Chapter | 9

SETELAH siap mengemas semua barang, Batrisyia membawa semuanya turun ke bawah. Hari ini, hari dia kena pindah dari rumah ni. Doktor Azlan telah mencarikan kondo mewah untuknya. Batrisyia bersyukur kerana kondo itu agak dekat dari rumahnya ini.

Puan Suraya dan Sarah hanya memerhati. Padan muka kau! Rasakan! Masing-masing tergelak melihat Batrisyia mengangkat barang-barangnya seorang diri. Batrisyia memandang serong terhadap mereka berdua. Eii, ingat aku nak sangat ke keluar dari rumah ni! Kalau bukan sebab korang, aku duduk sinilah jaga papa.

Batrisyia pergi mendapatkan papanya. Dia hanya memandang sayu ke arah Doktor Azlan. Kenapa sedih pula nak tinggalkan papa ni?

"Papa, Isya pergi dulu ya. Terima kasih sebab jaga Isya dengan baik. Isya hargai sangat papa. " kata Batrisyia sambil menyalam tangan Doktor Azlan. Dia sudah berjalan ke arah kereta. Wajah Doktor Azlan dipandang sekali lagi. Jangan nangis. Jangan nangis. Jangan nangis.

Akhirnya air mata yang ditahan jatuh jua. Segera dia berlari memeluk Doktor Azlan. Doktor Azlan mengusap belakang badan anaknya. Dia juga tidak merelakan pemergian Batrisyia.

"Bye papa, jangan lupa jenguk Isya! Muah! "

Doktor Azlan hanya mengangguk. Tangannya melambai-lambai ke arah Batrisyia.

Ei, dua beranak ni. Menyampah pula tengok. Duduk asing je kot. Lagak macam ada orang meninggal je. Haish! Ngomel Puan Suraya di dalam hati. Perlahan-lahan kereta yang dipandu Batrisyia hilang dari pandangannya. Okay, bagus. Next plan.

~~~


Aduh, penat gila kemas sorang-sorang. Alamak. Aku lupa nak call Aina yang aku pindah rumah! Dia segera mencapai telefon.

"Hello, Aina? "

"Hah, Bat. Kenapa ni? "

"Wey, aku kena kick dengan mak lampir tu. Boleh tak kau datang sini? "

"Hah, okay nanti aku datang rumah kau! Kejap. "

"Eh, aku dah tak duduk situ. Ni nanti aku send kau alamat baru. "

"Eh? Asal pula? Kenapa ni? "

"Nanti aku cerita. "

Telefon dimatikan. Dia perhatikan sekeliling kondo. Hmm, cantik juga kondo ni. Doktor Azlan seolah-olah tahu warna biru adalah warna kegemarannya. Dengan susunan perabot ala-ala zaman Peralihan Kolonial. Cukup klasik. Cukup mewah. Dia terkesima sebentar.

Sementara menunggu kedatangan Aina, Batrisyia menonton televisyen. Bosan juga duduk sorang-sorang ni. Aduh. Esok nak gi kerja lagi. Dah lah jauh. Nafas dihela berat. Huh.

"You, dengan minta maaf you boleh pergi mati. "

Wah, hensem juga Alif Satar ni. Bila tengok cerita ni, rasa macam nak kahwin dekat tempat salji je. Ya Allah, kalau betul aku kahwin kat situ, aku rasa, aku lah pengantin paling cantik. Hehe.

Ding Dong

Eh, dia dah sampai. Batrisyia segera bangun menuju ke pintu rumah.

"Wey, lawanya kondo ni! Bila kau pindah sini? "

"Tadi. Eh, kau duduk dulu. Aku nak pi buat air sat. "

"Bat, kau layan drama ni? Serius best, cerita ni buat aku rasa nak kahwin dengan stranger! Hahaha! "

"Ah, kau memang berangan nombor satu. Ni hah, aku buatkan kau orange juice special untuk Aina Aulia. Rasalah. "

"Wah, saya rasa special pula! Thanks! Wey, cerita lah aku dengar. "

"Haih, mak lampir tu suruh aku keluar dari rumah. So, terpaksalah... "

"Eh, bapak kau bagi pula? "

"Tu lagi satu. Si mak lampir tu suruh aku cakap kat papa yang aku pindah sebab nak berdikari. Dia cakap jangan beritahu cerita sebenar. Kalau tak, dia nak bunuh papa. "

"Gila sampai bunuh. Kau percaya cakap dia? "

"Setelah apa yang terjadi pada aku, yes. Aku percaya. "

"Kesian kau. Dah-dah, takpe aku ada ni teman kau. Aku nak tidur sinilah malam ni! Boleh tak? "

"Boleh lah, apa tak boleh pula. Lagi bagus, sebab nanti takdelah aku rasa lonely sangat. "

AINA! Woi, bangun! Dah pagi!

Matanya masih terkebil-kebil. Perlahan-lahan dia membuka mata. Eh, aku kat mana ni? Aduh. Aku lupa nak beritahu bonda yang aku tidur sini. Mampus aku.

"Eh, Bat. Kau nak pergi mana? " tanya Aina sambil memandang baju yang dipakai oleh Batrisyia. Awat lawa sangat? Matanya dilirikkan pada jam loceng di atas meja. Baru pukul 5:45 pagi. Awal gila. Tidur baliklah!

"Aku nak pergi kerja lah gila. Ni nanti jangan lupa kuncikan rumah aku, aku pergi dulu. " balas Batrisyia sambil meletakkan kunci rumah di atas meja kecil sebelah katil. Aina hanya mengangguk. Sebenarnya, dia masih mamai tapi biarlah.

"Eh, Bat! Kejap. Aku nak pinjam baju kau boleh? Hehe. "

"Hah, suka hati kau lah. Tengok ada dalam almari tu. Dah lah aku dah lambat ni takut jalan sesak. Harini aku ada date dengan Mr. Bipolar. "

"Comel pula aku dengar kau sebut Mr. Bipolar. Hahaha! Nanti aku datang tempat kau. Lambat sikit ah. "

"Okay, aku tunggu. Dah lah, adios! "

Aina berjalan ke arah almari yang diletakkan. Dibukanya pintu almari. Wah. Banyaknya baju Bat. Lawa-lawa pula tu. Haha. Dia memilih baju gaun labuh berwarna biru laut. Cantik baju ni. Sejak Batrisyia bertudung, dia memang tidak lagi mengenakan gaun-gaun singkat. Haih, Aina. Bilalah kau nak berhijrah macam Bat ni.

Aina turun ke dapur. Lapar pula lepas solat ni. Ya, dia masih belum mandi. Alah, nanti-natilah mandi. Yang penting aku kena makan dulu. Aduh, lupa. Bat baru pindah semalam. Mana ada makanan lagi. Dibukanya satu persatu laci. Ya, memang kosong. Aduh, kebulurlah aku.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Eh, siapa pula call ni.

Mukhlis.

Malas nak jawab.

Deringan telefon kedengaran tidak henti. Tanpa melihat telefon, Aina terus menjawab panggilan itu.

"Kau nak apa lagi?! "

"Aulia! Ni bonda! Mana kamu pergi semalam? Kenapa tak balik lagi ni! "

"Eh, bonda! Sorry, sorry! Aulia ingat siapa tadi. Bonda jangan risau, Aulia ada dekat rumah Bat ni. Nanti petang-petang sikit ke Aulia balik, ya bonda tersayang. "

"Hah, yelah tu. Nanti tak balik juga. Ni ayahanda marah dengan kamu ni. Bonda tak nak bertanggungjawab tau. "

"Alah bonda. Tolonglah anak bonda ya cantik ni. Hehe. "

"Hmm, tengoklah. Nanti apa-apa beritahu bonda ya? Jangan buat bonda risau. "

"Yess boss. Ampun beribu ampun tuanku. Patik janji, Patik takkan buat lagi. "

"Banyaklah hang punya patik. Dah lah. Bonda letak dulu, assalamualaikum. "

"Waalaikumsalam bonda. "

Fuh. Mampus aku. Nasib baik bonda tolong cover.

Eh, banyaknya message! Dari Mukh pula tu. Aduh, nak apa lagi mamat ni.

Aina, kenapa tak angkat aku call?

Aina, kenapa kau macam mengelak dari aku ni?

Aina, please jawab.

Aina...

Ish, Aina tu, Aina ni. Semak tau tak. Ni mesti nak minta tolong aku sebab Bat. Ei, ingat aku takde kerja ke. Benci.

