Chapter | 26
"Hikhik. " Aina ketawa mengekek.
"Diam lah kau. " ucap Batrisyia. Bengang pula. Sudahlah keretanya rosak ni. Aduh. Nasib baik Aina boleh datang membantunya. Tapi perempuan ni dari tadi asyik gelak je! Apsal tah!
"Tak, wey. Lawak. Kau ni ego juga kan. Hahaha. " kata Aina. Dia masih geli hati.
"Ego jadah apa pula. Kereta aku rosak, aku call kau minta tolong. Apa kaitan ego?! " balas Batrisyia.
"Alahai, kau ni. Kau boleh je kan call Irfan. Tapi kau tak nak. Ego tu. "
"Oh, kau nak cakap aku ni menyusahkan kau lah? Ok, fine. Dah lah biar aku cari orang lain je. Tepi! " Batrisyia pura-pura merajuk. Asal kena mention nama Irfan tu? Dahlah dia tu takde usaha nak pujuk aku. Lelaki jenis apa tu? Dasar hati batu!
"Eh, nak sentap pula. Takde lah aku dah call mekanik. Ni nanti dia uruskan kereta kau ni. Kau balik dengan aku jelah. " pujuk Aina.
"Wah, terharunya! Terima kasih! " Batrisyia gembira. Dia terus mencuit pipi Aina. Untung ada kawan baik macam ni.
Aina memandu keretanya. Dia mengerling ke arah Batrisyia seketika. Uit, senyap pula. Sentap lagi ke? Tapi dia memang ego. Hahaha.
"Bat, cuba kau buka beg aku tu. " arah Aina. Batrisyia segera mencapai beg tangan Aina yang terletak di seat belakang. Dibukanya perlahan. Eh, buku?
"Kau nak buku ni ke? Ceh, bila masa pula kau rajin baca novel Inggeris. " perli Batrisyia sambil membelek buku itu. Oh my! Buku ni! Aku suka cerita dia! Aku download Netflix semata-mata nak tengok cerita ni!
"Eleh, buku tu kau punya lah. " balas Aina. Batrisyia terus memandang Aina. Teka-teki apa pula ni? Aina tersenyum.
"Apa maksud kau?! Kejap, kau nak bagi aku buku ni ke?! Wey! Terima kasih! " Batrisyia menepuk-nepuk bahu Aina dengan kuat dek terlalu teruja. Aina memarahinya. Woi, aku tengah drive tau!
"Ye, ye. Tapi tu bukan dari aku tau. Kau kena buka kat rumah. " arah Aina lagi. Memang itu apa yang Irfan pesan kepadanya dahulu.
Batrisyia hanya mengangguk. Huish, tak sabar nak baca buku ni! Mampus lah dari siapapun! Dia masih lagi memegang buku To Alls Boys I've Loved Before. Cantik, siap bersampul lagi. Siapa bagi?
ASSALAMUALAIKUM!
Batrisyia melangkah masuk rumah. Dia terus meluru ke arah Doktor Azlan. Tangan dihulur.
Macam biasalah, lepas balik mesti salam tangan papanya.
"Papa, er...sebenarnya... " aduh kereta aku tu.
"Kenapa Isya? " tanya Doktor Azlan. Ni mesti ada benda tak kena.
"Kereta.....ro...sak. Hehe. " balas Batrisyia. Jangan marah, ampun.
"Lahai, habistu macam mana?! Isya balik dengan siapa tadi?! "
"Aina. Eh, takpe tadi dah call mekanik nanti dia betulkan. "
"Hah, yelah. Lain kali nak keluar, check dulu kereta tu. Nasib baik Aina ada. "
"Ok, boss! " Batrisyia membuat tabik kepada Doktor Azlan. Mereka tergelak.
Langkah diatur menuju ke biliknya. Tiba-tiba teringat tentang buku tu. Sebab tu teruja nak main bilik cepat.
Pintu bilik ditutup. Batrisyia menekan suis lampu. Dia menghamparkan beg tangannya di atas katil. Suis air-con ditekan pula. Panas pula bilik ni. Baik aku mandi dulu.
Pin tudungnya dicabut. Dia menggerbangkan rambut. Fuh, lega. Dia mengambil tuala mandi dan menuju ke bilik air.
Rambut yang basah digosok perlahan dengan tuala. Ahh, mega sikit dah mandi. Sempat dia mencapai losen Victoria Secret lalu disapu ke seluruh kawasan tangan dan kaki. Saja, nak rasa wangi-wangi. Hikhik.
Beg tangan segera ditarik. Novel itu dicapai. Ok, malam ni nak stay up baca novel. Nasib baik esok cuti.
Helaian pertama diselak. Eh, ada sticky note? Dia mencabut sticky note itu.
Welcome to the secret code. Are you Batrisyia Airiz?
A: Yes
B: No
Eh, jadah apa ni?! Ingat aku budak kecil ke! Dalam diam dia sengaja tekan A. Haha, rasa bodoh pula. Kejap, benda ni memang datang dengan buku ni ke apa? Dia membebel.
Ah, takde apa-apa kot. Dia terus baca.
Sedang dia baca, tiba-tiba ada satu huruf di highlight. Highlight warna ungu pastel. Dan huruf itu, huruf I.
Ok, ni pelik. Apa kejadahnya penulis dia nak buat macam ni?
