuhan berantai ni mahunya kena ada dua bab ni.. paling kurang pun lah.
D. Liza : ini kes yang ketiga. Kaedah pembunuhan sama seperti yang hari tu.
Suki : semua dah periksa ke? Macamana dengan kesan tayar?
D. Liza : dah. Tapi tu kereta curi. Kami sudah periksa tidak ada satu kesan pembunuh itu tinggalkan.
Suki : teliti juga.
Rai : tak mungkin orang biasa boleh rancangkan pembunuhan yang teliti macam ni.. mesti seseorang yang ada pengalaman.
Suki : maksud master pembunuh tu profesional?
Rai : mungkin. Kita tak boleh menolak kemungkinan ini. Detektif Lizard , tolong carikan kaedah yang sama seperti ini beberapa tahun dulu.
D. Liza : aku Liza lah!!!
Rai : sorry. Terlepas. Dari dulu aku tahan nak sebut. Apa-apa pun mereka bertiga ni ... Ada hubungan ke?
D. Liza : mereka kawan di kolej dulu. Selepas graduan mereka mengikut jalan masing-masing.
Rai : ok. Jom balik. Kau jangan lupa buat apa yang aku suruh.

Mereka pun pulang ke tempat masing-masing. Tetapi Rai tidak masuk ke pejabat. Dia malah mencari keluarga mangsa ke tiga itu.

Suki : pihak polis mungkin dah soal siasat mereka.
Rai : hurm kita cuba dulu.

Tok tok tok..

Rai : kami dari syarikat insurans. Kami datang berkenaan anak tuan yang meninggal dunia itu.
Suki : wow, idea bernas.

Pintu pagar terbuka.

Rai : rumah biasa tapi ada pagar automatik ya.
Hamid : saya ayahnya. Ini isteri saya.
Suki : apa kabar pakcik makcik?
Idah : ada nampak mak cik ni baik ke?
Rai : apa punya soalan lah kau..
Suki : maafkan saya.

Mereka pun masuk ke dalam rumah itu.

Rai : haaa anak encik ada buat insuran sebelum dia mati.
Hamid : seingat saya anak saya tak buat insuran.
Rai : ada. Dia merahsiakan nya.
Hamid : kami ada pergi syarikat itu tapi mereka kata tak ada wang di bawah anak kami.
Idah : siapa kamu berdua sebenarnya?
Suki : cepat betul kantoi...

Rai pun menerangkan tetapi...

Idah : tidak! Kami tak tahu apa-apa. Setahu mak cik anak mak cik baik..
Rai : mungkin di depan tapi di belakang makcik?
Suki : anak mak cik ada kawan yang lain?
Hamid : ermmm dia orang selalu bersama berempat...
Rai : empat?
Suki : jangan-jangan?

Mereka terus dapat panggilan.

D. Liza : pihak polis menangkap suspek di dalam pembunuhan ni. Dia ialah Farid...
Rai : adakah kawan dia yang lagi satu bernama Farid?
Idah : ya!! Dia ke yang bunuh mereka bertiga? Kejam.. padahal mereka itu berkawan baik ..

Mak cik idah menangis di pangkuan suaminya.

Hamid : kami sedih sebab dia adalah satu-satunya anak tunggal kami. Kami tak ada anak lain.
Rai : saya faham.

Rai dan suki pergi ke balai polis ..
Mereka berada di ruangan tahanan.

Rai : dapat apa-apa tak?
D. Liza : tak. Dia berdiam diri dari tadi.
Rai : cuba acu pistol kat kepala dia. Mesti dia cakap.
Suki : master .... Hehe . Maafkan master saya.
Rai : bagi lah dia seksaan kejam. Nah duit ni Liza. Kau pergi beli ikan piranha. Kita letak kaki dia dalam kolam piranha.
D. Liza : apa jadah kau ni? Mana ada jual kat sini?
Rai : ohhh ... Kalau macam tu kita cari kerengga. Letak satu badan dia. Tak pun tebuan.
D. Liza : kau ingat lawak ke?
Rai : tak, ni cara nak buat dia bercakap. Aku serius ni. Tengok muka aku.
Farid : errr baik lah saya akan cakap .

Sedar tak sedar, rupa-rupanya Pembesar suara terbuka yang membuatkan Farid terdengar bualan mereka.

D. Liza : hihi lupa nak off.
Rai : bagus lah dia dengar. Aku baru nak buat betul-betul.

Bersambung ...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top