19 (2)
K maaf dh lame tak update;-;♡
.
.
.
Eunri pov
Aku menghirup teh dengan perlahan.
-Kadang-kadang aku terfikir jugak.
Agaknya sampai bila Jungkook nak terus seksa aku?Srs aku rase macam dah putus asa.
Langsung takde clue tentang sape yang bunuh Jungri.Sampai bila Jungkook nak tau yang bukan aku yang bunuh Jungri?
Aku dah penat.
Patut ke aku mengalah dan lari dari rumah ni?
Aku terus pergi ke tingkap untuk menghirup udara segar.Kepala aku dijengahkan keluar supaya dapat tengok pemandangan yang cantik.
Tapi pemandangan yang cantik tu berubah jadi buruk bila aku nampak Lisa menuju masuk ke rumah.Mesti lepas ni dia suruh buat itu inilah.Haih baru je nak rehat.
Belum sempat aku nak tutup tingkap,aku ternampak Lisa keluar semula dari rumah tu.
Aik kenapa Lisa keluar dari rumah tu balik?K benda ni tak pelik tapi yang peliknya kenapa dia bawak cangkul semua tu?Gileke.Dia tu bukan suka tanam pokok.Nak pegang tanah pon macam pegang taik💩
Aku just perhatikan tingkah laku Lisa yang sedang menggali tanah di tepi pagar.Dia pandang kiri kanan.Kenapa dia macam nak sorokkan sesuatu?
Lisa mula mengeluarkan seperti sebuah bekas?Apebende tu siaa.
Lalu dia menanam bekas tersebut.
Kenapa aku rasa pelik?
××××××××××××××××××××××××
Jungkook pov
Akibat aku terdengar bisikan syaitan supaya bukak video tu,aku pon tekan.Tapi kenapa video ni lama bebenor sampai 1 jam?
Arggh tengok jelah.
Klik!
Video yang berdurasi 1 jam mula dimainkan.
Aku agak sikit terkejut.Bukan sebab video tu seram ke ape.
Tapi video tu sedang merakam r-rumah aku?.Ianya seperti rakaman cctv.
Rakaman ni macam dah lama sebab perabot yang tersusun sama seperti waktu hubungan aku dengan eunri baik lagi.
Aku just tunggu dan tunggu.Tapu ia tayangkan benda yang sama sahaja.
2 minit telah berlalu.
Aku mula rasa bosan.Kenapa takde pape.Rakaman tu just tayangkan ruang tamu aku je.
Akibat bosan,aku skipkan video tu ke 4.08 saat.
Kelihatan seseorang namja mula masuk ke dalam rumah aku.
Aku menarik kerusi aku ke hadapan apabila rakaman tu mula memaparkan benda lain.Mata aku tak lepas pandang laptop tu.Mata aku,aku kecilkan kerana seperti kenal namja tersebut.
Kejap.Namja t-tu macam aku je?
Kenapa aku rasa tak sedap hati?Aku abaikan perasaan aku dan hanya tumpukan kat video tu.
Setelah video itu habis dimainkan,aku menekup muka aku.
Betul ke ape yang aku lihat ni?
CCTV MOOD/FLASHBACK
Kelihatan seorang namja sedang berjalan terhuyung-hayang ke dalam rumahnya seperti sedang mabuk.
Dia menuju ke sofa dan menghempaskan badannya kasar.
Jam menunjukkan masi pagi seperti 2.00 a.m.Suasana semua gelap dan agaknya ahli keluarnya semua sedang tidur.
Dia,Jeon Jungkook tidak perasan akan kehadiran seorang yeoja yang pecah masuk ke dalam rumahnya.Pintu rumahnya langsung tak berkunci menyenangkan kerja dia.
Yeoja itu memandang ke kiri dan ke kanan sebelum meneruskan misinya.
Dia dan pembantu-pembantunya yang memakai pakaian hitam itu mula menceroboh masuk ke dalam rumah Jungkook.
Dia mula mencari kelibat seseorang.
Sasaran dia sekarang hanyalah Jungri,anak kepada Jeon Jungkook dan Jeon Eunri.
Kelihatan Jungri sedang menguap kecil di tangga seperti hendak bangun pergi ke tandas.
Perempuan itu memandang tepat ke arah budak perempuan itu.
" itupun kau "
Dia tersenyum jahat kepada Jungri yang kelihatan mamai.
Dalam keadaan senyap,pembantu-pembantunya mula menangkap Jungri sambil menutup mulut budak itu kuat.
Budak itu ingin sahaja menjerit tetapi tidak boleh kerana mulutnya ditutup rapat.
" hai little girl "
Perempuan itu mengusap perlahan rambut Jungri.
" aku rasekanㅡ "
" ㅡkau tak patut wujud "
Jungri menggelengkan kepalanya apabila perempuan asing itu mula mengeluarkan pisau.Air matanya tidak berhenti mengalir.
Shrakk!!
Pisau yang berada di tangan perempuan itu dicucuk kuat ke dalam perut Jungri.Hanya tuhan yang tau bertapa seksanya budak itu.
Jungkook tetap tidur.Dia tidak perasan akan benda yang amat penting.Anaknya dalam keadaan sangat bahaya.
END FLASHBACK
Aku menekup mulutku selepas melihat kesemua isi video itu.Aku menangis sehabis-habisnya.
" ARGHHHH!! "
Segala barang-barang yang berdekatan dengan aku,aku hempaskan ke lantai.
Mata aku mula memerah.
Aku ni memang bodoh!
K-kenapa dia sanggup buat aku macam tu?
Sekarang ni aku hanya perlu cari dia untuk penjelasan dia.
Aku akan balas balik ape yang dia dah buat kat keluarga aku.
Dia,Lalisa
Dah hancurkan keluarga aku.
Dia dah pecah-belahkan keluarga aku demi memiliki kekayaan aku.
Bila difikirkan balik memang sakit hati.Kenapa aku pergi percaya Lisa dan biarkan Eunri merana?Kenapa aku setuju dengan perjanjian tu?
Aku terlampau bodoh sebab percayakan dia.
TBC CHAP 20 ADALAH SAMBUNGAN CHAP NI AND MASIH FLASHBACK LAGI TAU💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top