Chapter | 2

"ASS...ALAMUALAIKUM, Ai...na... "

"Waalaikumsalam, yo Bat! Jap asal suara kau macam baru lepas nangis? Bat, are you okay? "

"Hmm, not really. "

"Why? Tell me Bat. "

"Aku nak tanya kau, kenapa semua ibu tiri dengan adik tiri ni jahat macam cerita Cinderella? "

"Bat, tak semua ibu tiri dengan adik tiri jahat okay. Yup memang ada, tapi segelintir je. "

"Ouh maybe mereka tergolong dalam golongan segelintir tu kot. "

"Kenapa wey, kau kena dera? Buli? "

"Well actually yeah. Lebih kepada buli mental. Aku tak paham kenapa mereka nak susahkan keadaan sedangkan boleh je berbaik, lagi hidup aman. "

"Kejap, kejap, where is my pakar psikologi ni? Kenapa dia hilang? Mana Bat yang aku kenal? Bat yang aku kenal tu kental orangnya. "

"Wey aku rasa aku dah penatlah. Bat dulu dah terkubur kot. "

"Bat, jangan cakap macam itu. Please. Now, calm down. Apa kata kau biar je mereka tu. Nanti lama-lama penat lah tu. Okay? "

"Hmm, kalau macam tu yelah. Okay, Bat kuat! "

"Hah, itu yang aku nak dengar. Good Bat. In case, anything happen, kau call je aku tau. Insya Allah aku akan terus datang rumah kau ok? "

"Okay, thank you Aina! "

"No problem lah. Oh, by the way Mukh kirim salam. "

"Mukh? Hah, okay. "

"Kau ni, macam takde perasaan je. "

"Kau nak aku rase apa? "

"Grr, kau tak nampak ke dia suka kau? "

"Ish, merepeklah kau ni. Dah lah aku nak solat asar ni. "

"Hmm, kalau kau tak nak, aku nak tackle boleh? Hehehe. "

"Hah, baguslah tu. Dipersilakan wahai dinda Aina. "

"Orang gurau sikit pun takleh. Dah lah. Bye. "

Helaan nafas dihembus perlahan. Jiwanya rasa lebih tenang. Kadang-kadang dia ada terfikir macam mana dia nak jadi pakar psikologi sedangkan dirinya pun bermasalah? Bat! Bertenang ok! Tarik nafas, hembus. Fuh.

Air mutlak itu perlahan-lahan mengalir. Batrisyia segera bersiap sedia mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Dia tidak sabar ingin mengadu sepuas-puasnya kepada Maha Pencipta.

Ting.

Selesai solat Batrisyia terus melipat telekung lalu mengambil tempat semula di katil empuk itu.

Telefon dicapai.

Mesej dari Mukh?

Bat, jom keluar malam ni? Ada Aina sekali.

Tak sampai 24 jam lagi dah ajak hang out. Haish, nasib baik member.

Boleh, tapi awak kena ambil saya. Saya malas nak drive.

Ting.

Anything for you Bat, hehehe.

Ish, dia ni biol ke apa. Sudahnya mesej itu di lihat sahaja. Malas nak balas, nanti jadi lain.

Hmm, aku kena minta izin papa ni. Well aku kan anak yang baik. Ceh.

Tok. Tok. Tok.

"Papa? " panggil Batrisyia dari luar pintu.

"Eh, Isya. Kenapa ni? "

"Er, papa malam ni Aina ajak Isya keluar. Isya nak keluar boleh? Bolehlah papa, please. "

"Hmm, yelah. Papa izinkan. But, before that. Papa nak cakap yang Isya akan kerja dekat klinik papa. And you'll start it lagi 1 week. "

"1 week?! Papa cepatnya. Isya tak bersedialah papa. Bukan kena tunggu berbulan ke baru Isya boleh kerja? "

"Isya, mana boleh cakap macam tu. Isya dah besarkan. Memang papa sengaja suruh Isya kerja awal sebab papa nak latih Isya. Papa nak Isya handle kes tentang seorang budak perempuan. "

"Papa, kalau Isya tak boleh handle macam mana papa? Isya takutlah papa. "

"Isya, just believe in yourself. Papa tahu Isya boleh buat okay? . "

"Papa, Isya masuk bilik dulu. "

"Hah, yelah. "

Doktor Azlan memerhati langkah anaknya yang semakin menghilang. Sorry Isya tapi papa perlu latih Isya awal-awal. Bapa mana je yang tak nak lihat kejayaan anaknya? Alhamdulillah, setelah lama dia berkhidmat dalam bidang psikologi, akhirnya dia berjaya mendapatkan gelaran 'doktor'. Apa ingat senang ke nak handle pesakit mental ni? Silap-silap nanti doktor yang kena mental.

Pintu ditutup semula.

