PART 40
“Kau dah tahu rahsia aku, dan apa yang aku buat. Apa salahnya aku bunuh kau?”
Amelina senyum. Dah sampai, pisau di dalam poket keretanya di capai.
“Mari kita cepatkan ending cerita ni.” Bisik Amelina kepada author.
Author mengangguk tanda setuju.
“Cepat sampai 150 km/h?” Soal Sab sarkistik.
Dengan pantasnya, Amelina membuka langkah berlari laju. Pisau lipat kegemarannya di sembunyi di belakang bajunya.
Ditikamnya padu. Sab mengaduh kecil. Nafasnya tidak stabil, kawasan yang menjadi sasaran Amelina adalah jantung. Apakan daya Amelina tak belajar skill dari profesional killer. Padan muka. Dia tertikam di bahagian perut.
Darah mengalir deras. Amelina mengusutkan rambutnya.
“Aku tak bu-buat! Bukan aku!” Amelina jerit seperti kena rasuk.
“Sa-sakit. Ke-kenapa buat saya macam ni?” Soal Sab.
“Suara kau la-lain!” Amelina rebah.
“Parut tu!” Amelina menunjukkan parut di tangan Sab.
Sekali imbas dia mengingati memori lama.
"Ma. Tadi meeting pasal apa?"
"Nak tahu juga ke?" Soal mama hairan. Aku mengangguk.
"Cik Yah cerita, baru-baru ini ada seorang manusia ni yang selalu perhati perumahan kita. Mungkin perompak, tetapi Cik Yah tak pasti tu perempuan atau lelaki sebab tangan dia macam perempuan. Ada parut dekat tangan. Jadi Cik Yah suruh hati-hati."
“Kau bunuh mama aku! Sab? Aku bunuh Q sebab aku dengar kau cakap!” Tengking Amelina geram.
“Aku tak kata Q bunuh, aku kata dia punca kematian mama kau.” Suara garau mula memasuki telinganya, secara tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri.
“Arghhh!” Amelina jerit menyesal.
“Tolong!" Pinta Sab
“Suara kau lain! Lagi sekali!” Amelina seperti orang bodoh tergelak sambil berkata sedemikian.
“Kakkk, tolong sa-saya.” Pinta Sab.
“Siapa kak? Kau siapa? Aku tak tikam kau!” Amelina lari meninggalkan Sab.
Sesuatu lembaga berjalan ke arah badan Sab.
“Hei budak. Badan kau lemah. Aku tak patut guna badan kau untuk aku lakonkan jadi manusia.” Beritahu seseorang.
“Kak sa-sakit kak.”
“Aku dah agak, budak tu mesti tak kenang budi dengan tindakan aku. Memandangkan aku tunaikan hajat orang, aku tak boleh bunuh dia.” Ujar gadis berjaket hitam.
Dia Sab. Budak di hadapannya, manusia yang berhajat sesuatu, tetapi melanggar perjanjiannya. Sab gunakan badan budak tu untuk umpan manusia durjana.
Ya, dia syaitan.
“Memandangkan aku ni kenang budi, tak macam yang lain. Aku akan rasuk badan kau.”
“To-tolong kak. Jangan, saya dah tak larat.” Pinta gadis di hadapan Sab.
“Aku pulihkan kau, cara aku.”
“Terima kasih kak.” Ucap Intan, nama budak yang Sab guna badan dia selama ni, Intan.
(ATTENTION ^ baca leklok)
“Aku tau nak buat apa dekat kau Amelina.”
“Bu-bukan aku.” Amelina menghentak stereng keretanya. Darah yang melekat di bajunya dipandang tidak percaya.
“A-aku bunuh Sab?” Tergagap-gagap Amelina berkata.
Gotcha!
Sab memerhati Amelina yang kusut di dalam kereta Myvinya.
“Aku hasut kau, manusia. Jangan berubah, kau milik aku. Aku yang layak kau sembah.”
Ttup!
Mata Amelina terbeliak. Amelina menguntum senyuman. Terjelas giginya yang putih bersih. Kepala Amelina memandang ke arah Sab dari jauh. Amelina tunduk kepada Sab.
