Chapter | 28
MATANYA terkedip perlahan-lahan, silau dek cahaya yang menerangi bilik. Eh kejap, bila masa aku ada dekat bilik ni? Bilik siapa ni? Dipanjangkan leher untuk melihat sekeliling bilik. Tangannya laju meraba sekeliling katil. Baju perempuan? Kejap, apa yang terjadi sebenarnya? Tubuhnya menggigil kesejukan. Kenapa dia tak pakai baju ni? Pelbagai soalan yang diutarakan, tanpa jawapan. Sisa migrain masih menyerang lagi, namun digagahkan juga diri untuk bangkit dari katil itu.
Bunyi pancuran air itu menimbulkan kecurigaan. Siapa pula yang mandi dalam tu? Langkah diatur menuju ke bilik air. Dedaun Pintu bilik air itu diketuk berkali-kali.
"Oi, kau ni siapa?! Bagi aku keluar dari bilik ni! " tiada balasan. Ni manusia ke hantu yang mandi? Takkanlah...
Irfan cuba membuka pintu bilik, terkunci. Berkali-kali kakinya melayang ke arah tombol pintu. Asal teguh sangat pintu ni?! Tolonglah! Aku nak keluar! Dia berjalan ke hulu ke hilir. Masih menanti empunya badan yang sedang berendam di sebaliknya pintu. Tanpa disedari, si dia sedang tersenyum sendiri. Kau tetap akan jadi milik aku! Berani kau main tarik tali dengan aku!
Pintu bilik air dikuak perlahan. Irfan terus terbangun dari kedudukannya.
Azra?!
Si dia keluar dengan hanya berpakaian bath robe ungu. Terasa kesat air liur pabila ditelan. Perempuan ni nak apa pula... Kenapa berdebar tiba-tiba.
Azra mendekatkan dirinya dengan Irfan yang kelihatan terpaku di hadapan katil.
"Kau nak apa perempuan! Apa aku buat kat sini! " tengking Irfan. Langkahnya perlahan-lahan ke belakang, menjauhi perempuan gila itu. Hatinya dilanda kegusaran. Macam-macam boleh terjadi. Bahaya kalau berdua lelaki perempuan ni.
"Shhh. You tak ingat ke? You yang bawa I masuk bilik ni. You lupa? " Azra mengambil tempat di atas katil sambil menggoyangkan kakinya. Betis putihnya terselah di sebalik bath robe itu.
Tanpa berkata apa-apa, Irfan terus berlari ke arah pintu. Tombol dipulas berkali-kali. Panik. Itu yang dia rasa sekarang.
Kau takkan boleh terlepas punya.
Kau nak apa lagi! Tolonglah aku!
Irfan, kesempatan yang ada, jangan dibazirkan begitu sahaja.
Apa maksud kau Amin?
Nikmatilah...
Bodoh kau! Aku tak ingin pun! Puih!
Azra terdiam pabila melihat Irfan bercakap sendirian dengan cermin. Eh, dia ni... kenapa pula? Irfan mula bertindak di luar kawalan. Cermin itu ditumbuknya sekuat hati. Habis berderai. Diiringi dengan teriakan kuat yang membingitkan telinga. Azra cemas. Dia terus mencapai kunci di dalam laci dan membuka pintu bilik.
Pergi! Pergi!
Irfan terduduk sambil menutup telinganya. Darah pekat yang mengalir di tangan, dihiraukan.
Batrisyia...
Ya Allah! Nafasnya tercungap-cungap. Peluh sejuk yang mengalir di dahi dilap. Dia memandang jam loceng di tepi katil, 3 pagi. Kenapa hatinya berdebar-debar? Ada apa-apa yang terjadi pada bakal suaminya ke?
Astaghfirullahalazim. Mukanya diraup. Dia menarik nafas dengan tenang. Dia beristighfar berkali-kali. Ya Allah, semoga Irfan tidak apa-apa. Batrisyia turun dari katil. Dia terus menuju ke bilik air, untuk mengambil wuduk. Sejadah dibentang untuk menunaikan solat sunat tahajjud.
