Nota Penulis


Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mengotakan janji saya untuk memuat naik karya saya yang bertajuk Puteri Katastrofi dalam tahun ini juga. saya memang sudah lama merancang dan pernah terfikir yang tahun ini mustahil untuk saya muat naik cerita ini.

Satu lagi berita gembira ingin saya khabarkan kepada yang sudi mendengar dan mengambil berat. Jika kalian tahu, baru-baru ini saya ada terlibat dengan kemalangan jalan raya menyebabkan kaki kanan saya patah. Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan selepas pembedahan(memasukkan besi ke tulang betis) doktor mengatakan baha tulang saya sudah bercantum. Ini satu khabar gembira buat saya yang selalu bergerak. Kaki adlah nikmat besar dalam hidup saya...juga untuk kalian. maka nasihat percuma di sini, hati-hatilah ketika di jalan raya. sentiasa berdoa agar diberi keselamatan sentiasa.

Baiklah, berbalik kepada cerita Puteri Katastrofi, karya ini adalah karya pertama saya yang melibatkan perasaan cinta namun hanya 40% dari isi kandungan ini saya jangka banyak unsur cinta. Selebihnya unsur triller dan jenayah. Namun, saya mahu tetapkan genre buku ini sebagai romance thriller. Jangan risau, stail saya bukan cinta 18sx, tetapi sekadar menjadi penghangat cerita. orang kata, heartwarming gituh. hahah.

Berbeza dengan karya-karya saya sebelum ini seperti Disturbia, Zen:Prolog, Zen:After Prolog. Ini ialah karya official yang keempat dan saya mahu cipta kelainan. Insyaallah.

Maka, dipersilakan menikmati Prolog terlebih dahulu. Andai suka, klik vote. jika ada kritikan, sila komen, insyalla akan dibetulkan jika perlu. jemput rakan-rakan anda untuk turut sama membaca buku ini. Prinsip saya, saya tidak mahu karya ini jadi hiburan semata-mata. moga ada nilai yang dapat kalian cedok walaupun sedikit. Sekali lagi saya ingatkan, anda semua, ya, anda yang membaca dan mengundi bakal menjadi penentu kepada motivasi untuk saya penulis. ya, itu benar!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top