Chapter | 20

IRFAN memandang telefon bimbitnya yang terletak di atas meja. Hmm, senyap pula Batrisyia ni. Mana dia ea? Kerja kot.

Nak message ke tak?

Contact 'My Doctor' ditekan. Dia melihat kembali mesej-mesej dahulu. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Ya Allah, aku rasa... Aku benar-benar sayangkan kau, Isya. Dia berfikir sejenak. Hmm should I make it a formal confess?

Assalamualaikum, Isya. Can we have a dinner tonight?

Butang send ditekan. Dia terus menutup telefon bimbitnya. Asal aku berdebar semacam ni. Nafasnya tidak teratur. Dia resah menunggu balasan dari Batrisyia.

Ting.

Hah! Dia dah reply ke? Telefon dicapai kembali. Perlahan-lahan matanya menilik mesej yang baru masuk.

Sure, why not :)

Wey! Dia setuju! Okay, Irfan. Chill. Dia berdehem. Okay, aku kena cari baju yang sesuai. Kasut. Rambut. Hatinya tidak tenang melihat jarum jam pada dinding menunjukkan pukul 3 petang. Dengan pantas, dia berjalan menuju ke almari. Pintu almari dibuka. Banyak baju yang tergantung sudah berhabuk. Baju ni semua dia pernah pakai dahulu semasa bekerja syarikat pakciknya. Hmm, tiba-tiba dia terfikir... Patutkah aku bekerja semula? Hmm.

Baju kemaja merah itu ditarik. Okay juga baju ni. Ditepuk-tepuk baju itu untuk menghilangkan sedikit habuk. Baju itu diletakkan di atas katil.

I'll prepare everything for tonight. Harap semua berjalan lancar.

~~~

Jam pada dinding menunjukkan pukul 7 malam. Batrisyia sedang bersiap-siap kerana tepat pukul 8 malam, Irfan akan datang menjemputnya. Fuh. Asal tiba-tiba ajak dinner ni. Sebenarnya, mereka tidak bertegur langsung selepas hari itu. Awkward? Of course lah! Aduh. Aku nak pakai baju apa ni? Asal aku berdebar pula ni?

Dia mengenakan baju gaun labuh berwarna merah. Entah kenapa dia nak pakai baju arwah mamanya. Wah, cantik juga baju ni. Dia kembali berjalan ke arah cermin solek. Bingkai gambar keluarga dicapai. Mama, tengok ni. Isya pakai baju mama, hehe.

"Wah, anak papa dah siap dah? Cantiknya baju tu! "

"Baju je? Anak sendiri ni? "

"Yelah, cantik juga. Hahahaha. "

Telefon dihidupkan. Masih tiada balasan mesej daripada Irfan. Haish, bluetick je? Ni yang tak suka ni.

Kereta BMW i8 Roadster emas sudah diparkir di hadapan rumah agamnya. Hah! Dah sampai ke! Tu kereta Irfan!

"Papa, I've to go now. Doakan Isya papa. Hahaha. "

"Eh, bukan dinner je ke. Eleh... Mesti ada apa-apa kan... "

"No, mana ada. Isya minta papa doakan anak papa ni bahave. Hahaha dahlah nanti anything I let you know. "

"Okay. Hati-hati sayang. "

Irfan tergamam melihat Batrisyia. Warna baju sama lah! Wah, ada jodoh! Hehehe.

"Er, awak tiru saya ke Irfan? "

"Eh, saya rasa awak yang tiru saya. "

"Ish. "

"Hahaha. Dahlah, jom. Saya bawa awak pergi satu tempat ni. "

Batrisyia hanya berdiam di dalam kereta. Pipinya terasa bahang. Malu. Ya Allah tolong. Malu. Nak buat apa ni. Tangannya yang gatal cuba menekan butang untuk menghidupkan radio. Kalau dengar radio ni, takde lah awkward sangat.

Irfan masih fokus dengan pemanduannya. Dia hanya memerhati Batrisyia menghidupkan radio. Sempat matanya mengerling ke arah Batrisyia. Cantiknya. Aku yang tengok pun berdebar. Dia berdehem. Batrisyia menoleh ke arahnya.

Eh, marah ke aku buka radio?

"Awak marah ke? Sorry. "

"Takde lah. Saya cuma... "

"Cuma apa? "

"Nantilah saya jelaskan. "

"Er, okay. "

Senyap balik. Memang rasa pelik sebab sekarang ni mereka bukan keluar dengan identiti pesakit, doktor tapi sebagai... Entahlah susah nak terangkan.

Sampai di sebuah tempat yang tidak ketahui, mereka turun dari kereta. Batrisyia terkejut dengan keadaan tempat tu. Eh, kat mana ni? Dia melihat ombak yang menghempas dengan perlahan. Cantiknya tempat ni. Ni memang romantic vibes ke apa? Cahaya lampu kelip-kelip ni hanya malap sahaja. Suasana di sini memang sangat cantik. Terasa segar melihat keindahan alam ini.

Irfan awal-awal lagi sudah menyiapkan meja untuk mereka berdua. Meja itu dihiasi dengan sebatang lilin dan beberapa kelopak bunga ros merah. Meja itu diletakkan berhampiran dengan pantai.

"Have a sit. "

"Ouh, thank you. "

Asal aku berdebar nak hadap muka dia ni? Matanya dilarikan ke tempat lain apabila sedar Irfan sedang merenungnya. Tangannya sejuk tiba-tiba.

"Isya, saya ada benda penting nak cakap ni. "

"Apa dia? "

"But, before that saya nak awak tutup mata dulu. "

Hah? Tutup mata? Aduh, nak buat apa ni. Haish tutup jelah.

Hmm, lama lagi ke ni?

"Irfan, awak buat apa tu? Bila saya boleh buka mata ni? "

"Kejap. Okay, awak bangun. Ikut saya. "

"Hah?! Kalau jatuh macam mana? "

"Kalau awak jatuh, saya sambutlah. "

"Ei, dia ni. Janganlah main-main. "

"Ye, ikut je saya. "

Irfan membawa Batrisyia menjauhi tempat makan malam mereka. Ya, dia memang lama merancang benda ni. Harap-harap tidak gagal.

"Okay, open it now. " bisik Irfan.

Perlahan-lahan Batrisyia membuka matanya.

Irfan...

"Takde apa-apa pun. Gelap je. Awak ni janganlah main-main. "

"Hahaha. Nah. "

"Torchlight? For what? "

"Cuba suluh kat situ. "

"Ei, tak nak lah. Kalau ada hantu macam mana? Saya takut lah. "

"Haish mulut takde insurans. Suluh jelah. "

"Ei, yelah. Tapi jangan tinggalkan saya sorang-sorang tau. "

"Ye, Isya sayang. "

Batrisyia menyuluh perlahan ke arah yang ditunjukkan sebentar tadi. Eh? Ada kelopak bunga berterabur? Matanya mengamati betul-betul objek itu. Eh, kejap. Ni bukan berterabur biasa-biasa tapi kelopak bunga ni membentuk sebuah tulisan.

W. I. L. L. Y. O. U. M. A. R. R. Y. M. E.

Will you marry me? Hah?!

Irfan berdiri di hadapan Batrisyia. Dia memberanikan diri dengan merenung iris hijau wanita itu. Dia melutut. Kotak kecil merah dikeluarkan.

"Will you marry me, Batrisyia Airiz? "

Batrisyia tergamam.

Perlahan-lahan dia mengangguk. Hampir menangis dibuatnya. Ya Allah romantiknya. Biasanya benda ni berlaku dalam drama dan novel. Tapi kali ini betul-betul terjadi dalam hidupnya.

Hampir 5 bulan jugalah dia mengenali Irfan. Kepalanya terasa ringan untuk mengangguk. Irfan menyarungkan cincin itu. Alhamdulillah usahanya membuahkan hasil yang lumayan.

"Irfan, saya tak tahu nak cakap apa. Thank you so much. "

"No, saya yang patut berterima kasih dekat awak sebab sudi terima saya walaupun saya ni tak sempurna. "

"Awak pernah dengar tak, kelemahan kita sesama sendiri akan melengkapkan kita sebagai satu pasangan yang sempurna. Saya pun insan yang tak sempurna Irfan. "

Irfan tersenyum. Dia tak pernah rasa gembira. Dia yakin bahawa perempuan di hadapnnya itu mampu bahagiakan dia.

Terima kasih Batrisyia.

