PART 5

Seusai sahaja Farhan pulang dari masjid, mereka bergegas untuk pulang ke kampung. Memang itu rancangan mereka, balik pada satu hari raya.

"Qayrisa Dalena hurry up!" laung Farhan dari kereta.

Semua beg baju sudah disusun di dalam kereta.

"Bini aku pun tak ada lagi, mana lah dua beranak ni." Farhan mengomel seorang diri, injin kereta dihidupkan dahulu sementara menunggu Qaira dan Qayrisa bersiap.

10 minit sudah berlalu, anak dan isterinya masih tidak muncul.

Farhan terus masuk ke dalam rumah. Kakinya mendaki tangga di rumah itu. Farhan menuju ke bilik tidurnya.

"Sayang...," Farhan terpegun melihat isterinya yang begitu lawa. Dari dulu hingga kini, wajah isterinya tetap menjadi tatapan kesukaan nya.

Senyuman itu jugalah yang membuatkan jiwanya bergetar.

"Awak ni kenapa peluk-peluk" tegur Qaira, jarum peniti disematkan dibaju.

Farhan mula membenamkan mukanya dibahu isterinya. Hatinya berasa tenang dan lega jika dia berada disamping isterinya.

Untung ada bini tau, so cepat-cepatlah kahwin.

Qaira mengusap kepala Farhan dengan penuh kasih sayang. Lelaki inilah yang akan memimpin tangannya ke syurga.

Qaira memusingkan badannya menghadap Farhan. Matanya merenung mata cokelat milik Farhan.

"Thanks for everything honey. Just stay by my side. Having you and our princess in my life, are the most precious thing." Qaira mengucup pipi kanan Farhan.

Berona merah wajah Farhan. Bibirnya mengukir senyuman manis. Jantungnya mula berdegup kencang, wahai jantung tolonglah kawal degupan jantung.

"The memory that you give me, are not match than the others boys." Pipi kiri Farhan dikucup lama.

Farhan tersenyum apabila terasa bibir basah yang menyentuh pipinya. Dapat dirasakan keikhlasan, kasih dan sayang dari seseorang yang tercipta untuknya.

Kekalkan kami hingga Jannah, Ya Allah.

"I love you Zarith Farhan." ucap Qaira dengan senyuman manisnya.

Farhan mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang.

"Tak pernah sekali pun awak tak buat jantung abang macam nak terkeluar. Dari kita kenal sehingga sekarang, bila abang dekat dengan awak jantung abang mesti berdegup laju." Farhan mencuit hidung Qaira.

Qayrisa menuruni tangga dengan cermat. Mummy dan daddy nya dicari, bayang mereka pun tiada.
Hanya enjin kereta sahaja terpasang.

"Mana mummy daddy ni." Qayrisa memandang sekeliling.

"Mummy daddy!" jerit Qayrisa dengan lantangnya.

Farhan dan Qaira turun dengan memimpin tangan.

"Macam baru kahwin pulak." usik Qayrisa dengan senyuman nakalnya.

Terhambur juga ketawa Farhan dan Qaira.

****

Qayrisa membuka aplikasi Whatsapps. Nama Harith tetap berada di atas sekali.

Harith Danial💤
Good morning princess.
Selamat Hari raya maaf zahir dan batin honey!

Me
Morning too.
Selamat Hari Raya, maafkan aye jika ada buat kesilapan.

Harith Danial💤
Tema hari ni warna apa?
Kalau sama warna tu kira jodoh lah.

Me
Dark blue and white.
Habistu tadi Qay nampak ada lelaki pakai baju sama warna dengan Qay. Tu kira jodoh Qay lahni?

Harith Danial💤
Eh sama! tapi kalau ada putih mesti serupa dah.
Qayrisa Dalena mine.
Aip, jangan menggatal jentik dahi tu kang.

Me
Harith balik mana?
Kahwin pun tak, jangan nak menggatal.

Harith Danial💤
Balik ke hati Dalena.
Sekarang jugak kita jumpa tok kadi nak? awak ni dah lah ramai fans nanti susah hm.

Aku tersenyum. Mengada lebih.

Me
Kat sekolah acah badboy.
Kat sini manja pulak?

Harith Danial💤
Harith nak jadi badboy boleh?

Me
Tak perlu, jadi good boy untuk Qay je okay?

Harith Danial💤
Harith, nak cerita sesuatu ni. Jangan menyampuk tau.
Rith, suka Qayrisa Dalena dari tingkatan satu. Harith stalk Qay hari-hari, niat nak try tu ada tapi tak yakin. Tapi dah berazam hehe, tiba - tiba Qay masuk sekolah ni. Rasa macam nak jerit satu sekolah masatu.
Jaga hati Qayrisa Dalena untuk Harith Danial.
I want this relationship untill jannah.
I m serious.

Aku tersengih, terasa seperti ada rama-rama yang bertebangan di dalam perut.

Me
Patutlah dulu selalu DM.
Jaga iman, mata, hati Harith Danial.

Harith Danial💤
I will sayang.
Love you.

Me
Te amo.

*****

Habis sahaja cuti sekolah, mereka perlu ke sekolah kembali. Dan sekolah mengadakan kem untuk tingkatan tiga.

Harith dan Qayrisa jalan beriringan ke kelas.

"Qay pergi?" soal Harith.

"Pergi kot. Kenapa?" Qayrisa memerhati Harith yang berada disebelahnya.

Ketinggian Qayrisa ialah paras bahu Harith Danial. Dia perlu mendongak untuk memandang wajah lelaki itu.

Apabila sinaran matahari memancar, warna anak mata Harith jelas menampakkan hazel nya. Ia lawa!

"Sayang pandang apa ni?" Harith memandang Qayrisa yang tersenyum seorang diri.

"Mata awak lawa." balas Qayrisa.

Harith senyum melihat Qayrisa. Jantungnya tidak dapat kawal jika dia bersama dengan Qayrisa.

Seolah - olah degupan jantung itu bertukar rentak apabila dengan Qayrisa.

"Awak asik berkepit dengan saya ni. Ilman tak bising ke?" Qayrisa mendongak untuk menatap wajah Harith.

Harith menggeleng.

"Biarlah nak berkepit, nanti orang ambil buah hati saya." balas Harith, headband dikepala ditanggalkan.

Rambutnya yang panjang, menutup matanya.

"Mengada!" Qayrisa menarik sedikit hujung rambut Harith yang menetupi mata. Kemudian, dia terus berlari!

Harith mengaduh kesakitan. Rambutnya dikusutkan, kakinya laju mengejar Qayrisa Dalena.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top