Chapter | 39
Ekor mata Hakim membuatkan Batrisyia beredar dari situ. Sempat dia membisik good luck pada Aina. Manakala Aina pula masih terpaku di hadapan meja.
Gulp.
Aroma wangian Hakim kian mendebarkannya. Kenapa aku rasa macam ni?
"Jom! "
Jom? Jom apa ni? Tangannya ditarik laju oleh Hakim. Matanya ditutup dengan penutup kain.
"Ni, nak pergi mana ni? Asal gelap? " Aina meraba-raba hadapannya. Kosong. Tangannya ke belakang. Masih kosong. Keningnya bertaut. Kenapa senyap? Takde orang ke? Mana Hakim ni?
Penutup mata tiba-tiba ditanggalkan. Matanya masih kabur. Eh, dekat kabin? Dia melihat sekeliling. Tiada siapa.
"Hakim? Janganlah main-main! Saya dekat mana ni?! " Aina mula mengambil langkah mencari jalan keluar.
Tap tap tap
Bunyi apa tu?
Tap tap tap
Argh! Siapa kau! Aina memejamkan matanya serapat yang mungkin.
Terasa sentuhan lembut memegang tangannya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kostum beruang?
Beruang itu melambai ke arahnya. Aina tergelak. Comelnya beruang putih ini. Beruang itu menghulur sesuatu padanya. Aina mengambil.
A card?
Roses are red,
Violets are blue,
Out of millions woman,
I still choose you ♡
Tiba-tiba lagu Love You 3000 nyanyian Stephanie dimainkan. Serta-merta dia toleh kembali pada beruang putih itu. Dia cuba membuka kepala beruang itu.
"Hakim? Ape ni- "
"Dah lama saya tunggu awak. "
~~~
Puan Suraya menarik nafas panjang. Ternyata Doktor Azlan benar-benar membenci dirinya. Matanya masih memandang tubuh tegap suaminya yang sedang berbaring membelakanginya.
"Abang, saya tahu selama ni saya banyak buat salah pada abang, pada Isya. Saya sedar, saya bukan isteri yang baik untuk abang. " tangan pantas bergerak untuk menyentuh bahu suaminya. Belum sempat berbuat demikian, Doktor Azlan segera bangkit dari baringannya.
"Eh, abang nak pergi mana ni? " tanyanya pelik.
"Aku nak tidur tempat lain. Kalau tidur sebelah pembunuh, nanti aku tak sempat nak lihat Isya naik pelamin. " balas Doktor Azlan dengan nada sinis. Puan Suraya terdiam. Bibirnya terkunci rapat. Matanya hanya mampu menghantar susuk tubuh suaminya ke pintu bilik. Pintu dihempas kuat.
Kolam matanya pecah serta-merta. Bahunya mula terhincut-hincut. Dia mengesat kasar air matanya.
"Su akan buktikan pada abang yang Su dah berubah. Su janji! "
Malam itu Puan Suraya tidur bersulamkan air mata kesedihannya. -
Baju pengantin bersulam biru cair itu disarung. Tudung shawl biru langit dililit. Senyuman manis dititip. Terasa cantik seketika.
Tok Tok Tok
"Masuklah."
Puan Suraya membuka pintu.
"Eh, mummy Su. Isya ingat siapa tadi. " Batrisyia segera bangun Dan bersalaman dengan Puan Suraya.
"Ni hah, mummy bawakan sarapan untuk Isya. Nanti takut Isya lapar. " dulang di letak atas almari mini. Batrisyia tersenyum. Setelah sekian lama tidak mendapat kasih Sayang seorang ibu, akhirnya...
"Eh, susah-susah je mummy Su ni. By the way, thanks. Er, papa mana? " tanya Batrisyia hairan. Biasanya papa akan menjenguk dirinya terlebih dahulu. Ni tiada pula.
"Er, dia ada. Mungkin dekat bawah. " senyuman kambing cuba dititipkan. Namun, pantas sekali Batrisyia menangkap maksudnya.
"Mummy, mummy gaduh dengan papa ke? " tanya Batrisyia lembut sambil mengusap bahu Puan Suraya.