“Bagus.” Puji Sab.
“Hey budak!” Panggil Sab kepada Intan.
“Cari kawan kau yang lain. Kalau boleh yang lemah. Senang sikit aku nak masuk dalam badan dia.” Beritahu Sab.
“Ba-baik.” Kesan tikaman Amelina pulih dengan bacaan mantera ilmu hitam Sab.
“Sekarang!”
Intan mengeluarkan telefonnya. Contact rakannya di tekan.
“Tolong aku weh! Datang ke bangunan lama dot dot dot. Aku kena culik!” - Intan.
“Dah?” Intan mengangguk.
“Aku akan jaga kau Intan sampai bila-bila. Selagi kau puja aku.” Bisik Sab.
DANIA SAFFIYAH'S POV :
“Maa.. Dania gerak dulu!” Pantas Dania menuruni anak tangganya.
“Nak pergi mana malam-malam ni?” Soal mama.
“Kawan Dania kena culik!” Beritahunya.
“Dah report?” Soal mama dengan cemas.
“Dah kot. Dania nak pergi ni.” Pantas dia mengambil kunci keretanya.
“Siapa nama kawan kamu tu mana tau mama boleh tolong sebarkan kes tu.” Soal mama.
“Intan.”
- END POV -
Tting!
“Jom jumpa.” - Dania.
Eh dia dapat mana no aku?
“Esok boleh?” - Amelina.
“Kenapa?” - Dania.
“Aku... sibuk.” - Amelina.
Amelina berehat seketika. Jantungnya memerlukan rehat yang cukup.
“Sibuk bunuh orang?” - Dania.
Amelina kaku. Macam mana dia tau? Dia pun macam Sab ke?
“Gurau je, kau ni pun.” - Dania.
“K.” - Amelina.
Di lubuk hatinya, mempunyai banyak persoalan. Bukan sahaja fikiran yang menyoal, hati juga turut menyertai.
“Aku.. salah bunuh orang ke?”
“Hai gila!” Panggil Dania.
“Err.”
“Kau bunuh orang kan?” Dania bergelak ketawa.
Dahla dekat bangunan lama.
“Lawa tak?” Soal suara garau.
“Siapa tu?” Soal Amelina takut.
“Lawa aku hias?” Dania memetik jarinya, suasana sekelilingnya bertukar menjadi hutan, bangunan di mana situasi semalam berlaku hilang dari pandangan.
“Apa ni? Aku tak faham.” Soal Amelina.
“Aku tau part ni hambar, jadi aku bagi pilihan. Bunuh atau berubah.” Ujar penulis.
“Dania ke ni?” Soal Amelina.
“Dania ke sapa ke. Pilih.” Suara garau tu menyampuk.
Kalau aku berubah, aku tak nak! Bunuh. Nak nak nak!
“Bunuh siapa?” Soal Amelina kepada Dania yang tersenyum seperti orang yang kerasukan.
“Bunuh dia!” Suara garau tu memecah kesunyian. Automatik badan Dania jatuh ke atas daun kering yang bertaburan.
“Cepat! Belakang kau ada senjata yang kau nak! Dengan cara ni kau boleh tebus dosa kau dengan aku!” Tengking suara garau.
“Dosa? Heh kau? Pergi mampus la.” Ejek Amelina.
“Aku Sab.” Ucapnya dua patah menyebabkan Amelina berilusi bahawa di depannya ialah Sab. Oleh itu, dia segera memandang ke belakang.
“Kau bunuh mama aku!” Amelina memilih pistol. Pisau lipat miliknya sentiasa berasa dalam poket.
Bbang!
Berdas tembakan di jantungnya, membuatkan Dania tidak bangun.
“La, kenapa tidur awal sangat? Penat puasa ke?” Soal Amelina keseorangan.
Sab tersenyum penuh makna.
“Dosa diampunkan.”
_______________________
9 MAC 2017
10:00 PM
- Nak sampai dah -
- Mengucap anak², dialog tu mungkin blh mengeluarkan hg dari Islam. -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top