BAB 1
"Baiklah, Cik Ezaty. Terima kasih sudi menghadiri temuduga kami hari ni. Jika cik berjaya, pihak kami akan menghubungi cik semula."
EZ tersenyum nipis lalu dia mengangguk kepada para penemuduga. Dia berdiri dan terus meminta diri.
Keluar saja dari bilik temuduga itu, dia menghela nafas panjang. Melihat cara penemuduga tadi, dia dah dapat agak yang kerja kali ini juga tidak akan menjadi miliknya.
Tak menunggu lama, dia terus mengatur langkah, mahu keluar dari wisma perniagaan itu.
"EZ, macam mana?"
Tersentak EZ bila dirinya diterjah Aufa, rakan baiknya yang menjadi pemandu tidak berbayarnya hari ini.
"Kau tunggu aku dekat sini ke dari tadi? Kenapa tak tunggu dalam kereta je? Panaslah, Fa."
"Tak adalah. Aku tunggu dalam kereta tadi lepastu tengok ada orang buka kafe pop-up kat sana tu, sebab tu aku keluar. Nak beli ni," Aufa tersengih sambil menunjukkan gelas plastik pakai buang yang sudah tinggal separuh isinya.
"Ni cawan keberapa dah?" Tanya EZ dengan nada perlian, "Eh, nak beli air jugalah. Ada air lain selain kopi tak?"
"Ada. Ada aku tengok tadi, ada teh hijau, ada mocktail. Pergilah beli dulu. Aku pergi ambil kereta kejap."
"Okey," EZ menganggukkan kepala sebelum dia berjalan menuju ke pop-up kafe yang dimaksudkan Aufa.
"Hai, selamat datang! Cik nak coffee atau non-coffee?"
EZ tersengih sikit mendengar ucap selamat barista kafe itu. Walaupun separuh wajah barista itu tidak kelihatan kerana ditutup pelitup muka, tetap EZ dapat lihat 'senyuman' si barista melalui matanya.
"Non-coffee," balas EZ, kemudiannya.
"Untuk non-coffee, kita ada english tea dan juga green tea. Green tea pula kita ada Japanese green tea dan juga jasmine green tea," lancar si barista menerangkan kepelbagaian minuman bukan kopi yang ada dalam menu kafenya.
"Jasmine green tea satu. Ais ya."
"Nak gula?"
"Tak nak," EZ geleng kepala.
"Okey, RM6 sahaja."
EZ menghulurkan sekeping not merah kepada si barista dan empat keping not biru dihulurkan semula kepadanya.
"Cik tunggu sekejap, ya?"
EZ mengangguk sahaja. Sedang dia menunggu minumannya, bunyi bising di belakangnya buat dia berpaling.
Berkerut dahinya melihat sekumpulan gadis menuju ke arahnya. Kelihatan para gadis-) itu begitu teruja dengan kehadiran kafe mini itu. Barista depan aku ni artis ke?
Persoalan yang bermain di mindanya tidak dapat dijawab apabila dia dirempuh oleh gadis-gadis tadi.
"Oi! Oi!" EZ bersuara penuh amaran. Habis jatuh fail di tangannya akibat rempuhan tadi.
Namun tiada siapa peduli dengan EZ. Sebaliknya mereka terus berdiri di depan kaunter kafe mini itu.
EZ mengutip failnya yang jatuh sebelum dia berdiri.
"Ned, awak buat air apa tu?"
"Ned, buatlah latte art. Kami nak tengok."
EZ mencebik menyampah. Menggeletis! Dengan wajah masam, EZ memandang si barista yang sedang menyediakan airnya lalu dia merempuh tubuh-tubuh yang menghalang laluannya, "Boleh ke tepi sikit tak? Aku nak ambik air akulah."
"Eh, beraturlah!"
"Entahnya, kita datang dulu. Dia nak potong queue pula."
Suara sumbang yang kedengaran buat EZ rasa ringan mulut mahu menyumpah. Tak sempat dia nak keluarkan kata kesat, si barista menghulurkan air yang dipesan kepadanya.
"Jasmine green tea."
Baru tangan EZ nak capai air itu, ada dua tiga tangan lain yang cuba mencapai air tersebut.
Tak sempat EZ nak berebut ada tangan yang menepis gelas plastik pakai buang itu dan tanpa diduga, air itu terjatuh dan terpercik mengenai kain baju kurung dan kasut yang dipakai EZ.
EZ tunduk melihat kainnya yang basah sebelum dia panggung kepala memandang barista yang terkelu.
"Ni semua salah kau!" Hambur EZ pada si barista yang dipanggil Ned.
Ada seorang 'peminat' Ned mahu membela lelaki pujaannya namun kata-katanya ditelan sendiri apabila EZ menjelingnya, "Kau buka mulut, penumbuk aku sampai kat muka kau! Korang nak minat dia, minatlah! Yang korang rempuh aku, ambik air aku dah kenapa? Minat sangat mamat ni sampai jadi bodoh kenapa? Minat mamat ni sampai mengganggu orang lain. Bangang ke? Otak jatuh tak sempat kutip?"
