Chapter | 38
Daripada aku ingat pasal dia baik aku tengok tv! Lagi puas hati! Remote tv dicapai. Butang merah ditekan. Rancangan hlive sedang ditayangkan. Hmm, boleh lah.
Kau dah hancurkan hati aku Hanif. Sampai hati kau. Sisa air mata dikesat. Tak ada gunanya, dia menangis. Matanya ralit ke arah tv.
"So, tetamu kita pada hari ini... ialah... Asyraf Hakim! "
Mendengar nama itu, dia terus lupakan kisah sedihnya. Matanya lebih fokus pada muka Asyraf Hakim. Dia tersenyum. Hatinya berbunga tiba-tiba.
"Hakim ni seorang artis yang namanya baru sahaja melonjak naik setelah drama terbarunya, Gantung the series mendapat tempat di hati penonton. Kami rasa, kami ingin menemu ramah anda seketika. Boleh? " tanya salah seorang pengacara hlive.
"Apa salahnya kan? Hahaha. " Hakim menayangkan senyumannya. Barisan gigi yang putih bersinar jelas kelihatan, mampu membuat penonton terpukau dengan personalitinya.
Setelah agak lama dia ditemu ramah, mereka bermain permainan yang menghiburkan hati.
Hahahaha, kelakar teruk! Aina terkekek seorang diri.
"Hakim, sebagai seorang pelakon yang hensem letup macam ni... tak ada girlfriend ke? " soalan cepumas itu akhirnya terbit di dalam rancangan itu. Seperti tahu-tahu saja, sebahagian wanita menunggu soalan itu. Manalah tahu kot-kot single, boleh try.
"Ehem, saya sebenarnya sedang menunggu seseorang. " jawab Hakim tenang.
"Uuuuu, siapa orangnya? "
Matanya tiba-tiba memandang ke arah kamera. Begitu fokus.
"Aina, kalau awak tonton rancangan ni.... Sebenarnya, saya dah lama tunggu awak kembali. Saya...Cintakan awak. "
Terkejut Aina dibuatnya. Hatinya berdebar tiba-tiba. Aku salah dengar ke? Ke aku memang pekak? Kejap-kejap, dia cakpa apa tadi?
"Wah! Terus buat confessions! Tahniah, orang yang bernama Aina tu! "
Gulp. Tv dimatikan tiba-tiba. Dia rinsing tiba-tiba. Takkan lah Aina yang dimaksudkan itu dia?
~~~
Irfan... Irfan... Irfan...
"Cik Azra, ni makanan cik. Jangan lupa makan ya?" kata seorang nurse sambil meletakkan tray itu di atas meja.
Azra memandang ke luar jendela. Dia termenung seketika.
"Hehehehe. Irfan, I tahu you sayang I. Cuma you tu malu-malu kan? Hahaha. Kelakarlah you ni Irfan. "
Dia bercakap dengan patung beruang coklat. Kadang kala patung itu ditumbuk, dicampak, dipeluk, dicium. Jiwanya benar-benar kacau.
Batrisyia. Nama itu terbit di dalam mindanya tiba-tiba.
"Kalau bukan sebab kau! Aku dah hidup bahagia dengan Irfan! Kau tunggu lah balasannya! Dasar setan! " patung beruang coklat itu digenggam sekuat hati. Amarah cintanya bertandang di hati. Emosinya mula menguasai diri. -
Assalamualaikum!
Sarah memeluk mummynya dengan erat. Martabat dirinya terasa rendah. Dirinya terasa lemah. Tangannya berpeluh menunggu si empunya muncul di muka pintu. Beberapa kali Puan Suraya menenangkan anaknya itu. Kekuatan Cuba dikumpul sebanyak mungkin. Nafas ditarik panjang. Semoga semuanya berjalan lancar.
"Waalaikum...salam. Mummy? Sarah? " terpaku Batrisyia dibuatnya. Wajah mereka sudah lama tidak kelihatan.
"Siapa tu sayang? " langkah Doktor Azlan terhenti sebaik sahaja melihat wajah yang sudah lama menghilang.
"Abang? Isya? " perlahan-lahan dia tersenyum. Sarah sudah mati kata di sebelah mummynya. Dia hanya menunduk, tidak berani bersemuka.
"Halau mereka Isya! Papa tak mahu tengok muka mereka lagi! " dengusan kemarahan kedengaran. Doktor Azlan terus melangkah pergi dari muka pintu. Emosi marahnya semakin membuak-buak. Telinganya berdesing mendengar suara wanita lindungan neraka itu.