"Mana ada, mummy dengan papa okay saja. Eh, cepatlah bersiap. Karang pengantin lelaki datang, Isya tak siap lagi. "
"Alah mummy ni... Kejap lah. Isya tak siap make up lagi ni. Sarah mana? Boleh tak kalau dia yang tolong Isya? " barang make upnya sudah lama terhidang di atas meja, menanti kehadiran Sarah.
"Alolo, nak suruh Sarah make up kanlah ni. Kejap mummy panggil dia ya? " Batrisyia mengangguk tanda setuju. Puan Suraya segera keluar dari bilik.
Sarah terkejut dengan kehadiran Puan Suraya di sebelahnya.
"Ya mummy? Ada apa-apa ke?"
Puan Suraya Hanya menyuakan bibirnya pada pintu bilik Batrisyia. Sarah masih tidak faham. Kenapa mummy ni? Kepala yang tidak gatal digaru.
"Isya nak jumpa. "
"Hah?! Mummy ni biar betul?! Tak nak lah! Sarah takut. " kepalanya terus digeleng.
"Pergilah. Dia nak mintak bantuan dari Sarah. " Puan Suraya menolak badan anaknya masuk ke dalam bilik.
Sarah terpaku seketika. Aduh mummy ni. Apa aku nak buat?! Bibir diketap. Dia masih berdiri menghadap pintu. Takut nak toleh belakang.
"Sarah? "
Perlahan-lahan Sarah pusing ke belakang. Cantiknya. Itu saja yang terdetik di hatinya apabila melihat Batrisyia.
"Kak Isya nak mintak tolong apa? "
"Oh, ni pakaikan aku make up boleh? Kau kan pernah jadi artis. Hehe. " guraunya.
"Boleh, boleh. Sini. "
Selang beberapa minit, akhirnya muka Batrisyia siap disolek. Batrisyia tersenyum melihat solekan cantik dari Sarah. Tak sangka Sarah berbakat.
"Thanks Sarah. "
"Alah, sikit saja ni. " barang solek di kemas. Dia juga perlu bersiap, majlis itu akan bermula beberapa jam lagi.
"Sarah, kau rasa betul ke apa yang aku buat ni? " tanya Batrisyia tiba-tiba.
Kening Sarah bertaut.
"Buat apa kak Isya? "
"Berkahwin. Berkahwin dengan orang sakit. " matanya memandang ke bawah. Jiwanya terusik seketika. Dari dulu sebenarnya dia berfikir tentang ini. Mampukah dia hidup bersama Irfan? Mampukah Irfan sembuh? Terlalu banyak soalan yang tidak terjawab.
Sarah tersenyum. Dia sudah agak.
"Kak Isya, Sarah ada terbaca satu buku ni. Allah sememangnya telah menetapkan jodoh kita sejak dulu lagi. Kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa berusaha jadi insan yang baik dan beriman di sisi-Nya. Jadi, Kak Isya tak perlu risau dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan sebaliknya, Kak Isya perlu redha dan berusaha perbaiki kesilapan. Mungkin dia adalah lelaki yang diutuskan oleh Allah kepada kakak untuk melengkapi kekurangan kakak. Semua manusia di muka bumi ini tidak sempurna, sebab itu Allah utuskan kita supaya bernikah. Dengan cara ini, kita dapat melengkapi antara satu sama lain. " Sarah menerangkan jawapannya panjang lebar.
Sesungguhnya, selepas kejadian itu, dia benar-benar telah bertaubat. Sarah juga menghadiri kelas agama.
"Sarah aku- "
Batrisyia mengulumkan senyuman.
~~~
Irfan memegang songkok. Dia tertanya sendirian. Adakah ini kali terakhir? Atau sebaliknya?
Hari ini hari istimewa buatnya. Dia tersenyum. Setelah sekian lama dia mengenali Batrisyia, hidupnya kini lebih bersinar. Segala pancaroba yang berlaku, diharungi bersama.
Otaknya memutarkan kembali memori-memori lalu.
"Salahkah saya kahwin dengan awak? Bagi saya awak tak gila, tapi awak istimewa. "
Perlahan-lahan senyuman diukir.
Wah, ada orang kahwin dua kali lah.
Apa yang kau nak lagi?!
Takde apa, saja jenguk kau. Dah lama tak tegur.
Jangan kacau aku boleh tak!
