•2•

| Just how far will i fall? |

🏬 Yonsei University 🏬

"Hyo-ah!!"jerit seorang lelaki berambut blonde sambil berlari ke arah Jihyo yang baru masuk ke kawasan kolej.

Jihyo senyum.

"Yer..kenapa Jiminnie..?"tanya Jihyo sambil berjalan masuk.

"Beli tak air untuk aku??"tanya Jimin sambil berjalan di sebelah Jihyo.

"Urm..nah."kata Jihyo setelah mengeluarkan air itu dari bagnya.

Senyuman yang terukir di bibir Jimin bertukar menjadi masam.

"Aaaa..wae..??"tanya Jimin sambil pegang air susu itu.

"Bwo???"

"Susu??Really??Takkan aku minum air ni.."kata Jimin sambil menyilangkan tangan.

"Aish kau ni..Mujur aku beli tau!Lagipun kau tu kuat sangat minum air bergas ni.Takkan pagi buta macam ni nak minum air gas."kata Jihyo lalu membuka air susu itu dan diteguk.

"Alaa..kau pun tahu aku mana boleh minum.."kata Jimin.

"Wae?allergic?"tanya Jihyo.

"Aniy..cuma tak suka rasa dia.."jawab Jimin lalu senyum menampakkan gigi putihnya.

"Lah..tu jer?Kalau tu jer alasan kau..Baik kau cuba minum..Mana tahu lepasni boleh jadi hantu susu macam Sehun."kata Jihyo lalu sekali lagi meneguk susu itu.

"Eah?Sehun?Kenapa dengan Sehun?"tanya Jimin.

"Sehun kan putih..kulit dia tu dah macam susu.Sebab tu aku panggil dia hantu susu.Faham??"jawab Jihyo.

"Ouhh..Aiihh kau ni..Sehun tu kan artis..Eyy nanti peminat dia dengar apa yang kau cakap ni, tak pasal² kau kena maki kang.."kata Jimin.

"Alah kau ni..Aku cakap kulit dia jer..Bukan aku kutuk dia..Takkan la aku nak kutuk orang kacak macam tu.Orang gila je kutuk dia."kata Jihyo.

"Ceh!Aku pun kacak apa??"

"Lah pulak??Aku cakap pasal Sehun asal tetiba kau puji diri kau ni??"

"Biarla..Kau tu tak pernah puji aku..*pout*" kata Jimin lalu silangkan tangan.

Jihyo yang disebelahnya menahan tawanya.

"Alalala..yela².Jimin yang kacak lagi macho..Sudikah kanda teman adinda pergi library nanti rehat??"pujuk Jihyo sambil membahaskan dengan bahasa istana.

Jimin senyum.

"Baiklah.Kalau adinda meminta kanda menemani adinda.Kanda sudi."balas Jimin.

Jihyo senyum.

Lalu mereka berdua ketawa.

Mereka amat rapat bersama.

Ramai yang fikir mereka bercinta.Tapi masing² hanya menganggap kawan rapat.Dah lama kenal.

Kadang² Jimin langsung tak layan perempuan lain kerana dia asyik keluar atau lepak dengan Jihyo.

Baginya berkawan dengan Jihyo lagi seronok dari nak tunjuk macho depan perempuan lain.

Kalau dengan Jihyo dia boleh tunjuk sikap kebudakkan nya.Tapi kalau dengan perempuan lain, dia harus kawal sikap nya itu.

Kelas 02-08

Jihyo letak bag galasnya di atas kerusi.

Jimin yang duduk di depannya turut meletakkan bagnya.

"Yo! Min! Petang nanti ingat eah..Main basketball."tegur lelaki berambut coklat.

Jimin angguk dan duduk.

"Lah..Jungkook."

Jungkook berpaling ke arah Jihyo selepas dia tanya Jimin.

"Nae?"

"Kau pergi main juga ker petang ni?"tanya Jihyo.

Jungkook angguk.

"Yela..Aku yang rancang game ni.Kenapa?"

"Kalau macam tu..Aku tak payah pergi la kan Jimin?"tanya Jihyo sambil matanya beralih pada Jimin.

Zzuupp!

Jimin berpaling secara mengejut ke belakang untuk pandang Jihyo.

"Tak boleh!Kau mesti ikut!"kata Jimin.

