Part 7


Kem mereka yang berada di Pahang mula bermula pada hari ini hingga ahad.

Seramai 40 pelajar yang mengikuti dan 5 guru pengiring. Mereka dibahagikan beberapa kumpulan. Qayrisa, Maya dan Arisya termasuk dalam kumpulan B.

Dan ahli kumpulan itu antaranya ialah kumpulan Ilman. Lega hati Harith apabila dia mendapat satu kumpulan dengan cinta hatinya.

Tak ada lah risau.

Walaupun kehadiran Zhariff Iskandar membuatkan aku takut. Aku harus tepis perasaan itu. Yang penting gadis itu berada dihadapan aku.

Akan ku jaga kau.

Sebab kau jiwa aku Qayrisa Dalena.

Maya duduk bersama Firash, Arisya duduk bersama Am. Dan Qayrisa duduk seorang diri, bantal peluknya diletakkan di keruei sebelah.

Harith mengalihkan bantal itu dan terus disebelah Qayrisa.

"Awak ni, tak ada tempat lain ke nak duduk." soal Qayrisa, tanganya merampas bantal kesayanganya dari Harith Danial.

"Duduk dekat hati awak boleh?" Harith mengenyit matanya.

Qayrisa ketawa. Bibirnya mula mengukir senyuman manis, dia tidak pernah penat unEarfoneuat aku senyum.

Kau lain dari lain Harith Danial.

"Menangis tak tadi? kan awak anak kesayangan daddy." bandana di tangan, diikat pada kepala.

"Daddy yang nak menangis ada lah." Qayrisa ketawa, aduh lawak lah daddy ni.

Flashback...

Barang - barang Qayrisa sudah berada di dalam kereta Farhan. Bayang Farhan dicari, dimanakah daddy?

Qayrisa meraih tangan Qaira, tangan perempuan tua itu dikucup lama. Qaira terus menarik puterinya dalam pelukan.

Pelukan ibu dan bapa paling menyenangkan.

Ia tenang.

"Mummy jaga diri tau. Tengok-tengokkan daddy, teman lah daddy main PS4 tau." pesan Qayrisa, pipi kanan Qaira dicium.

"Kamu pun jaga diri, jangan nakal-nakal kat sana. Nanti dah sampai whatsapps mummy." pipi kiri Qayrisa dicium.

Mereka meleraikan pelukan itu.

"Zarith Farhan, cepatlah. Anak awak ni dah lambat." laung Qaira.

Farhan mendekati dua beranak itu.

Qayrisa meraih tangan Farith, tangan kasar itu dicium lama. Itulah tangan yang selalu membantu ku.

Farhan menarik Qayrisa ke dalam dakapannya. Kepala puterinya diusap dengan penuh kasih sayang.

"Jaga diri, jangan jadi badgirl pulak kat sana. Kalau ada
apa-apa call daddy atau mummy. ya." Farhan mencium dahi puterinya.

"Daddy ni, sedih sangat kenapa? mata pun merah. Jangan lah menangis, Qayrisa tahu jaga diri." balas Qayrisa dengan senyuman sengetnya.

Qayrisa meleraikan pelukan itu. Pipi kanan Farhan dicium. Tangan kanan Qayrisa memegang tangan Qaira dan kirinya memegang tangan Farhan.

"Dah jom, takmo sedih-sedih." ujar Qayrisa.

Ibu bapa mana je tak risau mengenai anaknya kan?

END FLASHBACK.

Harith mengeluarkan Samsung S8 dari poket bajunya. Camera dibuka,

"Awak, jom." ajak Harith, pelbagai gaya yang dilakukan mereka.

Qayrisa yang fokus dengan aplikasi Wattpad dibiarkan. Fokus betul membaca sampai angguk je semua kata-kata aku.

Earfones dipakai pada kedua-dua belah telinga. Harith memejam erat matanya, lagu yang dipasang dihayati.

Rentak lagu itu membuaikan dirinya.

Qayrisa membuka camera, wajah Harith menjadi mangsa tangkapan nya.

Gambar itu lawa!

Walaupun dengan mata tertutup.

Wajahnya, sangat tenang. Lagu apa yang dia dengar?

Wajah Harith diperhati,

Hidungnya yang mancung,

Jawline nya yang mengundang jiwa bergoncang!

Bibir merah seperti buah delima.
Kulitnya bersih seperti kulit bayi.

Apakah rahsia lelaki ini?

"Puas tenung sayang?" kata Harith dengan matanya yang tertutup.

Qayrisa tersengih malu.

Malu je tenung anak teruna orang.

"Awak dengar lagu apa?" soal Qayrisa.

Harith menanggalkan earfone telinga kanannya. Tanganya memghulur pada Qayrisa.

Qayrisa memakai alat itu pada telinga kirinya.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top