Chapter | 7

BATRISYIA sedang duduk di dalam pejabatnya. Fuh. Tertekan betul. Dengan pesakit. Dengan Puan Suraya. Dengan Sarah. Cermin mata ditanggal. Tangannya ligat memicit kepalanya yang semakin sakit. Aduh. Kalau aku duduk rumah lain, siapa nak jaga papa nanti?

Aku tak kira, aku nak kau keluar juga dari rumah ni. Pandai-pandailah kau fikir alasan apa nak bagi nanti.

Kata-kata Puan Suraya masih tengiang-ngiang dalam kepalanya. Aduh. Apa aku nak buat ni. Kesian papa. Nafasnya dihela perlahan.

Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi loceng di pintu pejabatnya. Aik, siapa pula yang datang ni? Kerusinya dipusingkan ke belakang. Dia kembali memakai cermin mata untuk melihat individu yang masuk. Selalunya kalau ada pesakit yang nak masuk, pembantunya akan beritahu terlebih dahulu melalui interkom.

Eh, siapa lelaki ni?

Lelaki itu terus mengambil tempat di kerusi malas sebelah Batrisyia. Lelaki itu sempat memandang anak mata Batrisyia. Hmm, betullah dia ni. Penat dia curi-curi masuk dalam bilik ni. Tak sia-sia nampaknya.

"Er, encik ni pesakit saya ke? Kenapa pembantu saya tak beritahu saya ni? " kata Batrisyia dengan ketakutan. Wey, siapa dia ni? Seram je. Dah lah asyik pandang aku. Beri salam tidak, terus duduk sebelah aku. Nak apa ni? Batrisyia kembali menilik wajah lelaki itu. Kejap, bila tengok balik... Asal macam pernah nampak tapi kat mana...

Hah! Dia ni yang nak bunuh papa! Ya Allah! Dia nak apa datang sini! Ya Allah lindungilah aku.

"Panggil aku Irfan. Aku datang sebab aku nak minta maaf. Mesti sakit kan badan kau tu? " kata Irfan tanpa perasaan. Dia kelihatan cukup selamba. Matanya melirik ke meja Batrisyia. Oh, pakar psikologi klinikal? Menarik.

What?! Dia boleh tanya sakit ke tak? Eh, dia ni pernah makan penampar tak? Hah, kena tampar sakit tak? Eii.

"Awak ni pernah kena tampar tak? Tanya soalan yang awak sendiri tahu jawapannya. " balas Batrisyia dengan nada menyindir. Eh, kejap. Macam mana pula dia boleh tahu tempat aku ni.

"Aku nak kau rawat aku. Sampai aku sembuh. Boleh? " soal Irfan secara tiba-tiba. Sindiran Batrisyia tadi dibiarkan begitu sahaja. Dia tak tahu kenapa dia rasa semangat melihat Batrisyia yang sedang tersenyum.
Dia bukan gesah nak pulih pun sebenarnya.

Berkerut dahi Batrisyia dibuatnya. Hah? Dia nak aku rawat dia? Apa benda ni? Sakit apa pula mamat ni? Eh, lupa pula yang Irfan ni salah seorang pesakit papa yang degil, tak nak dengar cakap, tak nak kena kaunseling. Tapi, asal beria-ria pula sekarang ni? Dengan aku pula tu. Pelik. Fuh, Batrisyia. Remember your impian, nak bantu orang yang sakit.

Batrisyia terlebih dahulu memberitahu prosedur-prosedur yang bakal dijalani oleh Irfan. Irfan hanya berdiam. Angguk tak geleng pun tak. Batrisyia memandang Irfan pelik. Dia ni nak buat ke tak ni? Dah lah asyik termenung je.

Batrisyia meminta diri sebentar. Dia perlu mengambil fail peribadi Irfan di pejabat papanya. Irfan hanya mengangguk. Pintu bilik Doktor Azlan diketuk.

Tok Tok Tok

Masuk!

Doktor Azlan memandang Batrisyia. Isya? Ada masalah ke?

