3;Invite
🌼🌼🌼
"Nombor 4 tu jangan bunuh diri pula nanti."
Belum apa-apa lelaki itu dah aim aku, menyesal pula join dia main jadi satu team.
"Hidupkan mic, senang nak bincang bukan ikut sedap kau je. Dahlah kerjanya lari pergi enemy, macam bodoh je aku tengok."
Mahu saja aku hidupkan mic dan mencarutnya dalam nada syahdu namun aku cuba bersabar. Sepanjang aku bermain PUBG, belum pernah aku hidupkan mic. Jangan sampai hari ni aku mencipta sejarah, hidupkan mic semata-mata nak azankan dia.
" Nombor 4 ikut aku, biar aku jaga kau. Kang sia-sia je mati awal."
Sekali lagi dia bersuara dan aku hanya menurut. Dan seperti yang dia cakap, sepanjang battle ni, dia yang jaga aku walaupun mulut dia tak habis-habis membebel.
Tanpa sengaja aku tertembak dia yang berada di hadapan aku, habis berkurang nyawa dia, bunyi senjata ni pula kuat nak mati.
"Bongok kau tembak aku kenapa?! Diamlah, dah berapa kali kau tertembak aku, nak sangat aku mati?! Jangan buat bising nanti enemy tahu kita kat sini, ish kau ni!"
Entah kenapa tapi aku terhibur tiap kali dia membebel rasa macam nak tembak lagi biar dia meroyan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top