"Ala Jimin.Kau ni..Kau bawa Jihyo pun, bukan Jihyo akan main pun.Pasti dia bosan nanti."kata Jungkook.

Dia tak sangka yang Jimin nak ajak Jihyo.Padahal ni game untuk lelaki.

"Ha..betul apa kata Jungkook.Lagipun aku kata nak teman kau sebab aku ingat kau main dengan orang yang kau tak berapa kenal.Rupa²nya dengan Jungkook."kata Jihyo sambil ketawa.

"Aniya..Kau ikut la.Aku takut Jungkook buli aku."kata Jimin merayu dan buat mimik muka sedih.

Jungkook dan Jihyo masing² ternganga.

"Min..Kau demam eah??" tanya Jungkook sambil pegang dahi Jimin.

Jimin tepis tangan Jungkook.

"Mana ada!"

"Setahu aku sendiri la.Kau yang asyik buli aku.Jihyo sendiri pun tahu."kata Jungkook lalu senyum menampakkan gigi arnabnya.

Jihyo senyum.

"Haish..Tak kira..Kau kena teman juga aku Jihyo!!"kata Jimin.

"Yela².Aish kau ni..Ada apa la kalau aku pergi sekalipun."kata Jihyo.

"Ada aku la.."kata Jimin.

"ceh!Bersemut dah kelas ni lepasni."kata Jungkook lalu meninggalkan mereka berdua.

Jihyo ketawa melihat Jungkook yang kelihatan menyampah.

Walau sebenarnya..Kata² Jimin langsung tak sweet!Tang mana sweet pun tak tahu.

Jihyo dan Jimin selalu berbual macam tu.Bagi orang sweet, tapi bagi mereka berdua hanya gurauan dan hanya percakapan antara kawan baik.

.Bilik Ketua Pensyarah.

Knock²!

"Masuk!"

"Tuan...ni dokumen prestasi pelajar kita."Kata seorang kerani.

"Ah..Lupa nak tanya.Macam mana rancangan kita untuk tubuhkan kelas muzik?Semua setuju?"tanya ketua pensyarah.

"Semua setuju tuan.Bila kita nak lancarkan kelas itu tuan?"tanya kerani itu.

Ketua pensyarah itu meletakkan pen yang dipegangnya lalu mengambil satu dokumen dari dalam fail.

"Erm..Surat ni kata..Esok dah boleh start . Dan esok juga la guru yang di upah untuk mengajar muzik itu datang."kata ketua pensyarah itu sambil matanya masih di dokumen.

"Ouh kalau macam tu.Saya akan minta mana² pelajar yang nak masuk kelas muzik , suruh mereka isi borang yer tuan?"tanya kerani itu.

Ketua pensyarah itu angguk tanda setuju.

"Dan bilangan pelajar tu hanya seramai 6 orang sahaja yer."kata ketua pensyarah itu.

"Ouh?6 orang sahaja?"

"Yer.Ni kan permulaan kelas muzik.Taknak la guru muzik tu terkejut kalau terlampau ramai.Kita akan cari 6 orang pelajar setiap bulan.Jadi untuk bulan ni 6 orang dulu."terang ketua pensyarah itu.

"Oh begitu.Baiklah tuan.Nanti saya akan sampaikan apa yang tuan cakap itu.Kalau tiada apa² saya minta diri dulu."kata kerani itu lalu tunduk hormat dan keluar dari bilik itu.

Ketua pensyarah itu sambung kerjanya yang tergendala.


🕰12.00 Tengah Hari🕰

Jihyo mengambil buku bisnes lalu keluar dari kelasnya.

"Bah!!"

"Kai saranghae!!!!Yaish!Yah!Park Jimin!Terkejut aku!" Kat Jihyo lalu ambil bukunya yang jatuh ke lantai akibat terkejut dengan terjahan Jimin.

Jimin menyilangkan tangannya dan pout.

"Ceh!Lagak macam nak pergi belajar.Tapi dalam fikiran sedang fikirkan Kai Exo pula."Kata Jimin tanpa memandang Jihyo disebelahnya.

"Eh biar la.Idol kesukaan aku tu.Kau ni asal buat aku terkejut je.Nanti tak pasal² aku ada sakit jantung kang."kata Jihyo.

"Biarlah kau sakit jantung.Nanti kau tak yah nak suka dengan Kai Exo lagi."

