Chapter | 24
"BAT! " laung Aina dari bawah. Eh, dia ni tidur ke? Jam sudah menujukkan pukul 5 petang. Fuh, lama betul Batrisyia duduk atas pokok ni. Memang tak nak turun ke? Dia memandang ke arah Daniel.
"Saya panjat pokok ni kejap. Awak tunggu ya? " kata Aina seraya memulakan langkah dengan meletakkan kaki kirinya di atas pohon itu. Nasib baik tak tinggi sangat. Haih, Bat kau buat apa ni? Risau aku.
Sampai sahaja di rumah pokok, Aina mencari bayang Batrisyia.
Lahai, tidur rupanya. Patut lah tak nyahut aku panggil tadi. Langkah diatur mendekati Batrisyia yang sedang lena tidur bersebelahan tingkap itu. Perlahan-lahan Aina menggoyangkan bahu Batrisyia.
Lagu Pinjamkan Hatiku masih kedengaran. Aina mencapai telefon Batrisyia. Lagu itu diletak dalam mode ulangan. Bat, kau broken ya? Lantas lagu itu dimatikan. Dia meletakkan telefon itu kembali.
"Bat, bangun. Dah petang ni, jom balik. " kejut Aina. Batrisyia tersedar. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Dia langsung terduduk. Terkejut barangkali melihat Aina di situ. Tudung yang senget dibetulkan. Dia menonyoh perlahan matanya. Sempat dia menutup mulutnya yang mula menguap. Jam tangan ditilik. Terus dibesarkan matanya.
"Lamanya aku tertidur! Aina, sorry. Dah jom turun. " Batrisyia terus keluar dari rumah pokok itu. Aina hanya mengikuti dari belakang. Perlahan-lahan mereka turun ke bawah. Daniel masih setia menunggu di bawah.
"Ni, aku tunggu kat kereta tau Aina. Ngantuk lagilah. " kata Batrisyia. Matanya dikecilkan semula. Ditambah dengan sembap kerana dia baru lepas nangis. Hmm, jahat ke kalau dia kata dia rasa cemburu melihat keakraban Aina dan Daniel? Sudah lah hatinya berada dalam keadaan duka.
Kasihan pula si Bat ni. Kelihatan tak terurus pula. Haih. Aina mengomel sendiri.
"Hanif, maaf. Saya tak boleh lama. Saya kena hantar Bat balik. Lagipun dia tengah bersedih tu. " ucap Aina sambil bermain dengan jarinya. Daniel mengangguk tanda faham. Dia mengucapkan selamat tinggal pada Aina. Aina membalas dengan senyuman.
Bayangan Aina sudah hilang dari pandangannya. Daniel kembali duduk di tepi tasik. Dia berfikir seketika.
Aina Aulia. Dari kecil, sampai besar kau tetap cantik. Teringat kali pertama dia terpikat dengan Aina kerana iris matanya berwarna hazel. Alis matanya juga lentik. Ditambah dengan bibir mungil berwarna merah jambu. Sungguh mempersona. Kalau lah, dia dapat memiliki wanita itu... Namun, apa kan daya... Datin Aleesa pasti menentang. Wajahnya dikeruhkan kembali. Batu kecil dicampak ke dalam tasik. Dia mengeluh perlahan.
~~~
SAMPAI sahaja di rumah, Irfan terus mengamuk tak tentu pasal. Habis bersepah balik bilik tidurnya. Penyakitnya kembali barangkali...
Argh! Bodoh lah! Kenapa kau kena muncul balik! Aku benci kau!
Yow Irfan, seronok tak hari ni? Hahahaha. Kau takkan dapat kahwin dengan sesiapun percayalah. Mana mungkin ada orang yang sayangkan kau. Mak kau sendiri pun buang kau.
Diam! Aku tak nak dengar! Setan kau, Amin!
