Teaser Merajuk😥
“Bagi bekas tu pada biey?” Fakrul masih mengawal perasaan marahnya.
Sudahlah esok dia perlu bekerja awal pagi. Matanya pula sudah terlalu mengantuk pada masa ini.
Segera Sakinah mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
“Biey kata bagi!” Keras nada Fakrul meminta.
Terkejut Sakinah mendengar nada suaminya yang agak kasar. Perlahan-lahan bekas aiskrim itu dihulurkan kepada suaminya. Bekas aiskrim dirampas kasar. Mengeluh Fakrul dibuatnya apabila tidak sampai separuh sahaja lagi aiskrim yang berbaki di dalam bekas itu.
“Ini yang sayang cakap jamah sikit je…” Perli Fakrul.
Terkulat-kulat Sakinah apabila ditegur begitu oleh suaminya. Disebabkan terlalu marah, bekas aiskrim itu dicampak ke dalam tong sampah. Bulat mata Sakinah melihat perbuatan suaminya itu.
“Biey!”
Sakinah cuba mengambil balik bekas aiskrim yang dibuang ke dalam tong sampah tadi. Fakrul terus menarik tangan isterinya dari mengambil kembali bekas aiskrim itu.
“Biar dalam tong sampah tu! Lepas ni biey tak izinkan sayang makan aiskrim lagi.” Marah Fakrul dengan suara yang terkawal.
Risau jika ibu bapa mertuanya terdengar akan pergaduhan mereka di dapur.
“Jangan macam tu biey. Rezeki tu jangan dibuang. Kalau biey tak bagi sayang makan, sayang tak akan makan lagi tanpa izin biey tapi… jangan buat macam ni. Sayang tak suka...” Tubir mata Sakinah sudah pecah dengan air mata.
Sebak kerana suaminya bertindak kasar dengannya pada malam ini. Dia tidak kisah jika suaminya memarahi dirinya tetapi bukan dengan cara memberontak seperti itu.
Kaku tubuh Fakrul saat melihat air mata isterinya. Terlepas pegangan tangannya di lengan Sakinah. Tanpa menghiraukan suaminya, laju kaki Sakinah masuk ke bilik.
💗Nk tgk part Fakrul pujuk, blh dapatkan buku ni dgn buat tempahan sekarang. Tempahan sehingga 9 hb Julai.💗
Whatsp akak sekarang jika berminat: 0129284568😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top