"Hah, apa anak kesayangan abang nak tu? "

"Dia minta permission abang, nak keluar malam ni dengan kawan dia. "

"So, abang bagi? "

"Mestilah bagi. "

"Kalau Sarah nak keluar mesti abang tak bagi. "

"Bukan abang tak nak bagi, tapi kawan-kawan Sarah tu... "

"Abang nak cakap yang anak saya tu tak pandai pilih kawan? Macam tu? Dan anak abang adalah malaikat, sempurna. Kawan pun yang baik-baik je. Macam tu? "

"Dah lah abang penat. Abang nak tidur. "

"Saya tak habis cakap lagi ni. "

"Dah tidur. "

"Ish, susahlah cakap dengan dia ni. Buat sakit hati je. Baik saya keluar dari bilik ni! "

Puan Suraya mengatur langkah ke luar bilik. Argh! Lama-lama boleh gila duduk kat rumah ni. Aku kena cepatkan rancangan aku. Kalau semua dah mati, mesti harta mereka jatuh kat aku kan? Hahahaha.

"Mak Yam, nanti sediakan makan malam yang sedap sikit. " kata Puan Suraya dengan angkuh. So what, dia kan MEM besar. Suka hati dia lah nak buat apa pun.

"Baik Puan Suraya. " balas Mak Yam.

Dengan muka yang angkuh, Puan Suraya terus meninggalkan Mak Yam sendirian. Apa? Nak aku tolong orang gaji tu? Euw memang tak lah. Buat nak kotorkan tangan untuk benda-benda macam tu?

Aduh... Apa aku nak buat ni? Awal gila nak kerja. Dah lah aku takde pengalaman. Haish macam mana ni! Kalau aku cerita kat Mukh dan Aina, rasanya mereka boleh bagi opinion. Argh, stress! Aku tak puas enjoy! Tolong!

TEPAT jam 8 malam, Batrisyia bersiap. Dia hanya mengenakan blouse biru, seluar jeans putih dan tudung bawal. Make up yang dikenakan agak tipis. Well natural beauty kan?

Perlahan-lahan Batrisyia menuruni anak tangga. Mencari kelibat papanya.

"Oi, takkan baru balik nak keluar? Anak jenis apa Kak Isya ni? " tegur Sarah secara tiba-tiba.

Mak kau! Ish buat aku terkejut je. Aku luku kang kepala. Haish, sibuk.

"Excuse me, Isya dah minta izin papa okay? Dah lah buang masa je layan Sarah ni. " balas Batrisyia selamba. Perkataan izin sengaja ditekan. Manalah tahu Sarah tu pekak ke.

Kelihatan dari jauh Doktor Azlan sedang duduk di meja makan bersama Puan Suraya. Fuh. Kejap lagi mesti kena bebel dengan mak nenek tu. Batrisyia mengatur langkah menuju ke meja makan. Dia bersalaman dengan papanya. Baru nak salam mummy Su, tiba-tiba tangannya terus ditarik. Dengan muka yang angkuh Puan Suraya teruskan makan.

Ish, dia tak sedar diri dah tua. Hargailah, orang yang hormat kau ni. Grr.

"Suraya... " Doktor Azlan menegur isterinya itu.

"What? " balas Puan Suraya selamba. Dia kemudian kembali belagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Hmm, dah lah tu. Isya, Aina mesti dah tunggu tu. Pergilah. " kata Doktor Azlan dengan tenang. Apa gunanya kalau api lawan api? Baik dia yang jadi air. Hatinya hanya mampu berdoa supaya Puan Suraya dan Sarah berubah.

"Okay pa. Isya janji Isya akan jaga diri. Bye papa. Assalamualaikum. "

"Ye, waalaikumsalam. "

~~~

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta kedengaran. Tu mesti Mukhlis. Sorry Mukh, aku lambat!

"Yo, sorry lambat. Ada hal sikit tadi. " kata Batrisyia yang mengambil tempat di belakang tatkala melihat Aina di hadapan bersama Mukhlis.

"Haish, berjanggut ni aku tunggu tau. " balas Aina dengan nada merajuk. Mulutnya sengaja dimuncungkan ke hadapan.

"Takyah buat muka lah. Pikir lawa ke hahaha. Yelah, kan aku dah cakap sorry tadi. " kata Batrisyia sambil tergelak kecil. Ada-ada je Aina ni. Kadang-kadang dia rasa, seorang kawan dapat menggembirakan dia tatkala dia sedih atau bad mood.

"Takde lah gurau je. Hahaha. "

"Bapaklah, borak sampai lupa dekat driver ni. " tiba-tiba Mukhlis bersuara. Masing-masing tergelak.

Akhirnya mereka sambung bercerita tentang perihal masing-masing. Ada je yang nak dicerita. Rindulah apa lah. Macam-macam.

"Wey, korang sebenarnya ada benda yang aku nak cerita ni. " potong Batrisyia tiba-tiba. Ya, dia perlu cerita tentang itu.

"Apa dia bat? " balas Mukhlis dengan teruja. Sempat matanya melihat belakang. Merenung mata Batrisyia. Cantik!

"Tadi... "

~~~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top