Barang-barang di dalam bilik habis semua dilontarkan. Pintu biliknya tak henti-henti diketuk. Dia tidak mahu buka. Dia menjerit supaya tidak mengganggunya. Mak Cik Reen yang berdiri di sebalik pintu hanya akur. Langkah diatur ke ruang tamu. Ya Allah Irfan, kamu kenapa ni? Mulutnya terkumat-kamit mendoakan agar Irfan kembali tenang semula.
Setelah puas menghancurkan barang dia terduduk di penjuru bilik. Dia mendekatkan mukanya dengan lutut dan menangis semahunya. Rambut yang serabai teruk dibiarkan. Telefon dicapai. Buka-buka je, ada beratus message dan panggilan dari Batrisyia. Dia tertunduk muram.
Ting!
Bunyi message masuk. Irfan terus membukanya.
Hye, Irfan. I dah save number I dalam phone you <3
Azra!
Telefonnya dicampak. Dia kembali menangis. Kenapa? Kenapa benda ni jadi?
Asal kau sedih ni, hahaha. Tak tahu nak pilih yang mana? Ish, ish tak patut...
Diamlah kau! Kau tak tahu apa-apa! Aku sayang Batrisyia seorang je! Sangat mustahil untuk aku berbalik pada Azra! Faham tak!
Hey, man. Aku dah hidup dengan kau lama tau. Aku tahu kau masih sayang pada Azra. Dulu pun kau pernah kata kau sayang Azra seorang je... Sekarang macam mana? Hahahaha.
Diam! Kau ni memang tak guna! Stop pengaruh otak aku! Stop ganggu aku! Jangan! Dia menutup telinganya. Dengar cakap Amin membuatkan amarahnya makin membara.
Tapi... Betul ke dia masih sayangkan Azra?
~~~
Bum! Pintu rumah dihempas. Terkejut Doktor Azlan dibuatnya. Ya Allah!
"Isya? Isya kenapa ni?! Kenapa mata Isya bengkak ni?! Apa jadi ni?! " bertubi-tubi Doktor Azlan melontarkan soalan sambil memegang bahu Batrisyia. Batrisyia hanya menunduk. Langsung tidak memberikan respond.
"Pa.... "
Terus dia terjatuh menyembah lantai. Doktor Azlan terus panik! Kenapa anaknya tiba-tiba pengsan ni?! Tubuh Batrisyia yang terkulai itu terus diangkat oleh papanya. Lantas dia meletakkan tubuh Batrisyia di atas sofa. Dahi anaknya disentuh. Panas. Patutlah. Setiap kali demam, benda ni pasti akan terjadi. Doktor Azlan cuma terkejut kerana sudah lama Batrisyia tidak jadi seperti ini. Kali terakhir dia begini semasa Hazlina meninggal. Pelik.
Doktor Azlan pergi ke dapur. Mangkuk plastik terus diisi air paip. Dia membuka kabinet mencari tuala kecil yang bersih. Lantas dia kembali ke ruang tamu. Tuala kecil dicelup lalu diperah. Dia meletakkan tuala itu di atas dahi Batrisyia.
Muka anaknya itu ditilik kembali. Matanya sememangnya bengkak. Tapi kenapa? Dia membiarkan Batrisyia rehat sebentar.
Dia bangun lalu mengambil telefonnya di atas meja. Nombor Irfan didail.
Bunyi deringan telefon mengejutkan Irfan yang sedang lena tidur. Tanpa melihat nama pada skrin dengan teliti, dia terus menekan butang hijau.
"Helo? " suara garaunya bertanya. Matanya masih tertutup.
"Irfan... " balas suara di hujung talian.
Matanya terus membulat. Eh, siapa ni? Dia melihat skrin. Ya Allah. Dahinya ditepuk. Aduh. Mati aku.
"Y....e? Ni Irfan. " jawab Irfan takut-takut. Terus hatinya gelisah.
"Kenapa dengan Isya? Dia balik-balik je pengsan. Kamu ada buat apa-apa ke? " tanya Doktor Azlan secara terang.
"Er, hmm. Sebenarnya kami ada masalah sedikit. Tapi, takpe. Saya akan usaha betulkannya. Pakcik jangan risau. " ucap Irfan dengan laju.
