Chapter | 37
"You nak ape lagi? Tak puas lagi ke nak tuduh I ni? " air fresh orange digaul kasar. Dia melihat kembali muka Sarah. Gila ke perempuan ni memang nak dia bertanggungjawab pada benda yang dia tak buat?
Sarah kelihatan masih tenang. Dia menghirup air teh panas sebelum memulakan perbincangan dengan Asyraf.
"You, I nak minta maaf. I tahu sebelum ni I layan you teruk. I dah boleh terima karma yang sedang berlaku pada I sekarang. " Sarah tidak memandang Asyraf. Hatinya masih terpalit rasa geram tapi dia masih mengawalnya dengan baik.
Asyraf mengerutkan dahinya.
"Apa maksud you? "
"I misscarige.... Jadi you tak perlu risau tentang anak tu. "
Kenyataan yang dinyatakan oleh Sarah itu membuatkan Asyraf tersentak seketika.
"You tak perlu risau. Lepasni I akan berhijrah ke Johor. I nak tinggal dengan kakak tiri I dengan papa I. I banyak buat dosa dengan dorang. "
Asyraf hanya mendengar luahan Sarah dengan setia. Tak sangka Sarah dah insaf. Dia malu dengan dirinya sendiri atas kekhilafannya terhadap Sarah.
"Kalau macam tu plan you, I doakan you berjaya pujuk keluarga you balik. I...I pun nak minta maaf. Malam tu..."
"Tak apa. I taknak ingat lagi. Dah lah kita anggap saja semua ni tak pernah berlaku. Okay? "
"Okay. "
Keadaan menjadi tegang kembali -
BERHENTI!
Ini polis! Angkat tangan! Serah diri!
Azra mengilai seperti orang gila. Dia menolak-nolak tangan dua orang polis yang cuba menggarinya.
"Lepas! Lepaskan aku! Aku tak bersalah! Argh!!! " Azra meronta-ronta. Dia tak mahu masuk penjara! Impiannya masih banyak lagi yang belum tercapai.
"Tidak!!! "
Tiba di balai, polis itu terus menyumbatnya ke dalam sel penjara yang kosong. Azra segera menjerit. Tidak! Tidak!
"Kau kena terima hakikat Azra, apa yang kita buat tu semua salah. " kata Mukhlis sebelum polis membawanya ke bahagian sel yang lain.
Di dalam sel penjara, Azra masih menjerit-jerit. Pintu sel digegar sekuat hati. Lepaskan aku!lepaskan aku!
Tak, tak. Tak semudah ni Azra Husna masuk penjara! No! Ni semua mimpi! Mimpi!
"Oi, tak reti diam ke perempuan baru?! " jerit salah seorang penghuni sel sebelah. Rambutnya agak barai, giginya hitam seperti arang dan badannya agak berbau.
Barangkali terganggu dengan bunyi jeritan Azra.
"Hey, kau! Sedar sikit taraf kau tu! Kau siapa nak marah aku?! " balas Azra dengan angkuh. Ei, dah lah selekeh. Ada hati nak bercakap dengan aku yang cantik ni. Euw, tolonglah. Sempat dia mengutuk di dalam hati.
Dia tetap gigih merayu pada polis yang bertugas untuk lepaskannya.
"Eh, perempuan ni. Belagak na! Kau tu yang kena sedar! Kau tu dah setaraf dengan orang yang ada dekat sini! Semuanya sampah masyarakat! Faham?! "
Azra memeluk kedua lutunya. Hah? Aku dah setaraf dengan mereka yang jijik tu? No! Ni semua mengarut! No! Mimpi ngeri!
Akhirnya dia menangis. Dia menutup telinganya apabila mendengar ejekan dari 'jiran-jiran' barunya.
Aku harap ni semua mimpi!
~~~
"Alhamdulillah. Akhirnya Azra dan Mukhlis dah kena tangkap. Tapi polis kata Hanif dapat lepaskan diri. " keluh Batrisyia seketika.
Irfan masih termenung. Diam tidak berkata.
"Awak? Kenapa ni? " tanya Batrisyia dengan lembut.
"Awak tak rasa ke lepas awak kenal dengan saya, hidup awak huru-hara? Macam-macam yang awak kena lalui. " balas Irfan dengan suara yang kendur. Tipulah kalau dia tak sedih setelah apa yang telah berlaku ni
"Kenapa awak fikir macam tu pula... Saya gembira dapat kenal awak. Awak banyak ubah hidup saya. Awak bagi saya kenal apa erti kehidupan, apa erti cinta... "
Irfan tersenyum. Batrisyia pandai memujuk hatinya. Dia benar-benar sayang akan gadis yang sedang duduk di hadapannya.
"Habistu, penyakit saya ni? Macam mana kalau saya serang awak lagi? Apa saya nak buat? " duga Irfan.
"Insya Allah, selagi awak di sisi saya... Saya yakin kita akan sama-sama hadapinya. Saya akan bantu awak sampai sembuh. "
"Terima kasih, sayang..."
"Ceit! Belum kahwin lagi! " hampir tersedak Batrisyia dibuatnya. Sayang? Uhuk. Uhuk.
"Apa salahnya? Awak tu tunang saya. Bercakap pasal kahwin..."
