PART 39
“Aunty rasa macam pernah jumpa kamu ni.” Otak Cik Faridah ligat memikirkan.
Amelina hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Tak perasan la. Sorry Aunty.” Ucap Amelina.
“Eh kejap. Kamu ni housemate Qirana kan?” Tanya Dania.
“Qi-Qirana?”
“Arwah anak aunty.”
Amelina tergamam.
“Ma kenal?” Bisik Dania kepada ibu tirinya.
“Dia la yang duduk satu rumah dengan kakak kamu. Mama kenal pun sebab arwah kakak kamu ada cerita dekat mama, first day dia ni masuk. Sekarang arwah dah tinggalkan kita.” Terang mamanya.
Amelina di hadapan mereka tengah buat mannequin challenge. Keqaih kemain badan.
“Eh marilah masuk. Nak asar dah ni.” Dania mengajak Amelina masuk ke rumahnya.
Amelina tersenyum. Mannequin challenge nya berjaya selama 10 minit. Tahniah!
Terima kasih atas tepukan anda.
Lawanya rumah.
“Berapa ribu ni rumah?” Soal Amelina berminat.
(Pft, sorry aku taktau harga rumah mewah)
“Bukan nak riak tapi RM 600 000. Hehehe.” Ucap Dania.
Padan la, rumah banglo dua tingkat.
“Jom jemaah.” Amelina sekali lagi terkelu.
Dah berapa lama aku tak ingat Dia?
“Takpa aunty faham. Kamu cuti kan.” Amelina tersenyum.
“Adik Q...” Amelina tersenyum sinis, usai Dania dan ibunya menaiki tangga.
Tting!
“Hiks.” - Sab
Amelina tersenyum penuh makna.
“Dah tau.” Butang send aku tekan.
“Hmmm nak biarkan ke atau nak hancurkan?”
“Tapi ada satu perkara lagi aku kurang pasti.” Monolognya.
“Siapa Sab?”
****
“Dah nak maghrib ni, aku balik dulu.” Beritahu Amelina kepada Dania.
“Ala, stay la sini. Badan kau dengan aku sama je saiz. Boleh pakai baju aku.” Pinta Dania.
“Ok.”
“Lepas Isyak ni, jom la keluar makan. Dekat Restoran Damai Indah tu haa, western food dia sedap. Bukanlah kata tak nak support makanan melayu... tapi.” Belum sempat Dania menyambung, Cik Faridah terlebih dahulu menyampuk.
“Sudah ler tu berfalsafah, Amelina pun naik muak dengar kamu bercakap.” Pesan Cik Faridah.
“Eh tak ada la aunty.” Beritahu Amelina, di dalam hatinya...
“Budak ni tak penat ke cakap? Telinga aku ni berapa kali agaknya nak kena pergi check dekat doktor. Ergh tak nak aku jumpa Doktor Hashim tu, bukannya tak boleh pun jumpa doktor lain. Saja nak aku hadap dia, dengan alasan “Kamu ni pesakit saya.” Tak memasal aku baling batu.”
“Amelina? Pergi la mandi dulu. Tak apa dekat sini tak ada lelaki.”
Bila cakap pasal lelaki, dia teringat dua individu.
Papa dan abang dia.
“Dah lama aku tak contact diaorang sejak kes Q mati.” Bisiknya.
“Q? Siapa tu? Pakwe eh?” Sampuk Dania.
“Tak ada la.”
“Ok jom.” Ajak Cik Faridah.
“Cik! yoder yoder.” Sengaja Dania membuat dialek india.
“Haip!” Cik Faridah menampar anak tirinya perlahan, walaupun dia merupakan isteri kedua, dia baik nak mampus bukanla macam dalam novel tu. Sikit-sikit jahat.
Haih author mengutuk diri sendiri ka. Hashtag shikett cerita baru aku dah tulih empat cerita. Nak publishnya bila tah, hampa nak ka baca? Maseh ataih komitmen hampa.
“Western food yang mana famous eh?” Soal Dania kepada pelayan tersebut.
“Err.. maaflah saya pekerja baru.”
“Lamb chop.” Beritahu Amelina.
“Oh iya? Lamb chop dua, jus oren satu and emm air kelapa satu. Kamu nak apa Amy?” Soal Dania.
“Fish and chip satu. Ais kosong dua.” Pesan Amelina. Semental-mental dia, dia jaga juga badan. HAHAHAHA.
“Ok.”
“Nama kamu Amy ya? Aunty ingatkan Syuhada sebab masa aunty ziarah rumah tu, aunty ada dengar orang panggil kamu Syuhada.”
“Oh, tu... nama kedua saya. Nama saya Amelina Syuhada.” Jawab Amelina tenang.
“Syuhada? Macam kenal... emm tak.”
Amelina tersenyum palsu.
“Macam mana kamu dua kenal?” Soal Cik Faridah.
“Haritu kan ada kenduri kawan Dania. Lepastu ada kebakaran, macam tu la kitaorang jumpa.” Tipu Dania.
Fikirannya mengeluarkan pelbagai soalan.
“Kenapa Amy buat macam tu? Kenapa aku kena tolak? Macam mana dia boleh jadi housemate kakak? Kenapa juga dia nak bakar dewan tu?”
“Sab....” Monolog Amelina.
Tting!
“Hai.” - Sab.
“Siapa kau sebenarnya?” - Amelina.
“Nanti la.” - Sab.
“Srs la.” - Amelina
“Kalau aku cakap bukan kau percaya.” - Sab.
“Menda?” - Amelina.
“Aku syaitan yang bertopengkan manusia.” - Sab.
“Aunty, saya rasa saya ada hal penting kena buat ni. Maaf ye.” Beritahunya lalu mengambil kunci kereta Myvinya di dalam bilik Dania.
“Ala, em tak pe aa.” Merajuk Dania.
Kisah apa aku, kenal aku pun tak.
“K babai aunty.”
“Hati-hati.”
Enjin dihidupkan. Dia mengeluarkan telefonnya. Mesej dia dengan Sab di tekan.
“Kat na?” - Amelina.
“Bangunan lama, dot dot dot.” - Sab.
Amelina senyum. Aku tau kat mana kawasan tu.
“Kau dah tahu rahsia aku, dan apa yang aku buat. Apa salahnya aku bunuh kau?”
________________________
7 MAC 2017
3:50 PM
- Babai. -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top