Chapter | 8
"PAPA, boleh tak kalau Isya nak duduk rumah lain? " tanya Batrisyia takut-takut. Sebenarnya, dia tak sampai hati nak tanya. Dia terpaksa. Isya minta maaf papa.
"Duduk rumah lain? Kenapa pula? Rumah ni tak cukup selesa ya Isya? " jawab Doktor Azlan. Eh, dah kenapa pula Isya nak pindah ni? Macam ada benda yang berlaku je.
"Alah, abang biarlah dia nak duduk rumah lain. Biar dia belajar berdikari sikit. Sampai bila asyik nak manjakan dia je. " sampuk Puan Suraya dengan tiba-tiba. Tangannya disilangkan. Muka selamba ditayangkan.
"Hah, betul tu papa. Isya nak belajar berdikari. Hehe. Apa salahnya kan papa. " kata Batrisyia. Matanya memandang Puan Suraya yang seolah-olah sedang memberi amaran. Haish seram na. Bila dah lama-lama ni, rasa macam dia yang terpaksa tunduk dan patuh pada si mak lampir ni. Apa lagi cara yang dia boleh lakukan? Nak beritahu papa, yakin ke papa nak percaya? Kalau orang dah sayang, semua salah yang dia buat mesti pandang sebelah mata je kan?
Doktor Azlan berfikir seketika. Ini pelik. Kenapa Suraya ni beria-ria sangat nak Isya duduk rumah lain?
"Hmm, okay. Papa setuju tapi... Papa yang akan carikan rumah tu. " kata Doktor Azlan akhirnya.
"Okay, thank you papa! "
Doktor Azlan berlalu meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Puan Suraya hanya memerhatikan langkah suaminya berlalu. Setelah yakin kelibat Doktor Azlan sudah tidak kelihatan, dia mula memandang Batrisyia.
"Bagus, aku suka kau berambus dari rumah ni. Dengar cakap juga kan kau ni? " kata Puan Suraya.
"Isya buat ni sebab terpaksa okay. " balas Batrisyia selamba. Eh, kau fikir aku nak ke ikut cakap kau ni? Ei, memang tak ah. Tak faham betullah dengan mak lampir ni.
"Eh, sedar sikit diri kau tu siapa. Aku ni bini dia tau. Hormat sikit aku ni. " balas Puan Suraya sambil menarik rambut anak tirinya itu. Oh, main kasar ye budak ni. Ikutkan aku, nak je aku bunuh kau sekarang ni! Ish.
"Mummy lepaslah. Sakit tau. Aduh. " pinta Batrisyia sambil cuba menolak tangan Puan Suraya. Eh, dia ni memang suka tarik rambut dengan tudung orang ea? Kejap, dia suruh aku yang sedar diri? Eh, kau lah sedar diri. Menumpang buat cara menumpanglah. Ei, geramnya. Nak cakap lebih, nanti macam-macam pula jadi. Terpaksa dia mendiamkan diri. Tidak berani dia hendak mengadu apa-apa pada Doktor Azlan.
Puan Suraya melepaskan rambut Batrisyia yang sudah kusut masai itu. Ya, dia suka lihat perempuan maki ni terseksa. Hatinya rasa puas. Hahahaha.
Segera dia bangun dan meninggalkan Batrisyia yang masih kesakitan. Langkah diatur menuju ke bilik Sarah.
"Hah, mummy. Macam mana? Okay tak? "
"Yes! Mummy happy sangat. Akhirnya betina tu berambus dari rumah ni. Mummy rasa macam kita yang menang. "
"Hah, yeke! Wow, mummy Sarah bangga dengan mummy! You're the best mummy in the world! Lepasni, Sarah nak ambil hati papa lah. Boleh Sarah kikis duit dia banyak-banyak hahaha. "
"Well, tengok orang lah. Sarah kena buat papa selesa dengan Sarah tau. Buat je apa yang dia suruh. Jangan bantah okay. Buat dia percaya yang Sarah ni anak dia yang terbaik. "
"Okay, mummy! Sarah akan! Hmm, mummy boleh tak kalau... Sarah nak jadi pelakon? Please mummy, please. "
"Pelakon? Mummy tak rasa papa tu setuju. "
"Alah, mummy pujuklah papa. Kawan-kawan Sarah semua dah jadi pelakon. Ada orang yang offer Sarah ni. Takkan Sarah nak tolak. Mummy bayangkan anak mummy ni jadi pelakon terkenal. Hah, amacam? "
"Wah, biar betul ni Sarah? Kalau macam tu, nanti mummy pujuk papa ye, sayang. "
"Thank you mummy! Love you! "
~~~
Aina terkejar-kejar Batrisyia yang sedang berjalan di sekitar taman. Terus dia menyapa Batrisyia.
