🍫dua🍯
Heyyo kembalinya kita dalam segmen 'Eh baru muncul ni, pergi mana?'. Tiber mueheheh
A/N; Anggaplah NCT semua sebaya tau (dorang ni bekas calon SPM promax 2020)😉 & rajin-rajin refer nama Melayu dorang kat chapter sebelum-sebelumnya 🤣🤣
🍯🍫🍯🍫🍯
𝑵𝒂𝒌 𝑪𝒐𝒐𝒌𝒊𝒆𝒋𝒂𝒓 𝑻𝒂𝒌?🍫
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
"Wuishh budak Siti Tayar tu okey ke?" gusar Zamani Junaidi berkata-kata. Begitu ngeri sekali melihat keadaan gadis itu setelah ditumbangkan oleh puak Ensiti itu sendiri.
Kesemua remaja lelaki di situ mula menunjukkan air muka yang meresahkan, risau kadang-kadang dengan sekumpulan gadis yang 'eksotik' fiilnya.
"Alah kau ni Xiaojun, terlebih risau pulak. Dorang tu kan ahli ragbi perempuan dekat sekolah, setakat kena hempap macam tu, apalah sangat." santai sekali Luqmanul Hakim berbicara, ouh tak lupa juga raut wajah selambanya.
Mana tidaknya, dia cukup masak dengan perangai adiknya, Siti Runcas. Jikalau adiknya sikap sebegitu, pastinya rakan-rakan gadis itu turut sama perangai. Pendek kata, sepattern.
Memandangkan keadaan di situ agak hening sejurus kejadian tadi, jadi ada eloknya Taha Hussein memulakan perbualan.
"Korang, since kita semua dah abis exam SPM ni, terfikir tak nak buat apa-apa buat masa sekarang?"
Dalam berselera menikmati beberapa cucuk sate yang baru saja diberi Siti Yayan, mereka menghentikan suapan sementara cuba mengatur kata-kata.
"Rasanya aku, Johnny, Jungwoo, Yuta, Doyoung dan lain-lain nak bekerja kat Kilang Santan abang Hassan nanti." beritahu Thaqeef Wildan sebelum menyumbat kembali sate ke dalam mulut.
"Ha, Jaemin. Kau pulak?"
"Aku cadang dengan diorang yang lain nak kerja dekat kilang sos ayah Chenle nanti. Shotaro dengan Sungchan pun ikut kitaorang jugak." Taha Hussein mengangguk kepala, tanda mengerti apa yang Jamil Nazmi perkatakan.
"Untunglah korang, awal-awal dah fikir nak kerja dekat mana nanti." satu suara mengendur didengari kesemua mereka di meja makan, kedengaran sedih.
"Kenapa ni, Kun? Still tak jumpa kerja ke?" soal Danial Noordin yang memandang khuatir ke arah Khuzairi Awaluddin. Akan tetapi, persoalannya dijawab sepi.
"Erm, macam tak ada je kerja yang tinggal kat kampung ni, rasanyalah." jawab Wafi Syahid mewakili Khuzairi, bernada sedikit teragak-agak.
"Eh apa pulak tak ada? Tengok sana tu~" muncung saja bibir milik Ikhwan Haikal menjuih ke arah tiang warung sate itu.
Kelihatan sehelai kertas yang tertera butiran penting, ditampal di situ.
Masing-masing terpaksa menyepetkan mata agar mudah membacanya butiran pada kertas yang ditampal oleh tauke warung sate itu.
--------------------------
Jawatan kosong (tukang bakar sate)
- Perlukan 7 orang
- Sihat walafiat (yang muda dialu-alukan)
- Bukan spesies puteri lilin, gitchew
- Jenis enjoy kalau Bakar sate
Hubungi: Taufiq (Taetae) - 01*******
--------------------------
"Weyh abang Tae nak pakai orang la. Korang pergilah mintak kerja nanti." beritahu Afeef Azreen buat ketujuh-tujuh remaja lelaki yang masih belum ada lagi apa-apa pekerjaan.
"Dah alang-alang kat sini, jomlah pergi tanya terus."
Masing-masing mula menghantar pemergian ketujuh-tujuh remaja yang menghampiri pemilik warung itu.
🍯🍫🍯🍫🍯
Maaflah chapter awal-awal ni bosan sikit 😅 nanti chapter berikutnya😆🍫
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top