MANA pula Irfan ni? Tak balik bilik lagi? Takkan masih ber'party' kat bawah. Ish, melampau betul. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dengan kuat, diiringi suara meminta tolong. Dengan pantas Daniel berlari ke arah pintu.
"Ya Allah, maksiat! " tertutup matanya melihat Azra sebegitu rupa. Pipi Azra mula membahang. Malu. Dek kerana terlampau risau, dia terlupa nak sarungkan pakaian terlebih dahulu. Ah, tak gesah lah! Yang penting, keadaan Irfan!
"Captain! Irfan! Dia... " Azra terdiam seketika. Nak beritahu ke? Nanti mereka mesti fikir buruk tentang aku.
"Kenapa dengan dia?! " digagahkan juga diri untuk membuka mata sementelah mendengar nama Irfan. Jelas muka Azra memancarkan ketakutan. Tanpa membuang masa, Azra terus menarik tangannya.
Pipinya ditepuk perlahan. Irfan terbangun. Rasa seriau masih lagi tersisa. Matanya pantas memandang cermin yang separa retak itu. Amin dah takde. Melihat rakannya dalam ketakutan, Daniel terus membawa Irfan ke bilik asal mereka. Azra hanya diam memerhati. Masih terkejut barangkali, dengan tindakan Irfan sebegitu rupa.
Sayang, you kenapa ni? You buat I risau. I nak you tahu, I sayangkan you, sangat.
~~~
Hopefully tak, hopefully tak.
Dia menanti keputusan pregnancy test itu...
Damn!
I'm pregnant?!
Mimi! Mimi! Mimi!
Nama Mimi dilaungkan berkali-kali. Kantung matanya sudah pecah terlebih dahulu. Dia membaling pregnancy test itu. Dia menjerit, menjerit sepuasnya.
Mimi berlari ke arah bilik air. Terkejut, melihat Sarah yang sudah terduduk dalam tangisan.
Melihat pregnancy test yang dibaling itu, tahulah dia punya sahabatnya menangis.
Sekarang, tugasnya adalah... Mencari bapa bayi yang tidak berdosa ini ; Asyraf.
Liputan Harian, menceritakan hidup Sarah yang sudah tidak terurus. Pihak Media berkali-kali menyerang Sarah di rumahnya. Sarah masih enggan memberikan sebarang respond.
Televisyen dimatikan. Naluri ibunya tidak pernah silap. Benarlah, anaknya itu dalam kesusahan. Sarah, tunggu mummy ya. Mummy datang cari Sarah. Bagasi itu ditarik. Dia melihat rumah sewa itu buat kali terakhir. Sudah berbulan rumah itu tidak dibayar. Dan akhirnya, dia dihalau dari situ.
Destinasi seterusnya, mencari Sarah.
~~~
Melihat keadaan Irfan yang sudah stabil, Daniel terus membuka mulut.
"Kau buat apa dalam bilik Azra? " aduh, rasa bersalah pula nak tanya. Tapi, aku terpaksa juga. Mati lah kalau Aulia tahu yang aku tak jaga kau dengan baik. Harap takde apa-apa.
Irfan diam. Dia memandang sepi. Terlihat Amin melambai-lambai ke arahnya. Shit! Dulu hanya dengar suara, sekarang 'dia' dah berani muncul! Tangannya pantas menekup kedua-dua belah mata. Selimut ditarik menutupi seluruh badan.
"Irfan, kenapa? Aku salah cakap ke? Aku...minta maaf. Kau rehatlah dulu. " Daniel terus membawa diri ke balkoni bilik. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Tanpa berlengah, nombor Aina didail.
Aku dan kamu, tak terbatas oleh waktu...
Bunyi lagu sayup-sayup kedengaran. Dengan malas Aina mencapai telefonnya. Siapa pula call pukul 4 pagi ni!
