Chapter | 27
Akhirnya mereka telah selamat tiba di Thailand. Fuh. Daniel memanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah, mereka selamat sampai. Penumpang mula turun dari pesawat itu. Kesemua crew juga mengambil beg tarik masing-masing.
Azra tergedek-gedek berjalan mengejar Irfan. Irfan hanya buat-buat tak nampak sahaja. Malas nak layan.
Sampai sahaja di Baiyoke Sky Hotel, mereka mengambil kunci bilik masing-masing.
Tak tahu lah kebetulan ke, apa ke, tapi bilik Irfan dan Daniel bersebelahan dengan bilik Azra dan Lily. Irfan mendengus perlahan. Haish.
Masuk saja dalam bilik, Irfan terus menghempaskan tubuh di atas tilam itu. Ahh, nyamannya...
"Woi! Tak menyempat ea kau! Sepak kang! " marah Daniel apabila melihat katil itu telah dinodai dulu oleh Irfan. Haish, kalau ye pun tunggulah. Kita baring sama-sama. Eh, lain macam je.
Sudahlah katil dia bagi satu je. Kekok pula nak tidur sebelah-sebelah. Daniel mengerutkan dahinya. Kepalanya digeleng perlahan. Setiap kali fly jauh ni, biasanya Daniel akan bawa tilam angin. Boleh lah juga dia guna.
Dia terus menyelongkar bagasinya. Aduh, mana pula tilam tu. Jangan-jangan... Ish! Aku lupa nak bawa! Maki! Dahi ditepuk berkali-kali. Aduh!
Irfan memandang muka Daniel yang dah macam termakan lemon. Apahal pula dia ni.
"Oi, pahal. " tanya Irfan.
"Hmm, aku...aku tak bawa tilam angin aku. " jawab Daniel terkulat-kulat. Ni, mesti dia kata aku jijik nak tidur sebelah dia nanti.
"Kau tak suka tidur sebelah aku ke? Pergh, tahulah aku ni mental. Agak lah wey. " tanya Irfan polos. Tiba-tiba beremosi.
Hah, dah agak dah. Macam mana erk, nak terangkan? Kepala yang tidak gatal digaru. Aduh.
"Bukan macam tu maksud aku Fan. Tapi, aku memang selalu tidur atas tilam angin kalau fly jauh. Aku tak biasa je. Rasa kekok. " terang Daniel sambil menyusun makanan-makanan yang dibawa di dalam almari dapur.
"Alah, tidur jelah. Aku takkan ganggu kau punya. Aku bukan gay... " balas Irfan sambil melontarkan T-shirt nya tepat kena muka Daniel.
Daniel mencebik. Jadah dia!
"Pengotor lah kau! Ei! " Daniel campak balik T-shirt itu ke arah Irfan. Euw!
Mengekek Irfan ketawa. Hahahahahahahaha.
Ding Dong Ding Dong
Pintu bilik mereka diketuk sejurus bunyi loceng itu. Mereka saling berpandangan. Siapa tu? Takkan baru masuk bilik dah ada orang nak jumpa?
Daniel terus berlari ke arah pintu manakala Irfan masih terkial-kial menyarungkan T-shirt nya semula.
Pintu dibuka. Nafasnya dikeluh perlahan.
"Yes, may I help you Azra? " tanya Daniel sambil menyilangkan tangannya. Sejurus sahaja mendengar nama Azra disebutkan, Irfan terus masuk ke dalam toilet. Ei, menyampah lah! Nak apa lagi!
"Captain, macam ni, kami dah buat tempahan makan malam nanti. So, harap sangat captain dengan Irfan boleh join kami. " kata Azra sambil menayangkan muka kesian.
Daniel memandang muka Azra. Aduh, rasa bersalah pula. Susah-susah je tempah makan malam. Dah lah hotel ni mahal. Ikutkan hati, memang dia nak makan maggi je. Jimat. Ni, dah ada orang belanja takkan nak tolak. Rezeki!
"Sure. Nanti kami datang. Thanks sebab inform kat I. " balas Daniel dengan mesra. Azra tersenyum. Yeay!
~~~
Batrisyia masih lagi menilik-nilik novel itu. Dia tersenyum. Hari ini, Irfan takde. Haih. Bila entah nak beli persiapan kahwin. Lagi dua minggu! Cepatnya! Berdebar pula. Dia baring menelentang di atas katil.
Hmm. Kalau aku kahwin nanti, aku nak tema snowy gitu. Cantik! Baju kahwin, warna biru laut dan bersulam. Pergh. Cantik gila! Pastu ada ais-ais sikit.
Batrisyia terus tenggelam dalam khayalannya.
AINA mengumpulkan bonda dan ayahanda di ruang tamu. Ada benda yang dia perlu bincang dengan orang tuanya itu. Datin Aleesa kelihatan terpinga-pinga. Begitu juga Dato Airel.
"Aulia, ada apa nak bincang ni? " tanya Dato Airel.
Aina menarik nafas. Semoga tuhan permudahkan urusannya.
"Ok, macam ni. Bonda, ayahanda kalau Aulia nak tunang boleh? " Aina terus menutup mukanya. Malunya.
"Hah?! "
Dua-dua terperanjat. Tunang?! Dengan siapa pula?!
"Nak tunang dengan siapa ni?! Kenapa tiba-tiba ni?! " Datin Aleesa mula gelabah. No, dia masih tidak puas menjaga Aulia! Tidak sanggup dia nak lepaskan Aulia pada lelaki sebarangan.
Aina terdiam seketika. Gulp. Bonda pasti takkan setuju.