"Hmm, elok lah begitu. Anak pakcik ni bukan apa, kalau dia demam atau nangis banyak kali mesti dia akan pengsan. Tu yang pakcik risau. " terang Doktor Azlan.
"Ya, pakcik. Insya Allah. Saya akan bincang elok-elok dengan Isya. Doakan kami pakcik. " tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa aku nak buat ni? Hatinya diserang rasa bersalah yang teramat.
"Yelah. Nanti apa-apa pakcik maklumkan pada kamu. Bye assalamualaikum. " Doktor Azlan terus mematikan talian telefon. Dia memandang anaknya kembali. Papa harap Isya tak apa-apa.
Irfan meletakkan kembali telefonnya. Dia meraup rambutnya. Ya Allah, apa aku nak buat ni? Macam mana nak terangkan dekat dia kalau dia tak nak dengar? Irfan! Salah kau juga! Asal bodoh sangat pergi ikut Azra tu!
Bodoh!
~~~
PAGI itu, Sarah sudah boleh discharge dari hospital. Dia melangkah dengan lemah keluar dari pintu depan Hospital Langkawi. Habis semua wartawan menyerbunya dek dirinya yang seperti sudah mengundur diri daripada bidang seni ini. Haish! Rimas tau tak! Wartawan ni dah lah tak faham bahasa!
"Sarah, Sarah betul ke awak sudah tidak terlibat dengan bidang seni ini? " tanya wartawan itu sambil merempuh Sarah yang sedang berjalan dengan Mimi. Sarah hanya berdiam. Dia menolak semua orang yang mengasaknya jawab soalan itu. Lantas dia menarik Mimi masuk ke dalam kereta.
Kereta itu terus dipecut laju meninggalkan beberapa manusia yang sememangnya tidak faham bahasa. Dia mengeluh berat.
"Wey, aku bukan nak menyibuk. Tapi... Betul ke apa yang mereka cakap tu? " tanya Mimi takut-takut. Dia memandang wajah Sarah yang masih bengang dengan kejadian tadi.
"Yes! Puas hati kau?! Aku dah kalah! Pergilah beritahu mereka tu! " tengking Sarah dengan nada yang sangat kasar. Bodoh lah! Ni semua Asyraf punya pasal! Kau tunggulah! Aku akan balas balik! Tak guna punya jantan! Sial!
Dia menumbuk stereng kereta. Pemanduannya sudah tidak terkawal. Mimi rasa cuak tiba-tiba. Dia menggoncang bahu Sarah, tanda menyuruh Sarah berhentikan kereta ini.
"Sarah! Apa kena dengan kau ni! Agak-agak lah! Nak mati cepat ke?! " Mimi menengking kembali. Apa, ingat senang-senang ke boleh pijak kepala dia? Aku bukan patung! Maki!
Sarah memberhentikan kereta itu di tepi seketika. Dia menangis. Mimi hanya memerhati. Kasihan pula. Dia cuba menenangkan Sarah.
"Kau kenapa ni? Cerita lah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong? " pujuk Mimi dengan nada yang lembut. Dia memegang kedua-dua belah bahu Sarah.
Sarah hanya menunduk. Patut ke aku beritahu dia?
"Aku... Aku dah tak suci... lagi... " kata Sarah sambil menutup mukanya. Dia malu. Sungguh malu.
"Siapa yang buat kau?! Cepat cakap dekat aku! "
"Asyraf... "
Mimi terdiam. Tak sangka Asyraf sanggup buat Sarah begini! Ini memang melampau! Jahanam betul!
"Kita kena fight balik! Demi kau! Dan maybe... Bakal anak kau? "
Tangisan Sarah makin kuat. Sungguh dia tidak terfikir akan itu. Macam mana kalau dia mengandung?! Dia nak buat apa?! Takkan nak duduk rumah macam orang bodoh?! Dia mengusap perutnya. Tapi, aku masih period lagi. Perasaan takut itu cepat-cepat diusir. Taklah. Takkan jadi apa-apa kot.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top