Chapter | 6
AZRA mengetuk pintu kelas 5 Amanah. Lantas dia memanggil nama Irfan. Irfan kelihatan agak teruja dan terus keluar menemui Azra.
"Hmm, Irfan. Nanti lepas habis SPM kita dah tak jumpa lagi. Saya harap awak tak lupakan saya. Tak lupakan kita. " kata Azra dengan nada yang sayu. Ya, mereka telah lama bercinta. Irfan hanya berdiam. Hatinya sebak tiba-tiba. Kenapa dengan dia ni?
"Azra, awak jangan risau. Saya akan pastikan awak jadi isteri saya selepas kita habis SPM okay? Saya janji! " balas Irfan dengan nada yakin. Ya, dia benar-benar mencintai perempuan itu. Dia tekad. Lepas SPM nak cari kerja. Kumpul duit untuk mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan pertunangan.
Azra tersenyum tawar. Dia menghulurkan sebuah kotak kepada Irfan. Dahinya berkerut. Kotak apa ni?
"Kalau awak rindu saya, awak boleh buka kotak ni. Saya minta maaf. Ibu bapa saya tak suka dengan hubungan kita. Saya, saya pergi dulu. " kata Azra lalu berlari menjauhi Irfan. Maafkan saya, Irfan. Saya terpaksa buat semua ni. Tapi saya nak awak tahu saya sangat sayang awak. Insya Allah, nanti saya cari awak.
Azra...
Lamunannya terhenti. Shit. Perempuan ni tinggalkan aku. Aku benci kau Azra. Ya, sudah lama dia tidak mendengar khabar Azra. Tah hidup ke dah mampus perempuan hanat itu. Selepas mereka menamatkan zaman persekolahan, Azra dikhabarkan telah menyambung pelajarannya di luar negara. Argh, mampus dialah! Otaknya serabut balik. Terasa bodoh pula tiba-tiba. Haish. Kotak itu dibaling ke dalam tong sampah. Kau dengan sayang kau, boleh pergi mati!
Kesian kau, semua orang yang kau sayang dah takde. Mula-mula bapak kau, lepastu mak kau, lepastu kekasih kau dan lepasni makcik, pakcik kau. Hahahahaha.
Diam bodoh! Aku tak nak dengar. Pergi bodoh!
Irfan menutup telinganya. Suara itu kerap mengganggunya. Sial betul. Aku benci semua orang! Semua orang tak sayang aku! Aku takkan percaya lagi pada kata 'sayang'. Tak akan!
~~~
Pagi itu, Batrisyia kelihatan semangat. Siapa je tak happy bila kau berjaya pulihkan orang yang sakit? Yes! Papa mesti bangga dengan aku! Langkahnya terhenti tatkala melihat papanya seperti sedang berbual dengan Sarah. Batrisyia memilih untuk menjadi pemerhati sahaja.
"Papa, if you don't mind, Sarah nak minta duit poket sedikit. Hari ini Sarah dengan kawan Sarah nak pergi shopping sekejap. " kata Sarah sambil menyelet jem strawberry pada roti. Mukanya cukup selamba tanpa rasa bersalah.
"Sarah ni, papa tengok kamu asyik keluar saja dengan kawan-kawan. Sarah taknak kerja ke? " tanya Doktor Azlan. Tersentak Sarah dibuatnya. Kerja? Pfft. Memang tak ah.
Kalau orang tua ni boleh bagi duit dekat Kak Isya, kenapa dekat aku tak boleh? Dengan anak sendiri pun nak kedekut ke? Dasar orang tua tak guna. Sarah cemburu apabila Doktor Azlan hanya memberi perhatian kepada Batrisyia. This is not fair! Pertanyaan Doktor Azlan tadi, hanya dibalas dengan jelingan.
Batrisyia hanya menggeleng setelah mendengar kata-kata adik tirinya itu. Ya Allah, Sarah! Apa nak jadi dengan kau ni? Kenapa sampai nak biadap dengan papa? Tak reti hormat ke?
Selepas mendapatkan wang, dari papa kesayangannya, Sarah terus keluar dari rumah tanpa ucapan terima kasih. Keretanya dipandu menuju ke Paradigm Mall. Bosan betul duduk rumah. Nak hadap papa, Kak Isya, sumpah buat sakit hati je. Baik aku keluar melepak je. Boleh juga nak release tension bukan?
Setelah sampai, dia segera mencari kelibat rakannya, Thalia. Mana pula perempuan ni. Ish, kata nak jumpa depan Starbuck ni. Matanya tiba-tiba merenung tepat pada seseorang yang sedang duduk di meja hadapannya. Mukhlis?! Wah, nampaknya dia macam sorang je. Aku boleh masuk line ni, hehehe.
"Hye, Mukhlis kan? I, Sarah. Boleh I duduk sini? " sapa Sarah dengan nada gedik sambil menarik kerusi di hadapan Mukhlis. Wah, akhirnya dia dapat juga bertemu dengan Mukhlis, jejaka pujaan hatinya itu.
Mukhlis menjongketkan keningnya. Siapa pula perempuan depan aku ni? Tiba-tiba je duduk? Macam mana dia tahu nama aku ni?
"Er, sorry but how did you know my name? Setahu I, I tak pernah jumpa or kenal you. " tanya Mukhlis sambil menghirup air mocha panasnya. Sarah kelihatan seperti orang bodoh. What?! Dia tak kenal aku? Biadap gila! Ish, bencinya!
