Chapter | 40
"Aku nak kau tolong aku. " kata Azra kepada beruang itu.
"Kau nak aku tolong macam mana? " balas beruang itu.
Sebenarnya, itu bukan beruang biasa. Tetapi alat berhubung antaranya dengan Daniel. Tak semestinya jadi orang gila tak bijak okay.
"Okay, macam ni. Kau bantu aku lepaskan diri dari tempat pelik ni. Aku bosan tahu tak?! Semua orang kat sini sudah tidak waras. "
"Eh, kau pun apa kurangnya. Tak waras juga bukan? " Daniel tergelak. Sengaja dia ingin menyakat si Azra.
"Aku tak gilalah bodoh! Lepaskan aku dari sini! "
Beruang itu senyap.
"Oi, bodoh! Kau dengar tak?! " digoncangnya beruang itu. Mana pula Daniel ni pergi!
"Er, cik. Sekarang masa untuk cik tidur. Kalau cik tak tidur, saya ambil patung ni? " kata seorang pekerja wanita. Dia memandang ke arah Azra. Azra hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengendahkan kata-kata pekerja itu. Dia terus menjerit nama Daniel berulang kali. Dia perlu cari jalan keluar dengan segera.
"Cik, kan saya kata- "
Buk!
"Azra, jom kita keluar dari sini! " tangan Azra ditarik. Mereka pantas berlari meninggalkan kawasan itu.
Beberapa guard cuba mengejar mereka berdua. Namun Daniel lebih pantas untuk menyorok di sebalik dinding restoran.
"Kau diam. Jangan bergerak. " kini tangannya melekap pada mulut Azra.
"Hello, doktor. Saya rasa mereka dah berjaya melarikan diri. Kami tidak dapat mengesan pesakit. " kata salah seorang guard itu. Raut wajahnya agak cemas dan lelah. Barangkali penat mengejar Daniel dan Azra.
"Thanks Daniel sebab tolong aku lari. " Azra tersenyum puas. Otaknya sedang memikirkan rancangan seterusnya. Apa yang perlu dia lakukan untuk membalas dendam?
Sampai saja di rumah Daniel, Azra terus menukar bajunya. Memang taklah nak pakai baju orang gila tu!
"So, apa rancangan kau lepas ni? Kau still nak balas dendam dengan Irfan dan Bat? " provok Daniel. Macamlah dia tidak kenal dengan wanita di hadapannya itu. Sat, selagi tu dia takkan berhenti.
"If yes, are you with me? "
"No, aku nak stop buat benda-benda ni. Aku dah tak nak terjebak dengan all these bullshit things ni. Disebabkan ni, aku hilang Aulia. Dia dah anggap aku ni jahat. " dua mug air coklat panas dihidang atas meja kopi. Ya, dia sudah malas hendak masuk campur dengan semua perkara. Cukuplah kali terakhir dia berkhidmat dengan melarikan Azra dari hospital itu.
"Well, if you said so... It's okay, never mind. I'll do it myself. "
"Azra aku bukan taknak tolong tapi- "
"Kau diam. Aku nak keluar dari sini! " Azra segera bangkit. Buat apa dia tinggal di situ lagi.
"Eh, eh kau nak pergi mana ni! Duduk sini sampai kau dah okay! Jangan pergi mana-mana! " sebenarnya, dia masih ada lagi rasa simpati terhadap Azra. Yelah, siapa saja yang sanggup melihat kawan rapat jadi macam tu bukan?
Azra tersenyum.
"So, kau nak tolong aku lah ni? " Azra cuba masuk jarum.
"Haih, yelah! Aku tolong! "
~~~
"You takkan dapat lari daripada I Irfan! Mana janji you dulu?! Mana?! " pisau tajam itu Makin didekatkan ke leher Batrisyia yang masih elok berbalut tudung.
Batrisyia semakin takut. Mukanya mula merinik peluh. Adakah ini pengakhirannya?
"Azra, I... Okay, I janji kalau you lepaskan Bat, I akan ikut you. Wherever you are! "
"Betul ni? " Azra mula lalai.
"Ya, betul. Sini, pulangkan balik Bat. " Irfan mula berhati-hati. Bukan senang untuk deal dengan orang macam ni.
"Sekarang! "
"Kau ingat aku akan tertipu?! Never! "
Tsuk!
Bang!
Tidak!!!!
