PSIKO : Prolog

Aku main edit ja kehkeh. Tengok la dulu sebelum baca, tu pun kalau rajin. Ada kesalahan teknikal kat video tu, abaikan ja.

A/N [2023]:

Buku ini sebenarnya karya pertama yang aku tulis. Ya, masa ni aku 13 tahun dan aku (akan) cuba tulis semula (seandainya rajin). Sebarang kritikan aku terima dengan hati terbuka tapi sebelum itu aku nak ingatkan:

1. Sila tumpu perhatian pada peristiwa yang berlaku dan watak yang terlibat atau anda bakal keliru.

2. Penggunaan tatabahasa aku hancur dan aku menulis sebagai hiburan, jadi buku ni mengandungi sedikit jenaka hambar.

Sekian, selamat membaca!

_______________________________________

PROLOG :

Amelina Syuhada.

Nama yang begitu indah, tetapi tidak bermakna kehidupannya juga seindah itu. Hatinya dipenuhi bintik-bintik hitam sehitam malam yang gelap. Hasad dengki yang tak pernah lenyap dalam hidupnya telah menyebabkan dia sanggup hidup dengan perilaku yang kejam.

Nur Amelina Syuhada atau lebih mesra di panggil Amelina berjalan ulang-alik di ruang tamu rumahnya seperti cacing kepanasan. Ruang tamu yang bersaiz sederhana itu dikelilingi dinding putih kerana baginya putih itu bersih, walaupun yang sebenarnya dia cuma tidak mempunyai wang untuk membeli cat baharu. Sekiranya terdapat sebarang habuk yang melekat di dinding, pasti sudah akan jatuh dek kerana angin buatan yang dibawa oleh tubuhnya. Tiba-tiba pergerakan Amelina terhenti dan satu teriakan dapat didengari seisi rumah.

"Arghh!!" Qirana yang tadi berada di hadapan Amelina terkejut mendengar jeritan rakannya. Dia terus bangun dan menarik lembut tubuh Amelina ke arah sofa untuk menenangkannya.

"Apa masalah kau ni?" Qirana bertanya dengan nada lembut. Buat pertama kalinya dia menegur housematenya yang agak pendiam, atau sombong?

"None of your business. Aku tak suka orang luar menyibuk masalah aku. Lagi satu, please, jangan sentuh aku." Amelina mengusutkan rambutnya yang sudah serabai. Dia menjeling Qirana tajam. Wah, sekali tengok macam hantu!

"Cerita je lah. Even aku ni 'orang luar' pun apa salahnya. Housemate kau juga kan?" Qirana memujuk Amelina yang memandang ke bawah sejak tadi.

Dia yang sememangnya sudah kusut fikiran memandang wajah Qirana yang bersih. Lama dia merenung, "glass skin siot", dan kembali geram melihat kerenah Qirana yang padanya menjengkelkan. Di dalam benaknya, hendak sahaja dia buat tindakan bodoh itu... atau sememangnya harus? Dia tersenyum sinis memikirkannya.

"Kalau kau nak selamat, apa kata kau blah sekarang, ke kau nak aku.." Amelina membiarkan ayat itu tergantung.

"Hah...nak apa?" Qirana yang dari tadi tenang kini menjadi cuak. Wajahnya kian pucat melihat perangai rakan serumahnya itu berubah drastik. Tiba-tiba sahaja macam ni?

"Ya Allah, dia ni kenapa? Lindungilah aku." pinta suara kecil Qirana.

"...bunuh. Hm?" Dia tersengih sebelum ketawa mengilai. Qirana bangun tegak daripada sofa, dan berlari anak memasuki bilik tidurnya.

"Bapak takutnya dia ni, kena sampuk ke?" Qirana menelan air liur seperti orang kehausan.

Klak!