"De...ngan Ha...nif. " balas Aina. Dia beristighfar berkali-kali. Ya Allah, lembutkan hati bonda.
"What?! No! " Datin Aleesa sudah menegah awal-awal. Anak yatim tu? Huh, boleh ke dia nak sara anak aku? Dahlah miskin. Bebelnya di dalam hati.
"Leesa, sudah lah tu. " Dato Airel memandang anak mata anaknya. Dia mengeluh perlahan. Mungkin sudah tiba masanya untuk Aina tahu perkara sebenar. Tapi...
"Baik, ayahanda setuju. " kata Dato Airel.
"No! Bonda tak setuju! Abang, abang nak budak tu rampas harta kita balik ke?! " marah Datin Aleesa.
Hah? Rampas harta balik? Apa maksudnya? Aina memandang kedua orang tuanya dengan muka polos.
Dato Airel kelihatan sedikit gelabah. Dia terus menutup mulut isterinya.
"Leesa, dah malam ni. Jom naik bilik. Aulia, dah pergi masuk tidur. " Dato Airel bingkas bangun dan menarik tangan isterinya. Mereka terus menuju ke atas.
Aina masih blur. Kejap, apa yang berlaku ni?
~~~
Malam itu, mereka hanya berpakaian T-shirt biasa. Daniel mengunci bilik mereka. Irfan hanya mengikut Daniel dengan langkah yang lemah. Mereka menuju ke lif.
Butang 1 ditekan. Mereka diam. Tidak bersuara. Daniel memandang Irfan. Hmm, ni mesti marah aku sebab paksa dia pergi makan malam ni. Daniel berdehem supaya keadaan tidak lagi rasa janggal.
Ternyata yang lain sudah pun berada di tempat masing-masing. Mereka segera mengambil tempat di meja Azra. Kalau ikutkan hati memang tak nak, tapi dah takde pilihan sebab semua tempat sudah pun penuh.
"Irfan, you nak I ambilkan makanan you ke? " tanya Azra sambil menarik kerusi mendekati Irfan. Dia memegang tangan Irfan.
"Aku boleh ambil sendiri. " jawab Irfan dingin. Dia menarik kembali tangannya. Dia segera bangun mengikuti Daniel.
"Bro, marah aku lagi ke? " Daniel mencedok air cocktail lalu dihulurkan pada Irfan.
"Takde ah. Aku faham. Tapi dia tu buat aku rimas tau tak. Ei, tak fahamlah! " Irfan menghempas perlahan gelas cocktail itu. Terperanjat Daniel dibuatnya nasib baik tak pecah!
Kejap. Jangan-jangan, 'dia' datang balik?
Irfan meminta diri sebentar. Tidak selesa dia apabila semua orang memandangnya.
Hello, long time no see.
Kau nak apa lagi! Jangan kacau aku lah!
Chill, aku saja nak tanya khabar kau.
Kepala otak kau! Aku takkan cakap dengan kau lagi! Aku tak gila! Aku dah sembuh!
Dinding tandas ditumbuk kuat, menyampaikan amarahnya.
"Irfan, awak kena belajar kawal emosi awak. "
Kata-kata Batrisyia terngiang-ngiang dalam kepalanya. Dia menarik nafas. Kosongkan fikiran. Amin tu tak wujud ok, Irfan. Huh.
Pintu tandas ditolak kasar. Tergesa-gesa Daniel merapati Irfan. Dia memegang seluruh muka Irfan. Nafasnya tidak teratur.
"Apa hal kau ni?! " Irfan menepis tangan Daniel di mukanya.
"Aku nak pastikan kau selamat je. Ni bakal bini kau suruh aku jaga kau, faham? "
"Aku tahu lah jaga diri. Dah jom makan, kang kebulur pula balik bilik nanti. " Irfan terus keluar dari tandas.
Kelihatan Azra sudah pun mengambil makanan dan minumannya. Eh, dia ni memang sengaja nak buat aku terhutang budi ke apa?
"Susahkan kau je ambil semua ni. " Irfan menarik kerusi dan duduk.
"Eh, takde lah. Mana ada susah. Makanlah, I tahu you suka makanan tu. " Azra terus menyuap ayam panggang itu ke dalam mulutnya.
Irfan memandang spaghetti carbonara itu. Tak tahu nak rasa apa. Terharu mungkin?
Dia terus makan. Tanpa berkata apa-apa. Dalam diam Azra tersenyum. Aku takkan lupa semua benda tentang kau, sayang.
"Wey, Irfan. Aku balik dulu tau. Aku nak buat video call dengan Aina kikiki. " Daniel tersengih. Dia menepuk bahu Irfan. Irfan hanya mengangguk lemah. Macam-macam lah kau ni.
Asal pening kepala semacam ni? Matanya mula kabur.
Tolong...
Pandangan Irfan serta merta gelap.
~~~
Bluerk!
Sarah memicit kepalanya. Aduh, sakitnya! Sejak pagi tadi dia muntah-muntah. Entah kenapa. Dia tidak menjamah sebarang makanan. Tekanya terasa pahit semacam.
"Wey, kau ok tak ni? Risau pula aku nak pergi kerja ni. " Mimi mengurut belakang badan Sarah.
"Ok lah. Takpe, kau pergi kerja je. " Sarah memandang Mimi. Kesian pula Mimi ni. Sudahlah makan minum aku dia yang tanggung.
Mimi bangkit meninggalkan Sarah. Dia memesan supaya beritahunya jika ada apa-apa yang berlaku. Sarah mengiyakan sahaja.
Sarah melihat kalender telefonnya. Kejap, kalau ikut tarikh ni, patutnya aku dah period ni...
Jangan-jangan....
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top