Ni semua salah kau! Kau lah penyebab suami aku mati! Kau pembunuh!
Kau ingat aku boleh tertipu dengan halusinasi kau? Aku dah terima hakikat, tentang semua yang berlaku.
Oh, kau. Tunjuk kuat? Kita tengok sampai bila kau boleh bertahan... Hehehehehe.
Irfan memejamkan matanya.
"Irfan, ingat. Itu semua halusinasi awak saja. Lupakan perkara lalu. "
Bayangan Amin sudah hilang. Irfan terduduk melutut. Kenapa, kenapa aku begini?
Tok Tok Tok
"Irfan? Irfan dah siap Belum? Jom kita berangkat sekarang. "
Irfan keluar dari bilik.
"Wah, hensemnya anak sedara makcik ni. Kalah Zul Ariffin tahu. " tulah, bila Makcik Reen mula memuji.
"Ceyh, makcik sengaja kan nak puji-puji Irfan ni. Taulah muka Irfan ni buruk. " gurau Irfan.
~~~
Tepat 2:00 petang, Irfan tiba di rumah Batrisyia. Diperhati hiasan sekeliling. Ya, Batrisyia memang menginginkan tema sky blue.
"Makcik, Irfan takutlah. Jom patah balik. " Irfan menarik-narik tangan Makcik Reen.
"Eh, apa yang kamu merepek ni. Masuk-masuk. " kini Makcik Reen kembali menolak. Eh budak ni, sekali aku ketuk kepala tu kang. Suka hati dia saja nak batalkan.
Kini, dia sudah mengambil tempat selepas bersalaman dengan tetamu. Tak sangka, ramai pula kenalan Doktor Azlan yang hadir. Irfan Hanya menayangkan sebaris senyuman manis.
Jantungnya kembali berdebar. Ya Allah, dia punya takut tu Allah saja tahu. Ini ke perasaan orang lelaki semasa hendak kahwin? Haish. -
"Kak Isya, jomlah turun. Pengantin lelaki dah sampai tu. "
"Hah? Serious lah?! Aduh, apa yang aku kena buat ni Sarah?! " hatinya meronta-ronta. Dia berjalan berulang-alik. Cemas.
"Eh, akak perlu turun sekarang. Sini, pimpin tangan Sarah. Kita turun sama-sama. " Sarah menghulurkan tangannya.
Batrisyia menyambut. Sebenarnya, dia malu dengan tetamu yang datang. Kenapa kalau kahwin mesti jemput orang? Tak boleh ke nak kahwin sendiri saja?
Perlahan-lahan mereka menuruni tangga. Kini mereka berdua menjadi tatapan para tetamu. Masing-masing mula membisik tentang kecantikan Batrisyia. Batrisyia hanya menunduk ke bawah.
Irfan dari jauh memerhati. Matanya bertembung dengan iris bakal isterinya. Cantik, seperti selalu.
Batrisyia mengambil tempat di sebelah Puan Suraya dan sebelah gadis berjilbab. Batrisyia bersalaman dengan mereka berdua.
"Kalau tiada apa-apa masalah, marilah Kita memulakan majlis ini ya? " kata tok kadi itu. Kini tangan Irfan dan tok kadi telah bersatu.
Dengan sekali lafaz sahaja, kini mereka telah sah bergelar suami isteri.
Wanita berjilbab tiba-tiba menarik kasar tubuh Batrisyia. Dia bertindak untuk mencekik Batrisyia. Keadaan menjadi gawat.
"Ke belakang! Siapa dekat dengan dia, Aku bunuh dia! " dia mula mengeluarkan pisau tajam.
"Lepaskan! Lepaskan aku! Eh, kau siapa! Apa motif kau sebenarnya! " Batrisyia mula meronta-ronta. Namun gagal, ternyata tenaga perempuan berjilbab itu lebih kuat daripadanya.
"Apa yang kau nak sekarang ni?! Duit? Aku boleh bagi sebanyak mana yang kau nak! Tapi tolong lepaskan dia! " Irfan mula mendekati mereka berdua.
"Aku tak hamak pun duit kau tu! Apa yang aku nak adalah kau! "
Jilbab itu ditarik. Wajah sebenar wanita itu akhirnya terungkap.
"Kau- "
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top