PART 8

“Assalammualaikum.” Salam Dato' Rizam di jawab oleh kami semua.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi datang ke majlis perkahwinan anak lelaki saya iaitu Izz Irsyad dan menantu saya Dhia Airis.” Dato' Rizam menghentikan ayatnya seketika untuk menarik nafas.

“Moga-moga pasangan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Sama-sama kita bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana dilimpahkan rahmat dan di panjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan umur yang panjang. Sila menjamu selera dengan tenang. ” Ucapan Dato' Rizam di atas pentas khas di sambut dengan tepukan gemuruh.




2 jam berlalu~

“Bosan aa~” Aku mengeluh perlahan.

“Syu, mama nak jumpa Datin Halimah sekejap ya.”

Hampir dua jam di dalam majlis ni dan sekarang baru aku rasa menyesal sebab datang.  Dah la tak ada yang sebaya dengan aku. Tanpa di duga ada satu kelibat yang menarik perhatian aku di depan pintu.

“Macam kenal...” Otak aku ligat memikirkan semula .

“Entah.” Akhirnya aku berputus asa.

Kelibat itu mula melangkah masuk dan berjalan ke meja keluarga Dato' Rizam ... lalu dia meletakkan satu kotak hitam di bawah meja tersebut .

“Apakah ituuu?” Soal fikiran aku.

“Whatevaa.” Hati pula menyampuk.

Aku membuka langkah untuk berjalan-jalan di dalam dewan ini.

Langkah aku terhenti .

Tekak mula menelan segala air liur yang ada dalam mulut .

Tak mungkin .
__________________________________

29 DECEMBER 2016
5:07 PM
- Cik Belon 🌚🎈

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top