"I adik tiri Bat. Boleh tak kalau hari ni, you temankan I shopping? Sebab I dah tunggu kawan I tak sampai-sampai. If you don't mind? " kata Sarah dengan nada sayu. Sengaja nak tarik perhatian Mukhlis. Wah, tak sangka Mukhlis jauh lebih hensem bila jumpa depan-depan! Selama ini dia hanya memerhatikan Mukhlis dari jauh sahaja.
"Ouh, boleh. I pun tengah sorang ni. " balas Mukhlis dengan senyuman. Yes, ini peluang aku untuk korek cerita tentang Batrisyia. Pelik juga dia, Batrisyia tak pernah cerita pun yang dia ada adik tiri?
Yeay! Step first check. Otaknya sedang bergerak laju memikirkan step-step seterusnya. Hmm, Iman Mukhlis? Bibirnya mula mengukirkan senyuman.
Fuh. Penat gila. Perempuan ni robot ke apa. Tak reti penat ke? Sudah berpuluh kedai dia masuk. Habis semua barang yang dibeli dia yang kena angkut. Apa dia ingat aku ni pengawal peribadi dia ke? Haish, terpaksalah dia bersabar. Ikutkan hati, nak je dia tinggalkan perempuan tu kat sini. Kakinya mula lenguh.
"Er, Sarah I think... I should go. I dah lambat sebenarnya ni. Sorry. " kata Mukhlis sambil menghulurkan semua beg-beg kertas milik Sarah. Pergh, memang tak ah dia tahan dengan perempuan macam ni. Haish, seram na.
"What?! Takkan you nak tinggalkan I sorang-sorang angkat semua beg-beg kertas ni? You ni tak gentleman langsung! Boyfriend orang lain semua tolong girlfriend dia angkat barang tau. " balas Sarah dengan nada merajuk. Dia nak suruh Aku angkat semua ni? Memang tak ah! Ni Sarah okay! Apa kelas dia yang kena angkat semua ni?
Mukhlis memandang mata sayu Sarah. Kesian pula dibuatnya. Eh, kejap! Tadi dia mention boyfriend? EH, kepala otak dia. Aku bukan boyfriend kau, gila! Ya Allah, kenapa perasan sangat ni! Kali ni dia memang tekad. Dia akan lari juga.
"You know what Sarah? Seriously I've to go. Hope tak jumpa you lagi. See ya. " kata Mukhlis lalu berlari ke arah lif dan meninggalkan Sarah sendirian. Sumpah ni first and last dia keluar dengan perempuan macam ni. Fobia pula dibuatnya. Lantak pi lah depa nak marah ke apa ke, janji aku tak kena angkat semua beg-beg kertas tu.
Kurang ajar! Mukhlis! Sampai hati kau! How dare you, treat me like shit! Eii! Tengoklah aku akan balas dendam! Aku akan buat kau merangkak depan aku! Just wait and see! This is hell!
~~~
Tok Tok Tok
Kedengaran bunyi ketukan dari luar biliknya. Aduh, siapa pula yang ketuk pintu macam nak roboh tengah malam ni. Dengan mamai, Batrisyia bangun menuju ke pintu. Pintu dikuak perlahan.
Sarah.
"Nak apa? Cepatlah akak ngantuk ni. " tanya Batrisyia sambil menguap. Ya, serius dia ngantuk gila. Haih, apa lagilah yang Sarah tak puas hati ni.
"Hey, Kak Isya dengar sini baik-baik. Kak Isya tolong, jangan jumpa Mukhlis lagi! Mukhlis is mine! And for your information, we're having a date tadi. So, conclusion dia, hanya Sarah yang layak untuk Mukhlis! " kata Sarah dengan nada berbaur amaran. Ya, dia memang takkan puas hati selagi Batrisyia tak stop jumpa Mukhlis. Ni Sarah lah. Sarah akan dapat, apa yang dia nak!
"Oh ye? Dah habis? Hah dah, akak tidur dulu. Ouh, by the way go on dreaming about Mukhlis. It will not be kenyataan okay, dear. " balas Batrisyia dengan nada selamba. Stop it lah Sarah. Kau punya angan-angan tu memang wow. Memang salute lah tahap ketinggian dia.
Sarah mengepal penumbuk di tangan. Geram gila! Oh, kau. Sarah segera menolak Batrisyia sehingga terhantuk pada bucu meja. Ambil kau! Rasakan!
Auch! Tangannya terus meraba-raba dahinya. Hah! Darah! Ish, main kasar perempuan ni! Tak boleh jadi ni! Batrisyia segera bangkit dari jatuhannya. Baru sahaja dia hendak membalas, Sarah berkata lagi.
"Sekali akak sentuh Sarah, Sarah takkan teragak-agak untuk 'sentuh' bapak kesayangan akak tu. Faham? Dan jangan mengadu benda ni dekat papa. Kalau tak nahas dia nanti. " kata Sarah sambil menyilangkan tangannya. Nadanya juga berbaur ugutan. Well, kau fikir aku takut ke dengan kau? Sorry, but this is Puteri Sarah. Salah orang kau nak cari pasal ni.
Tergamam dibuatnya. Batrisyia memandang Sarah yang sedang melemparkan senyuman sinis kepadanya. Kenapa dia rasa seram ni? Kenapa dia rasa lemah tiba-tiba? Kenapa dia rasa kalah sekali lagi?
"Sarah nak buat apa? "
"Well just look and see loser. "
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top