"Papa, where is Irfan's personal file? "

"Isya nak buat apa dengan fail tu? "

"Oh, macam ni. Tadi Irfan datang tempat Isya and dia kata dia nak Isya yang rawat dia. Sebab tu Isya minta papa fail dia. "

"Eh, dia yang nak Isya rawat dia? Biar betul ni? Selama ni papa nak jumpa dia pun susah, tak nak keluar bilik. Ni, senang-senang dia datang tempat kamu. Pelik. "

"Itulah, Isya pun pelik tapi takpe papa, I can handle this. So, boleh tak kalau papa cerita sedikit apa masalah yang Irfan hadapi? "

"Okay, Isya kena take noted apa yang papa nak cakap okay. Irfan Haqiem, 29, seorang lelaki yang menghidapi gangguan bipolar disorder. Bipolar disorder ni terbahagi kepada dua. Satu hypomania atau mania iaitu memiliki mood yang sangat bahagia. Manakala yang kedua, depression iaitu memiliki mood yang sangat sedih. Apa yang papa nampak pada Irfan ni, dia hanya mengalami gangguan depression. Tapi, potensi untuk dia kena kedua-dua mood itu sekali gus sangat tinggi. "

"Depression? Papa tahu kenapa dia mengalami gangguan mood yang sangat sedih? "

"Tu, papa tak tahu lagi. Isya kena kaunseling dia perlahan-lahan. Buat dia beritahu apa-apa yang mungkin dia sangat takutkan atau sedih. Jangan buat dia stress, kalau tak mood tu akan datang dan semua tindakannya berada di luar kawalan dan dia tak sedar pun. So, be careful dear. Anything, let me know okay "

"Oh, okay papa. Insya Allah, Isya cuba ya? "

Selepas siap mencatat, Batrisyia terus bangkit dari sofa lalu bergerak ke pejabatnya. Wow. Gangguan bipolar disorder? Jarang orang kena penyakit ni. Biasanya manusia lain hanya mengalami tekanan atau fobia. Wah, ni pengalaman pertama aku handle kes ni. Insya Allah, aku akan buat sebaiknya. Aku akan banggakan papa!

Mana sial perempuan ni. Lama betul tinggalkan aku. Jarinya bermain di sekitar meja.

"Irfan, sorry buat awak tunggu lama. Okay, saya nak tanya awak. "

"Takpe. Tanyalah. "

"Bila awak mula rasa takut atau sedih? "

"Dari aku kecil lagi. "

"Oh, okay. Bila awak rasa macam ada 'benda' ganggu awak? "

"Tahun lepas. "

"Kalau awak rasa awak nak share apa-apa dekat saya, saya tak gesah. Saya akan tolong awak. "

"Apa je kau boleh buat. "

Eh, dia ni. Tadi beria nak aku tolong sembuhkan dia. Bila aku tanya kau jawab macam tu pula? Haih, sabar Isya. Kau kena banyak bersabar. Tarik nafas, lepas. Fuh.

"Takpe, take your time. Kalau dah bersedia, awak ceritalah. "

Irfan hanya termenung. Annoying pula perempuan ni. Tapi asal aku yang beria sangat nak dia yang rawat aku ni?

Hey, bodoh. Kau takkan sembuh punya. Percayalah cakap aku. Aku akan terus ganggu kau sampai kau mati!

Diam! Diam! Irfan menutup telinganya. Air matanya mengalir. Jantungnya berdegup laju. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa hitam itu. Ibu. Jangan. Pukul. Irfan.

Batrisyia terkejut melihat Irfan yang mula mengganas. Aduh. Aku banyak sangat tanya ke ni? Interkom ditekan. Tolong! Kecemasan!

Irfan menarik kasar rambutnya. Tolong. Jangan. Pukul. Aku. Matanya melilau sekeliling pejabat itu. Dia berlari ke arah meja kaca yang kecil. Dia mengangkat meja itu lalu dibalingnya sekuat hati.

Prank!

Hah! Papa!

Pintu bilik ditolak kuat. Terdapat dua orang pembantu lelaki bersama Doktor Azlan. Pembantu itu cuba mendekati Irfan.

Otak Irfan serabut. Apa ni? Segera dia membaling serpihan-serpihan kaca pada pembantu Doktor Azlan itu.

Pergi! Pergi! Jangan pukul aku! Pergi! Aku tak nak mati macam kau!

Mereka cuba sedaya upaya untuk menahan Irfan daripada berbuat demikian. Kekuatan Irfan seperti luar biasa.

Lepas! Lepaskan aku gila!

Doktor Azlan segera berlari mendapatkan Irfan yang sedang dikawal oleh dua pembantunya. Lantas dia mencucuk ubat penenang pada Irfan.

Lepas... Lepas...

Suara Irfan semakin lemah. Bam. Akhirnya dia jatuh menyembah bumi. Batrisyia yang masih ketakutan hanya memerhati dari jauh. Irfan segera dipindahkan ke tempat lain. Dia diletakkan ke dalam bilik sakit.

Batrisyia merenung ke arah Irfan yang masih terkaku baring. Masih teringat apa yang Irfan lakukan tadi.

Irfan... Awak kenapa?

~~~


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top