Chapter | 22
Ding Dong Ding Dong
Loceng rumah Batrisyia berbunyi. Hah! Dia dah sampai! Batrisyia mempersiapkan dirinya ala kadar. Shawl dililit begitu sahaja. Bukan apa, takut nanti lambat. Perempuan kan biasanya bersiap lama. Hehe.
"Welcome! Masuklah Irfan, kami memang sedang tunggu awak. " kata Batrisyia sejurus selepas membuka pintu. Dia terpersona melihat Irfan. Rambut Irfan disikat kemas. Walaupun hanya berpakaian T-shirt hitam biasa, Batrisyia masih terpikat dengan kehenseman Irfan. Senyuman Irfan juga berjaya mencairkan hatinya.
"Isya, saya gugup pula. " kata Irfan sambil menggosok kedua-dua belah tapak tangannya. Dia rasa berdebar-debar. Fuh. Hari ini dia nak menghadap bakal bapa mertuanya. Eh, awal sangat ea? Hahaha.
Doktor Azlan berjalan menuju ke ruang tamu. Irfan terus bangun dan bersalaman dengan Doktor Azlan. Dia menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Doktor Azlan membalas dengan senyuman manis.
"Macam ni, Doktor Azlan, saya berhajat nak bernikah dengan Batrisyia kalau pakcik izinkan. " ucap Irfan. Nafasnya menjadi tidak teratur. Jantungnya berdegup laju. Haish, macam ni ke rasa nak kahwin? Hatinya berdebar semacam.
"Ouh, itulah. Sebelum ni, Isya ada juga cakap dekat pakcik yang kamu melamar dia. Hmm, pakcik nak tanya. "
"Ouh, silakan pakcik. Insya Allah saya akan cuba jawab. "
Eh, asal formal sangat aku ni. Irfan! Kau kenapa ni!
"Kamu yakin, kamu boleh kawal penyakit kamu tu? Bukan apa, cuma pakcik tak mahu Isya tercedera sekali lagi kerana perbuatan kamu yang luar dari kawalan itu. "
"Insya Allah pakcik. Saya dalam proses pemulihan. Saya akan berusaha keras untuk sembuh. Selebihnya, saya bertawakal pada Allah. "
Aduh, gigil pula tangan aku ni. Gulp. Okay tak jawapan aku tu? Irfan memberi isyarat mata pada Batrisyia. Batrisyia tidak memandang ke arahnya. Haish, dia ni memang tak nak tolong aku ke? Aku kena hadap semua ni seorang diri ke?
Batrisyia tersenyum. Dia memang sengaja tidak memandang Irfan. Dia mahu menguji tahap kesungguhan Irfan. Haha, kelakar juga usik dia ni. Irfan, Irfan. Sebab tulah aku sayang kau.
Setelah habis perbincangan, akhirnya, Doktor Azlan bersetuju dengan hajat Irfan. Irfan bersyukur. Rasanya dia lah manusia yang paling beria sebab akhirnya dia boleh berkahwin dengan orang yang dia sayang. Siapa je yang tak gembira? Yeay!
Doktor Azlan bangun lalu meninggalkan mereka untuk memberi peluang bersembang. Alhamdulillah, Isya. Papa happy sangat bila tengok Isya happy. Sayangnya, kalau mama ada lagi... Mesti dia juga gembira...
Haih, Ina... Abang rindu sangat dekat Ina...
"Awak, saya dah dapat kerja tau. "
"Wah!!! Seriously?! Awak kerja apa? Tak sangka awak sanggup buat apa sahaja demi kita. "
"Mestilah Isya, saya akan buat apa sahaja untuk masa depan kita. Ouh, saya kerja sebagai pramugara Airbus je. Alhamdulillah, saya nak belajar berdikari. Sampai bila saya nak susahkan makcik dan pakcik saya. "
"Pramugara?! That's good! Nanti bila kita dah kahwin awak boleh angkut saya pergi jalan-jalan sekali. Hehe. "
"Amboi, gatal ea. Ok, ok. Saya akan bawa awak ke mana-mana sahaja saya pergi. Hehe. "
"Ish, takde lah. Saya gurau je. Habistu macam mana dengan pesakit-pesakit saya. Kesian mereka. "
"Yelah. Doakan saya tau. Esok saya start kerja. Saya fly pergi Amsterdam. "
"Wah!!! Bestnya! Kalau Isya tahu, awal-awal lagi Isya apply jadi pramugari. Hehe. "
"Haish. Kalau awak jadi pramugari, kita takkan berjumpa... "
"Alolo, janganlah sedih Mr. Bipolar. Saya happy lah dengan kerja saya. Saya bersyukur sangat sebab Allah pertemukan saya dengan awak. "
"Terima kasih Isya. Saya nak awak tahu... Saya sayangkan awak. Sangat. Oh, by the way comellah nama gelaran saya tu apa tadi nama dia? "
"Ish, dia ni tumbuk kang. Ye tahu. Saya pun sayangkan awak. Sangat juga. "
"Dahlah, saya nak balik. Saya nak pergi salam bakal bapa mertua saya ni. "
"Ei, dia pun gatal cakap orang! "
Doktor Azlan dari tadi memerhatikan kemesraan mereka berdua. Jelas terbukti dimatanya, bahawa Isya sudah menemui kebahagiaannya. Papa doakan hubungan Isya kekal hingga ke Jannah. Perlahan-lahan dia tersenyum.
