PART 27
2 tahun kemudian....
“Sentiasa mengisi minda anda dengan perkara-perkara yang positif. Jangan mencemarkan minda berharga anda dengan sesuatu yang sia-sia.”
“Elakkan segala-galanya yang boleh menjejaskan anda.Persekitaran anda adalah salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi pemikiran anda. Jika alam sekitar adalah negatif, anda akan dikelilingi oleh dan kemudian pemikiran anda akan terjejas juga. Jika ia adalah positif, anda akan dikelilingi oleh perkara-perkara yang positif yang bolehmenyokong anda untuk mempunyai pemikiran yang positif.”
“Cuba tidak perlu bimbang. Jika sesuatu yang buruk berlaku atau segala-galanya tidak berlaku dengan baik, jangan bimbang. Itu ketentuan takdir, tanda Tuhan ingin menguji bukan membencimu. Dengan mengamalkan sikap ini, anda akan percaya bahawa segala-galanya akan selamat.” Ujar kaunselor hospital ini.
Setelah dua tahun Syu menetap di hospital ini atas sebab masalah mental. Hari ini merupakan hari terakhirnya di sini. Sebelum meninggalkan tempat ini, dia mengambil langkah untuk berjumpa dengan unit kaunseling di hospital ini demi masa depan Syu yang tak terjamin elok ke tidak.
“Assalammualaikum, Syu?” Tegur seseorang. Kelihatan papa dan abangnya datang untuk menjemput Syu pulang ke rumah.
“Waalaikumussalam, encik Rizal? Baguslah datang tepat pada masanya.” Tegur kaunselor tersebut.
“Mengganggu masa kaunseling cik Norish ke? Kalau ganggu, cik boleh teruskan.” Beritahu papa.
“Tak ada la, saya dah habis dah pun bagi motivasi diri dekat si Syu ni. Alhamdulillah Syu dah pulih. Syu kena hargai diri tau, bukan semua orang terpilih untuk pulih semula.” Ujar Cik Norish tulus dari hati uhuks.
“Alhamdulillah syukur sangat. Saya pun dah terima kepergian mama dari hidup saya. Nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia.”
“Jom adik!” Teriak Daniel di dalam perut kereta.
“Abang!”
“Rindu la nak sebut panggilan adik dekat Syu. Ya lah, dulu kalau sebut adik je kena tolak la apa la.” Kata-kata Daniel menyebabkan Syu ketawa terbahak-bahak.
“Sorry tau, tambah-tambah masa Syu baling pasu dekat abang.” Syu meminta maaf.
“Tak apa, tapi kan kenapa Syu baling eh?” Soal Daniel.
“Entah la.”
“Takkan tak tau, ke lupa?” Soalnya lagi.
“Ada orang cakap, orang yang ada masalah mental ni sebenarnya tau tindakan dia kan.” Beritahu Syu
“Tapi kan, masa Syu baling tu. Syu rasa macam Syu tak baling pun. Macam Syu ni kena rasuk tau, Syu tak sedar perbuatan Syu. Logik tak?” Tanya Syu.
“Mungkin la, lagipun badan lemah ni memang syaitan suka. Mulai harini Syu kena kuat!” Nasihat papa yang tengah memandu.
“Syuhada!” Teriak Riana dari depan.
“Eh! Cepatnya kau, depan rumah aku.”
“Ofc la, kawan ni kan.”
“Alang-alang Riana ada dekat rumah ni. Jom la makan malam sekali.” Ajak papa.
“Eh tak apa lah pak cik.” Riana menolak.
“Ala kau ni. Tak yah la malu-malu. Jom!” Syu menarik lengan Riana.
“Yolah.” Riana akhirnya akur walau dengan perasaan malu.
“Untunglah budak tu dah jadi pegawai syariah.” Ucap Syu sambil mencedok lauk masakan papa dan abangnya.
“Eleh siapa suruh berhenti kolej.” Perli Riana.
“Lelele. Rasa macam menyesal pula aku jadi gila kan? Impian aku nak jadi pegawai syariah musnah.” Ucap Syu sedih.
“Eleh bukan anak papa ni nak jadi chef ke?” Sampuk papa.
“Haahla, Syu pun pernah beritahu arwah mama pasal tu.” Ujar Syu.
“Pergi je la minta kerja dekat kedai tepi jalan ke. Rezeki juga tu.” Cadang Daniel.
“Hmmm.”
“Chef? Hang nak jadi chef?” Gelak Riana terbahak-bahak.
“Eleh, apa salahnya?” Soal Syu.
“Tak ada salah. Macam tak kena je ngan muka kau.” Jawab Riana tenang.
“Kalau tak kena muka, tak ada la aku menang tempat pertama dalam memasak tu.” Syu bangun lalu membasuh pinggannya diikuti dengan Riana.
“Tapi, sirap bandung kau the best la. Nasib baik kau tawarkan.” Puji Riana.
“Sebenarnya kan, hehe.” Syu sengih kekok.
“Apa?”
“Tu darah orang.” Riana yang baru sahaja minum airnya tersembur ke muka Syu.
“Srs? Aku minum darah orang? Waa--” Riana tergamam.
“Pls jangan jadi chef. Tak memasal kau jadi psiko lagi sekali.” Pinta Riana.
“Tengok lah dulu.” Syu gelak melihat karenah Riana.
“Weh aku balik dulu.” Ujar Riana.
“Hati-hati.” Ucap Syu, papa dan Daniel.
“Terima kasih untuk makan malam ya pak cik.”
“Sama-sama.” Jawab papa.
“Oh ya, esok Husna sepupu kamu tu datang. Jaga elok-elok ya, tak pasal jadi macam haritu.” Pesan papa.
“No hal!”
Ppit! Ppit!
Bunyi hon kereta Husna.
“Yey! Jom masuk!” Ajak Syu.
“Syukur Syu dah pulih sepenuhnya.”
“Lepas ni, nak kerja apa?” Soal Husna selepas sahaja dia duduk di sofa ruang tamu.
“Entah la, berminat nak jadi chef. Tapi Syu mana ada ijazah ke apa ke.” Beritahu Syu sambil memuncungkan bibirnya.
“Berminat? Srs ni” Tanya Husna.
“Haah. Kenapa? Tau ke kat mana jawatan kosong?” Soal Syu gembira.
“Ada tu ada la, dekat restoran kawan Husna. Tak sure lah jawatan apa yang kosong, haritu rasanya sebagai tukang masak simpanan je. Boleh ke Syu?” Soal Husna.
“Mestilah boleh, nanti tanya lah tau kawan Husna.” Pinta Syu.
“Baik-baik.”
“Rezeki Syu lah, ada jawatn kosong dekat restoran tu.” Beritahu Husna.
“Ya Allah, bestnya. Nanti Husna bagi tahu lah dekat owner kedai tu yang Syu berminat nak kerja dengan dia tau.” Pinta Syu.
“Dah bagitahu dah~”
“Terima kasih!” Ucap Syu gembira yang tidak terkata.
“Esok Syu boleh kerja dekat situ. Em ni info dia.” Husna menunjukkan mesej di telefonnya.
“Alhamdulillah.”
Husna tersenyum riang.
“Tapi kan Husna...” Syu mengerutkan dahinya.
________________________
24 FEBRUARI 2017
8:09 PM
- Part ni bosan en?-
- Lek lek ni bukan ending gi. Ending lambat lagi Ya Allah 😭 sampai 50 part paaa -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top