Chapter | 31
• Welcome •
° To °
^ ~Walimatulurus~ ^
Irfan Haqiem & Batrisyia Airiz
✨26 Februari 2019✨
___________________________________
Kad undangan itu dipandang. Disisipkan senyuman manis pabila terbayang atur cara majlis esok hari. Baju melayu putih itu menjadi tatapan matanya seketika.
Aku terima nikahnya...
Ceh, nak berlatih biar tak gagap nanti. Adeh, malu pula. Hihi.
Amboi, senyum sendiri nampak?
Irfan hanya berdiam. Ingat Irfan! 'Dia' tak wujud!
Amin mencapai bahu Irfan. Terkejut Irfan dibuatnya.
Tak... Tak... Ini semua hanya khayalan. Tak mungkin dia hidup! Tak! Argh!
Mendengar pekikan yang kuat dari bilik Irfan, Mak Cik Reen segera mengatur langkah ke sana. Aduh kenapa pula ni? Bukankah esok dia bakal menjadi suami orang? Mak Cik Reen sempat bermonolog seketika.
"Irfan?! Kamu kenapa ni? " Mak Cik Reen terus berlari memeluk erat si empunya badan. Mukanya merah. Badannya terketar-ketar.
Si 'dia' masih berdiri di situ. Irfan merenung tajam ke arahnya.
Sampai bila 'dia' nak ikut aku?
~~~
"Bonda, sampai bila bonda nak buat Aulia begini? Sampai hati bonda! "
"Aulia sayang, ini bukan kehendak bonda tapi- "
"Cukup! Aulia dah muak dengan alasan bonda. Aulia nak pergi dari rumah ni! "
Tapak kecil itu mula melangkah. Menerawang entah ke mana. Patutkah aku tinggalkan bonda dan ayahanda? Dipandangnya ke belakang, rumah agamnya sudah tidak kelihatan. Air mata mula terbesit. Menunggu pecah sahaja.
Aku nak pergi mana? Takkan aku nak kacau Bat pula, esok kan hari bahagianya. Aduh, fikir Aulia, fikir! Ditoleh ke kiri dan kanan. Pelik, petang itu agak lengang. Nak kata hari cuti, pun tak.
Dia tetap berjalan maju, tanpa menghiraukan suara hatinya. Diraba kocek seluar seketika. Hanya ada telefon, tu pun bateri dah nak mampus. Haish, rasa bodoh pula keperluan semua tak sediakan awal-awal. Tapi, aku tak rancang pun nak lari rumah ni! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya. Ah, redha jelah.
Hujan mula menyembah bumi, diikuti bunyi petir sabung menyabung. Sudahnya tempat perhentian bas menjadi teduhannya. Tangannya mula menggeletar kesejukan.
Lama-kelamaan dia mula terkulai di atas ruang duduk itu. Dari jauh, kelihatan cahaya kereta samar-samar menghampiri figura yang sudah lunyai dek kesejukan itu.
"ABANG! Aulia! Kita kena cari dia cepat! Saya risau sangat! " tangannya pantas menggoncang tubuh suaminya itu. Kolam air mata mula pecah dikit demi dikit. Menyesal tak sudah dia dibuatnya. Kerana dia Aulia lari rumah!
"Alah, baliklah dia tu nanti. Mesti dia pergi tumpang rumah si Bat tu. Dah lah tak payah risau, anak kita tu mana boleh hidup dengan sehelai sepinggang je. " pujuk si suami dengan yakinnya. Padahal hati sendiri pun khawatir. Haih, ayahanda harap Aulia betul-betul lari ke rumah Bat.
Keesokan harinya...
Tepat jam 3:30 pagi, Batrisyia terjaga dari mimpi buruknya. Nafasnya tercungap-cungap seperti orang semput. Dia memerhati sekeliling bilik. Masih dalam keadaan suram.
Kenapa aku rasa tak sedap hati?
Lantas dia menolak tepi selimut yang memanggilnya tidur kembali. Dia berhajat ingin melakukan solat tahajjud.
"Ya Allah, kau permudahkan lah perjalanan ku pada hari ini. Amin Ya Rabbal Alamin. "
Seusai melipat telekung, hatinya kembali gusar. Kenapa tiba-tiba ni? Dia mengeluarkan gaun putih bersulamkan manik berbentuk rama-rama yang sudah siap digosok itu bersama shawl. Dengan tema putih semasa akad sudah pun memadai. Nanti-nanti jelah fikir pasal sanding. Yang penting hubungan dah sah. Ceh, nampak macam perigi mencari timba ke?