Sunyi. Kawasan lobi wisma perniagaan itu senyap sunyi sebaik sahaja EZ menghamburkan amarahnya.
"Er, cik... saya ganti balik ya air cik tadi."
"Tak nak! Kau nak peminat kau simbah air dekat aku pula ke?"
"Tak... tak... er..."
"Awat kecoh-kecoh ni? Ned?" Seorang lelaki entah datang dari mana, mencuit bahu Ned.
"Ei, tak bersyukur! Ned dah cukup baik nak ganti air dia yang tumpah tu. Sajalah tu, nak cari perhatian Ned!"
EZ mengerling suara sumbang yang berbunyi lalu dia pandang si barista, "Jaring, aku tak tahu kenapa kau popular sangat tapi kesian, peminat kau semua bodoh."
Ned terkedu. Lelaki yang berdiri di sebelah si barista sama tercengang.
"Air aku yang kau nak ganti sangat tu, kau bagi kat peminat kau yang dahagakan perhatian kau," tanpa menunggu balasan Ned, EZ terus saja berlalu. Lagi dia berlama kat situ, lagi panas rasa hatinya nanti.
"Siapa tu? Meletup lain macam," komen kawan Ned sebelum dia memandang peminat-peminat Ned, "Hat hangpa ni, nak beli ayaq ka nak usha anak teruna orang? Pasai hangpa kami hilang customer. Nak minat Ned, minatlah tapi jangan melampau sangat. Hormatlah Ned. Hormat customer kami."
Terkulat-kulat peminat Ned ditegur rakan sekerja lelaki itu.
Ned yang masih teringatkan gadis tadi menepuk bahu rakannya, "Thank you, Firdaus."
.
.
.
.
.
"Mana air kau? Kenapa kain kau lencun ni, EZ?" Tanya Aufa sebaik sahaja EZ masuk ke tempat duduk penumpang.
"Fa..." Seru EZ lalu dia memandang Aufa.
"Eh, kau nangis kenapa?"
"Fa, aku mengamuk dekat kafe pop-up tu tadi! Fa, aku malu...!" Tanpa dapat dia tahan, dia terus saja menangis di depan Aufa.
"Kau mengamuk kenapa ni?" Aufa bertanya sebelum dia menukar gear kereta dari N ke D, "Kau cerita je. Aku dengar sambil drive."
Dalam sedu-sedan, EZ memulakan cerita- punca dia mengamuk dan kepada siapa dia hamburkan rasa amarahnya.
Usai EZ menghabiskan ceritanya, Aufa tersenyum nipis. Ikutkan hati, dia nak ketawa tapi dia takut EZ menangis lagi teruk.
"So basically, kau mengamuk marah tu sebab kau frust pasal interview kau?"
EZ mengangguk sambil mengesat air matanya. Inilah kelemahan EZ, asal marah je mesti nangis. Marah sikit je, nangis.
"Buat kau lagi hangin, air kau... yang kau dah bayar. Yang kau nak minum sebab kau dahaga gila, jatuh dan terpercik kena kain kau?"
EZ angguk lagi.
"Jadi kau marah si barista tu walaupun dia tak salah?" Aufa bertanya, dengan nada mengusik.
"Dialah yang salah! Siapa suruh dia ramai peminat? Peminat pula bimbo. Menyusahkan orang!"
Terlepas juga ketawa Aufa, "Okey. Dia salah tapi kan... kau pun salah juga tau."
EZ pandang Aufa dengan pandangan maut.
"Kau tak patut panggil dia jaring, tau?"
EZ yang tadi rasa nak cekik Aufa hanya tersengih, "Tak sengaja. Tengah emosi. Dah peminat dia asyik 'Net', 'Net'... aku panggil ajelah jaring dekat dia."
"Eh tapi kan... kau beli air apa tadi? Bau macam bunga dekat kubur tu je."
EZ tunduk sikit mencium mahu membau kainnya yang basah, "Mana ada bau kubur. Bau wangi je."
"Bukan bau kubur, bongok! Bau bunga dekat kubur. Bunga melur ke melati entah."
"Oh, aku beli jasmine green tea!"
"Ew, kau ni peliklah EZ! Jasmine green tea tu bau wangi pelik tu pun kau boleh minum."
"Aku tak judge kau minum kopi kencing manis yang kau tambah caramel drizzle upside down, extra caramel syrup- jadi jangan judge air pilihan aku."
"Yalah, Cik Bunga Kubur."
"Bongok! Seram gila Cik Bunga Kubur," komen EZ sebelum tawanya dan Aufa bergabung.
.
.
.
.
.
Siapa suka Jasmine Green Tea? Saya suka especially yang jenama Pokka 😆
Jangan lupa like, komen dan share. InsyaAllah nanti saya balas komen-komen anda 🤎
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top