"Hello. " suara serak itu menyerpa talian.
"Aulia... Ni saya. "
"Awak, nak apa call pagi-pagi ni? "
Daniel terdiam seketika. Patut ke aku beritahu Aina? Nafas ditarik berat. Bismillah.
"Irfan... "
"Cakap jelah. Straight to the point sayang....." Terus segar mata Aina. Eh, kejap aku cakap apa tadi. Alamak! Harap-harap dia tak dengar. Ish kau ni kalut betul!
Daniel tersenyum. Kot ye pun mamai... Hahaha.
"Ni, Irfan dia kena 'kacau' lagi. Apa yang patut saya buat? "
"Awak...jangan tinggalkan dia sorang-sorang. Macam-macam boleh jadi bila otak dia tak betul. Faham? "
"Ok. Kejap, awak jangan beritahu Bat tau! Janji dengan saya! "
"Hah, yelah-yelah. Tak cakap. Dah lah, saya nak sambung mimpi ni. Anything else? "
"Yes! Cuba ulang apa yang awak cakap sebelum ni.... "
"Cakap apa? " sengaja dia buat-buat tak faham. Malas nak layan kalau mamat ni dah macam ni. Suka sangat menyakat.
"Ala... Yang ada sayang kat belakang tu... Cakap lah lagi. "
"Ish. Dah lah bye. Assalamualaikum. " kan aku dah agak dah. Ish, dia ni kalau ada kat depan aku, dah lama kena ketuk kepalanya.
Talian dimatikan. Daniel tersenyum. Kepalanya dipalingkan ke arah Irfan yang masih berselubung.
Aku rasa, aku tahu nak buat apa.
~~~
Loceng rumah ditekan bertubi-tubi. Mana kau pergi ni syaitan! Jahanam kau!
Lambat-lambat Asyraf membuka pintu rumahnya. Terkejut dia melihat wanita yang menutup mukanya.
"Ye? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Kalau nak minta sedekah, takpe. Puan boleh pergi tempat lain. " Asyraf menyilangkan tangannya. Bongkak? Sombong? Gesah apa.
"Kau ingat aku boleh lupa, apa yang kau dah buat kat aku?! " tudung yang menutup separa muka diselak.
Sarah?
"You nak apa lagi? Tak takut ke? Sekarang kan you dah 'famous'. Ramai media cari you! " tak disangka, wanita itu adalah Sarah. Satu-satunya perempuan yang pernah menolak cintanya dahulu.
"Asyraf, please. Aku mengandung! Ni, anak kau! " kini intonasi suaranya bertukar sedih. Kolam air mata ditahan dari pecah. Teringat kembali kata-kata Mimi di dalam kereta tadi. Kau kena kuat Sarah.
"So? You nak I buat apa? Kahwin dengan you? Bertanggungjawab? " Asyraf masih memperlekehkan kondisi Sarah. Lagipun, itu bukan anaknya. Entah anak siapa-siapa je.
"Jangan macam ni Asyraf. Kau tak kasihan kan aku ke? Anak ni...tak bersalah. Please... " Sarah dah tak tahu nak buat apa lagi. Dia benar-benar merayu kepada Asyraf sekarang ni. Kini, habis career dia, musnah begitu sahaja. Takkan dia mahu pulang dengan keadaan sebegini. Dia tidak mahu kelihatan tewas di mata kakak tirinya itu. Dendam, pasti akan dibalas. No matter what happen.
"Kasihan? Oh, Baru sekarang you tahu apa makna kasihan. Habistu? Masa you malukan I depan orang ramai, you tak kasihan dengan maruah I? Hah? " sinis sekali jawapan yang dibalas oleh Asyraf.
Tanpa disangkal, mutiara jernih sudah pun jatuh. Kini dia rasa lemah. Sangat-sangat lemah. Tubuhnya rasa melayang. Akhirnya dia jatuh terkulai. Dunia tiba-tiba gelap.
Maafkan Sarah, mummy...
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top