Telefon dicapai seketika. Hmm asal sendu sangat notification aku ni? Dari Irfan takde, dari Aina pun takde. Eh kau ni, memanglah takde, ni kan baru 4 pagi! Dahinya menjadi sasaran tangannya. Asal lah lebai sangat aku ni. Nervous barangkali?
~~~
Dik, dik, bangun dik.
Bahunya digoncang perlahan. Sisa migrain masih melekat di kepala. Kelihatan samar-samar wajah si empunya suara. Aina terbaring lemah di atas katil empuk itu.
"Alhamdulillah, dah sedar pun. Ni minum air dulu. "
Dengan pantas dia meragut air itu dengan rakus. Sudah semalaman perutnya dibiarkan tanpa apa-apa isi. Dia mengucapkan terima kasih lalu meletakkan gelas itu dia atas meja kecil di sebelah katil itu.
"Dik, adik dari mana sebenarnya? Semalam makcik jumpa adik dalam keadaan wajah yang pucat dan menggigil. Mana mak bapak adik? " wanita itu cuba berkomunikasi dengan Aina.
"Sebenarnya, saya lari dari rumah. Sa...ya- "
"Takpe, nanti adik cerita lagi ye? Adik rehat dulu. Ni makcik ada juga simpan baju masa muda-muda dulu. Adik pakai ye? " sepasang persalinan itu terus dicapainya. Makcik itu terus beredar ke luar bilik.
Perlahan-lahan Aina berdiri, dan menuju ke bilik air dengan ragu-ragu. Makcik tadi tu orang baik ke? Kalau jahat, takkan dia bawak balik aku kan? Pelbagai soalan mula terbit dalam mindanya.
Last seen 4:29 pm
Aduh mana pula Aina ni?! Aku call tak reti nak angkat ke? Jam ditilik kembali. Jarum pendek berhenti tepat pada angka 7. Awal-awal lagi papanya sudah mengetuk pintu.
"Hah, anak papa ni dah siap belum? "
"Amboi, ni dah siap pakai samping ni... Macam papa pula yang nikah hari ini. "
"Eh, salah ke kalau papa yang excited? Hahaha. Dah lah jom turun dulu, kita sarapan sama-sama. Hari ni, papa yang sediakan tau! "
"Wah, thank you pa! Love you, muah! "
Semasa sarapan, mata Batrisyia masih ralit pada skrin hitam telefon pintarnya. Doktor Azlan berdehem.
"Aik, dah nak tinggal sebilik pun masih rindu? " usiknya.
"Haish, bukankah papa! Merepek je! Ni, Isya tunggu Aina balas mesej Isya. Lama tau tunggu. "
"Eh, bukan dia tidur dengan kamu semalam? "
"Hah? Tidur? Dengan Isya? Bila masa pula ni?! "
"Tapi- "
Telefon itu mula mengeluarkan lagu ringtone. Cepat-cepat Batrisyia mengangkatnya.
"Hello? "
"Er, Bat. Ni Makcik Leesa. Hmm, Aulia tidur rumah kamu ke? "
"Eh, takde pula makcik. Kenapa? "
Talian dimatikan tiba-tiba. Beetambah kerutan pada dahinya. Kenapa pula mereka cari Aina? Hatinya mula gusar kembali. Takkan Aina hilang pula...
Irfan sudah berbaju melayu putih lengkap dengan samping. Kad undangan direnung berkali-kali. Dia memandang wajahnya di dalam cermin dengan mata tajam.
Kau jangan nak buat hal hari ni!
Well, depends pada keadaan. Kalau aku rasa nak muncul, aku muncul.
Penumbuk dikepal sekuatnya. Relaks Irfan, jangan rosakkan hari bahagia kau... Tenang, dan jangan fikir lagi. Songkok diletakkan perlahan-lahan di atas kepalanya. Sekali lagi dia meragui keputusannya untuk menikahi Batrisyia.
Waras ke aku ni?
~~~
Sarah memegang perutnya yang mula membesar itu. Air matanya masih mengalir tanpa henti.
"Dah-dah lah tu nangis. Bukannya boleh patah balik masa pun. Baik kau fikir macam kau nak kerja dengan perut kau yang mula memboyot tu. " tajam sekali kata-kata Mimi.
"Berilah aku masa Mi, aku janji aku repay balik apa yang kau buat ni. Dahlah semua career aku dah musnah sekarang ni. "
Hatinya mula terdetik sesuatu. Ya, aku patut gugurkan anak setan tu! Sebelum dia membesar. So takdelah aku rasa bersalah sangat nanti.
"Mi, kau ada nanas tak? "
"Lah, nak buat apa pula dengan buah tu? "
"Takpe, bagi je aku. Tahulah aku nak buat apa nanti. "
Sorry bayi haram.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top