"Habis kalau aku tak suka Kai Exo nanti aku nak suka siapa pula?Kesian jantung aku nanti."kata Jihyo.

"Kau boleh suka aku..Haa..aku ni kacak memang tak yah cakapla,cute adala jugak dan..Gentle aku ni tiada siapa boleh tandingi."Kata Jimin dengan megah sambil silangkan tangannya.

"Ceh!Memang tak la aku nak suka kawan aku sendiri.Lagi² kau..Ergh..taknak²."kata Jihyo buat muka geli.

"Yela tu..Luar kata taknak.Dalam kata nak.Eeyy..aku tak boleh nak agak la perempuan macam korang ni."kata Jimin sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Haaa..tu la kau.Kalau nak pikat perempuan, kau kena tahu hati diorang dulu."kata Jihyo.

"Hati kau?"

"Eah nope!Aku cakap ni adalah untuk kau kalau esok² kau ada yeojachingu ke..haa.."

"Ceh!Yela².Lagipun aku bergurau je tadi.Kau ingat aku nakkan kau?Memang tak la!"Kata Jimin.

Jihyo senyum.

"Aku tahu kau Jimin.Kita kan kawan dah lama"kata Jihyo lalu ketawa.

Jimin turut ketawa.

"Ah lagi satu.Kau jangan la buat ayat sweet² macam tu pada aku depan orang lain, nanti tak pasal² kau takda kekasih😅"kata Jihyo.

"Alah..pandai² la aku cari kekasih nanti.Lagipun takkan aku nak layan kau macam aku layan Jungkook??Kau perempuan kan.So apasalahnya aku sweet dengan kawan aku?Lagipun kita kawan.Sweet ni bukan hanya untuk kekasih, tetapi untuk berkawan pun boleh."Kata Jimin.

Jihyo menjulingkan mata ke atas.

"Urgh!Apabila Sir Jimin ceramah.." Kata Jihyo.

Jimin senyum.

"Takla.Cuma nak cakap yang sweet dengan kawan tak salah.Malah merapatkan lagi persahabatan kita."Kata Jimin lalu meletakkan tangan kanannya di atas bahu Jihyo.

Jihyo senyum.

"Yela².Dah jomla cepat ke library nanti takda tempat duduk pula."

Jimin angguk lalu mereka berdua pergi bersama.

"Lepas pergi library ,kita pergi cafe eah?"tanya Jimin.

"Yela."

Junior² di situ melihat mereka berdua.Lagi² Jimin.Kekacakkan Jimin buat junior di situ jatuh hati.Dan yang mana tak tahu hubungan Jihyo dan Jimin ni ,mereka berasa cemburu dengan Jihyo.Mungkin mereka anggap Jihyo dan Jimin couple.
Walhal mereka hanya kawan rapat.
Well orang..Bukan semuanya bersangka baik.Kan?😂

🏠Rumah Agam🏠

Seorang lelaki sedang berenang di dalam kolam rumahnya.

Telefon bimbitnya berdering.

Terus dia keluar dari kolam tersebut sambil menggapai tuala yang berada di kerusi.

Dililit tuala itu di pinggang nya.

Dia melangkah untuk mendekati telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

"Hello.."jawab lelaki itu.

Seseorang bercakap dengannya melalui telefon.

Lelaki itu senyum.

"Baiklah.Nanti kita jumpa malam ni.Aku ada hal petang ni."

Talian itu dimatikan.

Telefon itu digenggam lalu lelaki itu naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya.

Dia berdiri di balkoni dan memandang permandangan di luar itu.

Bibirnya terukir senyuman.

Dia ingat akan sesuatu.

"Next game..Will be fun." Katanya perlahan lalu menutup mata untuk menikmati suasana itu.

🕰4.00 Petang🕰

🏬Yonsei University🏬

Pelajar yang mana sudah tamat waktu pelajaran boleh balik.Dan yang mana belum harus berada di kolej itu.

Jihyo dan Jimin keluar dari kelas kerana waktu pelajaran mereka sudah tamat.

#Jimin dan Jihyo tidak tinggal di asrama kerana rumah mereka dekat dengan universiti itu.#

Mereka berdua melangkah keluar sambil berbual.

"Jimin.Mana Jungkook dan yang lain?kata nak main basketball di taman?"tanya Jihyo mencari kelibat Jungkook.

