Epilog🌹
One year later
"Mummy, terima kasih atas segala kebaikan mummy pada Isya. Halalkan makan minum Isya ya? " air mawar disiram berulang kali bersama tangisan air mata. Papa yang berdiri disebelahnya turut menangis.
"Pa, jom balik. Kesian pula Irfan tinggal sorang di rumah. " air mata dikesat. Dia ni bukan boleh berjauhan sangat dengan si suami. Lebih-lebih lagi, esok Irfan ditugaskan untuk ke German. Memang video call setiap malam lah jawabnya.
"Eh, sejak dua tiga hari ni macam manja semacam saja... " sakat si bapa.
"Manja apanya papa. Biasa lah ni. Seorang isteri nak jumpa suaminya. Salahkah? " keningnya bertaut. Eh, papa ni dulu pun sama je macam Isya. Haish.
Doktor Azlan tergelak melihat muka anaknya berubah seperti tomato. Macam-macam lah dia ni.
"Oh, ya. Ni kad jemputan perkahwinan Aina dengan Hakim. Tengoklah. " dihulurnya kad itu pada si anak.
"Hah? Kahwin?! Pergh tak cakap pun! Alih-alih dah keluar kad! Mana aci! " bentak Batrisyia. Kata best friend, awat tak habaq awal-awal.
"Eh, dia ni. Nak kahwin mesti kena ada surprise. Kalau dah tahu tak best lah. " bela si bapa. -
"Assalamualaikum, Isya dengan papa dah balik! "
Sunyi.
"Eh, mana semua orang? Asal gelap semacam ni? Hello???! "
Surprise!!!
"Eh apa ni?! "
Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Batrisyia! Happy birthday to you!
Lampu dinyalakan. Rumah itu sudah terhias banner 'Happy Birthday Batrisyia' . Dia menekup mulutnya. Ya ampun... Macam mana boleh lupa hari ni birthday aku?!
Irfan menghampiri dirinya dengan kotak hadiah di tangan. Dia tersenyum, malu-malu kucing. Batrisyia sengaja mengesot ke Irfan.
"Thanks. " bisik Batrisyia perlahan. Weeeeeeeeeee. Sukanya dapat present dari husband! Ikutkan hati nak je buka kotak tu, tapi apa pula kata orang nanti. Dahi ditepuk. Awat hang ni gelojoh sangat Batrisyia.
"Amboih, sudah-sudah lah tu nanti boleh sambung. Ni kek ni tiup cepat. " kata Sarah. Kek red velvet itu diangkat dan dibawa kepada Batrisyia. Batrisyia segera meniup kek itu. Ouch, red velvet my favorite!
"Thank you semua orang! " kata Batrisyia sambil mencuit sedikit kek itu. Hmm, sedap!
"Eh kau ni, tak menyempat! Kot ye pun, potong lah dulu! " marah Aina sambil bercekak pinggang. Semua orang tergelak.
"Eleh kau. Kahwin tak cakap, alih-alih keluar kad ni. " Batrisyia berpura-pura merajuk.
"Aduuu sorry lah Bat. Aku nak buat surprise! Hehe. Datang tau. Minggu depan je. " matanya dialihkan pada Hakim seketika. Tak sangka, dia bakal menjadi isteri orang.
"Okay, jom kita makan kek! " kek red velvet itu dipotong dan diagihkan. Irfan mengambil peluang ini dengan menyuapkan Batrisyia kek itu.
~~~
"Encik Hanif Daniel? "
Daniel bangun dan mengangguk.
"Kamu dihukum gantung sampai mati! Kerana telah membunuh mangsa yang bernama Azra Husna."
Daniel diiringi dua orang anggota polis ke muka keadilan. Dia berjalan perlahan.
Mukhlis yang berada di dalam sel terpandang muka Daniel yang sedang berjalan.
"Eh, Daniel! Ni aku, Mukhlis! " Mukhlis melambai-lambai ke arah Daniel.
Daniel meminta peluang terakhirnya untuk berbual dengan Mukhlis.
"Okay, 5 minutes. "
Daniel mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih.
"Kau, buat apa kat sini? "
"Aku... Aku nak bertanggungjawab dengan segala perkara yang telah aku buat dulu. "
"Perkara yang kau buat? Maksud kau... "
"Aku bunuh Azra. "
"Kau, kau bunuh Azra?! Tapi kenapa?! Dia kawan kita Daniel! " teriak Mukhlis. Dia mengepal penumbuk di tangan. Sungguh dia tidak sangka.
"Aku minta maaf. Aku tahu apa yang aku buat ni tak adil untuk kita. Tapi ini untuk kebaikan semua orang. "
"Kenapa?! " Mukhlis mula menangis. Dia tahu, selepas ini dia bakal kehilangan Daniel.
"Satu je aku nak pesan. Lepas kau dah bebas, kau wakilkan aku dengan Azra untuk meminta maaf pada mereka. Banyak salah kita dekat mereka. "
Dua orang polis tadi menarik badan Daniel menunjukkan masa mereka telah tamat.
Daniel memandang Mukhlis dengan senyuman. Mukhlis sudahpun terduduk melutut di dalam selnya.
"Ya Allah, apa yang telah aku lakukan...."
