PART 7

"Assalammualaikum semua!" Teriak Cik Sara yang merupakan pensyarah dalam bidang agama.

"Waalaikumussalam Cik Sara."

"Hari ni ada student baru yang akan masuk dan sertai kelas kita semua. Dipersilakan perkenalkan diri." Kata-kata Cik Sara membuatkan pelajar lain riuh rendah dengan pendatang tidak diduga itu .

"Weh, kau expect dia ni alim ke tak?" Soal Riana.

"Tengok pakaian la. Tudung tah ke mana, baju ketat. Kuku warna, rambut warna warni." Sampuk orang depan.

"Aku tak kesah korang semua ni nak kata apa kat aku. Aku ni masuk course ni sebab terpaksa. Kau orang ni ingat aku nak ke tau pasal agama ni semua?" Kata-kata budak tu menyebabkan Cik Sara terkedu.

[Tak logik kan. Kah kah kah. Sesungguhnya ini imaginasi penulis.]

(#PenulisPalaTauLevelInfiniti. 😂)

Tanpa ditunggu-tunggu, Cik Sara mengarahnya untuk duduk di barisan tempat duduk aku atau lebih fuh di sebut sebelah aku . Riana senyum kelat kepada pelajar tu. Malang nasibnya hanya dibalas pandangan tajam sahaja. Sabarlah diriku~~

*********

Ketika aku dan Riana berjalan ke tempat parkir kereta, nak lunch luar la kononnya . Tetiba aku kena sekat dengan budak tu, ada la dua orang laki sado kat belakang. Dengan budak perempuan rambut rock sakan.

"Nak apa?" Riana memulakan pertanyaan.

"Aku Q. Kau?" Soal dia dengan cara agak kasar.

"Q? Simple gila nama. Anyway aku Riana." Budak ni menyampuk lagi.

"Q tak tanya kau, Q tanya budak lawa ni." Giliran lelaki sado tu pulak menyibuk.

"Syu."

"Aku harap kita takkan ada apa-apa masalah la. Aku dengar bapak kau ni kaya jugak." Dia senyum senget.

"Aku pun harap macam tu jugak la. Aku gerak dulu. Jom Riana."

"Jangan cari pasal dengan geng kami." Bisik seorang perempuan berambut biru.

*******

Setelah 15 minit berdiam sepi, Riana memulakan bicaranya. Hamboi ayat.

"Weh Syu." Tegur Riana.

"Yo!" Sambut aku.

"Kau macam kenal je dia?" Soal Riana membuat otak aku ligat berfikir.

"Aku rasa macam pernah nampak dia, tapi entahlah. Lupakan je la."

"Pasal perempuan tu bisik tadi en." Riana hentikan ayatnya seketika untuk mematikan enjin kereta.

Bbam! Bbam!

"Ada sekor anak tupai~ Atah jule mokte eh eh kudung ekor perut lapar. Ehhhh."

Bunyi pintu kereta yang kami tutup menyebabkan seorang pak cik yang lalu tepi kami melatah, boleh dikatakan berdikir barat juga tu. Kuat sangat eh?

"Maaf pakcik." Riana mewakilkan kami berdua meminta maaf. Setelah pak cik tu berlalu pergi Riana menyambung ayatnya semula.

"Geng dia?" Riana menyoal.

"Kenapa dengan geng dia?" Soal aku.

"Sejak bila dia ada geng? Dia kan baru pindah sini." Hairan Riana menyoal.

Haih author apa kena dok soal soal ni.

"Kawan boleh cari." Ringkas aku jawab. Senang sikit hidup penulis ni.

"Yo lah."

*************

"Assalammualaikum mama!" Kemudiannya aku melangkah masuk dalam rumah.

Krik .. krik ...

"Mama~ Oh mama~" Panggil aku dengan lebih kuat tapi tak ada lah sampai jerit.

"Mama siram pokok kat balkoni atas." Beritahu papa.

"Oooo."

"Kenapa balik lambat ni? Masuk asar dah pun." Papa melihat jam di dinding yang tergantung rapi.

"Ada assignment yang kena siap sebab Syu lupa nak highlight isi penting." Terang aku.

"Dah pergi solat. Lepastu pakai kemas-kemas." Arah papa.

"Nak pi mana?" Tanya aku.

"Nak pergi majlis perkahwinan anak Dato' Rizam, kawan syarikat papa."

"Ok pa."
__________________________________
28 DEC 2016
10:34 PM
- Author Pemalaih

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top