"Dia pergi jumpa Sir Han untuk minta izin pinjam bola untuk berlatih kat taman.Jadi dia suruh aku dan kau pergi dulu ke sana."Jawab Jimin.

"Yang lain?"

"Yang lain seperti biasa..Sedang uruskan yeojachingu masing².Pukul 4.30 baru diorang datang."

"Ooo..Jadi sebelum kita tunggu diorang..nak tak kita pergi makan di restaurant berdekatan taman tu?Aku lapar la.."kata Jihyo sambil pegang perutnya.

Jimin senyum melihat Jihyo.

"Arraseo..Lagipun kau kan..Lapar jer selalu.Makan takyah cakap la...Melantak tak henti².Tapi badan kecil juga..Aish..Aku bimbang ni.."

"Bimbang apa pula?"

"Takut kalau² kawan aku ada pelihara saka ker..Mana la tahu..Kang tak pasal² melekat pada aku pula."

Jihyo pout lalu..

"Auch!!!Yah!!!"jerit Jimin kesakitan apabila Jihyo mencubit lengannya.

"Tula..cakap macam tu lagi."

"Aku gurau jer pun.Bukannya aku serius..Macam la tak biasa."kata Jimin sambil usap lengannya perlahan kerana sakit.

"Tct!Padan muka!"kata Jihyo lalu melajukan langkahnya.

Jimin senyum lalu mula berlari kecil untuk mendapatkan Jihyo.

"Yaaa~tunggu la..."

Ilsan Park ⛲

*Delica Cafe*

"Nak order apa?"tanya pelayan.

"Saya nak ice tea dengan ramyeon.Kau Jihyo?"tanya Jimin.

"Erm..Ice americano dengan jjampong."jawab Jihyo setelah melihat menu.

"Baikla.Tunggu 15 minit yer."kata pelayan itu lalu beredar.

"Weyh..Kau asal minat ice americano hah?Tak pahit ke?"tanya Jimin.

"Itu air kegemaran aku..nak buat macam mana..Macam kau la.Minat dengan air coke,pepsi dan soda..Rasa sedap kan?So sama la dengan aku."jawab Jihyo.

"Oo..eah..Nanti kita pergi main dekat.."

"Nope..Aku tak main eah..Kau yang pergi main.Aku tengok jer okay."kata Jihyo mencelah percakapan Jimin.

"Tct!Tahu..Aish kau ni..Aku cuma nak cakap yang nanti nak balik,biar aku hantarkan kau sampai depan rumah eah?"

"Asal pula?"

"Kau sendiri tengok kan berita pelik² sekarang.Kes bunuh dan rogol la..Culik la.Lagipun aku yakin yang ayah kau pun lagi suka kalau aku hantar kau."

Jihyo ketawa kecil.

"Apa yang lucu nya?Aku serius ni."kata Jimin.

"Aniya..Cuma perangai kau tu sama macam ayah aku la.Hahaha."

"Ish kau ni..Kau tahu tak..Ayah kau tu.."

"Hah..makanan dah sampai!"kata Jihyo sekali lagi mencelah percakapan Jimin.

Dia malas nak dengar syarahan Jimin itu.

Jimin pout.

🕰 6.30 Petang 🕰

Jimin dan kawan² masih bermain basketball di taman itu.

Jihyo pula sedang melihat mereka.

Sesekali dia melihat jam nya.

"Alamak..Dah 6.30 petang dah.Adoi..drama tu dah nak start ni.erm.."

Jihyo bangun lalu mendekati Jimin.

Jimin dan kawan²nya berhenti bermain.

"Jimin!Lambat lagi ker habis permainan kau ni??"tanya Jihyo

"Ha ah..ni baru masa pertama..ada dua round lagi"jawab Jimin sambil mengelap peluh di dahi.

"Petang sangat dah ni..nanti ayah aku risau la.Aku balik dulu eah?"

"Eah..biar aku temankan la."

"aniya..kau pergi main.Bye²"

Jihyo berlari keluar dari gelanggang basketball itu.

"Yah..Song Jihyo!Aish!"

Apabila jauh dari gelanggang basketball itu.Jihyo berjalan seperti biasa.

Bagnya digalas seperti biasa.

Langkahnya terhenti setelah seseorang tiba² berhenti di depannya.