~~~

Hanif... Hanif... Hanif...

Datin Aleesa tersedar dari tidurannya. Dia melihat Aina yang mula menyedarkan dirinya. Hah! Aulia dah sedar! Syukur, pada Allah. Doktor! Doktor!

Dia keluar sebentar dari wad Aina. Mulutnya tidak lekang dari kata syukur. Dia mengeluarkan telefon dari beg tangannya untuk menghubungi suaminya.

"Datin? "

"Doktor, macam mana anak saya? "

"Alhamdulillah, anak datin semakin baik dan ingatannya sudah kembali pulih. "

"Ya Allah syukur. Terima kasih doktor. "

"Sama-sama. Nanti dah pesakit dah boleh discharge esok. Kalau ada apa-apa nanti saya maklumkan. Saya minta diri dulu. "

Datin Aleesa terus masuk ke dalam wad. Aina sedang duduk menyandar pada bantal. Dia memandang ke arah Datin Aleesa. Mukanya kelihatan sedikit pucat.

"Bonda, mana Hanif? "

"Aulia, ni bonda ada makanan. Aulia makan lah dulu, nanti masuk angin pula perut tu. "

"Hmm, okay bonda. "

Aina menyuap makanan itu ke dalam mulutnya. Dia makan perlahan-lahan. Datin Aleesa hanya memerhati. Bonda minta maaf, bonda dah halau dia sekali lagi.

Aina berhenti makan. Dia termenung. Hanif, awak kat mana? Saya minta maaf, saya tak ingat langsung pasal awak. Almost 12 years, saya lupa awak. Syukur saya tahu awak ada di sisi saya selama ni, walaupun saya tak ingat awak.

Hanif, datanglah jenguk saya.

~~~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top