~~~
Daniel memasuki kapal terbang A310. Dia bersedia untuk melancarkan kapal terbang itu. Ramai pelancong yang berasa teruja untuk menuju ke Amsterdam. Rata-ratanya semua orang Malaysia. Daniel tersenyum. Alhamdulillah, sudah 4 tahun dia berkhidmat sebagai seorang pilot. Berkatnya belajar dengan menggunakan biasiswa akhirnya membuahkan hasil.
Kapal terbang itu berlepas. Seorang pramugari sedang menerangkan tentang prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi.
Irfan bergerak ke belakang cabin. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memberitahu Batrisyia. Tetapi, seseorang telah merampas telefonnya. Kaget Irfan dibuatnya.
"Sorry, but your phone should be in airplane mode. You ni baru ke? " nasihat wanita itu. Gayanya seperti sudah tahu selok-belok sebagai seorang pramugari. Irfan memandang ke arah wanita itu. Ei, dia ni suka hati aku lah. Kau siapa?
"Miss, give me back my phone. I just want to text my girlfriend for a while. " tegas Irfan sambil cuba untuk mengambil kembali telefonnya. Tetapi wanita itu masih tetap dengan pendiriannya. Berani betul perempuan ni. Aku tampar kang. Dan lah phone aku.
"Wait. Irfan? Is that you? " tanya perempuan itu sambil menyentuh pipi Irfan. Irfan? Seriously?! Irfan?! Thank god. Saya dah jumpa awak!
"Who are you? I don't know you. But, please. Give me back my phone. " arah Irfan sambil menghulurkan tangannya. Cukuplah takde masa dia nak main teka-teki nama ni. Dia mempamerkan riak wajah yang agak bengis. Memang dah malas nak layan wanita ni.
"Irfan! It's me! I'm glad to see you! " kata wanita itu dengan teruja sambil memeluk Irfan. Dah tentu-tentunya Irfan terkejut beruk. Orang asing yang peluk dia. Irfan menolak wanita itu menjauhinya.
"Hey, berani you peluk I! You ni siapa? Main terjah je! " marah Irfan. Beberapa pramugara dan pramugari lain memandang ke arah mereka berdua. Irfan berdehem untuk menghilangkan rasa malu. Dia memandang ke arah wanita itu. Aku kenal kau ke?
"It's me! Azra! Irfan, syukur saya dah jumpa awak! Saya betul-betul rindukan awak! " ucap Azra dengan nada riang. Ya Allah, rindunya terhadap Irfan tidak terkata. Sudah hampir 12 tahun dia menghilangkan diri. Bukan apa, dia terpaksa menyambung pelajaran ke luar negara. Dia tidak sempat berkata apa-apa sebelum meninggalkan Malaysia. Dan sekarang, dia akan cuba tebus balik kesalahannya.
Azra. Sudah lama nama itu mati dari memorinya. Kenapa dia harus kembali? Irfan memandang wanita itu. Sungguh. Azra sudah banyak berubah. Dia termenung seketika.
Teringat memori dahulu...
"Azra! Nak bawa saya pergi mana ni?! Kenapa gelap ni? " tanya Irfan sambil memegang penutup mata itu. Dia dapat merasakan Azra sedang membawa ke suatu tempat. Tapi dekat mana?
Penutup mata dibuka. Kedengaran ramai yang menjerit 'happy birthday!' Irfan kaget sebentar. Rupa-rupanya Azra membawanya ke tempat duduk yang disediakan di taman sains. Wah, cantiknya. Hiasan belon berwarna-warni itu dapat memeriahkan lagi suasana. Ramai teman-temannya juga turut berada di situ. Dia rasa terharu.
"Happy birthday Irfan! " ucap Azra sambil menghulurkan sebuah beg kertas bercorak We Bare Bears.
"Terima kasih Azra! Siapa yang prepare semua ni? Susah-susah je. " balas Irfan sambil menyambut beg kertas itu. Dia terpaku melihat kek coklat yang dihiasi pelbagai warna itu. Ya Allah, kek pun ada?!
"Eleh, Irfan macam tak tahu pula ni idea siapa. " kata sahabatnya. Ramai-ramai berkata Azra! Azra! Azra! Kelihatan Azra sudah tersipu-sipu dek malu. Semua orang memang suka menyakat mereka berdua. Pipi Irfan mula membahang. Malu juga barangkali. Dia tersenyum melihat Azra.
Lamunannya terhenti. Kaget seketika apabila melihat Azra memegang tangannya. Dia menepis. Argh! Serabut!
"Irfan. Sorry, sebab Azra-"
"Takpe, aku dah tak gesah dah. Tepilah aku nak buat kerja. " kata Irfan keras. Dia tidak lagi memandang Azra. Dia meneruskan kerja memanaskan beberapa makanan untuk dihidang kepada penumpang A310.
Irfan... Aku akan tebus balik kesalahan aku... No matter what, you're still mine! Aku akan buktikan! Azra kembali berjalan ke arah seorang penumpang yang memerlukan khidmatnya.
Aku akan dapat kau balik, Irfan!
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top