PART 28
“Tapi kan Husna...” Syu mengerutkan dahinya.
“Apa?”
“Apa nama restoran tu?” Soal Syu.
“Restoran favourite Syu. Teka lah.”
“Jangan kata...”
“Yup, Restoran Damai Indah.” Jawapan Husna membuatkan Syu bersyukur sangat-sangat.
“Tak sabarnya esok.” Monolog Syu.
“Alhamdulillah kerja pun ok.” Ucap Syu di dalam telefon.
“Haa? Nak jumpa bila?” Soal Syu.
“Sekarang? Ok ok.”
“Syu~” Panggil seseorang.
“Riana! Macam mana kau tahu aku dapat kerja?” Tanya Syu.
“Husna yang bagitahu.” Jawab Riana.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam. Duduk-duduk, nak order apa?” Tanya Syu.
“Menu apa yang sedap?” Soal Husna dan Riana.
“Lamb chop?” Cadang Syu.
“Cun.”
“Aku mesti masak sedap-sedap!”
Ketika dia memasak, dia teringatkan perbualan antara dia dan mama.
"Ya Allah ma, sedapnya lamb chop ni." Puji Syu.
"Haah kan."
"Tapi kan ma, rasanya kalau Syu masak mesti lagi sedap kan?"
"Ada-ada je kamu nih." Balas mama.
"Lah, betullah. Cita-cita Syu nak jadi chef lah." Beritahu Syu.
"Em chef lah, tapi ambil bidang syariah dekat kolej." Mama smirk.
Dia tersenyum.
“Mama, Syu dah jadi chef dekat sini. Walaupun simpanan, kerja Syu halal.” Bisiknya di dalam hati.
“Tadaaa!” Syu meletakkan kedua-dya pinggan yang di hias cantik di atas meja makan.
“Riana, Husna jemput makan. Air dah order?”
“Dah. Mesti sedap ni.” Ucap Husna.
“Nama pun Syuhada kan.” Riana mencelah.
“Syu kena layan customer lain sama ni. Syu pergi dulu, weh Riana aku pergi dulu.” Beritahunya kepada mereka.
“Kamu kerja apa?” Soal Husna kepada Riana.
“Pegawai syariah. Akak?” Soal Riana.
“Eh tua setahun je, tak payah akak bagai. Saya ni peguam bela je.” Ujar Husna.
“Eh bagus lah tu kerjanya.”
“Riana, kalau saya salah bela orang. Saya kena tanggung dosa tau.” Ujar Husna.
“Betul juga tu, akak kena hati-hati la.” Pesan Riana.
“Tengok tu akak lagi.” Mereka berbual kosong.
“Papa, Syu rasa Syu kena cari rumah sewa la. Jarak restoran dengan rumah kita boleh tahan jauh. Kalau ada rumah sewa boleh la ulang-alik dapat salin baju, selesa sikit.” Beritahu Syu.
“Baguslah, kawan papa ada buat rumah sewa dekat kawasan tu rasanya. Nanti papa bagitahu lain ya.” Beritahu papa.
“Haa lagi satu, Syu rasa Syu nak tukar nama Syu la.” Beritahunya.
“Tukar?” Sampuk Daniel yang datang dari dapur.
“Wahai makhluk Allah yang bergelar manusia, sedarlah kau di lahirkan dengan nama Amelina Syuhada Bt Rizal. Awat hang nak tukaq pulak?” Soal Daniel.
“Bukan tukaq tu, hang ni pun.” Tedia loghat mula bermain peranan.
“Habistu?” Soal papa.
“Assalammualaikum.” Husna memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.
“Sembang pasal apa?” Soal Husna.
“Nak tukar nama panggilan, tapi guna nama Syu sendiri la.” Terang Syu.
“Oh, nama apa?” Soal Husna.
“Amelina.” Beritahu Syu kepada mereka.
“Kenapa nak tukar?” Soal Daniel hairan.
“Ya lah, kalau sebut Syu je. Syu mesti teringat masa Syu gila dulu. Syu nak mulakan kehidupan baru dengan nama Amelina.” Beritahu Syu.
“Amelina.” Panggil Daniel.
“Ya saya.” Balas Syu.
“Pendekkan sikit lah.” Cadang Husna.
“Am? Lina? Eli? Ina?” Papa mengemukakan nama-nama. Sakan noh.
“Amy?” Cadang Daniel. Syu mengangguk tanda setuju.
( Dengan rasminya saya menukar namanya sebagai Amelina/Amy dalam prolog ya. )
“Amelina, papa dah tanya dia kata boleh je. Tapi Syu, eh Amy kena kongsi dengan orang lain la. Dia perempuan, tak apa.” Kata-kata tersebut membuat Syu sujud syukur.
“Pindah~” Usik Daniel.
“Memang pun!” Amelina menjelirkan lidahnya.
“Amy! Lamb chop dua!” Teriak waiter. Semenjak ini lamb chop hasil tangannya di puji oleh ramai pelanggan di restoran itu. Sejak itu juga lah, restoran itu menjadi terkenal sehinggakan di temu bual oleh crew pelbagai rancangan dari berlainan channel.
“Terima kasih Syu, eh Amy sebab buatkan kedai akak terkenal.” Ucap Cik Yuna selaku owner kedai ni, tak lupa juga ibu dia ni asal dari China, ayah dia orang Malaysia. Tu yang kulit putih melepak tak macam coco.
Pft, maaf.
“Sama-sama, terima kasih juga sebab Cik Yuna terima saya sebagai pekerja.” Ucap Amelina.
“Itu tak jadi masalah saya.”
“Cik Yuna, boleh tolong hantar lamb chop ni dekat meja nombor 47 tak? Saya kena siapkan dua pesanan lagi ni.” Pinta Amelina.
“Meja nombor 47 ya? Ok.” Segera Cik Yuna pergi membawa makanan tersebut.
“Amy, ada orang nak jumpa.” Beritahu Yasmin, pekerja restoran tu juga.
“Siapa?” Soal Amelina dalam keadaan kalut menyiapkan pesanan pelanggan.
“Entah, kawan kau kot.” Jawab Min.
“Riana?”
“Bukan.” Syu mengerutkan dahinya.
“Ok bai.”
“Jap..Sorry Min, bagitahu dia. Amy tengah busy masak. Kalau dia boleh tunggu tak apa la. Tq Min.”
“Ok.”
“Dia tengah sibuk memasak, siapa ya awak?” Soal Yasmin.
“Kawan.”
_______________________________
24 FEBRUARI 2017
8:40 PM
- Siapakah? -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top