"Kamchagiya!Ah..Encik ni.."

"Sorry buat awak terkejut.."

Jihyo memandangnya dari atas hingga ke bawah.

Lelaki itu ialah orang yang dia jumpa di 7E pagi tadi.

Pakaian lelaki itu masih sama.Mask hitam di mukanya turut ada.Agaknya lelaki ini memang nak sorokkan identitinya.

"Encik buat apa di sini?Dan kenapa tiba² terjah di depan saya?"tanya Jihyo.

Walau wajahnya tertutup separuh dek kerana mask hitam yang dipakainya, Jihyo tahu bahawa lelaki itu sedang senyum.

"Maaf.Silap saya.Lagipun saya nak minta maaf kerana pagi tadi saya tak bercakap dengan awak."kata lelaki itu.

"Ahh..Pasal tu.Tak apa la.Lagipun saya yang patut berterima kasih dengan encik sebab tolong saya.Kalau encik tak bagitahu saya yang dompet saya jatuh, saya tak dapat nak bayar."

Lelaki itu senyum.Matanya ralit memandang Jihyo.

Entah mengapa Jihyo rasa tidak selesa dengan pandangannya. Pandangannya seperti ada makna tersirat.Tapi entah la, mungkin perasaannya.

"Ah..Lupa nak perkenalkan diri.Saya Song Jihyo."kata Jihyo lalu senyum.

"Arrayo.Jihyo-sshi."

"Eoh?Macam mana.."

Dia mengalihkan pandangnnya pada buku yang dipegang Jihyo.

Jihyo melihat ke arah bukunya.

"ahh..haha.Malu pula rasanya..Jadi encik ni nama apa??.."

Baru sahaja lelaki itu nak jawab pertanyaan Jihyo.

"Song Jihyo!!"jerit Jimin dari jauh.

Jeritan itu buat Jihyo berpaling ke belakang manakala lelaki itu turut melihat ke arah lelaki yang sedang berlari menuju ke sini.

"Jihyo-ah!!Cakamman!!"jerit Jimin.

Jihyo yang berpaling ke belakang itu senyum.

"Arraseo!!"jerit Jihyo supaya Jimin dengar.

Lalu Jihyo kembali memandang ke depan untuk sambung pertanyaannya kepada lelaki itu.

Tapi...

Lelaki itu sudah tiada di situ.

Jihyo melihat sekeliling untuk mencari kelibat orang itu.

Tiada...

Bulu romanya tiba² menegak.Seram pula rasanya.

Tapi Jihyo fikir positif.Mungkin orang itu ingin cepat atau ada hajat nak ditunaikan di tandas.Mana la kita tahu.Kan?

Jimin berdiri di sebelah Jihyo sambil tercungap cungap.

"Permainan dah tamat.So aku teman kau balik eah?"

Jihyo angguk.Dia masih fikirkan hal lelaki itu.Kenapa tiba² menghilang.

Jimin yang perasan Jihyo termenung terus tanya.

"Kau kenapa?"tanya Jimin.

Jihyo pandang Jimin.

Jimin turut memandangnya untuk dengar apa yang Jihyo ingin bagitahu.

☜☆☞

Preview : Episode 3

"Baekhyun..Kau pergi mana hah selama 4 hari ni?Asyik holiday jer!Penat tahu tak aku nak uruskan syarikat kau tu."

"Aku bos..Suka hati aku la nak holiday berapa hari pun."

"Kau..dah sihat kan?"

Baekhyun senyap.

"Asal??Sebab penyakit aku ni memang takda harapan untuk sembuh kan?Jadi mana kata² kau yang kata aku akan sembuh?Mana?!"

"Bukan itu maksud aku..Aku cuma taknak penyakit kau tu menguasai diri kau..Aku kawan kau..Jadi aku patut risau tentang kau."

Baekhyun bangun dan beredar.

"Yah Baekhyun!"

Baekhyun senyum sinis.

"Memang ia dah menguasai diri aku pun."

♪\(*^▽^*)/\(*^▽^*)/

🙆To Be Continued🙆

😆Hello dear😆
🤗Part Two is here🤗
☺Hope you guys enjoy☺

😘Without you guys..I'm nothing😘

🤓Support This Fanfic🤓

📖Read📖

⭐️Vote⭐️

📝Comment📝

💖SaRaNgHaE💖

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top