PART 31

“Pa-papa, housemate Amelina ma-mati...” Beritahu Amelina dengan nada lemah.

“Sekejap ya, nanti papa dengan yang lain datang. Jangan takut nak.” Papa cuba menenangkan anaknya. Ya la, nanti trauma lagi sekali, tak memasal jadi gila.

“Ba-baik.” Panggilannya di matikan. Amelina mengelap tangisan yang turun dari matanya itu.

“Qirana, siapa bunuh kau?” Soal Amelina dalam tawa.

“Amelina, kau dah berjaya buat dosa besar.” Bisik Sab dari luar rumah.

“Saya Inspektor Ghani, awak ni housemate dia ke? Boleh datang ke balai?” Pinta Inspektor Ghani.

“Boleh.”

Daniel yang baru sahaja hendak membeli burger di tepi jalan mendapat mesej dari unknown.

“Adik kau.” Bunyi mesej tersebut.

“Kenapa dengan adik aku?” Dia membalas mesej tersebut dengan soalannya.

“Dah jumpa pembunuh mama kau.” Balas mesej tersebut.

Daniel tergamam.

“Macam mana kau tahu?”

Tting!

“Aku ada kemampuan.” Mesejnya.

“Kemampuan?” Balas Daniel.

“Yup, kemampuan.”

“Apa dia?” Mesej Daniel yang terakhir hanya di terima tanpa di balas oleh pemilik nombor tersebut.

“Kejap.” Daniel menyapu skrinnya ke bawah, menyemak mesej dahulu. Dia mengingati kejadian tersebut.

Aih siapa pula yang mesej ni?” Rungut Daniel.

“Adik kau mungkin dalam bahaya.” Mesej tersebut.

“ Siapa dia? ”

“Aku ada kemampuan.” Mesej aku kepada Daniel.

“Kemampuan?” Balas Daniel.

“Yup, kemampuan.” Jawab aku ringkas.

“Aku Sab, aku ada kemampuan yang kau tak tau. Kemampuan menghasut manusia.” Monolog Sab.

“Masa kejadian tu awak dekat mana.”

“Saya tengah lepak dengan kawan saya, balik-balik tu bau macam hanyir. Buka pintu bilik Qirana, rupanya dia dah mati.” Berair mata Amelina menerangnya.

“Kali terakhir yang awak nampak dia sebelum dia mati?” Soal Inspektor Ghani.

“Hari pertama saya masuk rumah ni. Lepas tu tak jumpa.” Jawab Amelina.

“Ada siapa-siapa yang melawat tak?” Soalnya lagi.

Nama pun soal siasat.Bukannya ujian memandu.

“Hari pertama saya masuk, adik dia datang bawa lauk untuk Qirana.” Beritahu Amelina.

“Adik dia?”

Inspektor Ghani tersebut memandang pembantunya, lalu menghantar isyarat. Isyarat di terima lalu pembantunya mula bersuara.

Sat.. sat pasaipa dengan hang ni Hani? 

“Mengikut rekod kehidupan dia.” Kata-kata pembantunya di pandang tajam oleh Inspektor Ghani.

“Maaf, mengikut rekod di sini dia tak ada adik mahupun abang lelaki. Ibu dia sudah lama meninggal, adiknya pula meninggal dunia akibat pembunuhan juga rasanya. Mangsa di katakan bernama Izzati Athirah yang ditemui di tepi hutan. Di katakan remaja tersebut di kelar leher dan di tikam berkali-kali serta di tetak badannya.” Terangnya panjang.

“Suspek?” Soal Inspektor Ghani.

“Izz Irsyad, bekas teman lelaki dia dahulu.” Jawab pembantunya.

Amelina menekup mulut.

“Sebab tu ke kau letak bom dekat majlis dia?” Monolog Amelina.

“Oh ya dia juga ada adik kembar, seorang arwah Izzati Athirah yang saya kata tadi. Seorang lagi, entahlah. Sebab adik dia duduk berasingan dengan bapa dia.” Beritahu pembantunya lagi.

“Cik Amelina kenal siapa lelaki tu? Mana tahu pernah jumpa ke.” Tanya Inspektor Ghani.

Fikiran Amelina ligat memikir. Walaupun dia tahu dia lah pembunuhnya.

"Aku Q. Kau?" Soal dia dengan cara agak kasar.

"Q tanya budak lawa ni." Giliran lelaki sado tu pulak menyibuk.

"Syu."

"Aku harap kita takkan ada apa-apa masalah la. Aku dengar bapak kau ni kaya jugak." Dia senyum senget.

"Aku pun harap macam tu jugak la. Aku gerak dulu. Jom Riana."

"Jangan cari pasal dengan geng kami." Bisik seorang perempuan berambut biru.

Oh ya, muka dia macam lelaki sado tu. Aku mengambil langkah untuk berdiam sepi.

“Cik Amelina?” Panggil Inspektor.

“Muka macam budak kolej kami dulu.” Beritahu Amelina.

“Tak apa la, nanti kami siasat lagipun ni memang kerja kami. Terima kasih atas kerjasama Cik Amelina.” Inspektor Ghani menunduk hormat, Amelina turut menunduk hormat.

Aku tak boleh bagi tahu yang Q kenal aku. Kalau tak polis tau siapa yang bunuh dia.

Amelina keluar dari balai polis tersebut menuju ke kereta Myvinya.

“Sekali kau kacau ahli keluarga aku, aku akan buat semua ahli keluarga kau mati.”

______________________________
25 FEBRUARI 2017
8:01 PM
- Tak tamat lagi lek lek 🙏 -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top