Dia tersalah kot. Huruf yang di highlight itu diabaikan. Selak muka surat sebelah, ada lagi satu huruf di highlight. Eh! Apa ni! Terus tangannya laju menyelak semua muka surat. Ada yang huruf di highlight, ada yang tiada. Kejap. Dia mencapai kembali sticky note yang tertampal pada helaian pertama. Secret code? Ni ke?
Batrisyia terus bangun dari katil. Dia membuka laci meja soleknya untuk mencari pen dan kertas. Haih, ni kalau takde function memang sia-sia lah aku cari.
Batrisyia gigih memecahkan code rahsia itu. Kelakar juga sebenarnya.
"I'm sorry. She, is nothing to me. Now, you're my favorite person. I love you so much. "
Huh? Irfan? Auch. Terharunya! Akhirnya, semua kod berjaya dia rungkaikan. Dia tersenyum puas. Dia terus menyelak ke halaman terakhir.
Ada sticky note lagi!
Hey, you! Sorry again. Saya janji, saya takkan buat lagi. I just want you to know that I will always love you.
-Your Mr.Bipolar
Hampir terjerit dia dibuatnya. Air matanya jatuh perlahan. Ya Allah, aku terharu. Sungguhpun, dia minta maaf guna buku ni..aku tetap rasa terharu. Ya, saya maafkan awak!
Batrisyia memeluk buku itu. Dia masih lagi tersenyum. Akhirnya, dia tertidur...dibuai mimpi indah.
~~~
Daniel mencuit bahu Irfan yang sedang tersenyum kambing seorang diri. Angau semacam je dia ni.
"Ui, buat apa. " tanya Daniel sambil cuba menjenguk telefon Irfan. Lehernya cuba dipanjangkan.
"Takde lah. Ni, aku dah berbaik dengan Bat. Yes! Idea aku berjaya! Uhuuuu...! " Irfan terus menunjukkan telefonnya kepada Daniel. Ceh, dulu bukan main lagi broken, sedih bagai.
"Haha, aku tumpang happy untuk kau. Ni, kau share ah macam mana nak ngorat perempuan dekat aku. " Daniel menggeselkan bahunya pada Irfan. Jam ditilik seketika. Lagi setengah jam mereka akan berlepas ke Thailand. Hotel semua telah siap ditempah oleh syarikat Airbus. Jadi mereka cuma perlu jalankan tugas sahaja.
"Nak pikat siapa ni... Kau diam-diam ubi berisi ea... " Mereka berdua terus bangkit dari kerusi. Saja, nak bersedia awal-awal. Langkah diatur menuju ke pintu gerbang ke kapal terbang.
"Adalah. Rahsia. " kata Daniel yang masih berahsia. Irfan tergelak mendengar jawapan Daniel. Jadah dia nak berahsia, fikir aku tak tahu ke? Hahahahahaha.
Sedang mereka rancak berborak, Azra munculkan diri di sebelah Irfan.
"Good morning captain. Good morning, you. " ucap Azra dengan senyuman manis.
Aduh. Nak apa pula perempuan ni. Kejap. Semalam aku check list, perempuan ni takde tau. Apsal, ada pula ni? Ngomel Irfan dalam hati.
"Morning juga, Azra. You, bukan tak bertugas ke hari ini? " tanya Daniel dengan pelik.
"Ouh, I gantikan Sissy. Dia demam hari ni. " jawab Azra dengan muka innocent. Padahal Sissy ada saja. Cuma, dia sengaja tukar tugas dengan Sissy. Siapa je tak mahu stay Thailand dengan buah hati selama tiga hari? Lama tu. Tak elok lepaskan peluang keemasan. Hahahaha.
"Hmm, ok lah. Ok, kita dah kena prepare ni. " kata Daniel. Dia memang seorang captain yang professional, tidak mencampurkan hal kerja dengan benda lain. Oleh itu, semua crew senang hati bekerja dengannya. Ada juga pekerja perempuan yang menaruh hati pada Captain Daniel ni. Cuma, Daniel je yang tak layan.
Daniel sudah masuk ke dalam pesawat. Irfan juga meninggalkan Azra di situ.
Ceh, takpe. Tak layan aku. Kau tunggulah. Azra mendengus.
"Irfan, I dengar you nak bertunang lagi dua minggu, betul ke? " tanya Azra tiba-tiba. Jarinya ligat berjalan di atas bahu Irfan. Sebenarnya, semua maklumat sememangnya sudah berada di hujung jarinya. Sejak kali berjumpa dengan Irfan, dia terus mengupah orang untuk menyiasat Irfan. Wajah Batrisyia masih segar dalam ingatannya. Benci!
"Bukan tunang lagi, nak kahwin terus! Biar takde siapa yang boleh kacau kami lagi! " balas Irfan sambil menjeling Azra. Dia menepis tangan Azra juga. Ya, dia sudah menukar rancangannya. Dia mahu kahwin terus dengan buah hatinya. Bukan kerana gelojoh, tapi nak elak perkara buruk berlaku. Puasnya hatinya melihat Azra terdiam.
What?! Nak kahwin terus?! Shit! Aku kena cepat bertindak! Azra terus pergi menjauhi Irfan. Dilihatnya, ramai penumpang sudah mengambil tempat masing-masing. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu bertenang. Dia kekalkan senyuman untuk penumpang A318.
Tak guna kau perempuan, tunggulah nanti aku buat apa!
Otaknya sudah ligat berfikir rancangan, akhirnya dia tersenyum sinis.
Watch out girl!
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top