🍫tiga🍯
Sekian lama hiatus, mehlah nak merapu meraban jap dalam ni hshshshshsh
🍯🍫🍯🍫🍯
𝑵𝒂𝒌 𝑪𝒐𝒐𝒌𝒊𝒆𝒋𝒂𝒓 𝑻𝒂𝒌?🍫
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
🍫🍯🍫🍯🍫
"Mak Leha, nasi lemak lauk ayam 9 ye. Dua je tak letak timun dan kacang."
Mendengarkan pesanan daripada pelanggan, wanita berusia dalam lingkungan awal 50-an itu mula mencedok lauk pauk sebelum membungkus nasi lemak dengan tangkasnya.
Setelah siap, dia segera menghulurkan bungkusan nasi yang diletak dalam plastik.
"Semua sekali RM15.50."
Si pelanggan pun cepat-cepat mengagau poket seluar lalu memberikan beberapa not dan duit syiling pada Mak Leha.
"Eh, banyak pulak kamu beli nasi ni Johnny. Nak pergi mana-mana ke?" soal Mak Leha yang mula membungkus nasi lemak untuk pelanggan seterusnya.
"Harini, saya dengan lain-lain dah start kerja kat kilang abang Hassan tu. Alang-alang dah singgah sini, saya tapau buat dorang jugak hehe." penerangan Jazlan mengundang alur bibir Mak Leha membulat, baru tahu kenapa.
"Baru ingat, Deqih pun ada habaq kat Mak Leha yang dia pun mula kerja kat kedai sate Taufiq tu, petang satgi."
"Mak Leha, kalau takde apa-apa, saya mintak diri dulu ye?" pamit Jazlan dengan sopan, masih berkira-kira mahu meninggalkan gerai nasi lemak itu.
"Ha, kerja elok-elok kat situ, jangan berenang dalam tangki santan tu sudah." pesan Mak Leha yang disudahi dengan gurauan. Habis pelanggan-pelanggan di situ tersengih tatkala mendengar perbualan mereka.
"Mak Leha ni, ada-ada saja kan, hehe."
.
.
.
.
.
"Nah, nasi lemak korang, isi perut sikit. Takdelah meroyan ke menggelupur dalam kilang japgi." satu per satu bungkusan nasi lemak diagihkan oleh Jazlan buat mereka yang duduk di atas pangkin, bertentangan dengan lokasi kilang.
Dalam mereka menikmati sarapan, kening Jazlan Mukhtar bertaut tatkala perasan masih ada beberapa bungkus nasi lemak belum lagi diambil.
"Eh, ada sapa-sapa belum makan lagi ke?"
"Ouh ya, tadi Jaehyun dengan Taeyong ada mesej aku yang dorang kena pergi bengkel jap, tiba-tiba moto mati atas jalan." Danial Noordin yang baru saja menghabiskan nasi lemak terus mengkhabarkan tentang dua sahabat mereka itu.
"Pulak dah...."
.
.
.
.
.
Setelah menuntun motosikal, akhirnya Jeffri Jamaluddin dan Taha Hussein tiba di hadapan sebuah bengkel motosikal dan kereta.
Tidak lama kemudian, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang pakaiannya dipenuhi dengan minyak hitam dan debu.
"Bang Chan, boleh tolong check tak apa yang tak kena? Semalam elok saja naik, harini pulak buat hal." adu Jeffri yang kebingungan dengan keadaan motosikalnya.
"Boleh je, korang duduklah kat situ ye."
Setelah dipelawa, mereka berdua membawa diri ke sebuah meja batu, di bawah teduhan pokok rambutan.
Sedang mereka menunggu motosikal diperbaiki, Taeyong terpandang ke arah sesuatu yang pastinya menarik perhatian.
"Jaehyun tengok sana tu." sikunya menyucuk-nyucuk perut Jeffri.
Dua sahabat itu terkesima sebelum saling berpandangan. Seperti tidak percaya, pandangan mereka tertala kembali yang tempat yang sama.
"YOONGI SI KUCING BANG GESDI KERJA KAT SINI?"
🍫🍯🍫🍯🍫
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Bang Chan SEBAGAI Badrul Khan
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
Mak Leha dah lama dimention dari fanfic kooktupat palas, sekarang baru nak tunjuk watak Mak Leha dekat ni 😂😂 sebab gambar kucing tu la terus dapat idea nak tulis hshshshshs
Tiba-tiba rindu makcik berniaga nasi lemak kat rumah dulu🙁💖✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top