PART 30
"Aku Sab."
"Tak kenal." Jawab Amelina ringkas.
"Tak apa, tak perlu kenal aku. Aku cuma nak tawarkan sesuatu." Ucap Sab.
"Tawarkan sesuatu? Apa benda?" Soal Amelina.
"Aku tahu punca kematian mama kau dari siapa." Jawabnya.
"Kematian ma-mama? Kau siapa? Macam mana kau tahu?" Amelina mula mengambil jarak untuk berlari.
"Q."
Mata Amelina mula berair ketakutan.
"Kepala mama kau hilang kan?" Soal Sab.
Sab mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Gallery di tekan, gambar kepala mama Amelina di tunjuk.
"Kau siapa?" Amelina rebah, tangannya mula mengusutkan rambutnya.
"Aku Sab."
"Tu bukan mama aku lah!" Jeritnya.
"Q... Q..." Ucap Sab.
"Ma-mana dia?" Soal Amelina lemah.
"Mama kau? atau kepala dia?" Provok Sab.
"Bu-bukan, Q.. ma-mana di-dia." Tersedu-sedu Amelina bertanya.
"Qirana."
"Amy!" Jerit Yasmin dari jauh, segera dia berlari ke arah Amelina yang duduk lemah.
"Kenapa ni Amelina? Jom kita masuk dalam." Pujuk Yasmin.
Mata Yasmin tanpa sengaja terpandang gambar di telefon bimbit Sab. Mulutnya di tekup olehnya sendiri. Hatinya mula berzikir.
"Ma-mama..." Ucap Syu dalam keadaan tangisan yang mengalir sepi.
Sab menyimpan semula telefon miliknya. Dia tersenyum kecil.
"Aku nak jumpa kau nanti." Beritahu Amelina.
"Baiklah Amy, bila masa yang kau nak." Jawab Sab.
Amy? Nama baru.
Amelina Syuhada kau memang di tetapkan tak ada masa depan cerah. Selamat datang ke dunia gelap yang tak ada penghujungnya.
"Q? Kenapa mesti kau?" Monolog Amelina.
"Qirana? Q? Kau dah berubah." Amelina senyum senget.
"Aku tau macam mana nak umpan kau. Hahahahahaha Q ahahahahahahahaha. Kenapa mama aku? hahahaha."
"Nampaknya, aku kena hidup macam dulu, tapi atas nama Amelina."
"Arghh!!" Qirana yang terkejut mendengar jeritan Amelina terus bangun dan menarik lembut badan Amelina. Badan itu dibawa ke arah sofa.
"Apa masalah kau ni?" Qirana bertanya dengan nada lembut. Buat pertama kalinya dia menegur housematenya yang agak pendiam.
"None of your business. Aku tak suka orang luar menyibuk masalah aku. Lagi satu, please, jangan sentuh aku." Amelina mengusutkan rambutnya yang sudah serabai. Dia menjeling housematenya. Sekali tengok seperti hantu. Di dalam hatinya, dia tersenyum riang.
"Cerita lah. Even aku ni 'orang luar' pun apa salahnya. Housemate kau juga kan?" Qirana memujuk Amelina yang tunduk dari tadi.
Amelina yang kusut memandang tajam wajah insan yang bernama Qirana. Hendak sahaja dia buat tindakan bodoh itu, pecahkan kepala. Biar mampos.
"Kalau kau nak selamat,blah.. atau kau nak aku.." Amelina membiarkan ayat itu tergantung. Dia tersenyum sinis.
"Atau..?" Qirana yang tadinya tenang sudah cuak. Wajahnya berubah pucat. Apa yang dia ni nak buat? Ya Allah lindungilah aku.
"Bunuh." Dia tersengih sebelum ketawa mengilai. Qirana yang tadinya cuak meminta izin dan berlari masuk ke bilik.
Klak!
Bunyi pintu di kunci oleh Qirana. Jantungnya berdegup laju. Dia mencapai telefonnya lalu membaca beberapa ayat perlindungan dari syaitan.
Eh! Amelina syaitan ke? Mungkin?
"Aku bagi masa sepuluh minit dari sekarang. Kemas beg dan blah. Kalau tak.." Sekali lagi ayat tergantung. Qirana makin cuak. Amelina di sebelahnya sahaja, cuma yang menghalangnya pintu setebal 1 setengah inci.
"Aku ada kunci pendua untuk bilik kau." Amelina tertawa.Dah kenapa budak ini. Nak terkucil aku mendengarnya.
"Woi jawab la! " Marah Amelina kerana aku tidak menjawab apa pun tadi. Huh, gugur jantung aku.
"Ba-baik!" Aku terus mem'packing' barang aku. Cepat Qirana cepat!
"Sergah sikit dah gagap." Amelina gelak seperti orang gila.
"Tapi kan tak berguna juga, sebab kau memang akan mati sekejap je lagi. Sabar ya." Monolog Syu.
Waktu terus berlalu. Qirana makin kelam kabut mengemas barang.
Sedang Qirana mengemas barang...
Klak!
"Eh ke-kenapa? Aku ada lagi 5 minit kan?" Tergagap-gagap aku menyoal nya.
"Lupa nak bagitahu.Masa kau bermula dari tadi. Dan sekarang dah lebih sepuluh minit." Qirana mengundur setapak demi setapak manakala Amelina makin kehadapan.
Sebenarnya masa tu tak wujud pun.
Amelina memegang pisau lipat yang dah lama terselit di koceknya.
Tajam.
"Its okay. Aku buat slow-slow ok?" Qirana buntu. Tiada jalan keluar lagi. Hanya bersedia untuk di jemput ajal. Peluh mula merecik di dahinya. Lidahnya bagaikan kelu untuk berkata-kata. Tidak sangka selama ini teman serumahnya itu gila! Psiko!
Kau fikir macam tu ya? Aku gila sebab kau.
"Aku pantang orang tak jawab apa yang aku tanya!"
Cing! Pisau nya sudah di tusuk di dalam perut Qirana. Sakit. Ya sakit. Badan Qirana lemah. Tuhan,maafkan aku. Ampunkan dosaku. Malaikat Maut mula mendatangiku.
Dan semuanya gelap.
"Kenapa diam?!" Pisau nya tadi di tarik dan ditusuk berkali-kali. Darah semakin banyak. Membuak-buak. Melimpah-limpah hingga ke lantai.
Amelina puas. Ya puas yang tidak dapat orang lain rasakan. Mangsanya yang pertama atas dendam dulu.
Qirana.. Qirana...
"Sadis eh hidup kau? Dapat housemate yang macam ni. Hahaha. Aku peduli apa. Itu lah siapa suruh ganggu hidup aku dulu. Siapa suruh kau tak ingat aku ni? " Amelina bermonolog sendiri.
"Mesti sakit kan? Kalau kau nak tau, sakit lagi hati aku ni dulu. Kau yang ubah personaliti aku ni. Aku dah jadi baik, tapi kau nak aku jadi jahat." Amelina membelai rambut Qirana.
"Selamat malam Nur Qirana sayang." Amelina meninggalkan Qirana di dalam bilik itu, sekarang masa untuk tidur.
___________________________
25 FEBRUARI 2017
3:43 PM
- Tak tamat lagi woi, lambat lagi -
- Sabaq noh -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top