Chapter | 19

CAHAYA yang menerangi bilik membuatkan Sarah terjaga. Matanya terkebil-kebil. Aduh, aku dekat mana ni? Baru dia sedar, dirinya dalam keadaan tidak berbaju dan dilitupi selimut tebal. Hah?! Apa ni?! Wey, apa benda ni?! No! Mustahil! Jantungnya berdegup laju. Tak. Tak!

Dilihat sekeliling bilik. Macam hotel. Eh, macam mana aku boleh ada kat sini?! Apa yang terjadi malam tadi?! Think Sarah, think! Aduh, buntu dibuatnya. Dia terperasan sekeping kertas di atas meja di sebelah katil. Huh?

Thanks for last night :)

Last night? Takkan aku dah...

Argh! Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Sarah duduk melutut. Dia menangis. Siapa yang buat aku macam ni?! Dasar manusia kejam! Air matanya semakin lebat. Apa aku nak buat ni?! Kalau aku mengandung macam mana?! Siapa anak dalam perut ni?!

Wait.

Semalam aku pergi party tu dengan, Asyraf.

Asyraf!

Aku kena cari dia sampai dapat! Tak guna punya Asyraf! Sampai hati kau!

Bajunya yang bersepah, dikutip satu per satu. Dia berdiri seketika di hadapan cermin besar. Sarah, kau dah rosak Sarah. How can you be a princess? Argh!

Dia menumbuk cermin itu. Habis berdarah tangannya. Sakit tu memang sakit tapi, sakit lagi hatinya apabila diperlakukan begini.

Bodoh! Syaitan betul! Aku bunuh kau! Mampus kau Asyraf!

MALAM ITU,

Asyraf memperkenalkan Sarah kepada teman-temannya. Tak sangka malam tu Sarah kelihatan menyerlah di majlis itu. Majlis itu dipenuhi dengan longgokan manusia yang bermaksiat dan minum arak. Mula-mula Sarah nampak sedikit awkward tapi setelah dipujuk oleh Asyraf akhirnya Sarah mengikuti sahaja.

"Bro, cantik gila awek ni. Bagi aku can ah malam ni. Hahaha. "

"Nak? Ambil jelah. Penat-penat aku umpan dia. Dah jom kita rock and roll! "

Musik yang dimainkan semakin kuat. Semakin ramai manusia yang lalai menari mengikut rentak sambil memegang botol arak dan dikelilingi perempuan-perempuan seksi.

"Sarah, you nak menari? "

"Er, I... I takutlah Asyraf. Tempat ni... Kenapa macam ni? I tak... "

Asyraf terus memeluk pinggang Sarah. Dia membawa Sarah ke tengah dewan. Sarah terdiam.

Mereka mula menari mengikut rentak. Asyraf menghulurkan segelas air kencing syaitan kepada Sarah. Sarah menolak. Asyraf tetap memaksa. Dia memberi alasan bahawa Sarah ni seorang yang kolot kerana tidak pernah menyentuh minuman kertas ini.

Eh, dia nak cakap aku kolot? Hey, Puteri Sarah tak kolot okay! Hmm Sarah, kau rasa sedikit pun jadilah. Janji dorang tak anggap kau kolot. Gelas dicapai lalu air itu diteguk. Eh, sedap pula. Aku tak pernah rasa air sesedap ni.

"Air apa ni you? Sedap. I tak pernah rasa. "

"Shh. Just enjoy this party okay, dear. Boy, bring up two glasses of wine more. "

Akhirnya, Sarah semakin lalai. Dia mula merasai keseronokannya. Dia berkhayal.

Asyraf memandang Sarah. Dia tersenyum. Mampus kau Sarah malam ni. Hahaha.

"Bro, now. " bisik Asyraf kepada teman baiknya, Noah. Noah tersenyum. Dia membawa Sarah ke luar dari dewan itu perlahan-lahan. Sarah yang sudah mabuk itu hanya mengikuti.