~~~
"Sarah, bila aku dah kahwin nanti... Aku nak kau tunaikan hasrat aku boleh? "
"Uish, boleh. Apa dia? " Sarah kelihatan teruja.
"Jap nak keluarkan list. " Batrisyia segera mengambil list yang dimaksudkan dalam beg tangannya.
"Amboih, berlist ya? " Sarah sudah bercekak pinggang. Banyak sangat ke hasrat dia ni?
"Takde lah tipu je. Sebenarnya, aku nak sangat tengok mummy dengan papa berbaik semula. Okay, at least sebelum aku matilah. " suara Batrisyia mula kendur. Dia teringat bait-bait papa dengan mummy semasa mereka baru kahwin. Bahagia. Terlalu bahagia.
"Eh, apa cakap macam tu pula. Kak Isya ni dah nak kahwin cakap pasal mati pula. " Sarah menggoncang tubuh Batrisyia.
"Taklah, in case kalau ada apa-apa jadi. " -
"Doctor just do anything to save her! " dia mula mundar mandir di luar emergency room. Air matanya mula mengalir. Kenapa? Kenapa benda ni berlaku pada hari bahagianya?
After a while...
"Siapa keluarga Puan Suraya? " tanya doktor itu.
"We! How is she? " Doktor Azlan muka merapati doktor itu.
"I'm sorry, we've tried our best. "
Serta-merta Doktor Azlan terduduk di lantai. Jantungnya bagai terhenti berdegup. Air matanya kini mengalir dengan lebih deras.
Kenapa?!
"Pa, Irfan nak pergi check Bat kejap dalam wad ya? Nanti, Irfan beritahu dia. "
Tubuh Batrisyia masih diam tidak berkutik. Dia masih belum sedarkan diri. Apa yang berlaku waktu itu?
Azra cuba untuk menikam Batrisyia dari belakang, tetapi Puan Suraya lebih pantas bertindak dengan berdiri di belakang Batrisyia.
Bunyi tembakan yang kuat menyebabkan semua orang tertanya, siapa yang ditembak?
It's Azra. Daniel tembak Azra.
"Sorry Azra, I rather to see you die than to see they send you back to the mental ward. " -
"Irfan... "
Matanya mula mengerdip. Silau. Dia melihat sekeliling. Ramainya orang.
"Wey! Syukurlah kau selamat! Aku risau gila dekat kau tahu! " Aina memeluk erat bahu Batrisyia.
Batrisyia tergelak. Sebenarnya ada rasa pening sikit tapi takpelah.
"Where's mummy? " soalan itu ditanya selepas siap menilik muka semua orang. Takkan mummy merajuk dengan aku pula?
Semua orang hanya menunduk ke bawah. Aik, kenapa mereka mendiamkan diri?
"Honey, don't you remember about the case? " Irfan mula bertanya kepada isteri kesayangannya itu.
"What case? "
Semua orang terdiam kembali. Takkan Batrisyia tak ingat kot?
"Sarah, go get a doctor. Now! " Doktor Azlan menyuruh Sarah. -
"Baiklah, dia macam ni... Batrisyia Airiz, she had a short term memory lost. Mungkin kerana dia terlampau takut atau phobia dengan perkara yang lepas. " terang doktor itu.
"So, dia takkan ingat apa yang berlaku? " Doktor Azlan bertanya kembali. Risau. Takut kesihatan anaknya merosot.
"It's depends on her. " -
"Cepatlah! Beritahu Isya mana mummy?! "
"Actually, during your coma... She's... She's... " Irfan masih ragu-ragu. Patutkah dia memberitahu Batrisyia tentang itu?
"She's what! Tell me Irfan! "
"She is dead. Tusukan pisau itu terlalu dalam. I'm sorry. "
Kolam matanya serta-merta pecah. No, impossible. Macam semalam baru dia rasa masakan Puan Suraya untuk dirinya.
"Berapa lama Isya koma? " air mata dikesat. Dia benar-benar mahu melihat jasad mummy buat kali terakhir.
"Er... It's already 2 months. "
"Tidak! Tipu! Semua orang tipu! Mana mummy?! Kenapa dia tinggalkan Isya?! Argh!!!! "
"Tenang, Isya tenang. "
Batrisyia mula memberontak. Dicabutnya jarum yang terlekat di tangan. Keadaannya masih lemah tapi dia tetap mahu melihat Puan Suraya. -
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top