Batrisyia memandang Irfan seketika. Berdebar hatinya.
"Bila kita boleh proceed? 👉👈 "
Tersedak lagi Batrisyia dibuatnya. Dia ni memang nak bunuh aku ke apa ni?! -
Kad undangan kahwin mula diedarkan. Batrisyia tersenyum melihat kad kahwinnya sendiri. Harap-harap takde lah kali ketiga huhu.
"Isya? Jom, pergi butik baju! Baju kita dah siap! " ajak Irfan dengan teruja. Batrisyia hanya mengiakan ajakan tunangnya itu.
Rasa bahagia mula bertandang di dalam hatinya. Akhirnya, dia bakal disatukan dengan Irfan. Siapa sangka kan? Daripada pesakit kepada bakal suami. Hehe.
Sudah 2 bulan Azra dipenjarakan. Kondisinya dari hari ke hari semakin merosot. Dia dipindahkan ke hospital sakit jiwa. Sebenarnya Azra menghidapi sakit schizophrenia sejak kematian kedua ibu bapanya. Dia kembali semula ke Malaysia untuk bersama dengan kekasih lamanya iaitu Irfan.
"Aulia? Termenung apa tu? " tanya Datin Aleesa setelah lama memerhatikan anaknya hanya termenung.
Aina tersentak. Dia menoleh memandang bondanya.
"Oh, tak. Tak ada apa. Hehe. " dia cuba mengukirkan senyuman yang manis untuk bondanya Yang tercinta.
"Hmm, bonda masuk tidur dulu ya? Ni, jangan lupa minum susu panas ni. Bonda risau pula tengok Aulia asyik termenung je kebelakangan ni. " segelas susu panas dihulurkan.
Aina segera senyum. Dia teringatkan Hakim tiba-tiba.
Dia masuk bilik. Susu itu diletakkan atas meja. Dia bangkit menuju ke almari bajunya.
Dia memunggah kembali almarinya demi mencari baju Makcik Hana.
Hah! Jumpa!
Terus dia memeluk baju itu. Rindunya! Rindu yang teramat!
Tiba-tiba dia terdengar bunyi pada pintu balkoni biliknya. Lantas dia bergerak ke arah pintu itu dengan hati-hati.
Langsir diselak. Dia perhatikan sekeliling. Tiada siapa. Cuma malam itu agak dingin kerana pokok-pokok yang ditanam mula melambai-lambai. Barangkali dek awan hitam tebal yang mula menutup cahaya bulan. Terkejut dia melihat batuan kecil di hadapan pintu balkoninya. Lantas, dia buka pintu balkoni untuk membersihkan batuan kecil itu.
Eh, baru dia perasan! Ada orang kat bawah tu!
Tiba-tiba lelaki pusing ke belakang.
Hanif?!
"Aulia! " jerit Daniel.
Aina hanya berdiam. Kakinya segera melangkah masuk dalam biliknya.
"Aulia! Nanti! "
Dia berpaling ke belakang seketika. Daniel melambai-lambai ke arahnya.
"Kenapa awak panggil saya malam-malam ni? " tanya Aina dingin. Masih segar ingatannya terhadap kejadian lalu.
"Aulia, sudi tak awak jadi isteri saya? Saya janji akan bahagia kan awak! " lamar Daniel tiba-tiba.
Aina tersentak. Eh, dia ni biol ke apa hah!
"Saya tak nak kahwin dengan awak! Pi main jauh-jauh sana! " tolak Aina mentah-mentah. Memang tak lah dia nak terima Daniel lagi. Setelah apa yang terjadi, semuanya agak mustahil untuk dia terima Daniel dalam hidupnya.
"Aulia! Saya betul-betul ikhlas! Terimalah lamaran saya! " jerit Daniel. Masih tidak berputus asa. Daniel menunjukkan kotak kecil merah yang terisi cincin di dalamnya.
"Tak! Saya takkan terima awak! Setelah apa yang jadi, agak mustahil untuk kita kembali seperti dulu Hanif..." tiba-tiba suaranya bertukar sendu. Air matanya mula menitik.
"Tu semua dulu! Yang penting hubungan kita sekarang! Apa yang terjadi dulu, anggap saja tiada apa-apa yang berlaku. Lupakan saja yang lalu! Tolong, jangan menangis Aulia! "
Hati Aina tiba-tiba terasa panas. Segera dia mengesat air matanya, tidak mahu dibazirkan sebutir mutiara jernih itu untuk orang yang tak guna macam lelaki ni. Dia benar-benar melampau!
"Eh, awak dengar sini! Jangan cari saya lagi! Saya bencikan awak! Dan saya takkan kahwin dengan orang yang takde hati perut macam awak! Faham!!! " Aina terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu balkoni ditarik dan dikunci serta-merta. Dia menarik langsir.
Terduduk dia di atas lantai. Daniel benar-benar telah melukakan hatinya kecilnya. Kata-kata yang dilontarkan olehnya sungguh biadap! Sampai hati dia! Senang-senang saja nak lupa perkara lalu! Lelaki itu hampir membunuh rakan baiknya sendiri!
Dia memeluk lututnya sambil menangis.
Malam itu dia tertidur dalam rendaman air mata yang melarat.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top