"Ya Allah, papa! Papa sedar tak? Walau sejahat mana pun dia, dia masih keluarga kita pa! " Batrisyia menarik kembali tangan papanya. Dilihat semula wajah dua beranak itu. Dia yakin mereka telah berubah. Setiap manusia layak memiliki peluang kedua bukan?
"Tidak mengapa, Isya. Mummy dan Sarah sedar, apa yang kami lakukan tidak selayaknya mendapat peluang kedua. Mummy cuma mahu abang dan Isya maafkan perbuatan terkutuk kami. " air mata mula terbit. Dia menggenggam tangan anaknya lalu mereka melangkah pergi dari rumah itu. Silap mereka jika memikirkan peluang kedua akan diberikan.
Perasaan bersalah mula bertandang di dalam jiwa. Apa yang harus dia lakukan?
"Nanti! "
Mereka berdua kaget seketika.
"Kenapa mummy dan Sarah nak pergi? Inikan rumah kita. Kita sekeluarga. "
Rasa terharu membelit jiwa mereka. Air mata dikesat. Mereka berpaling. Sungguh kerdilnya diri mereka ketika ini.
"Terima kasih Isya. " -
Pelbagai hantaran sudah pun disusun kemas di ruang tamu. Sarah dan Puan Suraya turut membantu mereka menyiapkan hantaran itu. Hari mahligai hampir tiba. Mereka berdoa agar majlis itu dapat dijalankan dengan lancar. Hubungan Doktor Azlan dan Puan Suraya juga sudah baik. Akhirnya mereka berdamai. Mula terbit rasa bahagia.
"Isya? Mummy nak cakap sikit boleh? " pantas si ibu menepuk bahu anak tirinya itu.
Keningnya bertaut.
"Ada apa ya mummy? " tanya Batrisyia.
"Mummy cuma nak nasihat, nanti bila Isya dah nikah... Jangan sakitkan hati suami tau. Jangan buat macam mummy. Isya tahu kan syurga terletak di bawah telapak kaki suami? "
"Insya Allah mummy. Terima kasih sebab ingatkan Isya. " tangannya pantas mendakap tubuh di hadapannya itu. Dipeluk penuh kasih sayang. Alhamdulillah, semuanya pasti akan lancar.
~~~
"So, kau pun dah nak kahwin kan. Lepasni dah tak boleh nak ajak lepak lagi... " rajuk si teman. Sedih barangkali apabila mengenang hari indah itu bakal tiba. Wajah Aina mula mendung.
"Cis, aku kahwin ke tak kahwin ke, kita tetap akan lepak okay! Kau tu bila nak kahwin? "
"Aku tak bolehlah. Aku still sakit hati dengan dia. Aku rasa aku tak boleh terima sesiapa lagi. " keputusannya muktamad. Dia tidak perlukan teman hidup buat masa ini. Cukuplah dengan apa yang sudah dia lalui.
Sedang mereka berborak, tiba-tiba kehadiran flowerboy itu mengejutkan mereka.
"Excuse me, you ni miss Aina? " tanya flowerboy yang entah datang dari arah mana. Aina kelihatan resah.
"Ye? Kenapa? " takut-takut dia hendak jawab.
"Here's flower for you. " lelaki itu menghulurkan sejambak bunga tulip ungu kepada Aina. Lalu pergi tanpa berkata.
Keningnya bertaut.
"Dari siapa ni? " tanyanya. Batrisyia hanya mengangkat bahu tanda respon.
Bunga itu ditilik. Sekeping kad kecil terselit antara kuntuman bunga itu.
Finally I found you! Don't you dare to run again!
-anonymous
Terbuntang matanya. Siapa ni? Dia memandang Batrisyia yang hendak tergelak. Kejap, apa yang lawak sekarang ni? Entah-entah bunga ni dari Hanif?! Baik aku buang!
"Eh, kau nak pergi mana? " Aina tiba-tiba bangkit dari dudukannya. Batrisyia menahan tindakan Aina yang hendak membuang bunga tulip segar itu.
"Tepi lah, aku nak buang bunga ni! "
Ehem.
"Awak nak buang saya ke? "
Mereka toleh ke belakang serentak. Ini... Ini...
"Hakim? "
Masing-masing terpaku.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top