"Bat. Fuh, penat aku kejar kau ni. Pergi sini tak ajak aku. "
"Oh, aku saja je datang sini. Nak tenangkan fikiran. Serabutlah otak aku. "
"Sebab dorang? "
"Yes, dan kali ni bertambah lagi seorang. "
"Eh? Siapa? "
"Irfan. "
"Irfan? Irfan mana pula ni? Aku tak kenal pun? "
"Dia pesakit aku. Susah do nak handle dia. "
"Dia sakit apa? "
"Bipolar disorder. Bahaya tu. "
"Aku dengar pun seram. Macam mana kau kawal dia? Eh, kalau kau nak rawat dia ke apa ke, aku nak ikut boleh? Nak tengok. Hehe. "
"Suka hati kau lah Aina. Nanti aku roger. "
"Hah, terima kasih. Eh, aku tak datang seorang tau. "
"Habistu? "
Tiba-tiba Mukhlis menyapa mereka sambil membawa ais krim. Terus dia mengambil tempat sebelah Batrisyia. Salah satu ais krim dihulur pada Batrisyia. Batrisyia mengangguk tanda terima kasih.
"Eh, tu bukan ais krim aku ke? Asal kau bagi Bat?! " kata Aina apabila melihat ais krimnya telah dijilat oleh Batrisyia. Eh, bapak lah. Tahulah suka tapi agak-agaklah. Dijeling Mukhlis yang sedang membuka plastik ais krim. Batrisyia rasa bersalah pula tiba-tiba. Sebenarnya dia perasan juga, Mukhlis selalu lebihkan dia berbanding Aina. Kesian Aina.
"Bila masa kau minta ais krim? Aku tak dengar pun. " balas Mukhlis sambil menjilat ais krim. Ya, memang mula-mula dia belikan ais krim itu untuk Aina tapi bila dah sampai sini lain pula jadinya. Dia tersenyum melihat Batrisyia khusyuk makan ais krim pemberiannya. Comelnya kau ni Bat!
"Dah lah aku balik dulu! " kata Aina lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Sakit pula hati bila Mukhlis cakap macam tu. Haih, selama ni banyak kali jugalah dia terasa dengan perbuatan Mukhlis. Kata best friend bertiga. Ni macam berdua je aku tengok. Dia melilau sekeliling taman mencari ketenangan.
"Awak ni, kesian Aina. Dia pun ada perasaan tau. "
"Takpe, nanti lama-lama dia chill lah tu. Bat, awak dah start kerja ke? "
"Dah lama dah pun. Kenapa? "
"Ouh, patutlah dah lama saya tak nampak awak. Busy rupanya. "
"Eh, dia ni. Sorry lah lately ni saya agak busy. Tapi awak boleh spend time dengan Aina sementara awak belum kerja ni. "
"Tak nak ah. Saya tak biasa sangat dengan Aina. Awakkan ada? "
"Awak yang takde usaha nak biasakan. Dahlah. Malas nak layan. "
"Eh Bat. Kejaplah. Kita baru duduk ni. "
"Bye, saya ada hal. "
~~~
Mukhlis. Sampai hati kau. Aina memerhatikan mereka dari jauh. Sakitnya hati, dia kata dia tak biasa dengan aku? Ei, bapak lah. Buang masa je selama ni aku tolong kau jumpa Bat. Perlahan-lahan, air matanya mula mengalir.
Kenapa dia rasa macam bodoh sangat ni. Dia ingat dengan menolong Mukhlis, dia akan dihargai. Tapi, tak pun. Batu kecil digenggam lalu dicampak ke dalam tasik.
Aku benci kau! Benci!
Sebenarnya, dalam diam... Aina sayangkan Mukhlis lebih dari seorang kawan. Tapi. Ini yang dia dapat? Huh, terus tawar hatinya. From now on, aku takkan tolong kau lagi Mukhlis!
Dia duduk memeluk lutut. Otaknya sebal.
"Cik okay? "
Terperanjat Aina dibuatnya. Air mata dilap. Aduh, dia ni. Muka aku dahlah tengah benyai. Dengan hidung merah. Mata merah. Aina tertunduk. Memang tak lah aku nak pandang dia dengan muka macam ni.
Lelaki itu menghulurkan sapu tangan kepada Aina.
"Ambillah. Lap air mata awak tu. "
Aina blur sekejap. Eh siapa dia ni. Aku tak kenal pun. Aina hanya mengangguk. Dia mula mengelap air matanya. Hidungnya terbau wangian lelaki daripada sapu tangan. Wangi.
Dia mendongak seketika. Eh, mana lelaki tu? Matanya melilau sekali lagi. Dia mencari bayang-bayang lelaki tadi. Persoalannya,
Siapa lelaki tu?
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top