~~~


Batrisyia melangkah masuk pejabatnya. Hmmm, segarnya pagi ni. Kehadiran Aina semalam telah membuatkan dia sedikit tenang untuk menghadapi masalah-masalah yang tak henti-henti timbul. Dia terus mengambil tempat. Ya, pagi ni dia ada sesi kaunseling dengan Irfan Haqiem. Jadi terpaksalah dia tunggu kehadiran irfan.

"Cik Bat ada orang nak masuk jumpa Cik Bat. Dia kata dia kawan Cik Bat. "

"Suruh dia masuk. "

Kedengaran bunyi loceng pada pintu. Irfan ke?

"Hello babe! Mana Mr. Bipolar kau? "

"Eh, Aina. Terkejut aku. Ingatkan siapa tadi. Entahlah. Maybe dia lambat sikit kot. "

"Alah takpe kita borak-borak dulu. Wey tengok baju ni. Cantik do. "

"Haha, ambillah aku dah tak pakai baju macam ni. Ada banyak lagi, nanti kau amik je. "

"Wah, thank you! "

Mereka berdua kembali berborak. Sebenarnya Batrisyia dari tadi tidak senang duduk. Mana Irfan ni? Dia ada masalah ke? Kenapa tak sampai lagi? Jarinya mengetuk meja.

Telefonnya berdering.

Unknown?

"Er, hello? "

"Assalamualaikum ni Cik Bat ke? "

"Waalaikumsalam, ya saya. Puan ni siapa? "

"Cik Bat! Tolong! Irfan! "

Talian dimatikan.

Hah! Kenapa Irfan ni?!

"Aina kemas barang kau. Cepat ikut aku. "

"Eh, kenapa kelam-kabut ni? "

"Irfan... Dia.... "

~~~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top