~~~
"Abang, Isya nak mintak maaf. " Batrisyia tiba-tiba memeluk erat suaminya itu. Mukanya tersembam dalam dangkapan suaminya itu.
"Eh, sayang kenapa ni? " Irfan menepuk-nepuk bahunya isterinya dengan lembut. Keningnya bertaut. Dipandang wajah isterinya itu, begitu polos.
"Isya rasa, Isya adalah isteri yang teruk. Tak dengar cakap abang. " Air mata mula jatuh membasahi pipi. Tak tahu kenapa hatinya sungguh tisu kebelakangan ini.
"Alahai dia ni. Sayang sentiasa senangkan hati abang tau. Sayang takde pula memberontak bila abang suruh buat apa-apa. Dah jangan cakap bukan-bukan. " balas si suami cuba memujuk. Air mata dilap lembut. Irfan menghadiahkan senyuman.
"Janji jangan tinggalkan Isya ya? " mata mereka bertembung.
"Yes, my dear. "
Batrisyia mengangkat jari kelingkingnya.
"Cepatlah! " jari kelingking itu disua ke muka Irfan.
"Apa? " Irfan blur.
"Tak pernah dengar pinky promise ke?! "
Irfan menggeleng.
"Ei, merajuklah macam ni! Jangan cakap dengan Isya! " tangan disilangkan. Dia menarik muka.
Irfan tergelak. Aduh, nasiblah dapat bini macam ni.
"Yelah, yelah. Pinky promise? " pujuknya.
"Yay, pinky promise! " Batrisyia memeluk Irfan.
Ding-dong ding-dong
"Eh, ada orang tu pergilah buka pintu. "
Irfan melangkah ke muka pintu.
"Ya? "
"Ni rumah Puan Batrisyia dan Encik Irfan? " tanya si penghantar surat itu.
"Hah, ya saya. Ada surat kami ke? "
Penghantar surat itu menghulurkan sampul coklat pada Irfan lalu beredar dari situ.
Irfan mengerutkan dahinya. Surat apa ni?
"Sayang! Ni ada surat untuk kita! Abang bacakan ea? "
Kepada Batrisyia & Irfan,
Assalamualaikum, hai ni aku Mukhlis. Tujuan aku tulis surat ni adalah untuk meminta maaf pada korang. Aku tahu, banyak salah aku, Daniel dan Azra pada korang dan Aina juga. Aku harap korang dapat maafkan aku dengan yang lain. Daniel sudah pun terima hukumannya. Aku pula terperok dalam penjara ni. Insya Allah, lepas aku keluar nanti... Aku janji aku akan berubah. Aku akan berhijrah ke luar negara.
Yang Benar,
Iman Mukhlis
"Mukh... " pipinya mula dibasahi air mata.
~~~
Selamat sudah, hari perkahwinan Aina dan Hakim. Pasangan ini juga tidak kurang hebatnya dengan tema flower bloomer. Semua orang menggayakan pakaian berkaitan bunga.
Balik dari majlis perkahwinan, Batrisyia terus bergegas ke bilik air. Dia melepaskan segala isi perutnya. Meloyakan yang teramat. Tangan mengusap lehernya lembut.
"Eh, sayang! Okay tak ni?! Nak abang hantar hospital? " tanya Irfan melulu. Sebelum ni, takde pula Batrisyia muntah teruk macam ni... Jangan-jangan...
"Tahniah! Puan dah mengandung 2 bulan! "
Batrisyia terus melompat keriangan. Lantas dia memeluk si suami. Alhamdulillah!
"Er, kenapa sayang excited sangat ni? " tanya Irfan polos.
"Eh, kita nak dapat baby kot! Kenapa tak boleh nak excited! Pergh, ni belum lahir dah benci. Kalau lahir nanti?! "
Irfan tergelak melihat muka Batrisyia yang merah padam.
"Apa gelak-gelak?! Pikir lawak ke?! "
"Aduh, singa betina mana yang terlepas ni? "
Batrisyia terus mencubit lengan Irfan sekuat hatinya. Rasakan! Singa betina kau panggil aku ya!
"Argh, tolong! Singa betina tu baham! " Irfan terus lari.
Doktor perempuan itu hanya menggeleng. Mana ada pasangan suami isteri yang main lari-lari dalam hospital ni?
"Abang... "
"Ya sayang... Kenapa? " tangan Batrisyia dicapai dan digenggam.
"Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. " kata Batrisyia tiba-tiba.
"Kenapa? "
"Sebab abang setia dengan Isya sampai sekarang. Abang banyak berkorban untuk Isya. Abang sanggup lawan sakit abang... " dia mengusap perutnya yang masih kecil itu. Sungguh dia tidak sangka, ada jasad yang bernyawa di dalam perutnya. Perasaan gembira yang tidak terkata!
"Abang pun sama. Terima kasih sayang sebab bertahan dengan abang. Sanggup lalui saat-saat genting bersama abang. Abang sayangkan Isya sangat! "
Batrisyia memeluk tubuh suaminya dengan erat. Tidak pernah dia menjangkakan takdir hidupnya bersama Irfan. Sungguh dia dapat merasakan apa itu cinta dan pengorbanan.
Abang, Isya janji... Sesiapapun abang, Isya tetap sayangkan abang!
- Tamat -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top