Asyraf hanya memerhati. Goodbye dear. Enjoy your night.

~~~

Ding Dong Ding Dong

Datin Aleesa berkerut. Eh, siapa pula yang datang rumah ni?

"Mak Yam, tolong tengokkan siapa yang datang. "

Mak Yam hanya mengangguk. Pintu pagar dibuka.

Lelaki itu tersenyum. Mak Yam, dah lama tak nampak. Rumah ni pun tiada perubahan. Dia tersenyum, teringat kenangan dulu.

"Ya, encik... Hanif?! "

Terkejut Mak Yam dibuatnya. Ya Allah, dah lama tak nampak Hanif! Akhirnya mereka bertemu kembali. Mak Yam terus mempelawa Hanif masuk. Daniel menundukkan sedikit kepala tanda terima kasih.

"Datin! Datin, tengok siapa yang datang! "

Datin Aleesa menoleh. Hah?! Biar betul!

"Hanif?! "

"Assalamualaikum, datin. Datin apa khabar? " kata Daniel sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Datin Aleesa.

Kebetulan, Aina baru turun dari tangga.

"Bonda, Aulia.... Eh, Daniel? Buat apa kat sini? " tanya Aina. Eh, apa benda ni?

"Keluar, keluar! Jangan datang lagi! " jerit Datin Aleesa sambil menolak Daniel. Daniel cuba memberi penjelasan, tetapi Datin Aleesa tetap menghalaunya seperti dulu.

Dia rasa sedih. Rupanya, Datin Aleesa masih tidak memaafkannya lagi. Matanya memandang Aina. Aulia, Hanif betul-betul rindukan kita yang dulu.

"Bonda harap Aulia tak dekat lagi dengan lelaki yang hampir bunuh Aulia ni! "

"Hah? Bunuh? Apa ni bonda? Bonda Aulia tak faham! Explain me bonda! "

Aina memandang Daniel. Nafasnya tiba-tiba tidak teratur. Kepalanya sakit. Dia memegang kepalanya. Air mata mula mengalir. Apa ni?! Pandangannya mula kelam. Akhirnya, dia jatuh terkulai. Segalanya bertukar gelap.

Teringat memori dahulu...

"Hanif, sabarlah. Aulia penat ni. " kata Aina sambil memegang dadanya. Fuh. Laju gila mamat ni. Penat gila nak kejar. Habis basah bajunya dek peluh.

"Hahaha. Hanif menang! " jerit Daniel tanda meraih kemenangannya. Dia kembali menoleh ke arah Aina. Hmm, kesian dia berpeluh. Hanif duduk di sebelah Aina. Dia mengeluarkan sapu tangan berwarna biru gelap lalu mengesat dahi Aina yang dibasahi dengan peluh.

"Thank you Hanif! " balas Aina sambil tersenyum. Aina gembira. Dia bersyukur sangat ada teman seperti Daniel. Di sekolah, Aina tidak mempunyai ramai teman. Dia sering diejek dan ditindas. Entah kenapa ramai yang tak puas hati. Tapi, kehadiran Hanif mengubah hidupnya. Walaupun mereka berbeza umur, tapi mereka tetap berkawan.

"Aulia, minggu depan Hanif ada exam SPM. So I think, dah jarang kot nak pergi taman. Hehe, sorry. " kata Daniel. Dia tak tahu kenapa, tapi hatinya rasa kurang senang bila sebut SPM. Itu bermakna, dia dan Aina akan jarang berhubung. Nanti, dah keluar sekolah... Siapa nak jaga Aina?! Keluh hatinya.

"Wah, goodluck bro. Alah kacang je SPM tu. Macam PT3 hehe. " balas Aina sambil membaling batu kecil ke dalam tasik. Dia memandang Daniel. Raut wajah Daniel kembali keruh. Dia mengeluh dengan kuat.

"Hanif kenapa? Sorry, Aulia gurau je. Okay, okay. SPM susah. "

"Bukan. Aulia, kalau Hanif dah habis sekolah, Aulia macam mana nanti? "

Aina terdiam. Itu ke yang dia fikir. Hmm, sayang juga eh dia ni kat aku. Eh, ngarut apa aku ni? Hahaha.

~~~


Batrisyia memandang tubuh Aina yang masih terkaku di atas katil. Aina kau kenapa ni? Tangannya menggenggam erat tangan Aina. Datin Aleesa dan Dato Airel hanya memandang dari tepi. Peristiwa 12 tahun lepas, teringat kembali. Aina terlantar di atas katil hospital sebab Daniel!

"Saya dah cakap abang, dia menang nak bunuh anak kita. " tiba-tiba Datin Aleesa bersuara. Dia memeluk lengan Dato Airel dengan kuat. Dia menangis. Dato Airel cuba menenangkan isterinya. Dia mengusap lembut belakang badan Datin Aleesa.

Batrisyia hanya memasang telinga. Dia? Siapa dia? Batrisyia tertanya-tanya. Siapa yang nak bunuh Aina?

Batrisyia meminta diri dahulu. Mereka berdua mengangguk dan mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat Aina. Batrisyia tersenyum. Dia mendekati Aina.

Wey, cepat sembuh tau. Aku tunggu kau. Batrisyia membisik di telinga Aina. Bye, Aina. Nanti aku lawat kau lagi. Langkah diatur ke pintu wad.

Hah!

Dia terlanggar seorang lelaki yang berdiri betul-betul di hadapan pintu wad. Dia memandang lelaki itu. Eh?

"Siapa awak ni? "

Lelaki itu terus pergi meninggalkan Batrisyia yang masih terpinga-pinga.

Eh, dia ni. Lari pula. Ish. Tapi, siapa lelaki tu? Apa dia buat kat depan pintu wad Aina?

~~~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top