Kedengaran bunyi pintu dikunci dengan ketat. Detak jantungnya berdegup laju seperti baru sahaja menyelesaikan ujian segak. Tangannya mulai kesejukan dan berpeluh, bulu romanya meremang, tegak seperti tatacara nyanyian Negaraku lah! Dia mencapai telefon bimbitnya untuk membaca beberapa ayat perlindungan daripada syaitan.

Eh, Amelina syaitan ke! Mungkin?

"Aku bagi masa sepuluh minit dari sekarang. Kemas beg dan blah. Kalau tak," sekali lagi ayatnya tergantung.

Wah, bukan main seronok dia gertak orang!

Qirana diam menanti ayat seterusnya. Amelina melihat bayangan tubuh ketakutan di bawah ruangan pintu, yang menghalangnya cumalah pintu setebal satu setengah inci.

"Aku ada kunci pendua untuk bilik kau." Amelina tertawa. Dah kenapa budak ini. Nak terkucil aku mendengarnya.

"Woi jawab la!" Marah Amelina kerana aku tidak menjawab apa pun tadi. Huh hah huh hah, gugur jantung aku.

"Ba-baik!" Aku terus mengemas barang aku, bersedia untuk beredar daripada rumah. Tidak sangka rakan serumahnya itu orang gila! Teriakan hati cepat Qirana cepat memenuhi kepalanya.

"Sergah sikit dah gagap. Lemah." Amelina gelak seperti orang kerasukan jin.

Waktu berlalu sepantas yang tidak dijangka. Sedang Qirana mengemas barang...

Klak!

"Eh ke-kenapa? Aku ada lagi 5 minit kan?" Tergagap-gagap dia menyoal. Nafasnya mula tidak teratur.

"Lupa nak bagitahu. Masa kau bermula dari tadi, dan sekarang dah lebih sepuluh minit. Hehe." Qirana mengundur setapak demi setapak merapat pada dinding apabila Amelina berjalan dengan langkah berani ke arahnya.

Dia mengeluarkan pisau lipat yang sudah lama disimpan di dalam poket seluar jeansnya. Tangannya mengenggam rapat pisau itu, sinaran daripada pantulan cahaya lampu pendafluor bilik itu sesekali menyilaukan mata Qirana. Qirana melihat pisau itu untuk mengenalpasti sekiranya pisau itu hanyalah alat mainan. Mana tahu ini acara Bang Bang Boom.

Tajam.

"It's okay. Aku buat slow-slow tau?" Qirana buntu. Tiada jalan keluar lagi. Sesekali dia menanti sekiranya ada kru rancangan TV yang akan menerjah pintu bilik yang terpampang luas. Namun dia hampa, dia hanya bersedia untuk dijemput ajal. Peluh mula merecik di dahinya. Lidahnya bagaikan kelu untuk berkata-kata, timbul rasa menyesal kerana tidak menghubungi polis. Dia sendiri tidak menyangka yang selama ini teman serumahnya itu gila! Psiko!

"Aku pantang betul la orang tak jawab apa yang aku tanya!"

Cing! Pisau lipat Amelina ditusuk ke perut Qirana. Sakit. Ya sakit. Badannya lemah melihat cecair merah mula terpancut keluar, teresak-esak dia menahan sakit.

"Tuhan, maafkan aku. Ampunkan dosaku. Allahuakbar." lafaz Qirana yang terakhir dalam hatinya, seketika itu nafasnya terhenti,

dan semuanya gelap.

"Kenapa diam?!" Pisau yang membenam tubuh Qirana ditarik keluar dan ditusuk berkali-kali seperti orang gila yang kehausan darah. Darah yang kian membanjiri itu dianggap suatu kepuasan.

Amelina puas. Ya, puas yang tidak dapat dirasakan orang lain. Siapa sangka akhirnya dinding putih itu akan dihiasi dengan percikan merah yang bercorak seni di matanya, dan ya, ini mangsanya yang pertama.

A/N : First time tulis kat sini pfft.
Latest Edited: 2023.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top