01 | g u l a
date: 06.04.2021
▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂
gula,
setelah lama aku bermenung bawah mendung,
kau menghantar ombak ke dalam jiwaku,
membuat getar ragaku yang hampir rapuh.
manisnya kamu sebelum ini,
hanya aku renung redup dari jauh,
kali-kali berbisik pada diri,
manismu mustahil dapat lidah merasa.
namun,
tidak disangkakan mendung,
akan dia diusir oleh si manis jauh,
hingga mendung ku hilang dari hati.
gula,
manismu kini mengekal senyum,
pada bibir tawarku tiada tanggal,
berbunga harapan berbuah cinta.
jika ini hadiah tuhan merasa aku manis,
walau cuma sedetik dari seluruh jam,
akan aku menikmat setiapnya dari sedetik itu,
walau jika akhirnya manismu berubah pahit.
gula,
seluruh kasih ku ucap,
kerana sekali dalam pandangan hati,
menjadi aku ringan tanpa mendung.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top